Recent Posts

Posts RSS

Sawan Babi

Orang punya sawan babi dapat nama. Kesian babi tak bersalah apa-apa pun dalam hal ini. Babi langsung tidak menyebabkan orang kena sawan, dan babi sendiri pun rasanya tidak pernah kena sawan sampai semua orang menamakan sawan itu sawan babi. Kalaulah babi boleh bercakap, mesti dia sedih sebab main tuduh-tuduh dia.
Gambaran umum serangan sawan babi

Apakah itu sawan babi sebenarnya? Di Jerantut orang panggil penyakit ni "Pig Seizure" dan di taman perumahan saya barulah orang panggil ia Epilepsy. Maju Jerantut kalau nak tau.

Nama ilmiah bagi sawan babi yang kita sering dengar sebenarnya adalah epilepsy. Jadi bagaimanakah sawan babi atau bahasa Jerantutnya epilepsy terjadi?

Seperti yang kita tahu, secara umumnya serangan sawan babi diperlihatkan dengan tubuh mengalami kekejangan. Kekejangan yang berlaku adalah disebabkan terjadinya ketidak seimbangan impuls excitatory di korteks otak manusia, dimana berlaku peningkatan impuls yang sangat drastik. Dikatakan serangan epilepsi terjadi apabila saraf otak manusia di rangsang 500 kali lebih banyak dari kadar normal seterusnya menyebabkan berlakunya abnormal activities saraf motorik tubuh.

Aktiviti abnormal saraf ketika berlakunya serangan

Apakah Tanda-Tanda Mengalami Serangan Sawan Babi?
Umumnya serangan berlaku secara tiba-tiba, dimana pesakit tiba-tiba kejang seluruh tubuh dalam tempoh tidak lebih dari seminit. Kejang ini akan diikuti dengan tangan atau kaki menyentat (jerking) dan pesakit akan pengsan. Mulut mungkin berbuih dan pesakit mungkin akan terkencing atau terbuang air besar. Ini dipanggil epilepsi grand mal.

Bahayakah Sawan Babi?
Sawan babi tidaklah merbahaya. Kebanyakkan pesakit sawan babi tidaklah mempunyai sebarang kelainan neurologis melainkan berlakunya peningkatan aktiviti didalam otak pada keadaan-keadaan tertentu seperti yang telah diperkatakan diatas. Cuma yang mendatangkan bahaya sekiranya otot pernafasan pesakit terhenti ataupun pesakit berada didalam posisi merbahaya ketika serangan berlaku sebagai contoh memandu atau berenang.

Apakah Penyebab Terjadinya Sawan Babi?
Sebut epilepsi lah sedap sikit. Epilepsi umumnya disebabkan oleh beberapa keadaan seperti kelainan metabolik tubuh, kecederaan otak, tumor, ataupun penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer. Namun begitu terdapat beberapa situasi yang boleh mencetuskan terjadinya epilepsi iatu;
  1. Kurang tidur
  2. Tekanan perasaan/stress
  3. Merokok
  4. Datang haid
  5. Kelaparan
  6. Penagih alkohol/dadh yang tidak dapat alkohol/dadah dalam satu tempoh tertentu
Apa yang Perlu Kita Lakukan?
Sekiranya kita melihat seseorang itu tiba-tiba kejang, longgarkan pakaian terutama di leher dan dada agar ia bisa bernafas. Sekiranya lidah tergigit, jangan memaksa tangan masuk ke dalam mulut kerana boleh menyebabkan terjadinya retak rahang, patah gigi, cedera mulut serta kecederaan jari kita sendiri. Lidah yang tergigit sudah pun tercedera pada saat awal serangan berlaku dan usaha kita untuk cuba membebaskan lidah adalah sia-sia.

Posisi yang perlu dilakukan kepada pesakit epilepsy

Bawa pesakit ke tempat yang jauh dari bahaya seperti ke tepi jalan ataupun menjauhi rak televisyen. Miringkan pesakit agar air liur tadi yang keluar tidak tersedak dan tidak tertelan lidahnya. Pastikan anda berada disisi pesakit hingga serangan kejang berhenti. Umumnya serangan akan berhenti sendiri sekitar 2 hingga 3 minit. Kemudian bawa ke hospital berdekatan.

Bagaimanakah kita Mengetahui akan Terjadinya Serangan Epilepsi?
Pada sesetengah individu, serangan epilepsi akan didahului dengan satu sensasi yang dipanggil aura dimana pesakit akan merasa pening, perubahan emosi, terbau bau yang busuk, telinga berbunyi, tangan atau kaki bergerak-gerak (jerking) dengan sendirinya. Aura ini akan berlaku beberapa saat atau minit sebelum tubuh menjadi kejang keseluruhannya. Jadi bagi yang sudah biasa, mereka akan bersedia terlebih dahulu apabila merasakan aura ini agar ketika serangan tidak berlaku hal yang merbahaya. Sebagai contoh ketika sedang memandu, pesakit akan memberhentikan kenderaan ditepi jalan sebentar agar tidak berlaku serangan ketika masih memandu.

Pembahasan Ilmiah
Epilepsi terbahagi kepada 2 bahagian utama iatu Partial Seizure dan Generalizes Seizure. Setiap bahagian ini pula akan terbahagi kepada beberapa bahagian lagi iatu;

Partial Seizure
  • Simple Partial Seizure
  • Complex Partial seizure
Generalize Seizure
  • Absence Seizure (petit mal)
  • Atypical Absence Seizure
  • Myoclonic Seizure
  • Tonic-Clonic Seizure (grand mal)
Hari ini saya akan membahaskan 2 bahagian seizure yang sering berlaku sahaja iatu petit mal dan grand mal.

Petit Mal
Petit mal merupakan serangan epilepsi yang tidak terlalu hebat dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan sebentar sahaja. Sebagai contoh sedang kita menulis, tiba-tiba seluruh aktiviti kita terhenti dan kita kelihatan seperti termenung seketika. Setelah beberapa saat kita sedar kembali dan meneruskan menulis.

Grand Mal
Grand mal adalah serangan yang digambarkan diatas dan yang selalu diperkatakan sebagai sawan babi. Badan kejang, menyentat (jerking), kancing gigi, mulut berbuih dan tidak sedarkan diri

Maka, selepas ini sekiranya kita melihat seseorang mengalami gejala-gejala diatas, pastikan anda membantu beliau kerana dikhuatiri pesakit mengalami kecederaan akibat terjatuh ataupun kesukaran bernafas. Penyakit ini tidak merbahaya namun kerana hilang kesedaran dalam keadaan tertentu boleh membahayakan keadaan pesakit. Jerit minta tolong dan lakukan langkah mudah yang dituliskan diatas. Pastikan juga pesakit masih bernafas.

Bantuan ringkas anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...