Pengemis,Sedekah Sedekah Sedekah
Posted by Lokman Hakim at 2/17/2010 11:39:00 PM
Sedang aku menanti nasi goreng siap,tiba-tiba terdengar satu sapaan memberi salam. Seorang tua berkerusi roda buatan sendiri memandang sedih sambil tangan dihulur tanda meminta sedikit sedekah. Setelah pak nasi goreng ni memberi Rp1000, berlalulah dia pergi dengan kepayahan bersama kerusi roda buatan sendiri usang tersebut melalui jalan Mandalika yang sempit dan sibuk.
Ni merupakan pemandangan biasa kat sepanjang jalan Mandalika Tanjung Duren. Setiap waktu dari pagi hingga petang kedai sepanjang jalan ni pasti akan dikunjungi peminta sedekah. Macam-macam gaya dilakukan untuk "memaksa" tuan kedai memberi wang, dari "akak berhalkum" menari dangdut dengan speaker box nye sampailah kumpulan persembahan sarkas mini monyet. Modus operandinya sume sama, membuat bising depan kedai orang dan untuk buat diorang blah dari situ adalah wang sedekah. So tokey kedai terpaksa la memberi sedekat supaya pelanggan kedai mereka tak terganggu.
Selalunya perasan menyampah menyelinap dalam hati tengok gelagat diorang ni tapi kadang-kadang timbul kesian tengok keadaan sesetengah mereka. Macam pakcik kat atas tadi tula,nak menitis air mata bila tengok dia bersusah payah menolak kerusi roda dengan keadaan jalan kat kota Jakarta ni. Buatnye kene himpit dengan Angkutan, tak ke bergolek dalam longkang. Dah la longkang sini gaye macam loji pembuangan sisa nuklear.
Bukan kat Jakarta je, kat Malaysia pun sama je cume kat Jerantut macam kurang je. Contohnya kalau kat terminal bas Butterworth budak-budak kecik bukan main ramai meminta sedekah dengan menjual surah Yaasin. Rimas tengok. Tapi menurut member aku, diorang ni bebudak sindiket meminta sedekah. Wallahu alam..
Kalau ada duit berlebihan dalam poket tu hulur-hulur la. Memang simpati cuma yang menjadi persoalannye sehari diorang dapat berape? Bayangkan satu jalan sahaja pasti ada dalam 50 kedai san tiap kedai akan memberi dalam Rp1000. Nak habiskan 50 kedai ni memakan masa lebih kurang 2 jam. 2 jam hasilnya dalam Rp50,000. Start kerja lepas magrib sampai pukul 12, so lebih kurang 3 trip. Anggaran dalam masa 6 jam berjaya mengutip dalam Rp 150,000 (RM 50), sebulan dah dapat dalam RM 1500. Fuh, banyak tu. Aku yang kerja cashier pam minyak 8 jam sehari pun boleh dapat RM 600 je sebulan lepas tolak sokso dan kwsp. Lumayan tu beb, lebih dari double gaji aku tu. Patut la ade orang siasat satu ketika dahulu seorang peminta sedekah kat Malaysia pakai Mercedes. Ambik ko, Mercedes tu. Aku ni mampu pakai basikal je.
Tula, perkara yang menjadikan kita berbolak balik nak bagi sedekah ke tidak. Nak bagi karang takut diorang tipu. Tak bagi karang kesian, sebab memang diorang nampak sangat kesian. Cuma apa yang boleh kita buat, bagi jela sedekah semampu yang boleh. Dalam Quran pun dah cakap pasal sedekah
Firman Allah ;
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين(133)
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ(134)
"Hasten to obtain forgiveness from your Lord and to qualify yourselves for Paradise. Paradise, vast as the heavens and the earth, is prepared for the pious"
"who spend their property for the cause of God in prosperity as well as in adversity and who also harness their anger and forgive the people. God loves the righteous ones."
(al-Imran 3: 133-134)
So, terpulang la paxa mereka sama ada menipu atau bukan. Serah sahaja pada Allah. Semoga sedikit harta yabg kita sedekah ini dapat membantu kita kelak sebagai saham berharga insyaAllah.
P/s: bak kate member aku dari bagi kat pengemis baik masukkan duit dalam tabung masjid. terpulang lah pada anda. Dan kalau ade salah dalam ayat Quran kat atas tolong diperbetulkan. Susah gak nak posting gune talipon ni. Wallahu alam

Pulanglah Kita Kembali
Posted by Lokman Hakim at 2/09/2010 03:53:00 PM
Yeah, minggu exam menjelma lagi menandakan bermula lagi episod rutin bebudak medic Ukrida untuk bergelumam dengan buku 25 jam sehari semalam. Meja study menjadi kawasan paling sibuk sesibuk kaunter cashier Carrefour di hujung minggu dan bilik menjadi tunggang langgang seperti baru selesai perang dunia ke-3. Tak ketinggalan pergerakkan update post Facebook dari bebudak Ukrida menjadi sangat perlahan dan hampir 80% tidak online! Hebat sungguh kuasa exam.
Walaupun begitu, sesibuk manapun kita belajar, jangan sesekali lupakan amanat Allah yang telah disampaikan melalui kekasihNya. Ibadat jangan sesekali disambil lewakan apatah lagi diabaikan. Sebanyak manapun kita belajar, secerdik manapun kita jika Allah tak redha dengan kita, nauzubillah. "Ya Allah jauhikan lah kami dari kemurkaanMu." Dah puas berusaha tu, mintalah pada Allah segala keputusan yang terbaik untuk diri kita, kerna hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Mohon pada Allah agar diredhakan segala ilmu itu dan digunakan ke jalanNya.
Ya Allah
HambaMu ini semakin jauh denganMu
HambaMu ini semakin lalai dengan perintahMu
HambaMu ini semakin hilang rasa nikmat padaMu
yang tenggelam dengan kebebasan dunia
Aku rindu waktu-waktu itu
Waktu aku merintih padaMu
Waktu titisan berderai kerna takut padaMu
Waktu aku bersendirian bersamaMu
Tika dahiku sujud serendah-rendahnya buatMu
Lancar lidahku memuji, memohon padaMu
Aku sungguh rindu tika itu
Aku sungguh sayang saat itu
Kembalikanlah ya Allah nikmat itu
Aku takut tidak mampu merasainya lagi
Aku takut mati dalam kekufuran padaMu
Bersihkanlah hatiku
Terimalah taubatku
Kurniakan Taufik dan HidayahMu
Hambamu ini terlalu merinduiMu
Sebuah lagu dari Raihan yang indah bait-baitnya:
Kita Hamba
Kita adalah hamba yang dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahnya
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajipan sebagai hamba
Sedangkan Tuhan tak pernah lupa untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan Maha pengampun di atas segala dosa yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
p/s : all the best utuk semua teman-teman dan jangan lupa ibadah kita. andai aku ada salah, lagha, tegur-tegurlah. Itulah sebaik-baik teman...=)
Labels: Santapan Rohani 0 comments
Teknologi, Member dan dot..do..dot...
Posted by Lokman Hakim at 2/07/2010 11:21:00 AM
SUKE SANGAT MAIN FACEBOOK
amek ko...hahaha
Yang jadi fenomena adalah Facebook. Maka ramai jugak la friend request dari member lame yang dah belajar merate disetiap pelosok dunia ni. Maka bila dah ber-add sesama mereka, berchatting la bertanye khabar, study kat mane, makin gemuk ke sekarang. Itu la antara modal paling populer untuk memulakan perbualan.
Maka berlaku la adegan-adegan lawak. Chatting bukan main yakin je bahawa dia ni si Mamat (bukan nama sebenar) classmate time sekolah rendah dulu, lepas sejam chatting baru perasan bahawa dia ni Mamat classmate time Matrik. Kalau pandai cover ok la, kalau tak ketawa la hang sesorang depan laptop. Pastu kalau nak berchatting ngan kaum berlawanan je, tak nak layan jantina sejenis. Alasan nye, aku bukan gay/lesbian. Ceh, alasan nak menggatal sebeno nye.hahaha...
Paling klala la selalunye member akan bertanya khabar pastu akan berlaku dialog lebih kurang camni;
Mamat : "Ape cerita awek ko sekarang"
Maka dengan yakinnye menjawab : Tak de awek la, duk belajo course ni sibuk sangat sampai nak berawek pun tak sempat. Apetah lagi kalau nak ngorat"
Lalu si Mamat menjawap : "Yeke takde mase nak berawek. Ke takde awek sebab takde orang yang nak ke ko..." diiringi gelak ketawe riang dia.
Cis tak gune nye member, bukan nak memberi ayat perangsang menaikkan semangat, menjatuhkan moral lagi ade la. Tapi pikir-pikir betul gak. hahahha..
Berdasarkan pola perlakuan manusia, waktu remaja la merupakan waktu dimana mereka ingin berpasang-pasangan. Bak kate bebudak ni time lecture kelmarin "musim mengawan." hahahaha..
Nak mengorat orang ade ke yang nak ke aku ni. hahaha...satu hal dah kat situ. satu hal lagi, ko tu dah la remed bertambun, ade hati nak ngorat. Exam macam tu pun boleh kantoi. Bak kate teacher Eton, "baik ko berselingkuh je dengan buku,lagi bagus tak bedose." kah..kah..kah... Teacher,teacher rindu nak dengo ayat-ayat power teacher yang menusuk sampai pundi kencing.
Kesimpulannye untuk diri ni, jangan la main Facebook gile sangat. Jadikan tragedi remed bertubi-tubi ni sebagai peringatan. Pastu satu hal lagi duduk je diam-diam, jangan nak menggatal.hahahhaa....
Kemungkinan bagi yang terlalu addicted ngan Facebook. Tapi gambar ni kalau versi pesanan mak aku, jangan la study 24 jam, stop-stop la gak. Karang jadi macam kat atas. hahaha...
Teringin nak bela penguin
Kalau keluar la iPhone gaye camni memang salute la. hahahha...
p/s : good luck bagi semua yang akan exam minggu ni ngan minggu depan.
Labels: Umum 0 comments
Tingkap Baru Bernombor 7
Posted by Lokman Hakim at 1/31/2010 05:59:00 PM
Bini berkulit hitam manis aku ni dah setahun tak wat medical checkout. Ditambah la pulak dengan hanya memakai ubat antimikroba free version. Apela sangat protection yang boleh dia bagi kat bini aku ni. Ibarat orang tua umur 25 tahun demam diberi makan Cortal je la. Pengubatan yang tidak mendatangkan pembaikkan. Sampai je kat dalam perut hancus melebus.
Seminggu yang lalu dia dah buat hal, mengong-mengong sikit. Merengek sane merengek sini. Tapi aku masih bersabar dek kerana aku masih sayang dan cinta sama dia. Semalam betul-betul menaikkan angin kus-kus aku bile dia wat hal. Slow...! Bile menyanyi boleh lak stuck-stuck macam CD lekat. Ingat ko ni ESPN IndoVision ke nak main lekat-lekat. Tensen ooo tengah nak rilek-rilek di petang hari dengar lagu die stuck. spoil betul. Mas kahwin aku bagi dulu mahal ko nak tau, lebih RM2000.00. So aku decide hantar bini aku ni berubat.
Maka masuklah hospital bini aku ni semalam. Mule-mule taknak hanto ke spital, suruh berubat ngan bomoh je sebab poket aku ni dah kempis. Tapi setelah aku call member dokter aku sorang ni, dia memberi jaminan perawatan hanya dijalankan tak sampai sejam. So aku hantar jela kat spital member aku ni je.
Sampai spital Dr Mayu, dia pun usha bini aku. Sekali lagi bini aku ni menyanyi versi stuck-stuck. Die ingat nyanyi lagu Akon ke nak rap-rap. Maka si dokter suggest aku untuk wat pembedahan plastik ke atas bini aku memandangkan menurut dia muka bini aku ni old school. cis...! Aku pun setuju la, bagaikan nota BioEthic Blok 13 Dr Budiman. Aku ingat sejam operation dijalankan mengikut kate-kate dokter ssebelum sign borang operate, upenye hampir 24 jam. Balik umah layan EPL lagi best.
Maka keesokkan harinya (tengahari tadi la), keluar la bini aku dari spital dengan machonye umpame sidang media rafa Benitez selepas kekalahan Liverpool. Maka ni la hasil pembedahan yang dilakukan:
inilah rupa bini ku yang terbaru.macam cun je
So lepas ni boleh la aku melayan bini aku macam biase. Boleh la post posting lagi. cewaah, kalau dia sihat pun macam la aku rajin nak update blog. So aku puas hati setakat hari ni. Bayaran perubatan macam harga biase sebelum negotiate. Aku akan mintok ngan aboh lagi kurang. hahaha...pape pun aku dah bayo down payment 500 tadi (rupiah ye,bukan ringgit) dan dalam usaha membuat permohonan kepada aboh untuk membuat pembayaran ansuran selama setahun. Semoga permohonan diterima. hehehhe...
p/s: bini aku yang dimaksudkan adalah laptop aku. saje je membuat cerita bagi hapenin sket. Sebelum laptop aku teruk baik aku cegah awal-awal. Alang-alang aku tukar windows xp aku ni jadi windows 7. orang kate best...
Labels: Umum 2 comments
Mercedes GP Petronas Car Launching
Posted by Lokman Hakim at 1/25/2010 11:34:00 PM
Stuttgart-Akhirnya, teka-teki kaler kereta Mercedes GP Petronas terburai jugak setelah majlis pelancaran baru tadi walaupun dah ade dalam internet sebelum-sebelum ni, aku sekadar nak feel yang rasmi. Gandingan kaler Silver Arrow dan hijau Petronas disamping terteranya lambang Petronas Malaysia di sisi bilateral kereta. Pewiiiit......

Ini dia Mecedes GP Petronas MGP W01 official car. Yang kiri tu yang rasmi dan yang kanan ni model yang bertebaran di internet sebelum ni. Takde jual ke hak hot wheels punye ye?
Hahaha, sejak Petronas menaja Mercedes GP ni tetiba ramai yang tertarik semula dengan F1-ditambah pula dengan penglibatan semula juara 7 kali dunie Mikel Semekel. Tambah-tambah lagi dengan wujudnye pulak satu lagi Malaysian-based F1 team, Lotus F1, membuatkan aku menjadi pembaca wajib section F1 kat Eurosportnews. Sebab ini melibatkan nama negare yang aku rindui ni kot yang menjadikan aku ghairah kembali dengan F1.hahaha...
Walaupun aku akui kurang bersetuju dengan peng-sponsor-an jutaan ataupun bilioonan Petronas keatas pasukan German selama 5 tahun ni, tapi sebenarnya ade la sikit dalam hati lebih kurang 30% yang aku bangge. Name Malaysia diseluruh dunia. Bukan 1, tapi 2 team tuuuu...
Lepas ni sape-sape yang tukar reward point kad mesra Petronas mesti ade hadiah t-shirt Mercedes GP Petronas. Huish, lawo tu. Kalau aku dapat mesti aku pakai bawak pusing-pusing Jakarta. Mekel Sumekel beb, bukan Maikel monyet dalam buku Ujang dulu-dulu tu. Aku kene buat la satu kad mesra Petronas pas ni. Tapi dapat ke point kalau isi minyak moto 2 inggit je? Tu je kenderaan hak aku mampu milik.
Ape-ape pun, sedang menunggu pelancaran kereta rasmi Lotus F1 team Febuari ni. Jangan si Incik Toni Penandes letak gambar die kat kete F1 tu sudah. Perlumbaan pertama di Bahrain Mac ni pasti akan membuatkan aku tecatok petang Ahad depan tv menonton perlumbaan dan mungkin setiap perlumbaan aku akan tecegat depan tv umpama setiap match Manchester United. Bukan aku sorang je yang pasti, sume housemate aku pun same.
p/s~emm, ade pro-kontra mende ni.aku pun tak tau la nak cakap ape. sebagai orang biase yang takde suare apa-apa ni, diam jela sekadar men-evaluasi diri jela disamping bangga gak sekaki. hehehe...
Labels: Umum 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)