Recent Posts

Posts RSS

Vaksinasi Lembu

Bukan hanya manusia, haiwan peliharaan serta haiwan ternakan juga perlu di vaksin untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dari haiwan sebagai vontoh penyakit lembu gila (Bovine Spongiform  Encelophaty). Baru ini saya berkesempatan melihat bagaimana haiwan terenakan divaksin oleh pegawai kesihatan veterinar.

Pegawai bertugas mereload vaksin untuk disuntik
Tuan empunya lembu menangkap lembu miliknya supaya mudah untuk disuntik. Ala-ala koboi gaya menangkapnya
Vaksin disuntik subcutan (sc) dibahagian leher ataupun intramusculer (im) dibahagian peha belakang



Selain itu, setiap lembu ternakan ada kad pengenalan diorang. Tapi tak lah macam kad pengenalan manusia, melainkan 'anting-anting' bernombor sahaja.


Anting-anting ni akan ditebuk ke telinga, jadi kalau nak buat medical check-up lembu-lembu ni, tidak lah tertukar sample darah dengan 'tuan' empunya darah. 

Anting-anting dipasang seperti manusia juga cuma kurang perikemanusiaan sikit
Setelah siap. Ramai-ramai posing show off anting-anting baru

Setelah selesai, seekor lembu ni kencing nak bagi hadiah ke kami kot. Sembelih buat burger baru tau lembu putih ni. 

Ambik kau. Suka-suka suntik aku, terimalah air fresh dari ladang
Asyik menyuntik orang je di kampus, sekali sekala dapat tengok suntik lembu pun best juga. Cara lebih kurang je, cuma lembu ni akan bertindak ganas bila sakit. Manusia masih boleh bertoleransi. 

2 comments

Photography #6 : Senja di Jerantut



Lawa juga sebenarnya Jerantut ni. Siapa kata Jerantut tak lawa, meh datang Jerantut jalan-jalan. Moh semua moh.

3 comments

Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1

Masuknya kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba aku nampak toilet dihujung lobi. Aku dari tadi sebenarnya mencari toilet sebab bas tadi sejuk sangat. Toilet kat stesen bas Pekeliling tadi penuh. Selepas menyelesaikan hajat yang tertangguh tadi, aku ke kaunter pendaftaran temuduga. Selepas mengambil kad pelawat, aku diminta ke tingkat 20 lebih untuk sesi temuduga.

Didalam lif, aku dah mula rasa gementar. Ini pertama kali interview ni, boleh tahan takut nya. Selepas sampai di tingkat tersebut semua student ditempatkan didalam bilik mesyuarat untuk tunggu turn interview. Kebetulan ada seorang tu dari Matrik Pahang bernama Nabil, jadi ada lah kawan nak berborak. Borak-borak, kemudian turn aku untuk masuk bilik interview. Satu group interview ada 5 orang.

Masuk je bilik interview, ada 3 orang panel interview sedang duduk melihat kami masuk. Jalan jela dengan muka confident walhal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Interview dimulakan dengan memperkenalkan diri dan masing-masing mengeluarkan skill berhujah, dan kami berbahasa Inggeris. Setelah selesai memperkenalkan diri, panel mencelah mengatakan "takpe dik, kita cakap Melayu je, tak payah bahasa omputih". Laaa, asal la tak bagi tau awal-awal tadi. Aku ni bukan pandai cakap omputih, entah apa la yang dimencarut tadi.

Selepas itu kami diberi satu kes untuk dibincangkan iatu kenapa sedikit pelajar yang layak melanjutkan pelajaran didalam bidang perubatan. Masing-masing mengeluarkan hujah, ada yang masuk akal, ada yang macam tak logik, ada yang aktif ada yang tak. Aku buat-buat yakin je berhujah sambil tangan bergerak sana sini, pusing-pusing kerusi konon-konon cool lah. Padahal...

Setelah selesai, panel bertanya adakah kami tahu kemanakah kami akan dihantar dan didalam bidang apakah. Kami semua diam tanda tak tahu dan selepas itu baru lah kami tahu yang kami akan dihantar ke Indonesia didalam bidang perubatan. Patut lah interview tadi didalam bahasa Melayu je. 

Setelah selesai, aku turun ke lobi mencari ayah aku. Nampak dia duduk tercongok seorang diri di lobi. Laaa, sian pulak ayah aku tunggu sorang-sorang, lama pula tu. Tadi dah suruh dia pergi jalan-jalan kat Sogo tapi dia kata malas. Takpe lah ayah, jom kita makan. Boleh tahan lapar ni lepas interview. Siap makan nasi ayam di bazar Mara, kami pun pulang ke Jerantut sebelah petangnya. Dan menurut panel itu tadi, keputusan interview akan diberitahu melalui surat, jadi tinggal tunggu dan lihat sama ada diterima atau tidak.

Keesokkan harinya hari-hari aku berjalan seoerti biasa. Apabila borang UPU keluar, aku pun isi juga kalau-kalau interview tadi gagal. Selang beberapa minggu, berita mengenai keputusan peperiksaan matrikulasi akan keluar pada tarikh sekian dan keputusan boleh dilihat menggunakan sms sahaja.

Tepat 12 malam tarikh yang diberitahu itu, aku mengambil handphone dan menaip arahan yang diberikan. Aku menaip dengan penuh debaran, kerana pointer yang akan keluar di skrin handphone ini akan mempengaruhi masa depan aku, dan apakah hasil penat lelah setahun aku belajar di matrikulasi. Butang send ditekan dengan penuh harapan yang menggunung. Nilai ini juga akan menentukan aku berjaya atau tidak didalam interview beberapa minggu yang lalu. 

Selang beberapa saat, 'teeet-tet teeet-tet', handphone aku berbunyi dan ada mesej yang masuk. Mak dan ayah aku dah tunggu di tepi menanti mesej itu dibuka. Hati mula berdebar-debar dan jari ini menggeletar untuk menekan butang open. Apabila aku menekan butang open, terpampang mesej berbunyi;

Nilai untuk semseter 2 adalah .............................(bersambung)

0 comments

Kasih Seorang Lelaki

Semua orang didunia ini ada ayah. Hanya 2 orang sahaja yang tiada ayah iatu Nabi Adam dan Nabi Isa. Dalam keluarga seringnya si ibu yang menjadi simbol kasih sayang manakala si ayah disimbolkan sebagai pelindung. Namun begitu adakah ini menandakan si ayah kurang kasih sayangnya?

Sebahagian manusia menunjukkan luahan perasaan mereka dengan ekspresi muka
Tidak, kasih sayang ayah terhadap anak sama seperti ibu sayang kepada anaknya. Cuma lelaki ini jarang menunjukkan perasaan dia terang-terangan. Sebagai contoh kalau anda perasan, sekiranya anda mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM, ibu akan bergembira, menangis, peluk, puji macam-macam anak dia. Cuba tengok si ayah, dia hanya tersenyum dan ucap tahniah. Itu sahaja. Walaupun ekspresi si ayah mendatar sahaja, tapi ketahuilah didalam hati nya melonjak gembira dan bangga.

Semalam saya berborak dengan seorang pakcik di asrama adik saya. Hari dah nak dekat pukul 7 malam dan pakcik tu baru sampai dari Tongkiat dengan menaiki motor sahaja. Jarak Jerantut-Tongkiat lebih dari sejam kalau naik kereta. Pakcik tu kata anak dia demam, call dia tadi suruh ambil di asrama sebab warden suruh balik. Lepas dapat call, pakcik tu terus datang ke asrama. Yang saya tersentuh pakcik tu kata dalam perjalanan tadi hujan lebat. Dah la motor takde atap tapi terpaksa lah demi anak. Dan diatas pukul 7 sekali lagi hujan turun dengan lebatnya.

Manusia normal pasti mempunyai sifat kasih dan sayang dalam diri mereka
Dan satu lagi kes yang terjadi tahun lepas di Malaysia. Sepasang suami isteri sedang menoreh getah dan tiba-tiba diserang oleh ribuan tebuan. Mereka berdua melarikan diri tetapi si suami terjatuh. Isterinya mahu menolong tetapi suaminya menyuruh lari jangan selamatkan dia, takut kena sengat tebuan. Akhirnya isterinya lari meninggalkan suaminya untuk mendapatkan pertolongan orang kampung dan bila kembalinya ke tempat kejadian, suaminya telah meninggal kerana sengatan tebuan yang terlalu banyak.

Begitulah sifat lelaki. Kasih-sayang mereka sama seperti perempuan, sayang, rindu, gembira. Cuma mereka jarang menunjukkan perasaan mereka. Pengorbanan mereka cukup besar didalam hidup kita.

0 comments

Malaysia, I'm Home

Alhamdulillah, setelah bersilat belajar selama 6 bulan akhirnya dapat juga saya balik ke Malaysia untuk bercuti seseminggu dua. Sungguh saya katakan belajar medic ini sangat meletihkan lagi-lagi dengan sistem universiti yang haru biru semester ni. Saya balik saya nak rehat puas-puas, qada balik tekanan 6 bulan yang lepas.

Gate D yang menyimpan pelbagai memori
Dalam banyak-banyak kali balik, inilah balik yang paling mencabar saya. Start dari rumah di Jakarta sampailah ke Jerantut satu-satu menda jadi. Kita bermula dari Jakarta. Flight saya pukul 6.25 pagi jadi saya kena ada di airport pukul 4.30. Dalam pukul 4, saya bertolak ke airport naik teksi seorang diri. Masuk dalam teksi saya cuba berborak dengan driver tapi saya tanya satu dia jawap satu. Lama-lama saya pun malas la nak berborak, boring.

Masuk je highway, driver tu tersengguk-sengguk. Aisehmen, jangan pakcik, saya taknak sampai Jerantut dalam kotak. So saya ajak la sekali lagi driver tu borak-borak biar dia hilang sikit mengantuk, tapi respon tetap sama-tanya sepatah jawap sepatah. Dari awal sampai ke airpot dia tersengguk-sengguk. Pertama kali dalam hidup saya pakai seatbelt belakang dengan kerelaan sendiri. Kalau lah terjadi apa-apa taklah teruk sangat dalam fikiran saya.

Alhamdulillah saya sampai dengan selamat ke airport. Pakcik tu pun baik gak kurangkan tambang teksi Rp 10,000 sebab saya takde duit kecil. Sampai terus saya check in, drop luggage, jalan-jalan kat kedai airport memandangkan lagi sejam gate nak tutup.

Tepat pukul 6.30 flight berlepas. Taknak tidur sebab takut terlepas pramugari jual makanan. Lapar gile sebab tak sempat sarapan kat airport. Cis, sandwich tuna AirAsia sejuk, tak sedap, roti keras. Menyesal bayar  Rp27,000. Tapi lapar punya pasal makan je lah.
Sesungguhnya ERL lebih best dari Busway
Sampai ke LCCT, ambil luggage terus beli tiket ERL KLIA Transit menuju ke KL Sentral. Saya tunggu la kat terminal 8 tempat saya tunggu shuttle KLIA Transit balik sebelum ni. Nak dekat sejam saya dengan uncle Cina ni tunggu shuttle unggu ni tapi sehabuk pun takde. Last-last uncle ni tanya orang bas sebelah rupanya shuttle tu ambil orang kat depan pintu domestic departure. Rugi sejam aku.

Sampai di Stesen Salak Tinggi, naik ERL ke KL Sentral. Tukar sim Celcom ke BlackBerry tapi dia tulis sim tak boleh pakai. Alahai, nak mesej orang pun tak boleh macam ni. Sampai di KL Central terus tanya orang kedai henpon dan orang tu kata BlackBerry saya dah lock balik semula. Kalau nak unlock dia minta RM100. Takpe la tokey, lain tempat la saya buat.

Lepas letak beg di Stesen Pekeliling, saya ke Plaza Lowyat sekejap nak tanya masalah BB ni. Jawapan yang sama iatu BB terlock semula. Penyelesaian adalah unlock dengan harga RM80. Terpaksa la sebab kalau dah balik Jerantut nak buat kat mana semua ni. Lepas sejam dia kata dah siap unlock tapi sim aku yang bermasalah. Pulak dah. Walaupun dia tunjuk kalau pakai sim lain boleh, saya takut je dia tak unlock kan sebab tau BB saya bukan ter lock melainkan sebab sim yang dah di blok. Tapi dah lepas, bayar je lah. Harap-harap dia unlock betul-betul la BB ni.

Lepas siap urusan di Lowyat, rushing ke Stesen pekeliling nak ambil bas ke Jerantut pukul 3. Masuk je bas, saya cucuk earphone terus terlelap disebabkan keletihan. Sedar-sedar ada seorang perempuan kejut saya dari belakang kata henpon saya jatuh. Dia kata tau tu henpon saya sebab earphone still bergayut lagi kat telinga saya. Betul jugak. Dan saya bantai bercakap omputih dengan dia sebab mamai ingatkan dalam flight lagi. Sebab dalam flight tadi saya borak dengan orang sebelah dan orang sebelah tu cakap omputih. Jadi follow je la orang tu.

3 jam dalam bas akhirnya sampai ke Jerantut. Muka dah tersenyum riang bila nampak bangunan sekolah Temin. Dan seperti biasa bas akan lalu dihadapan kawasan perumahan saya dan saya akan berhenti di tepi jalan sahaja. Saya pun cakap la ke driver bas mintak tolong berhenti di tepi jalan. Driver pun kata tak boleh. Saya cakap sebelum-sebelum ni boleh je. Dengan nada kurang hajar dia kata "orang cakap sekali je tak cakap lebih-lebih". Ayat ni lah yang menyakitkan hati saya. Cuba cakap baik-baik, orang pun tak marah. Saya cakap punya la lembut sebab nak minta tolong dia. Ini jawap macam tu. Untuk pengetahuan driver tu bergaduh dengan orang kaunter tiket masa di stesen bas Pekeliling. Terpaksa lah saya naik teksi dari bandar ke rumah saya. Saje je malas minta ayah saya ambilkan. Hilang feel balik kampung nanti.

Namun begitu saya dah sampai dengan selamat ke rumah. Rehat selama 3 minggu, ok la tu. Perjalanan seharian yang meletihkan.

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...