Recent Posts

Posts RSS

.:: My Housemate ::.


Inilah dia 10 orang housemate aku yang baru je bertemu 6 bulan dulu mase Biro Tata Negara (BTN) mengejut, dan seterusnya fly same-same ke Indonesia dan dapat jugak kuliah bersama-sama. Pada asalnya kami tinggal di Greenvill (Tanjung Duren Barat) sampai akhir 2008, pastu kami pindah ke alamat diatas oleh kerana sebab-sebab keselamatan.

Inilah 10 orang manusia yang kejenye asyik nak bergelak je. Pantang berkumpul, conform ade je lawak atau umpatan yang keluar. Memang bahagia kami bersepuluh tinggal bersama. Cuma Din je yang tak pindah lagi sebab bilik die tak renovate habis lagi.

Haa, satu lagi informasi bagi anda yang tidak tahu, di Indonesia, rumah sewa tidak dipaggil rumah sewa. Ia dipanggil rumah kost (bayar bulan-bulan) ataupun rumah kontrak (bayar full mengikut kontrak tempoh sewa). Tokey rumah sewa ni pulak dipanggil ibu kost. Bapak kost setakat ni tak penah dengar lagi walaupun tokey tu lelaki. Taktau la kalau aku yang tak tahu. Pendek kate, kene pandai cari rumah agar berbaloi. Dan Alhamdulillah rumah baru kami ni amat selesa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...