Tok Mudim Jadian
Posted by Lokman Hakim at 2/16/2013 01:04:00 AM
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama 2 bulan mencari patient, berlatih, perabis duit maka selesai sudah exam minor surgery. Task untuk posting surgery ini adalah jadi tok mudim muda; cari punai budak-budak dan potong kasi keluar itu kepala. Bahasa Jerantut panggil circumcision, daerah lain rasanya masih panggil sunat.
Today is my second circumcision patient but this one completely first time done by myself without interruption by the surgeon (my consultant). Impression pertama saya bila lihat patient ni adalah; Alhamdulillah jenis friendly, tolerate punya orang sebab dia bersuka ria berborak dengan mak nya atas katil sunat. Tapi indah khabar dari rupa, sejurus selepas block anesthesia, my patient mula dah merintih. My patient keep saying he still can feel the pain even I just clicking the clamp without clamping his prepucium. So I assume that he just scared on that time and the lidocain already works on. Continue my work.
Everything going smoothly without any miss cutting the prepucium and Alhamdulillah no massive bleeding even my patient keep crying from the start. Just had 2 problems besides my patient keeps crying; the artery is quit big so the bleeding "memancut-mancut" sampai kena baju assistance. Mengelabah juga nak mencari mana arteri tu, ditambah consultant duk perati. Tambah tremor tangan aku ni umapama mesin berkarat tak letak minyak bergerak. Alhamdulillah bleeding dapat diatasi, dan arteri diikat.
Berdiri di bawah lampu surgery, emergency room yang tiada kipas mahupun air-cond, tangan gemah gemalai bekerja dengan secepatnya, ditambah kesebalan melampau kerana patient menangis membuatkan keringat jantan mengalir di segenap pelusuk tubuhku. Dan sesungguhnya aku sangat lah tidak memalukan diri minta orang di sebelah lapkan peluh yang mengalir di dahi. Besunat je pun, bukannya craniotomy.
Alhamdulillah, everything going well. My patient pun lepas siap dah senyap sampai balik rumah. Yang penting mood consultant aku nampak sangat baik tadi. Siap boleh melawak, meng-troll member aku so assume dia puas hati lah dengan hasil kerja kami. And he said that we did a good job as a beginner. Lulus ujian tu hal kedua yang penting adalah pengalaman untuk mengerjakan sendiri prosedur-prosedur minor surgery seperti;
- asepsis dan antisepsis
- local anesthesia
- hecting
- gunting jaringan kulit
- identified type and location of the bleeding
- mengatasi perdarahan (stop dengan point pressure atau ikat pembuluh darah)
- dressing
- post surgery medicine and education
Jadi lepas ni kalau ada siapa-siapa nak bersunat saya bersedia untuk menyunatkannya. Salah potong tu rasanya tidak, sakit sikit tu biasalah. Maklumlah, amatur belum banyak jam terbang.hehe....
![]() |
| Me and Azrin did the circumcision but this is with our practice patient couple weeks ago |
p/s: Thanks to my best friend to assist me. Hal baju kena darah tu belakang kira la yek. Besok hantar laundry setel punya. Janji dah selesai ujian minor. Tak sempat nak bergambar apa, fikiran dah kelaut semua tadi.
Labels: Kehidupanku di perantauan, Perubatan 1 comments
Resolusi Maya 2013
Posted by Lokman Hakim at 1/21/2013 11:36:00 PM
Mungkin sudah sampai waktu untuk aku buat penambah baikkan atas blog ni seperti tukar layout kepada yang lebih matang mahupun simple. Senang cerita tukar layout baru lah. Tema? Entah.
Baca-baca balik post-post lama, segan gak dengan cara penulisan aku, terutama artikel perubatan yang banyak di view orang. Macam mak nyah menulis pun ada, macam budak-budak darjah 6 pun ada. Sori ye teman-teman, dulu baru akil baligh dalam menulis. Masih belum banyak membaca dan menggunakan akal fikiran dengan baik.hehe...
Ok, resolusi 2013 adalah pembaikkan blog. Betul ni, caya lah cakap aku. Cuma, cuma, cuma nak tidur dulu. Besok banyak operation, bila free aku setelkan.Zzzzzzzz
p/s: Listen, listen, listen. Let me speak. Seriously aku segan dengan gaya penulisan aku dulu-dulu. Sapa yang baca jangan pandang serong ye.hehe....
Labels: Umum 0 comments
Panadol Hospital Power!
Posted by Lokman Hakim at 1/21/2013 10:05:00 PM
![]() |
| Ubat KK, ubat lejen zaman sekolah! |
10 tahun dulu, bila sukan tahunan sekolah berlangsung, senior-senior yang masuk lumba lari 100m mesti cari satu benda ni, Panadol. Panadol merah beli kat kedai runcit Sri Devi tak ampuh, harus panadol yang ada tulis KK (kementerian kesihatan) yang hanya dapat dari hospital kerajaan. Yang ni baru boleh pergi dari otak sampai kaki. Sekali sprint 2 biji tak cepat effect dia, paling kurang 8 biji baru padu pergi. Kata abang-abang ni lah.
Menginjak status menengah atas, bila diamantkan menjadi sprinter rumah sukan hijau, tanpa berfikir rasional, bertanya lebih lanjut mahupun google aku pun buat hal yang sama. Keliling bilik form 1 cari ubat KK sebanyak mungkin. Beberapa minit sebelum berlari, dengan yakin berjalan ke water cooler aku menelan 8 biji obat KK. Badan rasa kemas dah ni nak berlari, ni at least 800 bhp bedesup boleh gi ni.
Ceh, hampeh. Second last gak result larian aku.
* * * * *
5 tahun aku menuntut di sekolah perubatan memberi tahu yang ubat KK dengan Panadol ni isi benda yang sama je. 500mg + 50mg caffeine, bungkus je lain. Dan yang paling penting, aku tak nampak satu pun kaitan panadol boleh bagi effect lari laju mahupun hilangkan rasa letih. Benda putih ni nak buat turunkan suhu badan ataupun penahan sakit ringan la woii..!
Cibai punya senior.
Labels: Memori Silam, Perubatan 0 comments
Tak Boleh Lempang Malam-Malam
Posted by Lokman Hakim at 1/21/2013 09:10:00 PM
Satu malam hening di asrama Tahap sekitar tahun 2004, bertempat di bilik No.14, 3 orang senior sedang melepak didalam bilik adik-adik form 1. Aku sebagai senior merangkap penjaga bilik 14 membawa 2 makluk bernama Thaqif dan Hazman melepak disini seperti malam-malam biasanya. Penguatkuasaan melarang senior melepak di bilik junior tengah hangat dikuatkuasakan, tapi maklum, jenis tak reti bahasa macam tiga orang ni memang sengaja mengundang nahas.
Sedang 3 makhluk ini rancak berborak didalam bilik yang samar-samar, muncul satu sosok yang dikenali didepan pintu bilik. Tak lain tak bukan Ustaz Hadzri merangkap warden bertugas melilau mencari manusia "degil" yang siap sedia menghayun tangan mahupun selaras buluh rotan ke bontot mangsanya.
"Yang bukan bilik ni sila keluar sekarang!" bentak Ustaz Hadzri
Kami bertiga tak mampu menipu pura-pura tidur mahupun study didalam gelap sebab ustaz memang pandang tepat ke anak mata masing-masing. Bentakkan tadi cuma basa-basi sekadar menambah ketegangan situasi.
Maka berbarislah kami bertiga. Aku sebagai ahli bilik kena menghadap gak sebab aku yang tukang bawak makhluk 2 orang lagi melepak bilik ni.
"Saya dah kata senior jangan lepak bilik junior! Kamu buat apa kat sini?" mata ustaz Hadzri melirik ke Hazman.
"Saya iron baju ustaz, bilik saya takde iron. Ni baru je siap" penuh bersahaja Hazman menjawap sambil menunjuk baju melayu putih sekolah Jumaat.
"Pergi balik kamu sendiri sekarang! Kamu?" sambil memandang Thaqif. Thaqif tak mampu nak bagi alasan sebaik Hazman, hanya mampu menunduk tanda bersalah. Ustaz Hadzri dah siap-siap nak bagi 'hadiah' tapi scene menarik belum habis takat ni. Tanpa tersekat-sekat tetiba makhluk bernama Thaqif ni berata-kata;
"Maaf Ustaz, memang saya dah buat salah tapi saya memang dari kecik tak boleh kena rotan malam-malam. Kalau siang takpe ustaz"
Memang terkedu aku, macam mana boleh keluar excuse macam tu dari mulut member aku ni. Dan menambah kekeduan aku lagi bila ustaz suruh Thaqif balik bilik dan menerima bulat-bulat alasan Thaqif. Perghhh alasanni memang tak beberapa boleh nak diterima dek filosopi hidup aku.
"Hah, kamu meh sini. Bawak member lepak bilik form 1 ye" Pangggggg, sedas pelempang hangat tepat ke pipi kiri. Termangu depan bilik, hanya mendengar desingan telinga memenuhi segenap ruangan telinga kiri. Sosok ustaz Hadzri terus hilang berlalu mengikut angin bertiup sambil unggas berterbangan. Dan aku hanya mampu melangkah longlai ke katil mengenang pipi yang tengah suam-suam kuku dilempang.
. . . . . . . .
Selang beberapa minit kemudian, 2 ekor makhluk tadi datang ke bilik sambil ketawa guling-guling. Satu je kalimat yang mampu aku ucapkan malam tu,
CIBAI PUNYE MEMBER!
* * * * * *
nota: si hazman bukannya datang bilik nak iron baju. Baju yang dia tunjuk ke warden tu baju junior. entah bila lah mamat tu sauk baju tu dari katil junior sambil pura-pura milik sendiri. dah la baju kecik. dan sampai sekarang aku still tunggu si Thaqif bayar hutang rotan dia dari ustaz Hadzri! sebab keesokkan harinya semua berlalu seperti tiada yang berlaku malamnya.
kahkahkah....indahnya kenangan asrama Tahap
Labels: Memori Silam 0 comments
Memori Aidilfitri
Posted by Lokman Hakim at 8/26/2012 12:52:00 PM
Hari raya conform hari yang dinantikan semua. Kalau budak-budak seronok dapat duit raya, yang besar-besar ni seronok dapat berkumpul ramai-ramai di kampung, disamping dapat mengusha sepupu-sepupu yang semakin comel. Sepupu yang umur 2,3 tahun maksud aku, tapi yang baru 20 pun tidak dilepaskan peluang.hehe...
Ada beberapa moment yang rutin tiap tahun berlaku dan aku sangat suka benda-benda ni. Tahun ni tak dapat balik kampung, so aku nak flashback kat sini je lah sebagai mengubat hati yang lara.
PAGI RAYA PERTAMA
Pagi raya selalu pertama selalu di rumah nenek belak mak. Pagi-pagi conform yang kecik-kecik terutama adik aku paling liat bangun. Paling best adalah nenek conform akan buat air teh susu. Teh susu nenek lagi tinggi level dari kedai mamak. Sementara tunggu turn bilik air, kita kunyah-kunyah lemang rendang. Tolak tepi gosok gigi ke tak. Masa ni nenek akan mula buka cerita zaman aku kecik-kecik. Masa kecik aku suka tinggal kat rumah nenek bila cuti sekolah, jadi banyak lah cerita berbading sepupu-sepupu lain. Cerita paling top adalah masa kecik aku ingat ada orang cat pokok-pokok tepi jalan, tapi sebenarnya itu kesan lumpur lepas banjir. Dan aku pernah cakap kuat-kuat dalam keretaa sewa yang aku pening bila naik kereta buruk tapi kalau kereta lawa aku ok. Rindunya sesi perbualan dengan nenek. Nenek selalu suruh aku baring atas riba dia. Atuk dah macam Tok Dalang dalam Upin-Ipin. Dengan cucu dah macam budak-budak dia jadi.
![]() |
| Keluarga belah mak di Kampung Sg Tekam Utara. Missed dalam gambar family maksu yang beraya kat Johor dan aku. Sebab aku tukang ambil gambar, tripod tak beli lagi masa ni. Gambar raya tahun 2010. |
FULL PARKING KELILING RUMAH
Kalau bab parking di rumah Mak Ngah belah ayah. Atuk-nenek belah ayah dah meninggal, so tiap raya kami akan balik rumah Mak Ngah. Mak Ngah aku ni ramai anak so tiap kali raya walau tak semua balik conform akan bersusun kereta sebelah menyebelah parking. Compound rumah ni luas maka jelas lah tiap kali raya banyaknya kereta parking. Pernah aku kira lebih 10 kereta dan mostly adalah proton. Dan kami akan konvoi ramai-ramai beraya ke rumah sedara-sedara yang lain. Maka dengan jumlah kereta sebanyak ini sekali bertandang ke rumah saudara yang jarang-jarang pergi, memang jiran keliling akan ingat ini rombongan meminang. Dan pernah sekali waktu beraya ke rumah sedara ni sampai makan tengah-hari luar rumah sebab dalam rumah tak muat.
![]() |
| Rombongan datang beraya. ini baru yang perempuan, belum lelaki. mana tak sampai makan sampai luar rumah kan |
PESTA MERCUN
Yeah, ini memang wajib di rumah Mak Ngah. Selalu malam raya kedua dan disebabkan sepupu-sepupu aku ramai dan mostly dah besar, jadi ramai lah supplier mercun. Dan ada supplier wajib yang akan bawak sekotak mercun yang diambil dari mana itu rahsia. Bila aku tengok yang main bukan budak-budak kecik usia sekolah ni. Yang main yang dah umur nak dekat 30. Yang kecik-kecik dapat bunga api je dan diminta jadi penonton mercun sahaja. Bila mercun meletup, rumah seberang sana pun tak nak kalah, lawan mercun. Dan setakat ni rumah kami tak pernah stop dulu mercun disebabkan stok banyak. Dan tiap tahun lah Pak Cik aku akan lalu depan rumah Mak Ngah suruh budak-budak ni stop dulu main mercun sebab orang masjid nak semayang. Pak Cik aku ni ahli kariah masjid. Rumah pak-pak sedara area-area situ je, kecuali ayah aku yang duduk jauh sikit.
![]() |
| Antara supplier bom di malam raya dalam usaha mengalahkan semua musuh mercun sekitar Kerdau. Tengok kat tangan tu, yang lain duduk mengikut dari belakang tunggu di pass mercun |
![]() |
| Yang kecik-kecik main bunya api je. Biar kami yang besar bakar mercun. Nanti biar je yang besar-besar ni masuk Hospital Temerloh. Kitorang takpe masuk hospital, dah tak sekolah |
![]() |
| Molek-molek, karang masuk bawah C-Class biru tu, letih aokme kena hambat di Aichik |
PESTA BUDAK-BUDAK KECIK
Bila dah ramai-ramai berkumpul, yang paling suka yang kecik-kecik ni. Dia dah jumpa geng-geng dia, semua nak dekat berbelas maka banyak lah permainan yang diorang main. Yang wajib nya berlari keliling rumah, masuk ikut dapur keluar ikut pintu depan. Menjerit lah seorang demi seorang mak yang tengah sibuk kat dapur suruh stop berlari, stop naik turun tangga. Budak-budak ni peduli apa, selagi takde yang menangis jatuh selagi tu lah diorang akan berlari. Sungguh, memang serabut perut tengok. Tapi sebenarnya happening, kecoh tu lah yang membangkitkan suasana raya.
ORANG-ORANG TUA BERKUMPUL
Kalau yang kecik-kecik ada geng, yang tua-tua pun sama ada geng. Port mereka ni bawah rumah. Lepas isya mula seorang demi seorang berkumpul, start berborak. Aku suka dengar cerita-cerita diorang, jadi aku pun menyempel sekali lah, lagipun umur dah atas 20, so dah diterima masuk geng. Abang Zul dan Bang Din, 2 orang penglipur lara yang akan buat semua ketawa lupa dunia. Muka paling kuat ketawa jatuh ke mak aku, yang dipanggil Wan Cu. Sebab tu mak aku suka melepak dengan anak-anak sedara dia ni. Sambil borak minum kopi makan kuih raya. Scene kerusi-kerusi bawah rumah ni memang best!
![]() |
| Inilah port bawah rumah tempat mengeratkan ukhuah sesama keluarga disamping bergelak ketawa |
BAKAR LEMANG, KACAU DODOL, BUAT BAHULU
Dulu masa atuk dan nenek kuat lagi diorang akan buat sendiri lemang, dodol, bahulu. Tapi sekarang nenek pun dah tak berapa larat, semua beli. Dodol ngan lemang buat petang puasa last. Atuk aku selalunya hujung-hujung buat lemang mesti jadi emo. Mak aku ketawa je dari jauh, aku kacau-kacau dia pun dia dah tak layan. Sebab panas kot. Bahulu mak su yang buat dekat bawah rumah guna acuan yang bakar pakai serabut kelapa. Satu acuan boleh dapat dalam 5 bahulu, siap masak adik aku makan 2. Dia tak sekolah lagi masa tu, aku pun baru tingkatan 1. Mana nak cukup se balang kalau masak 5 makan 2. Tapi round ke 5 selalunya adik aku dah stop sebab kenyang. Dan dia akan makan yang bentuk ikan sahaja sampai nenek sanggup bungkus bahulu bentuk ikan semua untuk bekal adik aku bawak balik Jerantut. Sayang sungguh nenek ke kami.
![]() |
| Atuk saya di petang puasa last. Sebelum rumah ni renovate, kat belakang tu ada garaj. Kat belakang itulah antara port atuk bakar lemang sampai dia emo-emo |
DUIT RAYA
Tipu lah kalau tak seronok dapat duit raya kan. Walau tahun lepas aku 22 tahun tapi still dapat walau tak semua hulur ke aku. Biasanya semakin besar, semakin tinggi belajar, semakin jauh belajar jumlah dalam angpau meningkat. Ayat sedara-sedara buat belanja belajar. Alhamdulillah lah, dapat dalam RM100, RM200 buat tambah-tambah beli buku. Kalau beli buku lah. Dan aku selalu fight dengan adik siapa paling banyak dapat duit. Seperti biasa aku akan kalah sebab adik ni dia tak pakai duit orang bagi, dia simpan. Aku pakai je buat topup, beli-beli jajan, belanja dia juga.
TAHLIL KUBUR
Ni bukan favorite aku melainkan adik aku. Nak tau kenapa? Dapat duit lah jawapan nya. 2 tempat selalu kami pergi di kubur arwah nanyang di Kampung Baduk dan kubur wan di Kampung Kerdau. Tradisi tempat kami sebelum tahlil start, waris-waris yang datang akan sedekah duit. Duit tu nanti ahli kariah tanah perkuburan akan agih-agih waktu tahlil ke budak-budak yang datang. Selalu duit syiling dan RM1. Lumayan lah, seorang boleh dapat dalam RM10. Oh ya, tahun lepas aku still dapat dengan jumlah lebih kurang adik aku. Means muka masih kelihatan muda!
![]() |
| Di kubur arwah wan. Ni Mak Ngah dan Mak Teh |
Oh indahnya suasana hari raya dalam keluarga aku. Aku rasa semua keluarga ada cerita sendiri. Walau ini typical situation hari raya tapi aku tetap suka dengan suasana setahun sekali ni. Saya sayang keluarga besar saya.
Labels: Memori Silam, Umum 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)










