Recent Posts

Posts RSS

Komitmen atau Kehendak...?

Pagi yang agak sayu dan muram bagi aku. Langsung takde mood pagi ni, naik basikal pun nak kene langgar ngan kereta lecturer. Selamat Dr Harto hon sambil tesengih ke aku,sebab tau aku tengah mengelamun atas basikal....

Dipendekkan cerita, antara asbab musabab utama aku takde mood ni sebab semalam,kemungkinan fakulti akan mengadakan pulak short sem untuk semester 1 dan 2. Keputusan sebelum ini memutuskan tiadanya short sem. Dan aku dah book tiket flight, nak balik Malaysia, sebab ingat takde short sem..Dan kemungkinan raya ni pun aku tak balik lagi sekali.

Dalam dunia ni macam-macam perkara sebegini boleh berlaku. sedang kita sudah merancang kehendak yang sememangnya kita nak sangat-sangat, datang pulak sedikit komitmen yang sebenarnya perlu diutamakan. Seringnya berlaku konflik dalam memilih, dan seringnya jugak nafsu digunapakai daripada akal untuk menilai dan memilih, lalu kehendak yang banyak tetapi tidak terlalu penting dipilih berbanding komitmen yang sedikit tetapi lebih utama. Boleh sampai pening kepala kalau terlalu memikirkan. Seringnya aku cuba kuatkan diri untuk tidak memikirkan soal-soal remeh tapi memeningkan macam ni, tapi tak tau kenapa, hari ni aku kalah. Tapi aku cuba kuatkan semula hati aku.....!

Aku nak balik, tiket dah beli, tapi short sem lagi utama. Memang boleh buat next time, tapi aku taknak tangguh subjek-subjek paling dibenci ni (filsafat & metpen). Aku kene mula motivasi diri supaya dahulukan keperluan dari kehendak. Moral yang mudah,belajar untuk bekorban...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...