Recent Posts

Posts RSS

mp3 al-Quran atau Lagu


Dewan kuliah amatlah bising memandangkan lecturer sekali lagi datang lewat. Ku meraba poket beg, lalu terpegang mp3 player hitam aku, lalu terbisik dalam hati "emm,baik aku dengo lagu dari dengo bebudak ni memekak." Lalu kucapai dan memasang earphone ke telinga. Tanganku menekan butan on lalu keluarlah senarai mp3 yang ade.

  1. Al-Fatihah
  2. Al-Mulk
  3. Albi Nadak
  4. As-Sajjadah
  5. Britney Spears-break the ice
  6. My Immortal
  7. Avril - Innocent
  8. Dido - Hunter
8 mp3 terpapr kat skrin, lalu tangan aku rancak menekan button down sampai mp3 ke-6, lalu aku play. Maka aku pun melayan la lagu My Immortal sambil membelek modul Cardiovascular, konon-konon bace la, walhal mulut aku terkumat-kamit mengikut alunan lagu. Seterusnya, lagu yang lain dimainkan, sampai la lecturer masuk.

Betul atau tak keadaan anda macam aku kat atas? kalau dengar mp3, mesti lagu-lagu yang dipilih, berbanding ayat-ayat al-Quran? Dan kalau dalam mp3 dan henpon pun letak sikit mp3 Quran-sebagai tanda cukup syarat. Nak dengar tu cukup jarang. Kadang-kadang memang play mp3 Quran, tapi bukan 100% kehendak hati, sekadar nak sedapkan hati mp3 Quran tu dah lame tak play. Sampai mungkin dalam playlist tu kalau ade kategori Most Unplayed, mesti mp3 ni yang jadi top list! Fenomena yang nampak simple tapi bahaya!

Macam mane pekara ini boleh berlaku. Mudah je, sebab kita setiap masa mendengar lagu, bukan mp3 quran. Dalam 24 jam tu, time nak pasang mp3 Quran kat laptop pun time nak Magrib je. Tu pun kalau pasang. Fenomena ni memang berlaku kat sape-sape je. sampai aku ni pun baru tukar playlist "omputeh" ke playlist "Quran". Sekejap je ni, petang karang mesti tukar balik semula la ni.

Back to our business, tympany membrane a.k.a gegendang telinga kite ni dah satureted dengan lagu-lagu ni. Asal boring je, bukak lagu omputih. Asal takde keje je, bukak lagu Melayu. Asal tensen stadi je, bukak lagu nasyid. Ibarat lapar la. Sejak dari kecik kite diasuh makan nasi. So lapo je, makan nasi. Cube kalau kite diasuh dari kecil makan burger kalau lapo. Sure sampai beso kite akan makan burger bile lapo. Same la dengan telinga atau dispesifikkan lagi hati kita. Aku terfikir gak pagi tadi pasal keadaan ni mase syok dengar lagu My Immortal ni.

Nak ubati, insyaAllah boleh. Sedangkan penyakit kanser pun ade ubat die, inikan penyakit hati macam ni. Jangan risau, tak perlu ke hospital berjumpe specialist hati atau apotek (farmasi dalam bahasa Indonesia), duduk kat umah pun boleh. Asalkan ade keazaman, dan target, insyaallah boleh. Hati perlu dilatih, perlahan-lahan insyaAllah boleh. Bukan tak boleh dengar lagu-lagu omputih, melayu, nasyid ni, cuma kite nak switch sikit je kegemaran kita ni. Biar kegemaran dengar mp3 Quran ni setanding dengan kesukaan kita dengan lagu omputih dll.

Semoga sukses untu diri aku terutamanya dan diri anda juga...!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...