mp3 al-Quran atau Lagu
Posted by Lokman Hakim at 6/19/2009 10:36:00 AM
Dewan kuliah amatlah bising memandangkan lecturer sekali lagi datang lewat. Ku meraba poket beg, lalu terpegang mp3 player hitam aku, lalu terbisik dalam hati "emm,baik aku dengo lagu dari dengo bebudak ni memekak." Lalu kucapai dan memasang earphone ke telinga. Tanganku menekan butan on lalu keluarlah senarai mp3 yang ade.- Al-Fatihah
- Al-Mulk
- Albi Nadak
- As-Sajjadah
- Britney Spears-break the ice
- My Immortal
- Avril - Innocent
- Dido - Hunter
8 mp3 terpapr kat skrin, lalu tangan aku rancak menekan button down sampai mp3 ke-6, lalu aku play. Maka aku pun melayan la lagu My Immortal sambil membelek modul Cardiovascular, konon-konon bace la, walhal mulut aku terkumat-kamit mengikut alunan lagu. Seterusnya, lagu yang lain dimainkan, sampai la lecturer masuk.
Betul atau tak keadaan anda macam aku kat atas? kalau dengar mp3, mesti lagu-lagu yang dipilih, berbanding ayat-ayat al-Quran? Dan kalau dalam mp3 dan henpon pun letak sikit mp3 Quran-sebagai tanda cukup syarat. Nak dengar tu cukup jarang. Kadang-kadang memang play mp3 Quran, tapi bukan 100% kehendak hati, sekadar nak sedapkan hati mp3 Quran tu dah lame tak play. Sampai mungkin dalam playlist tu kalau ade kategori Most Unplayed, mesti mp3 ni yang jadi top list! Fenomena yang nampak simple tapi bahaya!
Macam mane pekara ini boleh berlaku. Mudah je, sebab kita setiap masa mendengar lagu, bukan mp3 quran. Dalam 24 jam tu, time nak pasang mp3 Quran kat laptop pun time nak Magrib je. Tu pun kalau pasang. Fenomena ni memang berlaku kat sape-sape je. sampai aku ni pun baru tukar playlist "omputeh" ke playlist "Quran". Sekejap je ni, petang karang mesti tukar balik semula la ni.

Back to our business, tympany membrane a.k.a gegendang telinga kite ni dah satureted dengan lagu-lagu ni. Asal boring je, bukak lagu omputih. Asal takde keje je, bukak lagu Melayu. Asal tensen stadi je, bukak lagu nasyid. Ibarat lapar la. Sejak dari kecik kite diasuh makan nasi. So lapo je, makan nasi. Cube kalau kite diasuh dari kecil makan burger kalau lapo. Sure sampai beso kite akan makan burger bile lapo. Same la dengan telinga atau dispesifikkan lagi hati kita. Aku terfikir gak pagi tadi pasal keadaan ni mase syok dengar lagu My Immortal ni.
Nak ubati, insyaAllah boleh. Sedangkan penyakit kanser pun ade ubat die, inikan penyakit hati macam ni. Jangan risau, tak perlu ke hospital berjumpe specialist hati atau apotek (farmasi dalam bahasa Indonesia), duduk kat umah pun boleh. Asalkan ade keazaman, dan target, insyaallah boleh. Hati perlu dilatih, perlahan-lahan insyaAllah boleh. Bukan tak boleh dengar lagu-lagu omputih, melayu, nasyid ni, cuma kite nak switch sikit je kegemaran kita ni. Biar kegemaran dengar mp3 Quran ni setanding dengan kesukaan kita dengan lagu omputih dll.
Semoga sukses untu diri aku terutamanya dan diri anda juga...!
Labels: Kehidupanku di perantauan 0 comments
Komitmen atau Kehendak...?
Posted by Lokman Hakim at 6/19/2009 10:07:00 AM
Pagi yang agak sayu dan muram bagi aku. Langsung takde mood pagi ni, naik basikal pun nak kene langgar ngan kereta lecturer. Selamat Dr Harto hon sambil tesengih ke aku,sebab tau aku tengah mengelamun atas basikal....
Dipendekkan cerita, antara asbab musabab utama aku takde mood ni sebab semalam,kemungkinan fakulti akan mengadakan pulak short sem untuk semester 1 dan 2. Keputusan sebelum ini memutuskan tiadanya short sem. Dan aku dah book tiket flight, nak balik Malaysia, sebab ingat takde short sem..Dan kemungkinan raya ni pun aku tak balik lagi sekali.
Dalam dunia ni macam-macam perkara sebegini boleh berlaku. sedang kita sudah merancang kehendak yang sememangnya kita nak sangat-sangat, datang pulak sedikit komitmen yang sebenarnya perlu diutamakan. Seringnya berlaku konflik dalam memilih, dan seringnya jugak nafsu digunapakai daripada akal untuk menilai dan memilih, lalu kehendak yang banyak tetapi tidak terlalu penting dipilih berbanding komitmen yang sedikit tetapi lebih utama. Boleh sampai pening kepala kalau terlalu memikirkan. Seringnya aku cuba kuatkan diri untuk tidak memikirkan soal-soal remeh tapi memeningkan macam ni, tapi tak tau kenapa, hari ni aku kalah. Tapi aku cuba kuatkan semula hati aku.....!
Aku nak balik, tiket dah beli, tapi short sem lagi utama. Memang boleh buat next time, tapi aku taknak tangguh subjek-subjek paling dibenci ni (filsafat & metpen). Aku kene mula motivasi diri supaya dahulukan keperluan dari kehendak. Moral yang mudah,belajar untuk bekorban...
Labels: Kehidupanku di perantauan 0 comments
Kenapa Aku Nak Jadi Doktor
Posted by Lokman Hakim at 6/16/2009 04:42:00 AM

4:30 am, Di saat kesejukkan kota Jakarta di pagi hari, terdengar sayup aluanan azan memecah keheningan. Kota Jakarta memang terkenal dengan banyaknnya masjid, tidak seperti di Malaysia. Disaat itu, kelihatan beberapa insan sedang tekun mentelaah pelajaran, disamping segelas Nescafe@kopi pengubat kengantukkan.
Pemandangan yang biasa dilihat bagi pelajar-pelajar, terutama ketika bermula minggu ke-2 blok. Masa perlu dicari untuk mengulangkaji pelajaran, kerana jadual kuliah setiap hari agak padat - amat memungkinkan untuk keletihan seusai pulang. Ditambah kuliah berlangsung hingga Sabtu, hanya Ahad untuk berehat (itupun digunakan semaksimumnya untuk mentelaah)
Tu la keadaan budak-budak medic, nak tak nak kene lebih skit usaha nak belajar. Bahan pembelajaran medic ni tak la semua susah, tapi dengan banyaknye bahan setiap subjek setiap blok yang kene hafal, so macam kat senario atas tula.
Dipendekkan cerita, selepas baca artikel sifulislam.com, aku tertanye gak, kenapa aku nak jadi doktor? Walhal aku rase aku dah tau keadaan life student doktor ngan mase kerjayanye. Emm, cube kite tengok kondisi untuk menjadi student medic, semasa menjadi student medic dan sesudah tamat belajar medic ;
- nak masuk medic, agak terhad tempat kat Malaysia
- memerlukan result yang amat-amatla mantap kalau nak belajar di IPTA (murah sket)
- dari SPM dah kene mula berusaha kuat
- dah dapat result cemerlang pun belum tentu boleh wat medic
- biaya jurusan ni boleh mencecah RM210,000 !
- tempoh pengajian boleh menjangkau 6-7 tahun, berbanding 2-3 tahun untuk course lain
- subjek-subjeknye terlalu banyak dan kadang-kadang susah gile babas!
- bagi yang dapat biasiswa, terpaksa mantainkan result, takut kene tarik
- bagi yang di luar negara, amatlah susah nak balik kampung
- cuti sekejap. course lain boleh cuti 3 bulan, kitorang tak sampai pun sebulan
- belajar kene kosisten, sebab CGPA
- bila dah kerja, amat-amatlah sibuk sampai nak jumpa keluarga pun susah
- doktor sering kene marah ngan pesakit, tapi doktor tak penah merungut depan pesakit
- bagi yang housemen, pegi keje 7.00 am balik kul 5.00 pm esoknye, pagi besoknye pegi keje lagi
- gaji goverment denga citer macam tidak terlalu banyak je....emm
haaa, begitulah sedikit sebanyak kisahnye. Kadang-kadang aku pelik gak ngan diri sendiri kenapa aku nak sangat jadi doktor, sedangkan aku tau cabaran yang akan datang tu amatlah besar sekali. Ape orang cakap, tak de life? Tiada alasan yang kukuh untuk aku berikan kenapa aku mahu jadi doktor. yang aku tau, dapat je tawaran, terus terima.
Mungkin inilah masanya untuk aku belajar bekorban.....! Dan aku juga masih tercari alasannya...! Semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah. Ya benar, aku perlu lebih banyak mengenal erti pengorbanan......
Labels: Kehidupanku di perantauan 8 comments
Aku Kembali
Posted by Lokman Hakim at 6/15/2009 06:56:00 PM
"Bakpo laa mu dop nyentuh lalu blog mu..supo gapo doh entoh...!"
teguran seorang member aku yang melawat blog aku ni.Mamang betul, blog ni macam rumah tinggalan, xde langsung update. Inilah dia cabaran yang sering diwar-warkan masa zaman skoloh dulu.bile dah mule bergelar mahasiswa, memang tiada masa yang cukup. Apatah lagi bile dah mula berkerjaya nanti. Kerja, anak, bini......
InsyaAllah, aku akan cuba update blog aku ni sekerap yang mungkin. Mungkin kalau dah xde mende ngat nak diupdate, aku letak je la nota-nota yang aku baru habis stadi
Akhir kata,semoga blog ini hidup kembali...!
Labels: Umum 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
