Recent Posts

Posts RSS

Kenapa Aku Nak Jadi Doktor


4:30 am, Di saat kesejukkan kota Jakarta di pagi hari, terdengar sayup aluanan azan memecah keheningan. Kota Jakarta memang terkenal dengan banyaknnya masjid, tidak seperti di Malaysia. Disaat itu, kelihatan beberapa insan sedang tekun mentelaah pelajaran, disamping segelas Nescafe@kopi pengubat kengantukkan.

Pemandangan yang biasa dilihat bagi pelajar-pelajar, terutama ketika bermula minggu ke-2 blok. Masa perlu dicari untuk mengulangkaji pelajaran, kerana jadual kuliah setiap hari agak padat - amat memungkinkan untuk keletihan seusai pulang. Ditambah kuliah berlangsung hingga Sabtu, hanya Ahad untuk berehat (itupun digunakan semaksimumnya untuk mentelaah)

Tu la keadaan budak-budak medic, nak tak nak kene lebih skit usaha nak belajar. Bahan pembelajaran medic ni tak la semua susah, tapi dengan banyaknye bahan setiap subjek setiap blok yang kene hafal, so macam kat senario atas tula.

Dipendekkan cerita, selepas baca artikel sifulislam.com, aku tertanye gak, kenapa aku nak jadi doktor? Walhal aku rase aku dah tau keadaan life student doktor ngan mase kerjayanye. Emm, cube kite tengok kondisi untuk menjadi student medic, semasa menjadi student medic dan sesudah tamat belajar medic ;
  • nak masuk medic, agak terhad tempat kat Malaysia
  • memerlukan result yang amat-amatla mantap kalau nak belajar di IPTA (murah sket)
  • dari SPM dah kene mula berusaha kuat
  • dah dapat result cemerlang pun belum tentu boleh wat medic
  • biaya jurusan ni boleh mencecah RM210,000 !
  • tempoh pengajian boleh menjangkau 6-7 tahun, berbanding 2-3 tahun untuk course lain
  • subjek-subjeknye terlalu banyak dan kadang-kadang susah gile babas!
  • bagi yang dapat biasiswa, terpaksa mantainkan result, takut kene tarik
  • bagi yang di luar negara, amatlah susah nak balik kampung
  • cuti sekejap. course lain boleh cuti 3 bulan, kitorang tak sampai pun sebulan
  • belajar kene kosisten, sebab CGPA
  • bila dah kerja, amat-amatlah sibuk sampai nak jumpa keluarga pun susah
  • doktor sering kene marah ngan pesakit, tapi doktor tak penah merungut depan pesakit
  • bagi yang housemen, pegi keje 7.00 am balik kul 5.00 pm esoknye, pagi besoknye pegi keje lagi
  • gaji goverment denga citer macam tidak terlalu banyak je....emm
haaa, begitulah sedikit sebanyak kisahnye. Kadang-kadang aku pelik gak ngan diri sendiri kenapa aku nak sangat jadi doktor, sedangkan aku tau cabaran yang akan datang tu amatlah besar sekali. Ape orang cakap, tak de life? Tiada alasan yang kukuh untuk aku berikan kenapa aku mahu jadi doktor. yang aku tau, dapat je tawaran, terus terima.

Mungkin inilah masanya untuk aku belajar bekorban.....! Dan aku juga masih tercari alasannya...! Semoga segala urusan dipermudahkan, insyaAllah. Ya benar, aku perlu lebih banyak mengenal erti pengorbanan......

8 comments:

Nadhirah Ahmad said...

ak tau bakpe mu nk jd dktor. sbb ak suke laki dokter.. tu yg mu nk jd ngt o.. op.op

Lokman Hakim said...

hehehe...slamat mu tau maksud tesirat aku..hahhaa

Redz da Tsar said...

~Sebab menjadi doktor: Membantu setiap insan yang memerlukan~ Haha... Niat-niat lain (sampingan ada jugak)

Lokman Hakim said...

ye ke duan nak bantu orang lain tu betul2 main point ko nak jd doktor? bukan sebab gaji dokter ke?

ayaharith said...

jadi apa saja yg bermanfaat selagi amar maa'ruf nahi munkar

salam dari xschoolmate~

Lokman Hakim said...

aya harith~lame xdenga cite
emm,mmg betul slg mnjdi amar makruf nahi mungkar...

cuma menjadi sedikit prsoalan, knpe ramai y nk jd doktor walaupun tau keadaan sbnr mcmmane. percaye atau x, cube tanye student2 medic, knpe diorg nk jd doktor..dapat x diorg bg jwpn y btl2 kukuh.sure diorg pun sbnrnye xtau ape sbnarnye y diorg mahu....i means, the real and strongest goal! ....sekadar pandangan y lahir dari dalam diri...

ayaharith said...

tak sangka kenal..

pernah tanye, ramai kata sebb minat
wallahua'lam

stuju dgn anta nye explaination

Nadhirah Ahmad said...

biarlah semua lillahi taala. bila niat lari, maka lahirlah doktor yang xbertauliah, doktor yang xberetika, doktor yang hanya pentingkan tugasan duniawi.

Cabaran masa kerja setelah dbergelar doktor sangat banyak. maka betulkanlah niat dr skrg. tak kire doktor, seme bende kene betulkan niat

niat ikhlas = amal, manusia berkualiti

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...