Backpacking Travel to Bali
Posted by Lokman Hakim at 3/31/2010 06:47:00 AM
Yeah, berbulan tidak membuka blog sendiri atas bermacam alasan. Sibuk, exam, cuti, dan memegahm syer yerbesar adalah malas. hahaha.. sungguh tidak berguna tuan empunya blog ini.
Ok, sebenarnya aku sedang merancang sedikit aktiviti untuk next holiday mungkin bulan ogos (cuti sem) ataupun cuti krismas nanti. rancangannya adalah bercuti ke Bali dengan tema backpacking travel (adventure + menyusahkan diri + jimat).
Mengikut survey yang telah dilakukan perjalanan yang akan digunapakai adalah Jakarta-Jogjakarta-Surabaya-Bali. jadi setiap persinggahan kita akan cuba berjalan-jalan ambik angin dalam sehari sebelum meneruskan ke persinggahan seterusnya. Bali sebagai destinasi tujuan sudah pasti akan menjadi destinasi yang paling lama untuk berjalan.
Pengangkutan yang akan digunapakai adalah kereta api dan feri. Flight, helikopter mahupun jet persendirian diharamkan dalam perjalanan ini melainkan ade kecemasan sahaja. kereta api akan digunakan sepanjang melintasi barat pulau Jawa hingga timurnya.
Di Surabaya kita akan cuba untuk melawat kawasan kejadian letusan lumpur panas (Lapindo Mud Max) di Sidoarjo. Bukan senang nak tengok fenomena ni!
Lumpur panas Lapindo yang menenggelamkan perkampungan. Ayah aku cakap menarik tempat ni
Aktiviti yang akan dilakukan masih dalam survey. Penginapan adalah kerata api ataupun mana-mana hotel paling murah. Hotel 5 bintang sekali lagi diharamkan. Jadual perjalanan bertemakan pakai redah dan hentam je, janji sampai. Dan menurut sorang member ni kos perjalanan pergi balik tak sampai Rp 200,000 berbanding naik flight yang sehala sahaja atas Rp 300,000.
Jadi bagi sesiapa yang rase-rase nak join bagi tau la aku. Ni masih dalam perancangan tapi kalau dalam 4-5 orang nak join, insyaAllah jadi kenyataan la. Terbuka ntuk lelaki jela sebab.....entoh le sebab pe.Lu pikir sendiri la Nabil.hahaha..ok, dapat dalam 3@4@5 orang pun ok la. Kita mencuba mencari adventure yang sebenar!
Semoga menjadi kenyataan.
Labels: Kehidupanku di perantauan 5 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)