Recent Posts

Posts RSS

Pentingnya Basic Life Support

Basic Life Support (BLS) adalah satu kaedah atau tindakkan untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang dengan cara Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), dimana secara teorinya adalah kita membantu seseorang yang tidak sedarkan diri akibat berhentinya jantung serta pernafasan dengan cara membantu jantung mengepam darah secara manual  serta memberi pernafasan buatan.

Posting saya kali ini bukan untuk bagi lecture tentang cara-cara CPR tetapi nak bahas pentingnya ilmu ini kepada semua individu, tidak dia di bidang kesihatan, pertanian, industri, usahawan dan lain-lain. Terfikir nak tulis sebab lihat banyak kejadian di youtube memperlihatan orang awam buat kurang betul dan ada tindakkan yang membahayakan lagi nyawa pesakit tersebut. Sebab apa, kes sebegini unexpected dan dikategorikan sebagai kecemasan. Dimana-mana sahaja boleh berlaku dan dengan bantuan basic ini dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Gambaran step by step CPR untuk dewasa serta bayi. Nak tahu lebih betul kena buat seminar dulu

TEORI
Apabila seseorang pengsan dan jantungnya berhenti, bermakna darah tidak mengalir untuk menghantar oksigen ke otak. Dalam keadaan ini, balance oksigen yang sedia ada didalam darah manusia hanya boleh bertahan selama 6 minit sahaja sebelum habis. Setelah 6 minit, oksigen didalam darah telah habis, maka otak akan mengalami kerosakkan yang irreversible lalu sangat-sangat memungkinkan kematian. (manusia di anggap mati apabila otak berhenti berfungsi).

Tetapi sekiranya didalam waktu 6 minit tersebut, CPR dilakukan, tempoh untuk pesakit survive meningkat hingga 30 minit sebelum bantuan paramedik sampai. Ini kerana tindakkan CPR adalah tindakkan membantu jantung tetap mengepam darah tetapi secara manual ke seluruh tubuh terutama otak serta memberi supply oksigen kedalam paru-paru juga secara manual.



TINDAKKAN ANDA
Jadi sebab itu CPR ini perlu diketahui oleh semua orang. Sekiranya ada yang tidak sedarkan diri, hantar terus ke hospital sangat-sangat tidak digalakkan kerana statistik menunjukkan ramai yang mati didalam perjalanan. 6 minit tersebut sangat berharga. Lakukan CPR on the spot di tempat kejadian, hubungi pihak hospital, tak sampai 10 minit selalunya ambulans akan sampai dan petugas paramedic akan mengambil alih untuk rawatan yang lebih advance. Bantuan sebegini meningkatkan lagi kadar survive orang tersebut.

Maka dengan demikian, saya sangat menyeru agar yang diluar sana baik pelajar sekolah, mahasiswa mahupun pekerja, sila usulkan kepada pihak atasan untuk buat seminar BLS ini. Tidak lama, hanya 2 jam seminar dah memadai, untuk mendapat gambaran serta teknik sebenar bantuan. Bagi pelajar sekolah, minta pihak kaunseling buat seminar ini hujung minggu. Bukan setakat pelajar, cikgu, abang kantin dan makcik cleaner pun boleh ambik bahagian.

Kalau berlaku didepan mata, better ada yang tolong dengan sedikit ilmu walaupun tak berapa perfect, daripada dibiarkan begitu sahaja kan. Sedangkan membuang duri di tengah jalan pun besar pahala, apa ntah lagi membantu menyelamatkan nyawa orang. Selamat mencuba!

p/s: point utama saya adalah, tolong usulkan seminar BLS ini kepada pihak atasan agar di lakukan seminar. dan sangat berharap ia menjadi salah satu slot yang diajarkan kepada pelajar sekolah didalam kelas.

0 comments

Ku Sedar Akhirnya

Tengahari tetiba pam air mati. Cucuk punya cucuk plug tetap tak hidup. Kolah semua dah mula mengering. Pak Doni selaku pemilik rumah sewa ni tiada kat rumak pula. Tapi kalau ada pun selalunya masa tindakkan beliau sedikit menguji kesabaran. Tapi jangan buat hal beb, takde air ni kes hidup mati ni. Banyak program tergendala.

Magrib, budak ni call pak Doni. Tak sampai 30 minit dah terpacak depan rumah. Wah, dapat hidayah maulidur rasul ke apa ni. Bincang punya bincang akhirnya kes selesai. Sambil dia menyelesaikan kerja, aku pun buat-buat la borak, karang sunyi pulak orang tua ni.

Aku : jadi pak, kita guna air pemerintah buat sementara ya?
Pak Doni : bukan air pemerintah, tapi air di atas (sambil tunjuk-tunjuk ke atap, ataupun niat dia tunjuk ke langit)
Aku : *tengok-tengok ke atas, memikir ada sistem penyimpanan air baru ke buat spare kat atas atap. aku memang tak dapat tangkap langsung isi tersirat beliau*
Pak Doni : Air itu kan milik Allah. Pemerintah cuma mengelola. I'm muslim (sambil buat troll face)

Terima kasih pak Doni kerana menyedarkan kami. Tak sia-sia bapak imamkan solat Magrib bulan puasa lepas. Lepas ni kami janji kami akan ikut cakap bapak seperti anak-anak yang soleh. Aku terkena lagi beb malam ni!

p/s: air pemerintah ni bermaksud air paip yang di supply oleh government yang ada meter air kat luar rumah tu. demi menjimat bil, ramai pakai pam air untuk sedut air dari bawah tanah.

2 comments

Budaya Ucapan Salam di Sekolah

"Banguuuuuun.....Seeelamat pagi cikgu
ucap Ehsan a.k.a Intan Payung selaku ketua kelas ketika cikgu masuk kelas didalam siri popular Upin & Ipin.

Budaya yang berlaku di Malaysia dan saya kira turut berlaku di banyak negara seluruh dunia. Tapi kadang-kadang terlintas di benak, kenapa perlu murid yang memberi ucapan salam kepada cikgu yang masuk kelas, padahal kalau ikut logik cikgu lah yang perlu ucap salam. Ibarat jiran datang rumah saya, dia masuk rumah then saya yang ucap Assalamualaikum Mamat. Kan pelik.

Ya, dalam kes murid memberi salam kepada guru mungkin sebagai tanda hormat kepada kepada pendidik. Dan saya tak kata ia perkara yang salah. Ingat, memberi salam hukumnya sunat, maka nak ucap dapat pahala, tak mau ucap tak dapat dosa. Dan perkara ini sebenarnya flexible. Tidak salah dan tidak menjatuhkan martabat sekiranya cikgu yang dulu memberi salam.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang yang muda hendaklah memberi salam kepada orang yang tua. Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk. Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai."
(Shahih Bukhari, volume 8, buku 74, nombor 250)

Tujuan tulisan saya bukan untuk condemn apa yang berlaku di dalam kelas di tanah air. Sesungguhnya dah bagus sangat tu budaya cikgu masuk kelas dimulai dengan ucapan kesejahteraan. Cuma saya lihat lagi cool kalau seseorang cikgu tu masuk kelas; anak murid nak bangun dia suruh duduk, tak payah bangun dan dia yang ucap dulu salam. Zaman saya sekolah dulu saya rasa cara tersebut sangat cool dan menunjukkan cikgu tersebut tidak mewujudkan jurang yang jauh antara murid dan cikgu. Automatic timbul rasa respect. Indah kan!

Wallahu a'lam


p/s: kawan-kawan diluar sana yang bakal menjadi cikgu, apa kata kita buat macam ni. selain mengikut adab-adab memberi salam berdasarkan hadith, dapat juga kita mendekatkan diri dengan anak murid. Lagipun umur kita tak jauh beza dengan murid-murid kita.

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...