Recent Posts

Posts RSS

Vaksinasi Lembu

Bukan hanya manusia, haiwan peliharaan serta haiwan ternakan juga perlu di vaksin untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit dari haiwan sebagai vontoh penyakit lembu gila (Bovine Spongiform  Encelophaty). Baru ini saya berkesempatan melihat bagaimana haiwan terenakan divaksin oleh pegawai kesihatan veterinar.

Pegawai bertugas mereload vaksin untuk disuntik
Tuan empunya lembu menangkap lembu miliknya supaya mudah untuk disuntik. Ala-ala koboi gaya menangkapnya
Vaksin disuntik subcutan (sc) dibahagian leher ataupun intramusculer (im) dibahagian peha belakang



Selain itu, setiap lembu ternakan ada kad pengenalan diorang. Tapi tak lah macam kad pengenalan manusia, melainkan 'anting-anting' bernombor sahaja.


Anting-anting ni akan ditebuk ke telinga, jadi kalau nak buat medical check-up lembu-lembu ni, tidak lah tertukar sample darah dengan 'tuan' empunya darah. 

Anting-anting dipasang seperti manusia juga cuma kurang perikemanusiaan sikit
Setelah siap. Ramai-ramai posing show off anting-anting baru

Setelah selesai, seekor lembu ni kencing nak bagi hadiah ke kami kot. Sembelih buat burger baru tau lembu putih ni. 

Ambik kau. Suka-suka suntik aku, terimalah air fresh dari ladang
Asyik menyuntik orang je di kampus, sekali sekala dapat tengok suntik lembu pun best juga. Cara lebih kurang je, cuma lembu ni akan bertindak ganas bila sakit. Manusia masih boleh bertoleransi. 

2 comments

Photography #6 : Senja di Jerantut



Lawa juga sebenarnya Jerantut ni. Siapa kata Jerantut tak lawa, meh datang Jerantut jalan-jalan. Moh semua moh.

3 comments

Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 2)

Sambungan dari bahagian 1

Masuknya kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba aku nampak toilet dihujung lobi. Aku dari tadi sebenarnya mencari toilet sebab bas tadi sejuk sangat. Toilet kat stesen bas Pekeliling tadi penuh. Selepas menyelesaikan hajat yang tertangguh tadi, aku ke kaunter pendaftaran temuduga. Selepas mengambil kad pelawat, aku diminta ke tingkat 20 lebih untuk sesi temuduga.

Didalam lif, aku dah mula rasa gementar. Ini pertama kali interview ni, boleh tahan takut nya. Selepas sampai di tingkat tersebut semua student ditempatkan didalam bilik mesyuarat untuk tunggu turn interview. Kebetulan ada seorang tu dari Matrik Pahang bernama Nabil, jadi ada lah kawan nak berborak. Borak-borak, kemudian turn aku untuk masuk bilik interview. Satu group interview ada 5 orang.

Masuk je bilik interview, ada 3 orang panel interview sedang duduk melihat kami masuk. Jalan jela dengan muka confident walhal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Interview dimulakan dengan memperkenalkan diri dan masing-masing mengeluarkan skill berhujah, dan kami berbahasa Inggeris. Setelah selesai memperkenalkan diri, panel mencelah mengatakan "takpe dik, kita cakap Melayu je, tak payah bahasa omputih". Laaa, asal la tak bagi tau awal-awal tadi. Aku ni bukan pandai cakap omputih, entah apa la yang dimencarut tadi.

Selepas itu kami diberi satu kes untuk dibincangkan iatu kenapa sedikit pelajar yang layak melanjutkan pelajaran didalam bidang perubatan. Masing-masing mengeluarkan hujah, ada yang masuk akal, ada yang macam tak logik, ada yang aktif ada yang tak. Aku buat-buat yakin je berhujah sambil tangan bergerak sana sini, pusing-pusing kerusi konon-konon cool lah. Padahal...

Setelah selesai, panel bertanya adakah kami tahu kemanakah kami akan dihantar dan didalam bidang apakah. Kami semua diam tanda tak tahu dan selepas itu baru lah kami tahu yang kami akan dihantar ke Indonesia didalam bidang perubatan. Patut lah interview tadi didalam bahasa Melayu je. 

Setelah selesai, aku turun ke lobi mencari ayah aku. Nampak dia duduk tercongok seorang diri di lobi. Laaa, sian pulak ayah aku tunggu sorang-sorang, lama pula tu. Tadi dah suruh dia pergi jalan-jalan kat Sogo tapi dia kata malas. Takpe lah ayah, jom kita makan. Boleh tahan lapar ni lepas interview. Siap makan nasi ayam di bazar Mara, kami pun pulang ke Jerantut sebelah petangnya. Dan menurut panel itu tadi, keputusan interview akan diberitahu melalui surat, jadi tinggal tunggu dan lihat sama ada diterima atau tidak.

Keesokkan harinya hari-hari aku berjalan seoerti biasa. Apabila borang UPU keluar, aku pun isi juga kalau-kalau interview tadi gagal. Selang beberapa minggu, berita mengenai keputusan peperiksaan matrikulasi akan keluar pada tarikh sekian dan keputusan boleh dilihat menggunakan sms sahaja.

Tepat 12 malam tarikh yang diberitahu itu, aku mengambil handphone dan menaip arahan yang diberikan. Aku menaip dengan penuh debaran, kerana pointer yang akan keluar di skrin handphone ini akan mempengaruhi masa depan aku, dan apakah hasil penat lelah setahun aku belajar di matrikulasi. Butang send ditekan dengan penuh harapan yang menggunung. Nilai ini juga akan menentukan aku berjaya atau tidak didalam interview beberapa minggu yang lalu. 

Selang beberapa saat, 'teeet-tet teeet-tet', handphone aku berbunyi dan ada mesej yang masuk. Mak dan ayah aku dah tunggu di tepi menanti mesej itu dibuka. Hati mula berdebar-debar dan jari ini menggeletar untuk menekan butang open. Apabila aku menekan butang open, terpampang mesej berbunyi;

Nilai untuk semseter 2 adalah .............................(bersambung)

0 comments

Kasih Seorang Lelaki

Semua orang didunia ini ada ayah. Hanya 2 orang sahaja yang tiada ayah iatu Nabi Adam dan Nabi Isa. Dalam keluarga seringnya si ibu yang menjadi simbol kasih sayang manakala si ayah disimbolkan sebagai pelindung. Namun begitu adakah ini menandakan si ayah kurang kasih sayangnya?

Sebahagian manusia menunjukkan luahan perasaan mereka dengan ekspresi muka
Tidak, kasih sayang ayah terhadap anak sama seperti ibu sayang kepada anaknya. Cuma lelaki ini jarang menunjukkan perasaan dia terang-terangan. Sebagai contoh kalau anda perasan, sekiranya anda mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM, ibu akan bergembira, menangis, peluk, puji macam-macam anak dia. Cuba tengok si ayah, dia hanya tersenyum dan ucap tahniah. Itu sahaja. Walaupun ekspresi si ayah mendatar sahaja, tapi ketahuilah didalam hati nya melonjak gembira dan bangga.

Semalam saya berborak dengan seorang pakcik di asrama adik saya. Hari dah nak dekat pukul 7 malam dan pakcik tu baru sampai dari Tongkiat dengan menaiki motor sahaja. Jarak Jerantut-Tongkiat lebih dari sejam kalau naik kereta. Pakcik tu kata anak dia demam, call dia tadi suruh ambil di asrama sebab warden suruh balik. Lepas dapat call, pakcik tu terus datang ke asrama. Yang saya tersentuh pakcik tu kata dalam perjalanan tadi hujan lebat. Dah la motor takde atap tapi terpaksa lah demi anak. Dan diatas pukul 7 sekali lagi hujan turun dengan lebatnya.

Manusia normal pasti mempunyai sifat kasih dan sayang dalam diri mereka
Dan satu lagi kes yang terjadi tahun lepas di Malaysia. Sepasang suami isteri sedang menoreh getah dan tiba-tiba diserang oleh ribuan tebuan. Mereka berdua melarikan diri tetapi si suami terjatuh. Isterinya mahu menolong tetapi suaminya menyuruh lari jangan selamatkan dia, takut kena sengat tebuan. Akhirnya isterinya lari meninggalkan suaminya untuk mendapatkan pertolongan orang kampung dan bila kembalinya ke tempat kejadian, suaminya telah meninggal kerana sengatan tebuan yang terlalu banyak.

Begitulah sifat lelaki. Kasih-sayang mereka sama seperti perempuan, sayang, rindu, gembira. Cuma mereka jarang menunjukkan perasaan mereka. Pengorbanan mereka cukup besar didalam hidup kita.

0 comments

Malaysia, I'm Home

Alhamdulillah, setelah bersilat belajar selama 6 bulan akhirnya dapat juga saya balik ke Malaysia untuk bercuti seseminggu dua. Sungguh saya katakan belajar medic ini sangat meletihkan lagi-lagi dengan sistem universiti yang haru biru semester ni. Saya balik saya nak rehat puas-puas, qada balik tekanan 6 bulan yang lepas.

Gate D yang menyimpan pelbagai memori
Dalam banyak-banyak kali balik, inilah balik yang paling mencabar saya. Start dari rumah di Jakarta sampailah ke Jerantut satu-satu menda jadi. Kita bermula dari Jakarta. Flight saya pukul 6.25 pagi jadi saya kena ada di airport pukul 4.30. Dalam pukul 4, saya bertolak ke airport naik teksi seorang diri. Masuk dalam teksi saya cuba berborak dengan driver tapi saya tanya satu dia jawap satu. Lama-lama saya pun malas la nak berborak, boring.

Masuk je highway, driver tu tersengguk-sengguk. Aisehmen, jangan pakcik, saya taknak sampai Jerantut dalam kotak. So saya ajak la sekali lagi driver tu borak-borak biar dia hilang sikit mengantuk, tapi respon tetap sama-tanya sepatah jawap sepatah. Dari awal sampai ke airpot dia tersengguk-sengguk. Pertama kali dalam hidup saya pakai seatbelt belakang dengan kerelaan sendiri. Kalau lah terjadi apa-apa taklah teruk sangat dalam fikiran saya.

Alhamdulillah saya sampai dengan selamat ke airport. Pakcik tu pun baik gak kurangkan tambang teksi Rp 10,000 sebab saya takde duit kecil. Sampai terus saya check in, drop luggage, jalan-jalan kat kedai airport memandangkan lagi sejam gate nak tutup.

Tepat pukul 6.30 flight berlepas. Taknak tidur sebab takut terlepas pramugari jual makanan. Lapar gile sebab tak sempat sarapan kat airport. Cis, sandwich tuna AirAsia sejuk, tak sedap, roti keras. Menyesal bayar  Rp27,000. Tapi lapar punya pasal makan je lah.
Sesungguhnya ERL lebih best dari Busway
Sampai ke LCCT, ambil luggage terus beli tiket ERL KLIA Transit menuju ke KL Sentral. Saya tunggu la kat terminal 8 tempat saya tunggu shuttle KLIA Transit balik sebelum ni. Nak dekat sejam saya dengan uncle Cina ni tunggu shuttle unggu ni tapi sehabuk pun takde. Last-last uncle ni tanya orang bas sebelah rupanya shuttle tu ambil orang kat depan pintu domestic departure. Rugi sejam aku.

Sampai di Stesen Salak Tinggi, naik ERL ke KL Sentral. Tukar sim Celcom ke BlackBerry tapi dia tulis sim tak boleh pakai. Alahai, nak mesej orang pun tak boleh macam ni. Sampai di KL Central terus tanya orang kedai henpon dan orang tu kata BlackBerry saya dah lock balik semula. Kalau nak unlock dia minta RM100. Takpe la tokey, lain tempat la saya buat.

Lepas letak beg di Stesen Pekeliling, saya ke Plaza Lowyat sekejap nak tanya masalah BB ni. Jawapan yang sama iatu BB terlock semula. Penyelesaian adalah unlock dengan harga RM80. Terpaksa la sebab kalau dah balik Jerantut nak buat kat mana semua ni. Lepas sejam dia kata dah siap unlock tapi sim aku yang bermasalah. Pulak dah. Walaupun dia tunjuk kalau pakai sim lain boleh, saya takut je dia tak unlock kan sebab tau BB saya bukan ter lock melainkan sebab sim yang dah di blok. Tapi dah lepas, bayar je lah. Harap-harap dia unlock betul-betul la BB ni.

Lepas siap urusan di Lowyat, rushing ke Stesen pekeliling nak ambil bas ke Jerantut pukul 3. Masuk je bas, saya cucuk earphone terus terlelap disebabkan keletihan. Sedar-sedar ada seorang perempuan kejut saya dari belakang kata henpon saya jatuh. Dia kata tau tu henpon saya sebab earphone still bergayut lagi kat telinga saya. Betul jugak. Dan saya bantai bercakap omputih dengan dia sebab mamai ingatkan dalam flight lagi. Sebab dalam flight tadi saya borak dengan orang sebelah dan orang sebelah tu cakap omputih. Jadi follow je la orang tu.

3 jam dalam bas akhirnya sampai ke Jerantut. Muka dah tersenyum riang bila nampak bangunan sekolah Temin. Dan seperti biasa bas akan lalu dihadapan kawasan perumahan saya dan saya akan berhenti di tepi jalan sahaja. Saya pun cakap la ke driver bas mintak tolong berhenti di tepi jalan. Driver pun kata tak boleh. Saya cakap sebelum-sebelum ni boleh je. Dengan nada kurang hajar dia kata "orang cakap sekali je tak cakap lebih-lebih". Ayat ni lah yang menyakitkan hati saya. Cuba cakap baik-baik, orang pun tak marah. Saya cakap punya la lembut sebab nak minta tolong dia. Ini jawap macam tu. Untuk pengetahuan driver tu bergaduh dengan orang kaunter tiket masa di stesen bas Pekeliling. Terpaksa lah saya naik teksi dari bandar ke rumah saya. Saje je malas minta ayah saya ambilkan. Hilang feel balik kampung nanti.

Namun begitu saya dah sampai dengan selamat ke rumah. Rehat selama 3 minggu, ok la tu. Perjalanan seharian yang meletihkan.

0 comments

Saya Hodoh, tapi Saya Ok

Dari segi sains manusia itu terdiri dari 2 perkara fizikal dan mental. Fizikal dan mental manusia itu diciptakan berbeza antara satu sama lain hatta kembar seiras sekalipun. Itulah keunikkan ciptaan Allah.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya"
(At-Tin 95: 4)

Ada yang hensem ada yang hodoh, ada yang cerdik ada yang bodoh, ada yang tinggi ada yang pendek, ada yang bising ada yang senyap ada yang berambut lurus ada yang berambut kerinting. Macam-macam ada. Perbezaan itu ada di fizikal dan ada juga pada mental (sifat) manusia. Dan normalnya kita pasti mahukan yang sisi positif sahaja dan sangat takut sekiranya mempunyai sisi lain yang negatif.

Negatif pada peribadi masih boleh kita ubah seperti banyak bercakap menjadi pendiam. Namun adakah sebahagian sisi negatif fizikal manusia itu boleh diubah sesuka hati sebagai contoh kulit hitam menjadi kulit putih tanpa alasan yang kukuh? Mengubah ciptaan Allah itu adalah haram disisi Islam jika tiada sebab dan alasan yang memudaratkan!

Menerima kekurangan diri sendiri dan menggangap ia adalah kelebihan adalah terapi terbaik permasalahan jiwa ini
"Tapi kan bang, saya ni hitam legam, selalu kena ejek dengan orang. Saya nak buat plastic surgery biar jadi warna putih macam Brad Pitt, baru lah orang tak kutuk saya".

Penyelesaiannya mudah sahaja iatu menerima kekurangan fizikal kita seadanya. Cuba anggap kekurangan kita itu sebenarnya adalah satu kelebihan yang Tuhan kurniakan untuk membezakan kita dengan orang lain. Hakikatnya orang lain tidaklah menganggap kekurangan kita itu adalah satu isu besar bagi mereka. Isu kekurangan diri kita hanya melintas sejenak di fikiran mereka. Bila ada didepan mata, mereka akan berfikir tentang kekurangan kita tapi bila tiada di depan mata mereka, langsung tidak terlintas di fikirannya. Itulah hakikat sebenarnya.

"Tapi susah lah bang kalau nak anggap kekurangan saya ni sebagai kelebihan. Saya tetap rasa ia menjatuhkan saya dan saya rasa cukup terhina"

Memang, untuk mengawal perasaan itu sangat lah sukar lebih-lebih lagi dalam hal macam ni. Tapi cuba ketepikan dahulu persepsi ini sedikit demi sedikit, Insyaallah lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan. Contohnya bila orang panggil kita dengan nama hitam, jangan fikirkan hitam itu negatif, fikirkan ia positif. Ringankan mulut untuk tersenyum sambil membalas, 

"hitam itukan menawan" ataupun 

"takpe, Bilal bin Rabah pun hitam, hitam lagi dari aku"

Pasti jawapan kita itu akan mengundang gelak ketawa tetapi kita sendiri juga akan turut ketawa. Lama-kelamaan orang itu akan berhenti dengan sendirinya memanggil kita hitam kerana hajat di hati nak sakitkan hati kita tapi respon kita adalah sebaliknya. Sebelum ini sakit hati tetapi dah jadi satu gurauan yang mendatangkan gelak ketawa. Bagus kan!

Dalam pada waktu yang sama, cubalah untuk mengatasi sedikit sebanyak kekurangan kita itu dengan cara yang dihalalkan. Kalau kulit hitam, pakailah bedak sikit. Kalau rambut kerinting, sikatlah rambut itu agar kelihatan rapi. Kalau gemuk, pergilah bersukan untuk kuruskan badan. Kalau tak hensem, pakailah pakaian yang kemas agar kelihatan smart. Kalau boroi jangalah pakai baju ketat-ketat supaya orang tak nampak perut tu. Mudah dan tidak berdosa.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat"
(Ibrahim 14: 7)

Maka, terimalah fizikal yang kita ada seadanya. Mungkin kita rasa kekurangan kita itu satu kelemahan tetapi ada juga yang diluar sana suka kepada kekurangan kita itu. Semuanya ini hanyalah kerana dipengaruhi hati dan perasaan sahaja. Bersyukurlah!

Sagna yang hitam macam ni pun ada isteri yang muka macam model
p/s: ada seorang ustaz kata kepada saya dulu kalau dia nak kahwin dia nak kahwin dengan wanita muka cantik walaupun perangai hodoh berbanding wanita muka hodoh tetapi perangai cantik. alasannya muka dah tak boleh ubah tapi perangai masih boleh diubah. Betul juga...

4 comments

Menjana Usia Muda

Usia muda adalah usia yang sangat berharga kerana di usia inilah manusia mula mencari jalan hidup yang sebenar-benarnya. Didalam fasa growth and development manusia, usia 21 hingga 26 adalah fasa dimana mereka mula berfikir dengan matang dan tidak lagi terikut-ikut dengan emosional seperti pada ketika usia persekolahan.

Disamping ilmu perkuliahan, belajarlah juga ilmu agama









Kenapa dikatakan usia muda ini sangat berharga? Lazimnya pada umur 21 hingga 26 ini, mereka ini berada di bangku pusat pengajian tinggi. Suasana sewaktu pengajian sangat berbeza jika mahu dibandingkan suasana persekolahan ataupun suasana pekerjaan. Di zaman persekolahan kita masih belum terlalu matang didalam tindakkan dan di zaman pekerjaan pula kita terlalu sibuk bekerja serta prinsip "aku-aku, engkau-engkau" selalunya diamalkan. Manakala zaman kampus adalah zaman peralihan antara kebudak-budakkan kepada matang, tidak sibuk sebelum terlalu sibuk.  

Di mana-mana kampus pasti ada suasana solehah itu sendiri, mungkin dari inisiatif pelajar-pelajar mahupun pensyarah. Maka waktu kampus inilah waktu yang paling cantik untuk anak-anak muda ini mengukuhkan prinsip dakwah didalam diri. Alasannya, teman seperjuangan tinggal berhampiran. Paling jauh pun rumah sewa di sekitar universiti, jadi tidak menjadi satu permasalahan mahu bertemu. Waktu senggang pula banyak, petang, malam hujung, minggu, cuti semester dan tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain melainkan persatuan sahaja.

Tetapi nanti akan timbul alasan "nanti dah kerja lah aku start berdakwah". Hakikatnya waktu bekerja kita akan mula liat untuk memulakan perkara dakwah ini sebab apa, sebab kita mula sibuk dengan kerja, mahu berumahtangga dan bermacam-macam lagi urusan orang dewasa. Suasana juga telah berubah, teman sekerja berbeza background akedemik, berbeza fahaman beragama dan sangat sukar untuk bertemu yang masih giat berdakwah melainkan anda sememangnya bekerja di tempat yang menjalankan urusan dakwah.

Melangkahnya ke dunia pekerjaan bermakna anda melangkah ke dalam dunia kesibukkan
Maka sangat jelas bahawa waktu kampus adalah waktu yang sangat sesuai untuk mula mengukuhkan dan menggilap prinsip dakwah. Apabila sudah melangkah alam pekerjaan, maka kita hanya meneruskan sahaja apa yang diperjuangkan dahulu. Seperti pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Buluh apabila sudah tua sangat sukar untuk dilenturkan. Janalah usia muda anda sebaiknya, dan semoga tidak menjana kearah sebaliknya.

p/s: berhati-hati di usia kampus kerana usia inilah tapak asas kita mula membentuk peribadi diri untuk 50 tahun akan datang. By the way ini adalah posting saya yang ke 100. 

0 comments

Kartun Adalah Ikon Kanak-Kanak



Kartun sangat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak kerana inilah tontonan kegemaran mereka. Sebagai contoh yang paling jelas adalah Upin & Ipin. Pengaruh yang dibawa Upin & Ipin sangat kuat di Indonesia. Impak yang sangat jelas dilihat adalah budak-budak kecil di sini suka menggayakan nilai-nilai positif yang ditampilkan watak Upin & Ipin seperti memberi salam kalau nak masuk rumah, membaca doa sebelum makan, berpuasa di bulan Ramadhan dan menghormati yang tua. Ini terjadi di hadapan mata saya sendiri.

Selepas Upin & Ipin, muncul pula siri animasi BoboiBoy yang bakal ditayangkan di Malaysia. Posting saya kali ini ingin memuji sikap syarikat produksi BoboiBoy yang mengambil kira cadangan serta idea dari peminat. Kalau dilihat ia sememangnya perkara yang remeh tetapi yang remeh ini sebenarnya memberi kesan yang begitu besar pada kanak-kanak.

Animasi BoboiBoy yang bakal ditayangkan di Malaysia
Saya telah mengikuti perkembangan penghasilan kartun BoboiBoy ini sejak awal lagi melalui page Facebook BoboiBoy. Pada lakaran karekter awal, diperkenalkan beberapa watak superhero dan salah seorang watak tersebut adalah superhero perempuan bertudung (pastinya membawa watak beragama Muslim) yang diberi nama Yaya. Di Facebook, lakaran tersebut disiarkan kepada umum supaya peminat dapat melihat serta memberi komen untuk penambah baikkan watak-watak mereka.

Karekter awal Yaya saya nampak seperti gaya Datuk Siti Nurhaliza, dimana Yaya memakai tudung tetapi sedikit terkeluar rambutnya di hadapan dan belakang. Ada beberapa peminat memberi komen meminta Yaya memakai tudung dengan cara yang betul agar kelihatan lebih cantik.
Yaya ketika tudungnya belum betul

Selang beberapa bulan, sekali lagi karekter BoboiBoy dikemaskini dan hasilnya Yaya sudah memakai tudung dengan cara yang betul seperti yang dicadangkan oleh peminat. Dan jujur dari saya karekter baru ini lebih comel dan menarik dari yang sebelumnya.
Yaya yang comel setelah membetulkan tudungnya
Kartun BoboiBoy ini sepertinya akan menjadi satu lagi ikon kanak-kanak sekaligus mereka pasti akan cuba meniru gaya kartun ini. Dengan gaya comel Yaya sebagai kanak-kanak bertudung saya kira dapat mempengaruhi kanak-kanak di luar sana untuk berpenampilan yang sama. Paling tidak ibu-bapa boleh berkata kepada anak mereka "Kak Long, cuba tengok Yaya pakai tudung, comel kan. Cuba Kak Long tiru Yaya, mesti comel".

Inilah yang saya katakan impak positif yang dilihat remeh tetapi sebenarnya sangat mempengaruhi gaya hidup seorang kanak-kanak. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga industri hiburan Malaysia terus menciptakan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat, bukan hanya cerita hantu sepanjang tahun.

p/s: Syabas diucapkan kepada Animonsta Studio atas usaha ini serta mendengar idea-idea dari peminat. Semoga anda terus membawa sesuatu yang baik untuk masyarakat khususnya kana-kanak serta orang muda.

4 comments

Macam-macam Tudung Ada

Jalan-jalan blog orang baru perasan yang zaman sekarang ni rupa-rupanya dah ada macam-macam jenis tudung ada. Dah gaya iklan Astro pula. Yang jenis selit belah situ, belit belah sana, ropol belah atas, manik belah bawah, bintik-bintik belah depan, bunga-bunga belah belakang. Ada yang 2 layer la, 3 layer la, warna itu warna ini. Wah, maju betul rupanya industri fesyen tudung Malaysia ni.

Ni baru 6 bulan tak balik Malaysia ni, dah muncul macam-macam jenis.

hasil top searching tudung di Google Image Malaysia

Sebagai contohnya macam di carian Google Image di atas. Belum masuk lagi tudung shawl, tudung pashmina, tudung Wardina, selendang Siti Nurhaliza la. Yang tudung seksi kat atas tu kes lain ye. Itu adalah kerja orang-orang gatal yang pergi search benda-benda tak baik. Kalau kat Google biasa siap ada carian tudung 3gp lagi sebagai top searching. Rosak akhlak budak-budak zaman sekarang ni.

Saya rasa pening habis suami-suami kat Malaysia sekarang kalau si isteri minta beli kan tudung. Dia tahu sejenis tudung je, tudung segi empat yang dilipat dua. Paling advance pun yang ada corak-corak sikit. Lepas tu terlopong la mulut engkau bila masuk kedai tudung.

Sebenarnya tak kisah la tudung tu nak belit macam mana pun asalkan ia menepati syarak dan tidak menimbulkan fitnah. Sesungguhnya bertudung itu comel. Tak percaya, cuba tengok Lisa Surihani bertudung dalam drama Tudung Expres berbanding free hair dalam iklan Maybelline, mana yang lebih cun, yang bertudung kan.

p/s: suka tengok tudung besar yang Wardina selalu pakai sebab nampak simple je tapi terselah keayuan disitu.cewaah.....haha

0 comments

The Last Meeting for This Sem

Farhana, Chinta, Aprillia, Mary, Isabella, Lokman, Chia, Brian, Wignyo, Yose Rizal

Skill Lab Jumaat lepas adalah pertemuan terakhir group saya untuk semester ini, group C3. Lepas ni tinggal lagi seminggu sebelum cuti semester bermula dan semester hadapan akan dapat group baru. 

Sekali lagi saya bersama group ini berjaya tidak diundi untuk present waktu pleno sepanjang semester ini. Dah berapa semester dah ni kena macam ni. Dan saya lebih suka group yang dicampur student Malaysia dan Indonesia sebab boleh kenal-kenal kawan baru. Kalau tidak kami ni rapat dengan student satu negara je. Kesimpulannya best la kelompok ni. Semoga bertemu lagi semester hadapan!

p/s: gambar buruk sebab guna kamera henpon je

0 comments

62 Tahun Syahidnya Hasan al-Banna

62 tahun yang lalu, satu konspirasi pemerintahan Mesir telah berjaya menghapuskan seorang pemuda yang memperjuangkan agama Allah. Konspirasi terancang yang dilakukan demi menyekat perjuangan seorang mujahid ini kerana pengaruh yang dibawanya cukup besar dan sangat menggoyahkan pemerintahan ketika itu. Perjuangan yang dibawa as-syahid bukan hanya berteraskan politik semata-mata. Perjuangannya untuk menegakkan ajaran Allah.

As-syahid adalah antara pengasas Ikhwanul Muslimin, satu pergerakkan yang sangat menggeruntkan mereka yang pro-Barat. Perjuangan Ikhuanul Muslimin yang diterapkan roh-roh Islami inilah yang menggentarkan musuh-musuhnya. Maka, pembunuhan ketuanya dikira jalan terbaik untuk mengurangkan pengaruh pergerakkan haluan kiri Mesir ketika itu.

Maka pada tahun 1949 di kota Cairo, tubuh as-syahid Imam Hasan al-Banna gugur ke bumi akibat ditembak oleh penembak upahan pemerintah Mesir. Gugurnya Imam Hasan al-Banna ketika itu tidak mematahkan semangat perjuangan yang lain. Perjuangan harus diteruskan. Perjuanganmu telah mengubah semangat kami. Dan sungguh ironis pemerintahan Presiden Hosni Mubarak jatuh pada hari semalam!

10 Wasiat As-Syahid Imam Hasan al-Banna


Bangunlah segera untuk melakukan shalat apabila mendengar Adzan walau bagaimana pun keadaannya

Baca, telaah, dan dengarkanlah Al-Qur’an atau dzikirlah kepada Allah dan jangan engkau senang menghambur-hamburkan waktumu dalam  masalah yang tidak ada manfaatnya.

Bersungguh-sungguhlah untuk bisa dan berbicara dalam bahasa Arab dengan fasih

Jangan memperbanyak perdebatan dalam berbagai bidang pembicaraan sebab hal ini semata-mata tidak akan mendatangkan kebaikan

Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (dzikir) adalah tenang dan tentram

Jangan bergurau, karena ummat yang berjihad tidak berbuat kecuali dengan bersungguh-sungguh terus menerus

Jangan mengeraskan suara diatas suara yang diperlukan pendengar, karena hal ini akan mengganggu dan menyakiti

Jauhilah dari membicarakan kejelekan orang lain atau  melukainya dalam bentuk apapun dan janganlah berbicara kecuali yang baik

Berta’aruflah dengan saudaramu yang kalian temui walaupun dia tidak meminta, sebab prinsip dakwah kita adalah cinta dan ta’awun (kerja sama)

Pekerjaan Rumah kita sebenarnya lebih bertumpuk dari pada waktu yang tersedia, maka tolonglah selainmu untuk memanfaatkan waktunya dan apabila kalian mempunyai sesuatu keperluan maka sederhanakanlah dan percepatlah untuk diselesaikan

1 comments

Dell Warranty

Baru-baru ni duduk belek-belek beg laptop mencari kad warranty laptop nak simpan dalam fail tapi tak jumpa. Puas cari memang tiada melainkan buku manual laptop saje. So, try call kedai beli laptop tu tapi tak berangkat. Mungkin akak tu takut kot angkat talifon bila tengok nombor pelik semacam je call dia, sebab saya call dia dari Jakarta.

Beberapa bulan lepas tu baru teringat mengenai online warranty. Bagi pengguna komputer berjenama Dell, warranty anda akan automatik didaftarkan di sistem Dell ketika anda mula-mula beli komputer tersebut. Untuk melihat status warranty anda sila ke laman Dell Support Home Page>Warranty Information>Warranty Status. Nanti anda akan diminta memasukkan 7 digit Service Tag komputer anda. Sila tengok dibahagian bawah komputer anda untuk Service Tag tersebut. Ibarat kad pengenalan komputer la ni.

Paparan "kad kesihatan" komputer anda
Bila dah masukkan Service Tag tersebut maka akan keluarlah System Information komputer anda, balance warranty berapa hari lagi. So kalau ada apa-apa rosak nanti, hanya call service center nanti dia akan datang ambil komputer anda untuk medical check up. Senang kan!

0 comments

Secret Message Trick

Good Luck Everyone

If u can read this post, please write "hek eleh, mudah sungguh trik nye" into the comment box below. We want to see how many people already know about this simple trick. Next 5 days from now I will publish how to do this kind of trick.

3 comments

Social Readjustment Rating Scale

Social Readjustment Rating Scale according to Thomas Holmes & Richard Rahe, University of Washington School of Medicine;

1. Death of a spouse 100
2. Divorce 73
3. Marital Separation 65
4. Jail term 63
5. Death of a close family member 63
6. Personal injury or illness 53
7. Marriage 50
8. Fired at work 47
9. Marital reconciliation 45
10. Retirement 45
11. Change in health of family member 44
12. Pregnancy 40
13. Sex difficulties 39
14. Gain of a new family member 39
15. Business readjustments 39
16. Change in financial state 38
17. Death of a close friend 37
18. Change to different line of work 36
19. Change in no. of arguments with spouse 35
20. Mortgage over $ 50,000 31
21. Foreclosure of mortgage 30
22. Change in responsibilities at work 29
23. Son or daughter leaving home 29
24. Trouble with in-laws 29
25. Outstanding Personal achievements 28
26. Wife begins or stops work 26
27. Begin or end school 26
28. Change in living conditions 25
29. Revision of personal habits 24
30. Trouble with boss 23
31. Change in work hours or conditions 20
32. Change in residence 20
33. Change in school 20
34. Change in recreation 19
35. Change in religious activities 19
36. Change in social activities 18
37. Loan less than 50,000 17
38. Change in sleeping habits 16
39. Change in no. of family get- together 15
40. Change in eating habits 15
41. Vacation 13
42. Holidays 12
43. Minor violation of laws 11

SCORING:
All of this situation should be considered had be taken in the last 12 months. Add values to the right of each item to obtain the total score.

Low:  < 149
Mild: 150-200
Moderate: 200-299
Major: >300

*It could be a dangerous if you get score 300 or more in 12 month!

0 comments

Mak







Hargailah ibu anda sementara ia masih ada. Betapa banyak pengorbanan yang telah dia lakukan sejak kita kecil hingga sekarang. Hanya ibu insan yang terbaik ada disamping kita. We love u mum.

"Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu-bapa kita"

p/s: Kredit kepada abang Gayour kartunis legend Malaysia kita ni. Komik ni saya ambil dari link http://gayouriot.blogspot.com/2011/01/mak.html . Kartun ini akan menyebabkan air mata kita menitis.

0 comments

Saya Airil

Airil adalah sepupu terbaru saya yang sekarang berumur berapa bulan entah. Sekarang dia tinggal di Triang, Temerloh. Last jumpa time balik raya tahun lepas, itu pun dia kecik lagi. Tapi montel, geram tengok pipi dia. Gambar bergigi 2 menunjukkan dia dah besar. Rambut saje je letak style gitu, comel sikit.

Lukisan diilhamkan dari gambar time dia tidur iatu gambar ini. Lepas tu tukar lah mata dia bagi celik dan dia sengih, baru comel.

p/s: oh yeah, setelah bertahun melupakan Illustrator, inilah hasil lukisan digital pertama.ngeh ngeh ngeh....

3 comments

Cadangan T-shirt Batch/Universiti

DESIGN 1
Tulisan "Being a doctor is not about business but humanity" didalam lakaran syringe

Dah lama saya tak buat t-shirt sendiri. Tiba-tiba terfikir nak buat t-shirt maka terjadilah rekaan di atas. Saya fikir-fikir nak buat baju batch menggunakan design diatas, jadi sesiapa yang terbaca post ini boleh lah komen-komen apa yang patut. Siapa yang nak dialu-alukan, yang taknak tidak mengapa.

Contoh baju yang mahu dihasilkan. Kiri untuk hadapan, kanan untuk bagaian belakang
Kenapa warna hitam sebab masuk dengan warna kelabu juga oren. Tujuan dibuat untuk kenang-kenangan, nanti dah kerja takde pulak baju sebagai kenangan pelajar perubatan. 


DESIGN 2
Tulisan "Being a doctor is not about business but humanity" bersama gambaran baby dari logo unicef 

Ni design kedua, warna baju biru lembut macam warna jersey Manchester City. Sebab apa warna macam tu, sebab nak tiru warna unicef. Logo kat depan tu pun dah ambil unicef punya. So biru lagi masuk kot. Tema tetap sama cuma bertukar design sahaja.

Contoh apabila berhasil baju tersebut
Di belakang setiap baju akan tertulis perkataan "Medical is a long life study" serta "Ukrida Medical School Jakarta" sebagai tanda kita adalah pelajar fakultas perubatan Ukrida. Saje je tulis Medical School, best sikit dengar daripada Fakultas Kedokteran.

Saya akan cuba print sample baju ini dulu menggunakan rubber printing dan kain bajunya cotton. Kalau ada yang berminat nanti kita akan fikirkan untuk membuat tempahan sebenarnya. Tempahan mungkin kita akan buat selepas cuti semester ini. InsyaAllah. Harga akan diconfirmkan nanti seandainya betul-betul ada yang nak tempah, baru saya berani nego dengan syarikat printing. Design adalah seperti di atas, kemungkinan untuk berubah sangat kecil melainkan ada kesalahan ayat atau ejaan.

Ini adalah rancangan sahaja. sekiranya mendapat sambutan, kita akan teruskan selepas cuti semester Febuari ini. harap-harap jadi terutama untuk dijadikan baju batch kerana kita takde lagi baju batch. Kalau batch lain nak, saya mungkin akan memilih salah satu dari design di atas dijadikan untuk batch 2008 sahaja, dan yang satu lagi untuk dijual kepada umum. Sekiranya batch 2008 taknak buat baju batch, kedua-dua design akan dijual kepada umum.

p/s: sekali lagi ditegaskan, ini adalah rancangan sahaja. Sekiranya ada sambutan barulah ia jadi. sebab kita tiada baju t-shirt tak formal universiti macam member-member kita kat UM, UKM, UPM, USM, UniSZA, UUM yang selalu dijual di kolej dan pesta konvokesyen. 

6 comments

Gong Xi Fat Choi

Malaysia negara yang berbilang kaum, menyambut pelbagai jenis perayaan. Hari Raya Aidulfitri disambut oleh umat Islam. Tahun Baru Cina disambut kaum Cina, Deepavali dirayakan kaum India, Krismas oleh penganut Kristian dan macam-macam lagi perayaan di Malaysia.

Hari ini adalah Tahun Baru Cina, tahun arnab. Di Malaysia sambutan Tahun Baru Cina sinonim dengan buah limau mandarin, bunyi letupan mercun, tarian naga, tarian singa, angpau serta seluruh kerabat keluarga berkumpul untuk makan bersama-sama pada malam tahun baru. Kerajaan telah menetapkan didalam kalendar tahunan negara bahawa diberikan cuti umum 2 hari untuk sambutan Tahun Baru Cina dan selalunya pihak sekolah akan bercuti seminggu.

Maka, dengan cuti yang panjang ini, boleh dikatakan semua kaum menyambut perayaan ini. Yang Melayunya turut sama pulang ke kampung seperti Raya Aidilfitri sampai bandar KL boleh ditakana lengang seperti hari Raya Aidilfitri. Kaum Cina bermain mercun kerana kepercayaan mereka untuk menghalau hantu jahat di Tahun Baru mereka. Budak-budak Melayu tidak melepaskan peluang untuk "turur serta" membakar mercun. Tidak hanya mercun papan, segala jenis mercun yang dibakar. Mercun ketupat, mercun bola, mercun roket. Yang main tu pun budak-budak, sebab tu ramai check in hospital sebab putus jari. Jarang terdengar orang Cina yang putus jari sebab main mercun sebab yang bakar mercun yang dah besar.

Sekarang tradisi pemberian angpau tidak hanya pada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri pun orang dah bagi angpau. Rezeki, kita ambil jela. Kalau Tahun Baru Cina angpau warna merah, kalau hari Raya Aidilfitri macam-macam warna. Pendek kata Malaysia sememangnya kaya dengan budaya berbilang kaum. Cukup harmoni dan istimewa kerana sama-sama merayakan, sama-sama meng asimilasi budaya.

Oleh itu diucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang merayakannya di seluruh dunia.

p/s: di Indonesia, Tahun Baru Cina dipanggil Imlek. Sebelum-sebelum ini Imlek disini tak cuti dan ketika zaman pemerintahan presiden Gusdur baru diletakkan didalam kalendar tahunan negara sebagai cuti umum.

1 comments

Look a Like Football Player

Bagi yang meminati bola sepak, pasti anda perasan beberapa pemain atau coach yang mempunyai wajah mirip dengan selebriti lain macam artis atau pelakon. Mirip nya tidak lah seperti kembar tetapi kalau dilihat-lihat adalah kena iras-iras tu. So, jom kita tengok beberapa orang pemain yang bagi saya mirip mukanya;




Beberapa orang coach turut sama terlibat;


Kes Rajagopal dan Wenger ini mula ditimbulkan masa AFF Suzuki Cup di Indonesia
Pengadil turut sama join;


Cuma yang menjadi soalan, adakah 2 orang di bawah ini sama? Dan adakah setelah Torres berpindah ke Chelsea dari Liverpool akan mengundang cemuhan peminat Liverpool sepertimana Bieber sering dicemuh?

0 comments

Enam adalah 6

Saya suka nombor 6. Sebab nombor 6 bulat macam perut orang boroi. Nombor 6 kalau diterbalikkan jadi nombor 9. Nombor 6 ramai yang pakai buat main bola. Tanpa nombor 6, Wes Brown pakai nombor lain. Bulan 6 adalah bulan Jun. 6 bulan yang lalu adalah bulan Ogos. Ogos yang lalu banyak perkara best berlaku, birthday saya, balik Malaysia, jumpa katak. Pokoknya enam adalah 6, tidak mungkin sembilan atau tujuh. Senyum sokmo lah bak kata Heliza.

1 comments

Wajarkah Lelaki Menangis

Mengimbas zaman kanak-kanak, sekiranya seorang budak lelaki menangis akibat disakat kawan, pasti akan kedengaran ayat popular iatu "eee tak malu, menangis. macam budak perempuan". Tanyalah pada sesiapapun orang di Malaysia, pasti dia akan setuju dengan situasi ini. Jadi pada hari ini kita mahu melihat wajarkah seorang lelaki dewasa itu menangis.

Bukanlah menjadi suatu kesalah lelaki menitiskan air mata
Menangis bukanlah satu kesalahan malah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan Allah kepada seluruh makhluk. Cuma disini saya sebagai seorang lelaki melihat adalah tidak sepatutnya untuk seorang lelaki itu terlalu mudah untuk menumpahkan air matanya sendiri. Ditegaskan kembali terlalu mudah untuk menangis.

Hukum alam lelaki dilihat sebagai yang kuat, sebagai pelindung kepada kaum wanita. Saya tidak mengatakan wanita itu lemah tetapi begitulah sunnah Allah menciptakan lelaki sebagai pelindung kepada wanita. Lelaki yang mudah menumpahkan air mata tidak pada tempatnya akan menimbulkan persepsi bahawa dia seorang yang lemah. Lemah dari segi mental, lemah dari segi ketahanan diri menghadapi cabaran. Ini bukan lagi persepsi malah sebenarnya adalah kenyataan. Kerana seringkali orang itu menangis apabila sesuatu masalah itu menemui jalan buntu untuk diselesaikan. Mudah menangis bermakna terlalu cepat buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

Saya tidak mengatakan lelaki tidak boleh menagis. Tidak sama sekali. Cuma bertempatlah untuk mengalirkan air mata itu. Contohnya kalau ada kematian, atau yang difikir logik untuk menitiskan air mata. Seorang pelindung perlu mempunyai hati yang besar untuk menghadapi cabaran mendatang. Perlu tahan dengan sebarang dugaan kerana suatu hari nanti anda akan menjadi ketua keluarga. Jangan pula nanti perompak masuk rumah anda lari dulu dan isteri yang lawan perompak!

Pendek kata bertempat lah untuk menagis itu. Jangan sampai anda dilabelkan sebagai "baby crying". Buruk sangat gayanya andai seorang lelaki dilabel sedemikian. Bertempatlah untuk menagis!

p/s: menagislah kamu ketika sujud menghadapi Allah kerna itu yang lebih baik. Setiap titisan air mata yang gugur dibumi kerana mengingati Allah akan dicatat oleh malaikat.

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...