Showing posts with label Siri Berdirinya Aku di Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Siri Berdirinya Aku di Jakarta. Show all posts
Grad Akhirnya tapi....
Posted by Lokman Hakim at 5/06/2012 12:44:00 AM
Alhamdulillah, tanggal 21 April 2012, bertempat di Ballroom Hotel Pullman, Central Park Jakarta menjadi titik bersejarah bagi diri ini kerana telah selamat melangsungkan upacara wisuda @ convocation sarjana kedokteran setelah 7 semester berhempas pulas dengan buku-buku serta modul. Pada hari tersebut secara rasminya saya mendapat gelar S.Ked (Sarjana Kedokteran) di hujung nama saya.

Alhamdulillah, hari bersejarah turut dihadiri Mak, Ayah, Adik, Mak Ngah yang memaniskan lagi hari tersebut. Jauh di lubuk hati sangat-sangat gembira kerana dapat mengukir senyuman spontan di bibir mereka. Saya tidak kisah berkorban apa-apa pun asalkan mereka bahagia.
Namun begitu, walaupun saya dah grad, tidak beerti saya dah habis belajar. Tidak, saya masih belum tamat pengajian. Sistem fakulti perubatan di Indonesia berbeza dengan Malaysia. Mahasiswa perubatan akan grad dulu setelah tamat tahun teori; seperti saya 7 semester pertama. Ini kerana, next 3 semester kami akan melanjutkan tahun praktikal pula selama 3 semester di hospital, dimana memerlukan mahasiswa tersebut sudah mempunyai ijazah perubatan.
![]() |
Anak-anak Malaysia Fakultas Kedokteran Ukrida batch 2008 yang selamat di wisudakan |
Walau saya dah ada ijazah, tapi still belum doktor secara rasmi. Masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi sebelum benar-benar menjadi Dr Lokman. Sori ye kawan-kawan lambat explain kat facebook. Sibuk kerja. cewah.haha...
p/s: ramai kawan-kawan yang study di luar Indonesia wish tahniah dan ingat saya dah boleh balik kerja kat Malaysia. Belum lagi, cepat sangat lagipun kalau dah setel semua pengajian dalam masa 3 tahun setengah. Kursus perubatan tidak boleh hanya di teori semata-mata, perlu praktikal yang lengkap juga.
Labels: Kehidupanku di perantauan, Pendidikan, Siri Berdirinya Aku di Jakarta 1 comments
Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 2)
Posted by Lokman Hakim at 2/25/2011 08:13:00 PM
Sambungan dari bahagian 1
Masuknya kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba aku nampak toilet dihujung lobi. Aku dari tadi sebenarnya mencari toilet sebab bas tadi sejuk sangat. Toilet kat stesen bas Pekeliling tadi penuh. Selepas menyelesaikan hajat yang tertangguh tadi, aku ke kaunter pendaftaran temuduga. Selepas mengambil kad pelawat, aku diminta ke tingkat 20 lebih untuk sesi temuduga.
Didalam lif, aku dah mula rasa gementar. Ini pertama kali interview ni, boleh tahan takut nya. Selepas sampai di tingkat tersebut semua student ditempatkan didalam bilik mesyuarat untuk tunggu turn interview. Kebetulan ada seorang tu dari Matrik Pahang bernama Nabil, jadi ada lah kawan nak berborak. Borak-borak, kemudian turn aku untuk masuk bilik interview. Satu group interview ada 5 orang.
Masuk je bilik interview, ada 3 orang panel interview sedang duduk melihat kami masuk. Jalan jela dengan muka confident walhal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Interview dimulakan dengan memperkenalkan diri dan masing-masing mengeluarkan skill berhujah, dan kami berbahasa Inggeris. Setelah selesai memperkenalkan diri, panel mencelah mengatakan "takpe dik, kita cakap Melayu je, tak payah bahasa omputih". Laaa, asal la tak bagi tau awal-awal tadi. Aku ni bukan pandai cakap omputih, entah apa la yang dimencarut tadi.
Selepas itu kami diberi satu kes untuk dibincangkan iatu kenapa sedikit pelajar yang layak melanjutkan pelajaran didalam bidang perubatan. Masing-masing mengeluarkan hujah, ada yang masuk akal, ada yang macam tak logik, ada yang aktif ada yang tak. Aku buat-buat yakin je berhujah sambil tangan bergerak sana sini, pusing-pusing kerusi konon-konon cool lah. Padahal...
Setelah selesai, panel bertanya adakah kami tahu kemanakah kami akan dihantar dan didalam bidang apakah. Kami semua diam tanda tak tahu dan selepas itu baru lah kami tahu yang kami akan dihantar ke Indonesia didalam bidang perubatan. Patut lah interview tadi didalam bahasa Melayu je.
Setelah selesai, aku turun ke lobi mencari ayah aku. Nampak dia duduk tercongok seorang diri di lobi. Laaa, sian pulak ayah aku tunggu sorang-sorang, lama pula tu. Tadi dah suruh dia pergi jalan-jalan kat Sogo tapi dia kata malas. Takpe lah ayah, jom kita makan. Boleh tahan lapar ni lepas interview. Siap makan nasi ayam di bazar Mara, kami pun pulang ke Jerantut sebelah petangnya. Dan menurut panel itu tadi, keputusan interview akan diberitahu melalui surat, jadi tinggal tunggu dan lihat sama ada diterima atau tidak.
Keesokkan harinya hari-hari aku berjalan seoerti biasa. Apabila borang UPU keluar, aku pun isi juga kalau-kalau interview tadi gagal. Selang beberapa minggu, berita mengenai keputusan peperiksaan matrikulasi akan keluar pada tarikh sekian dan keputusan boleh dilihat menggunakan sms sahaja.
Tepat 12 malam tarikh yang diberitahu itu, aku mengambil handphone dan menaip arahan yang diberikan. Aku menaip dengan penuh debaran, kerana pointer yang akan keluar di skrin handphone ini akan mempengaruhi masa depan aku, dan apakah hasil penat lelah setahun aku belajar di matrikulasi. Butang send ditekan dengan penuh harapan yang menggunung. Nilai ini juga akan menentukan aku berjaya atau tidak didalam interview beberapa minggu yang lalu.
Selang beberapa saat, 'teeet-tet teeet-tet', handphone aku berbunyi dan ada mesej yang masuk. Mak dan ayah aku dah tunggu di tepi menanti mesej itu dibuka. Hati mula berdebar-debar dan jari ini menggeletar untuk menekan butang open. Apabila aku menekan butang open, terpampang mesej berbunyi;
Nilai untuk semseter 2 adalah .............................(bersambung)
Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 1)
Posted by Lokman Hakim at 1/29/2011 12:30:00 AM
Pada suatu petang Jumaat 3 tahun yang lalu di hadapan Dewan Mat Kilau, sewaktu aku sedang melatih adik-adik junior bermain kompang, tiba-tiba henpon aku berbunyi. Gambar ayahku terpampang di skrin Nokia 5300 putih-merah ini lalu aku pun beredar ke tepi dan menjawap panggilan tersebut. Sedikit hairan kenapa ayah aku call sebab aku dah beritahu awal-awal yang program habis Ahad dan balik ke Jerantut pada sebelah petangnya. Mungkin saja bertanya khabar kot.
Selepas ayat-ayat pembukaan, ayah aku memberitahu bahawa ada sekeping surat penting atas nama aku sampai ke rumah tengahari tadi. Aish, surat cinta ke, kalau kantoi segan juga. Ataupun surat tawaran ke Akedemi Fantasia musim ke-5 barangkali? Setelah tertanya-tanya sesaat dua, aku pun bertanyalah surat apakah itu. Lalu ayah aku membacakan tajuk surat berlogo Majlis Amanah Rakyat tersebut yang berbunyi;
Tuan/Puan;
PANGGILAN TEMUDUGA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA
Wah, melanjutkan pelajaran ke luar negara? Pada ketika itu cuaca panas Gambang dah aku rasakan umpama salji tebal sambil aku melompat-lompat bersama snowman di hadapan London Bridge. Setelah berangan sesaat dua, aku kembali ke dunia nyata lalu menanyakan bilakah tarikh temuduga tersebut. Kata surat tersebut Selasa hadapan. Alamak, sempat ke aku nak sediakan dokumen-dokumen serta resume ni dalam masa 2 hari sebab aku balik Jerantut Ahad. Lepas bincang-bincang dengan ayah aku, aku putuskan untuk balik Ahad selepas program tamat.
Balik dari program orentasi di Matrikulasi Pahang, aku pun bertungkus lumus mengfailkan segala dokumen-dokumen penting serta menyiapkan resume yang diminta dalam waktu 2 hari. Aku tak berapa ingat waktu ini cuma yang melekat dalam ingatan adalah aku sms Nadhirah bertanyakan perihal temuduga sebab ayah dia dekan di UniSZA. Nak mintak lah sikit-sikit nasihat dari yang pakar sebab aku fikir ayah dia mesti pernah jadi panel penemuduga. Lepas mesej-mesej dapatlah input-input yang berguna dari Nadhirah, almaklumlah inilah pertama kali aku kena pergi temuduga. Temuduga penting pulak tu. Terima kasih banyak-banyak Nadhirah.

Sketch asal resume yang dihantar sewaktu temuduga tersebut, terjumpa semula setelah 3 tahun
Hari Selasa menjelma, berangkatlah aku dan ayah aku ke Kuala Lumpur menaiki bas Tahan Express. Kenapa naik bas? Sebab ayah aku tak tahu jalan-jalan KL ni. Lagipun Pekeliling ke Sogo naik LRT, senang je. Mulanya aku nak pergi seorang diri tapi mak aku berkeras suruh ayah aku temankan. Bagus juga, jimat belanja, ada orang bayarkan kalau nak makan-makan. Maka meluncur lajulah bas putih ini membelah hening pagi melalui highway PLUS Karak membawa seorang anak muda ditemani bapanya dalam episod kehidupan barunya. Pada pagi tu juga result MUET keluar dan boleh dicek guna sms, jadi aku sms la. Hampir berbelas sms aku hantar tapi habuk tarak sms aku direply. Mana aku tak mencarut.
Sampainya aku di Pekeliling, dengan lagak machonya aku membawa ayah aku menaiki LRT menuju stesen Bandaraya. Yelah, ayah aku mana tahu sangat selok-belok KL ni, dan kebetulan pada awal zaman matrikulasi dahulu aku selalu ada program dan mesyuarat di KL dimana memerlukan aku ke sana seorang diri. So aku terer sikit lah konon-kononya bab LRT ni. Jadi bergeraklah aku menaiki LRT dari stesen Titiwangsa menuju stesen Bandaraya dengan bangunan Sogo dijadikan sebagai penanda aras.
Sampai di stesen Bandaraya, aku pun turun dari LRT. Tepat depan stesen LRT terpacak bangunan kuning Sogo dan dengan pantas mata aku melilau kiri-kanan mencari bangunan Mara yang katanya warna biru. Damn, baru aku ingat tingkat pengetahuan aku pasal KL hanya sengkat bangunan Sogo sahaja. Guana nih. Lalu ayah aku pun mencadangkan naik teksi sahaja, sebab driver teksi mesti tau tempat tersebut.
Jadi aku pun tahanlah teksi didepan stesen LRT Bandaraya lalu berkata nak ke bangunan Mara. Pakcik teksi tu pandang pelik ke belakang. WTH pulak pakcik ni pandang-pandang pelik gini, muka kampung sangat ke aku ni. Aku pun menguatkan argumen aku dengan mendetailkan lagi destinasi yang ingin dituju iatu "Bangunan Mara Jalan Raja Laut". Pakcik teksi tu pun masuk gear satu lalu bergerak, masuk gear dua 10 saat dia berhenti dan berkata "Ok, dah sampai, tu kat belah kanan tu dik bangunan Mara". Laaa, selang 2 bangunan je rupanya Sogo dengan bangunan Mara, meter teksi pun tak sempat naik. Patut lah pakcik tu pandang pelik. Aku pun tersengih lalu menghulurkan RM2 tambang teksi. Turun teksi aku tengok ayah aku sedang menahan gelak. Aku pun tak tahan ooo, lalu terburai jugak gelak 2 orang anak beranak ni kat tepi jalan. Mana tak nya, naik kereta tak sempat masuk gear 3 dah sampai destinasi.
Masuklah kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba......(bersambung)
Subscribe to:
Posts (Atom)