Recent Posts

Posts RSS

Fahamilah Orang Sekeliling Kita

Suatu petang di Maternal & Neonatal Emergency Room datang satu keluarga dengan 2 baby kembar premature yang baru je lahir cuma masalah nya baby tu terlalu kecil; berat badan hanya 1000 gram dan 900 gram + premature. Isterinya bersalin di rumah dengan bantuan bidan, jadi 2 baby ni dibawa oleh ayah dan neneknya. Dan sebenarnya baby ni dah dibawa ke hospital lain sebelumnya tapi tak mampu di rawat sebab hospital tu minta deposit Rp5 juta/hari untuk kos perubatan. Jadi baby ini di refer lah ke hospital tempat saya praktikal.
Baby ni layak sebenarnya untuk dapat layaan perubatan percuma sebab dari keluarga miskin cuma mungkin keluarganya tak tau prosedur untuk memohon. Yang menjadi saya terkesan adalah cerita berikutnya;

Tampak ayah baby ni masih muda sekitar 20-an, orang kampung, dengan raut wajah bukan mat rempit dan wajah gementar baru dapat anak pertama tapi anak terlalu kecil. Jelas ayah baby ni dah putus harapan bila hospital saya praktikal ini pun tak dapat terima anaknya sebab incubator penuh. Nurse pun tanya apa pekerjaan ayah baby ni sebab kalau memang orang susah nak bantu urusan permohonan perawatan percuma.

Dengan suara kecil bergementar ayah baby ni kata saya cuma jualan mainan (menjual mainan kecil-kecilan di tepi jalan macam gambar di bawah ni). Tiba-tiba mengalir air mata ayah baby ni lepas dia bagitau pekerjaan dia. Danggg! Seriously scene saat ini sangat amat sungguh memilukan. Saya sebagai doktor memang harus memisahkan antara empati dan simpati tapi saya manusia biasa yang asal usul saya dari keluarga yang susah sangat terkesan dengan situasi ini. Seorang ayah yang excited nak menimbang putera pertama tapi puteranya sakit dan dia tidak mampu menanggungnya. 

Dalam situasi ini kadang ada yang menyalahkan keadaan keluarga yang miskin ni, kenapa tak berusaha lebih untuk dapat duit banyak. Kenapa tak sekolah betul-betul masa muda so boleh kerja yang baik dan ada gaji besar. Itulah kahwin lagi dengan orang susah, kan dah merana hidup. Kadang-kadang memang mudah kita judge bila tak kena batang hidung sendiri. Bukan dia yang minta jadi macam tu. Saya percaya dia pasti dah usaha sehabis mungkin untuk menyara keluarga dia dan rezeki dia hanya sebegitu. 


Sesekali cuba kita try rasa berada didalam situasi orang lain, buat kita lebih berfikir panjang. Jangan hanya pandai judge orang. Sebab itu saya sedikit sensitif bila orang menghina orang miskin ni, sebab pandai cakap tapi tak tau apa yang orang lain rasa. Memang orang miskin itu kurang harta tapi boleh jadi dia lebih kaya dengan hati budi; lebih kaya dengan akal fikiran. Kita semua sama, jangan terlalu memandang rendah ke orang takutnya kita itu lebih rendah dari dia.

P/s: akhirnya baby tu terpaksa dibawa semula ke hospital pertama tadi dengan borang-borang prmohonan pelayanan perubatan percuma. Kita hanya mampu bantu apa yang patut sebelum refer ke hospital lain. Terima kasih bang kerana menyedarkan saya erti kehidupan. Semoga anak abang dibantu dan sihat insyaAllah. Rezeki itu di tangan Allah, biarkan apa kata orang. Semoga rezeki kita dimurahkan olehNya.

0 comments

Pantang Selepas Sunat

Mak bapak atau nenek pasti akan suruh budak lepas sunat pantang makan dalam waktu 2-3 minggu lepas sunat. Tak boleh makan ayam goreng, telur, air coke. Boleh makan ikan singgam takpun ikan rebus je atau roti. Kasihannnn...

Sebenarnya untuk apa-apa keadaan selepas pembedahan (sunat/khatan juga dikira sebagai pembedahan kecil) tidak ada istilah pantang makan. Justeru memantang makan itu membuatkan luka pembedahan lebih lambat sembuh. Kerana apa, didalam waktu 1 hingga 2 minggu proses penyembuhan luka pembedahan tubuh memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu tubuh memperbaiki jaringan yang terbuka itu. Protein dari ayam atau daging, albumin dari telur dan lain-lain.

Pokoknya pesakit pasca pembedahan harus makan semuanya tanpa memantang; yang penting makanan yang sihat. Bagi adik-adik yang baru bersunat, bagitau mak ayah atau nenek nanti kalau di suruh pantang, benda tu tak baik untuk kesihatan. Ibu-ibu yang baru melahirkan pun lepas bersalin makan je apa yang terlintas di hati, jangan tahut bentan atau apa. Kesian, dah la sakit, makan pun terhad. Seharusnya tengah sakit lah nak request makan macam-macam kan. =)

Oh ya, dah nak cuti sekolah kan tak lama lagi. Selamat bersunat ya adik-adik di luar sana.

P/s: waktu saya bersunat dulu selama 2 minggu makan ikan haruan masak singgam.tak sedap, masin. tapi saya tau mak ayah saya buat demi kesihatan saya. cuma mereka tak tahu je.

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...