Recent Posts

Posts RSS

Senioriti, Relevankah ia?

"aok masuk skoloh asrama, habislah aok kene buli ngan senior"

"teruk weh aku kene ngan senior"

"aok jangan pandang abang tu, kalau tak habislah aok"

Begitulah antara dialog-dialog wajib bagi sesape saje yang akan melangkah ke alam asrama. Diantara keghairahan, kegembiraan untuk memulakan satu lagi episod baru untuk belajar berdikari, pasti akan terlintas dikepala akan hal ini-SENIOR!

Umumnya ketika zaman sekolah dulu-dulu definisi senior itu boleh dianggap isomer (same) dengan harimau, saling tak tumpah-digeruni, tak boleh berlanggar bahu, tak boleh ditegur, perlu sami'na wa ato'na, walaupun hanya berbeza umur setahun dua, malah ade jugak yang same umur. Rencah kehidupan 5 tahun di asrama sekolah, 3 tahun akan menjadi junior, selebihnya apa yang diungkapkan di atas kembali semula kepada batang hidung sendiri. Mulalah besar kepala, kretif menjadikan adik-adik junior sebagai medium balas dendam.

Melangkah keluar dari alam sekolah, menghadapi lagi alam hostel (asrama yang naik pangkat skit). Seperti saya yang menyambung pelajaran di matrikulasi, mungkin istilah senior itu kurang wujud kerna semua student sama umur kecuali budak-budak PDT. Tapi mereka-mereka ini pun dah dianggap sebagai kawan biasa. Namun erti senior tidak berhenti disini.

Junior-junior ketika di Smka Tahap yang amat disayangi.hehehe

Setahun saya di matrikulasi, melangkah pula ke alam universiti. Nah disini pasti ada yang lebih tua dari kita, makanya istilah senior kembali menghantui diri. 2 bulan saya di USM tidaklah terlalu menampakkan istilah senior seperti di alam persekolahan dulu. Mungkin kerana alam kampus ini ramai student yang buat hal sendiri, cuma mereka-mereka yang ada jawatankuasa pelajar bagi fakulti dan pusat islam yang sedikit ambil berat tentang junior-junior ni. Disini definisi senior versi sekolah sedikit sebanyak dah berubah.

Melangkahnya saya ke bumi Jakarta, sudah pasti kegerunan akan istilah senior masih ada disekelumit hati ini. Nah, inilah antara maint point yang ingin dikongsikan sepanjang sepanjang 9 tahun belajar di Malaysia dan Indonesia ini.

DIBUMI ASING
Jejak saje kaki di Jakarta, dah menanti abang-abang, kakak-kakak menyambut kehadiran kami. Bukan setakat di airport sahaja, mereka inilah bersusah payah menghantar adik-adik baru ni ke rumah masing-masing. Tak habis disitu, dibawanya adik-adik ke supermarket membeli keperluan harian disamping memperkenalkan kota yang masih asing bagi kami. Dibawa kami jauh di sana membeli basikal walaupun takde upah sebagai ganjaran. Ada apa2 masalah, mesej je, insyaAllah pasti akan dibantu sedaya mungkin. Takde buku rujukan, mari datang umah amik mane yang diperlukan. Soalan past year? Dah di edit, disediakan sebaik mungkin.Sebulan saya di bumi Jakarta, muncul dibenak-"wah, lainnye keadaan kat sini ngan Malaysia"

COMFORT ZONE
Menjadi kelompok minoriti menyebabkan kita sedikit terkeluar dari comfort zone. Disini akan timbul kesedaran yang memerlukan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hanyan kawan-kawan menjadi tempat bergantung kerana keluarga jauh di tanah air. Inilah antara faktor kenapa definisi senior itu telah berubah. Mereka sudah mempunyai pengalaman yang lebih lama dibumi asing, maka perlu dicurahkan pada adik-adik yang masih terkontang-kanting ini.

Seperti apa yang berlaku semasa di USM dahulu, student Cina antara minoriti di kampus. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih unite antara satu sama lain-berkongsi nota, membuat pertubuhan untuk kemudahan mereka berbudaya, beribadat,bersosial. Semua ini dapat dilihat bagaimana senior-senior mereka ini bertungkus lumus mengumpul lecture note, soalan past year, di failkan sebaik mungkin untuk adik-adiknya. Banyak kali dilihat mereka berkumpul setelah habis kuliah untuk berbincang kepentingan mereka.

Aktiviti antara Lecturer-junior-senior di Kedah
(Bullet bace doa weh, jangan pandang kamera)

Bila sampai di Jakarta perkara yang sama berlaku. Persis mereka kerana situasi minoriti. Kadang kala minoriti ini ada baiknya!

SAHABAT
Melayan adik-adik seperti sahabat atau kawan sendiri. Tiada boundaries antara senior dan junior dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun beza umur 3,4 tahun. Tidak mengharapkan panggilan abang @ akak diucapkan sebagai kata ganti nama ke brapa entah. Junior dilayan bak adik sendiri di rumah walaupun kadang-kadang adik sendiri pun tak dilayan baik macam ni sekali. Hikmahnya, disini akan timbul dengan sendirinya rasa hormat junior kepada senior~automatic akan rase hormat + segan + respect walaupun kadang-kadang berbahasa kau-aku je dengan senior.

Ini amatlah berbeza semasa di bangku sekolah dahulu. Senior sendiri yang akan cakap untuk menghormati mereka. Tapi bukan hormat yang timbul, tapi menyampah dan rasa takut! Menuruti setiap arahan kerana takut dibuli atau dipukul~langsung tidak menimbulkan suasana harmoni antara mereka yang hanyalah memberi kesan dendam junior itu tadi untuk membalas kepada adik-adik apabila sudah menjadi senior pula. Perkara ini akan di recycle hingga kiamat mungkin! Walaupun begitu, tidak semua yang berlaku sedemikian cuma majoritinya adalah begitu.

Seperti pengalam sahabat saya semasa beliau menuntut di UM dahulu, ada seorang senior yang berjawatan mengatakan dengan bangga dan kereknye ;

"aku nak korang semua hormat kat aku"

Terus terdetik didalam hati sahabat saya ini yang dia takkan respect mamat ni sampai bila-bila. Itulah hasilnya apabaila melakukan sesuatu tanpa hikmahnya.

EGO
"Habislah kredibiliti aku sebagai yang lebih tue.Aku makan garam lagi banyak dari dia."

Pasti ayat-ayat ini akan keluar sekiranya ada sesetengah yang lebih berusia ditegur untuk merendahkan sedikit diri dengan adik-adik. Mungkin saya juga tak terlepas dari perkara yang sama ketika dibangku sekolah dahulu. Namun fitrah alam kematangan mengubah perilaku diri. Semakin menginjak dewasa, pasti manusia ini lebih banyak berfikir. Tinggallah dibelakang sedikit ego seperti kata-kata diatas. Terlalu menjunjung ego ibarat menjunjung nafsu-memakan diri.

POSITIF
Apabila kita menggangap serta melayan junior ini seperti sahabat atau adik sendiri, sudah pasti akan timbul respect antara kedua-dua pihak. Tak perlu suruh, tak perlu mintak, akan datang dengan sendirinya. Hubungan kekeluargaan akan terjalin dengan cukup harmoni, boleh dikatakan sebagai pengganti keluarga taktala di bumi asing. Percaya atau tidak, kesan ini tidak hanya terasa hanya ketika 5 atau 6 atau 7 tahun di luar negara, malah mungkin akan berpanjangan hingga akhir hayat kerana sudah timbulnya rasa kekeluargaan itu.

Sabda Rasulullah yang terkenal;

"Bandingan orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong-tolongan mereka seperti bandingan satu badan; apabila sakit satu anggota darinya, tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam"

Bertegur sapa taktala berselisih, bertanya khabar, bergurau senda sesama junior senior~perkara yang tidak asing disini beda ketika dahulu. Nah disini telah wujud semangat perpaduan yang amat-amat dianjurkan Islam. Firan Allah;

"Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan jangan kamu berpisah-pisah"
(al-Imran : 103)

Tidak dinafikan senioriti di zaman sekolah dahulu ada baiknya dalam mengawal disiplin pelajar. Namun sekarang kita mahu melihat kedalam konteks yang lebih luas taktala diri melangkah ke alam yang lebih dewasa yang lebih mencabar.

Ketepikan perkara yang remeh, pandang ke hadapan buat perkara yang lebih penting. Pabila ukhuah islamiah ini telah terbentuk, insyaAllah kita akan sentiasa ada guide daripada terjerumus dalam perkara yang tidak sepatutnya. Bersahabatlah dengan sesiapa sahaja, rendahkan ego masing-masing. Tak rugi apa-apa pun.

Kita sekarang di Jakarta masih belum mencapai tahap yang terbaik, usahalah untuk menjadikan suasana sesama kita lebih harmoni. Sekarang dah indah, kalau lagi harmoni, maka akan lebih indah. Senioriti itu masih relevan jika kena pada caranya. Selamat berjaya semua sahabat-sahabatku...!

2 comments

Salam Aidiladha

Alhmdulillah,sekali lagi kita berkesempatan bertemu 10 zulhijjah.semoga semua jemaah haji di Makkah selamat menunaikan kewajipan rukun islam ke-5 dan menggunakan kesempatan tersebut sebaik mungkin.

Bagi kita yang masih tidak berpeluang ke tanah suci,aiduladha kali ini perlu disambut dengan tauladan dan semangat yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail.

Akhir kalam,salam Aiduladha sekali lagi dari bumi Jakarta


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments

How to Reset your iPhone

Sometime you got a wrong software installed into your iPhone and its screen just going black-can't do anything with it. You open its simple manual guide and you will never and ever found how to solve the problems.

Just try this before you try to restore it back (if you restore, maybe you need to unlock it back-really really waste your time). Just reset your iPhone by doing this
  • hold sleeps and home button until your iPhone turn off
  • after 10 second, switch it on
  • tadaa...it works back without loosing any data
This is one of my experience and it works on my iPhone. If you have the same problem, just try it. If there nothing happen, try google other solution.hehehe...

1 comments

Selamat Menempuh PMR Sahabat-Sahabatku

Wah,sepatutnya posting ini dipost kelmarin memandangkan hari ni dah masuk hari ke-2 PMR berlangsung. Tapi oleh kerana makalah PBL ku yang bertimbun tak siap, aku terpakse la delay post posting ni. Semalam 3 paper dah setel, Bahasa Melayu 1 & 2, serta Pendidikan Agama Islam.

Jadi, dipagi hari ni aku nak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepade semua calon-calon PMR di seluruh tanah air. Semoga Allah mempermudahkan anda menjawab, diterangkan hati serta dijauhkan dari kelalaian dan kecuaian. Sesungguhnya anda semua telah berusaha bersungguh-sungguh dan yang lain tu kita serah saje pada Allah. Banyakkan berdoa dan bertawakal, insyaAllah formula usaha+doa+tawakal seringnya berhasil.

Ingat lagi 5 tahun dulu mase aku duduki PMR.best tu sebab lepas tu kite dah merdeka, tak payah nak fikir bukak buku selama berbulan-bulan. Dan sekarang adik aku lak yang jadi calon PMR alias merdeka. Semoga Allah membantu segala urusan dia. All the best all of u, maan najah....!

2 comments

Gempa Bumi,Misi Menyelamat & Masalah?

Minggu lalu Sumatera Barat dikejutkan dengan satu gempa yang amat dahsyat. Gempa berukuran sekitar 7.6 skala Ritcher ini telah menyebabkan hampir seluruh infrastruktur di kota Padang tersembam menyembah bumi dan hari kedua melaporkan 1,100 yang ditemui mati dan hingga 74 jam kejadian masih 3000 mangsa tidak ditemui dan dikhuatiri mati.

Dan yang lebih membuka mata rakyat Malaysia adalah kerana tersapat sebuah universiti terlibat dimana ramai student Malaysia disitu. Alhamdulillah, menurut pihak kedutaan semua teman-teman di universiti Andalas selamat. Kecoh, itulah yang boleh digambarkan. Ibu-bapa student ni la yang paling risau, bukan stakat student di area Sumatera tapi Jakarta turut mendapat tempiasnya. Lepas je keluar berita kat Buletin Utama tv3, semua talifon mendapat call dari kampung menanyakaan keadaan kami disini. Alhamdulillah, kota Jakarta tidak terlibat didalam tragedi ini.

Keadaan kat Padang amat membimbangkan, elektrik terputus, coverage talifon terputus dan mereka terpaksa bergelap memandangkan hari hampir malam. Aku sangat-sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana respon dari pihak kerajaan amat pantas. Dengan segera pihak kerajaan dengan bantuan TUDM menghantar misi membawa pulang semua rakyat Malaysia yang ada kat sane yang lebih kurang 350 orang. 4 trip pesawat TUDM memunggah budak-budak ni balik Malaysia, dah serupa naik tongkang dah dalam pesawat tu. Takpe deme, ni la pengalaman berharga deme. Bebudak lain mane dapat rase balik Malaysia free naik Hercules.

Oleh kerana semangat persahabatan, Malaysia menghantar pelbagai agensi penyelamat bagi membantu pihak Indonesia melakukan misi menyelamat dek kerana mangsa perlu diselamatkan secepat mungkin. antara yang pergi ke sana;
  1. Mercy Malaysia
  2. Pasukan Perubatan Tentera Malaysia
  3. Smart
  4. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  5. Bank Muamalat Malaysia (sukarelawan berupa pakar bedah, doktor umum & jururawat)
Dan di dada akhbar Malaysia semalam memaparkan informasi membuka talian untuk mana-mana pakar perubatan dan doktor yang mahu menjadi sukarelawan untuk dihantar ke sana. Dicatat di akhbar Berita Harian menyatakan pihak sukarelawan membawa sendiri alatan pembedahan yang bernilai puluhan ribu ringgit ke sana dan memohon bantuan kewangan kira-kira RM 3 juta bagi meneruskan misi disana. Dan hari ini satu lagi pasukan perubatan ATM dihantar ke Padang dimana jumlah pasukan dari ATM sahaja mencecah 70 orang disana!

Tidak kurang juga sesetengah dari ibu-bapa student Universitas Andalas yang mahukan anak mereka tidak pulang ke Malaysia bagi membantu mangsa gempa memandangkan mereka ini merupakan pelajar perubatan bisa membantu sedikit sebanyak.

Nah, ini lah hebatnya semangat persahabatan antara 2 buah negara. Tidak sampai 24 jam bencana berlaku, serta merta bantuan diterbangkan. Tetapi sedikit mendukacitakan dengan beberapa insiden sentimen yang masih berlaku. Tidak sampai 48 jam bencana, muncul sekali lagi di televisyen (aku tengok kat Buletin Utama 5 Oktober, berita utama) mengenai usaha kumpulan BENDERA yang mahu melakukan sweeping. Tiap hari aku bace la gak paper online local nak tahu perkembangan terkini bencana tapi langsung tiada berita di dada akhbar tempatan mengenai bantuan yang diberi Malaysia melainkan berita bantuan dari Jepun, Jerman dan Australia. Takpe la yang tu tak la kisah sangat tapi yang paling mendukacitakan terdapat laporan bahawa pesawat TUDM yang membawa bantuan di Padang dibaling batu oleh penduduk tempatan. Namun pihak ATM kita masih lagi bersikap profesional dan memberi jawapan " mereka sedang dalam kesusahan, kita tidak mahu menambah kesusahan mereka."

Seharusnya, lupakan sebentar sentimen ini memandangkan ramai saudara kita sedang dilanda kesusahan di sana. Aku tak nak komen panjang kes ni. Pandai-pandai la anda fikir....!

Dan Jabatan Geologi tempatan meramalkan akan berlaku lagi gempa yang lebih dahsyat di Padang dalam lingkungan 10 tahun ini dimana dijangka sekitar 8.3 skala Ritcher dan menurut pakar ia berpuluh kali ganda lebih hebat dari ini. Ya Allah, aku memohon dariMu selamatkan kami disini dari segala apa yang tidak dikehendaki.....

Harapan dari kami agar kita terus komitmen dalam membantu sahabat-sahabat kita tidak kira siapa mereka dan apa yang terjadi. Orang berbudi kita berbahasa. Tidak mendatangkan kerugian jika kita berbudi. Dan seluruh dunia melihat apa yang berlaku dan mereka boleh berfikir kebenaran dan rasionalnya. Tahniah negaraku.

p/s : ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa bencana gempa bumi yang melanda Padang dan juga Tasik Malaya. Tiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya buat ingatan kita semua. al-Fatihah

3 comments

Mau Hilangkan Rasa Pedas?

Alhamdulillah, minggu cuti raya dah habis berlalu dan memberi makna episod belajar-belajar-dan belajar menjelma kembali. Dan alhamdulillah gak cuti ni aku berjaya mendapatkan benda idaman aku.

Back to our business, sedikit tips bagi mereka yang mengalami masalah kepedasan akibat tergigit lada ataupun makan sambal ataupun memang jenis tak tahan pedas. Terutamanya bagi mereka-mereka yang berlidah Kelantan yang memang agak tidak tahan dengan makanan pedas berbanding dengan mereka yang berlidah Jawa ni. Sebabkan di Kelantan kebanyakkan makanan dimasak dengan rasa manis memonopoli berbanding masakkan Jawa yang sememangnya disulami dengan cabai.

Ok, so bagi yang merasa teramat pedas setelah makan, pasti akan melekat pedas di lidah walaupun dah bergelen minum air. Jadi cara tercepat nak menghilangkannya adalah ;
  • ambik secubit dua atau secukup rase gula
  • kepat-kepat (kemang) gule tadi sehingga hilang pedas
  • kalau pedas lagi, kepat lagi gula sampai hilang
Ni sedikit sebanyak petua yang diambil dari orang-orang tua. Rase-rasenye mujarab sebab aku selalu buat dan menjadi la. Selamat mencuba...

nota kaki : lidah orang merokok juga kebal pada pedas. secara saintifiknya tak sempat nak cari.

6 comments

eBay & PayPal

Seminggu cuti Raya memang membosankan lalu mengakibatkan aku duduk menghadap laptop 25 jam sehari. Dan antara perkara paling aku suka buat ngan internet selain berfacebooking adalah mengunjungi web lelong.com.my dan eBay.

Sebenarnya aku dah lama nak cari 2 benda utama ni iatu kamera DSLR ngan iPhone. Kalau nak cari kat kedai memanglah mudah tapi memaksa aku mengumpul duit selama setahun. Jadi aku suka ke web ni nak cari yang seken dan murah. Besela, namenye student, mana ada duit banyak sangat nak beli mende-mende ni semua. Ni semua sebab nak memenuhi hobi dan kesukaaan aku.

Ok, main point die, aku start hari ni dah nak serious mencuba membeli di eBay. Tapi aku tak tahu sama ada selamat atau tak membeli di eBay dan membuat bayaran mengunnakan PayPal. Jadi mungkin ada yang membaca posting ni yang ada pengalaman menggunakan khidmat 2 benda ni (eBay & PayPal), harap dapat memberi nasihat dan juga apa-apa tips kalau nak membeli. Al-maklumlah, malu bertanya sesat jalan. Aku amat mengharapkan bantuan deme sekalian.

Terime kasih...!

2 comments

Salam Aidilfitri yang Syahdu

Hari ini aku lengkap berbaju melayu, bersila mengikuti alunan takbir membesarkan Allah, sungguh syahdu iramanya, persis Syawal yang ku lalui dahulu. Fikiranku melayang sambil merenungi anyaman-anyaman indah di sejadah usang ini. Terkadang mulutku mengukir senyuman tapi tidak terlepas riak kesunyian diwajahku. Seringnya dahulu aku bersama keluarga bersama bertakbir tapi kali ini aku sekali lagi keseorangan di bumi asing. Masih di perantauan kerana mengejar segulung ijazah demi menggapai impianku sejak kecil. Sedih? Ya, sudah pasti ku merasainya! Tetapi inilah harga yang perlu ku bayar demi angan-angan dan cita-cita ku. 3-4 tahun dahulu aku sering mengimpikan suasana seperti ini sepersis di kaca televisyen dan kini aku sudah merasainya. Keindahan yang terselit kedukaan. Tidak mengapa, kedukaan yang sementara berbanding kebahagian dan kejayaan yang bakal menanti. Biarlah kedukaan ini menguasai diri untuk seminit dua, supaya diri ini lebih tabah dan menjadi memori berharga.

Cewah, bersastera la pulak aku hari Raye ni. Sesaje je, dah takde mende nak buat, so pe salahnya aku wat posting baru kan? Hari ni aku beraya kat Kedutaan Besar Malaysia, kedutaan yang paling hot sekali kat kota Jakarta. Aktiviti dimulakan ngan solat sunat Aidilfitri, dengar khutbah dan seterusnya memenuhkan perut yang dah bekeroncongan ni. Lapo weh, pagi tadi sempat buat teh tarik je. Makan je kuih-kuih raya buat alas perut. Dah la kuih Almond London ni tak de kacang kat dalam die. Tak gune punye kedai. Hahahaa...

Bekalan kuih raya dan ketupat mini dibawa khas dari Malaysia sebagai pengubat rindu dan akan dihabiskan dengan sekelip mata

Hari ni pihak kedutaan menjamu Mi Gogeng KL, ketupat, lemang, rendang ayam, kuih popia, puding, air sirap dan teh tarik. Sekadar merasa sedikit lemang sebab taun lepas tak sempat nak merasa. Suasana di kedutaan pun tidak la terlalu meriah mungkin sebab kebanyakkan student-student baru yang aku tak kenal. Yang senior-senior ni kebanyakkan balik Malaysia, maka menambahkan lagi keboringan aku di pagi Raya kali ni.

Sekitar suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H di Kedutaan Besar Malaysia

Lepas siap makan-makan, sesi bergambar kenang-kenangan. Lepas tu borak-borak kejap, dalam kul 10 am kitorang decide nak balik umah sebab tak tau ape nak buat dah kat kedutaan. Sampai kat rumah melepak jela depan tv sampai tertido. Bak kate Fahamy, alang-alang beli baju melayu ni, jangan tanggal. Pakai sampai pagi besok.

Benda paling menarik kat Kedutaan Malaysia iatu pagar kawad duri. Ni mesti prepare untuk demo yang selalu orang buat kat depan kedutaan akhir-akhir ni. Dah namanye kedutaan paling hot kan.

So insyaAllah esok malam akan diadakan sikit jamuan untuk student Malaysia Ukrida yang tak balik. Rumah aku dan Jawahir kene sediakan nasi impit. Entah bile nak start buat. Esok la, hari ni nak rilek-rilek dulu. Sampainya aku di rumah maka menandakan berakhir la hari raya pertama aku ni hari ni bersama dengan perut yang lapar.....

Dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali aku. Andai ada salah dan silap, harap dimaafkan kekhilafan manusia yang hina dan kerdil ini.Semoga kita dapat menghayati bulan kemenangan ini dan dipertemukan lagi Syawal seterusnya.

Buat mak dan ayah di kampung, jangan sedih-sedih. InsyaAllah tahun depan kita beraya sekali. Man mintak maaf banyak, halalkan makan minum Man. Terima kasih kerana mendidik anakmu ini dengan begitu baik hingga dia berjaya menggapai impiannya.

0 comments

Malam Lebaran di Indonesia

Malam 1 syawal telah menjelma menandakan esok dah boleh makan sarapan. Dan aku masih lagi di bumi Indonesia, tidak berkesempatan menyambut Lebaran di tanah air. Tak mengapa!

Kat Malaysia seringnya malam ni kita semua akan berkumpul bersama keluarga membuat persiapan terakhir untuk esok disamping menanti sanak saudara yang masih belum tiba. Taktala ini juga la seluruh keluarga berkumpul setelah hampir setahun tak bersua. Macam-macam cerita keluar bile dah berkumpul. Sangat-sangat happening. Mase muda dulu-dulu, aku suke duduk kat pak-pak sedare aku time diorang borak sebab ape yang diorang borak memang best dan klakar. Macam-macam cerita keluar dari hal politik sampai la cerita-cerita yang sensored. Si ibu-ibu pula sibuk kat dapur nak cari Tupperware nak simpan kuih raye la, nak masak untuk esok la sambil mulut turut sama memeriahkan suasana. Budak-budak ape lagi bile dah bejumpe sepupu-sepupu diorang. habis satu rumah diorang tawaf, berlari, main kejar2. Selagi takde yang menangis, meraung, takkan berhenti la diorang main.

Itulah kemeriahan Aidilfitri di kampung. Dah 2 tahun aku tak merasa semua tu. Kadang-kadang rindu gak. Tak jauh beza suasana sambutan Hari Raya Malaysia ngan Indonesia. Yang bezanya kawan-kawan aku ni la jadi family nak berkumpul. Dan posting kali ni aku nak ceritakan pasal kemeriahan malam raya kat Indonesia

Kat sini malam 1 syawal diorang panggil Malam Takbiran. Kalau di jalan-jalan sekitar Jakarta akan kelihatan anak-anak muda duduk atas lori, bas, angkutan (sejenis pengangkutan awam~van), berarak sambil mengibar bendera, bertakbir, bergendang meraikan hari kemenangan setelah sebulan bertarung dengan nafsu. Bagi yang baru di Jakarta, agak takut melihatnya sebab macam ganas tapi diorang baik, tak kacau orang. Diorang sekadar bergembira dengan style lain sikit. Riuh rendah jalanraya. Diorang dah tak peduli keselamatan dah. Janji gembira. Aku sempat tengok tadi sorang budak bediri diatas van yang bergerak laju sambil mengibarkan bendera. Fear Factor tu.

anak-anak muda berpesta sambil bertakbir diatas lori, van, angkutan

Dan paling best adalah cara diorang takbir raya. Takbir kita kat Malaysia syahdu, mendayu-dayu tapi kat Jakarta, takbir diorang akan disertakan dengan background music yang berentak amat-amat moden. Diserta sekali orang bermain gendang kat sebelah speaker tu. Sekali dengar macam lagu rap. Sungguh! Sangat unik! atau pelik.. Dan takbir dari masjid akan berterusan hingga esok pagi, bergema disegenap ceruk kota Jakarta.

Itulah keadaan kota Jakarta yang berpenduduk separuh penduduk Malaysia. Mula pagi esok jalan raya akan mula lengang dan mungkin aku akan ke Kedubes (Kedutaan Besar Malaysia) semayang raya kat sana. Sangat rindu suasana Aidilfitri dikampung, tapi kerana ilmu dan tak nak susahkan orang tua aku, biar la aku raya kar sini. Sehari je pun. Masa ni la kita nak lihat budaya tempat orang yang tiada kat tempat kita. Janji kita gembira.

Hari ni gak aku dah merasmikan kaki aku kat Carrefour Centre Park. Pergh, mantap mall ni. Sekadar membeli barang-barang dapur buat bekal makan selama 3 hari memandangkan semua kedai makan tutup. Angan-angan nak buat rendang esok, tapi malas pulak. Rebus jela ketupat segera Adabi khas dari Malaysia cicah ngan serunding ngan kari ayam sama teh tarik. Nak ade feel raya skit.

Bagi teman-teman semua tak kira dimana saja anda berada, selamat menyambut lebaran.

0 comments

Selamat Pulang Semua

Esok dah Jumaat. kalau ikut kalender, Ahad raya, maka tinggal la lagi 2 hari puase. Kejap je dah sebulan kite puase. Esok pun semua sekolah kat Malaysia dah mula cuti.

Dan macam biasa, mulanya cuti sekolah petanda bagi mulanya aktiviti pulang ke kampung. Esok petang kita dapat lihat lebuhraya akan mula sesak disebabkan nak balik raya. Kebetulan pekerje kerajaan cuti Sabtu, dapat lak cuti peristiwa hari Isnin. Maka beraya sakan la mereka di kampung.

Dan semua student2 universiti, kolej pun turut sama memeriahkan stesen-stesen bas mahupun keretapi dan sedikit sebanyak airport untuk pulang ke kampung. ada yang dah cuti seminggu lalu, dan ade gak yang baru nak cuti esok. Takpe la, janji cuti kan.

Dalam sibuk bergembira merancang pulang beraya, masih ramai insan yang tidak dapat bercuti, tepaksa bekerja hari raya pertama. Abang-abang polis, askar, budak pam minyak, juru tol.Nak buat camne, redha jela ye. Dan tidak dilupakan teman2 student oversea macam Amerika, UK, Mesir, Jordan, India, Australia, New Zealand, Jepun, Indonesia yang juga melepas sekali lagi nak balik beraye, raya jela kat perantauan. Bukan selalu, nanti tak merasa dah. Takpe, raye sehari je. Taun depan kita balik!

Paling penting, bagi mereka yang akan memulakan perjalanan pulang esok petang, atau malamnya, rancanglah perjalanan sebaiknya. Jangan lupa servis kereta dulu, kemas barang awal-awal, cek tangki air kereta. Yang bawak moto jangan lupa tuka minyak hitam, bawak spare pam ngan tiub, jangan merempit. Biar kita lambat sampai, asalkan selamat. Jangan tak sampai terus sudah.

Semoga perjalanan anda semua selamat dan lancar. Berdoalah kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan. Manfaatkan Aidil Fitri ini untuk berkumpul bersama seluruh keluarga. SELAMAT PULANG SEMUA!

ps: kepada semua bebudak rumah aku, jangan lupe bawak balik kuih raye ke aku. Lemang ke, rendang ke. Sian ke kitorang ni

2 comments

Malam Bina Iman & Takwa 09


InsyaAllah, pada 16 September 2009 ini Biro Agama dan Pembangunan (API) UMSA akan mengadakan Malam Bina Iman & Takwa (MABIT) di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan. Tentatif program adalah seperti yang tertera di poster di atas.

Sehubungan dengan itu, semua muslimin dijemput hadir bagi memeriahkan lagi malam-malam terakhir ramadhan kita ini. Mohon dibawa sekali kelengkapan untuk tidur seperti alas, selimut, dan sebagainya.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.halaqahjakarta.blogspot.com

0 comments

Program Sireh Pulang ke Gagang 3, Yan Kedah

Alhamdulillah, 14-16 Ogos baru-baru ni, aku telah join program Sireh Pulang ke Gagang di Yan yang telah setahun aku tinggalkan. Aku sebelum balik ke Malaysia lagi dah semangat nak join bila Kak Aisyah gtau ada program masa aku cuti ni. Program ni diadakan di Rumah Anak Yatim Budi, Yan dimana program dimulakan dengan Motivasi untuk pelajar sekolah seterusnya Majlis Pelancaran Program Sireh Pulang ke Gagang peringkat Nasional oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato' Haji Jamil Khir (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ok, berikut sedikit sebanyak cerita dan gambar yang berjaya aku capture sepanjang program;




JUMAAT
Aku dah pegi Yan sejak Khamis untuk persiapan sebelum program. Masa ni kami Tugas aku adalah pegi ke Sungai Petani untuk beli alatan program Motivasi esoknya. Lain-lain Santunian datang malam besoknye sebab masing-masing ada kelas. aku cuti...hahaha...

Mula-mula kami sampai dan dihidangkan Nasi Daging yang dibawa khas oleh abang Pozi dari Kepala Batas. Haji Mat, abang Daud ngan Nasir ditugaskan menjemput seluruh pelusuk masyarakat Kedah.

SABTU
Ok, ini hari pertama program dimulakan dengan sesi Motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, sekitar 80 orang. Sesi pertama dimulakan dengan taklimat mengenai H1N1 yang disampaikan oleh 3 orang doktor Santunian kita, Dr Baihaqi, Dr Najwa dan Dr Nasir. Diagihkan gak mask serta sapu tangan untuk demo pencegahan H1N1. Motivasi ni sedikit sebanyak untuk membantu adik-adik untuk apply mana2 IPT lepas diorang habis SPM.

Suasan pagi hari Motivasi. Kelihatan 3 orang doktor kita sedang memberi penerangan dan adik-adik mencuba memakai mask dengan betul lepas dibetulkan oleh doktor2 kita ni

sekitar sesi LDK. Tengok si Effa, senyum semacam je.ni senyum sebab LDK ke, atau sebab aku tengah tangkap gamba? hahaha...Usamah memang pandai bemesra ngan budak2. tgk la gambar kat atas. Memang budak2 suka ngan dia

sesi petang dengan tarian poco-poco dan chicken dance. bukan adik2 yang enjoy, para fc yang bersungguh-sungguh menari. tula, zaman muda-muda dulu taknak belajar. sekarang baru tau nak belajar.akak-akak fc kita segan2 je bila ade kamera focus kat diorang.hahaha...


Lepas penat menari, program diteruskan dengan aktiviti ESQ (muhasabah diri) dimana moderatornya adalah fikri dan Najwa. Macam biasa, ada yang menangis, ada yang tido. Dan seperti biasa yang perempuan yang ramai nangis.

Berakhirlah sudah hari pertama program. Malam tu kami ke Tanjung Dawai menikmati ikan bakar fresh dari laut. Dan Alhamdulillah, rezeki kami, setelah tokei kedai tu diberitahu mengenai rombongan kami, tokei kedai tu pun kate "takpe kak, hari ni saya belanje semua anak2 santun ni.tak payah bayar, amal jariah..." bagus2, kami pun suke. Malam tu kami mengemas dewan untuk program pelancaran esoknya. Aku kena keep in maklumat semua Santunian, sampai mamai kepala aku. Kak Sham pun aku panggil kak Aisyah.haha, maaf kak....


AHAD
Okeh, sudah tiba hari Ahad, hari yang penting. Majlis pelancaran oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri. Pagi tu ada Family Day YaPEIM bahagian Utara, tapi takde capture gambo pun. So, kita proceed ke majlis pelancaran je. Antara aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan mewarna, pameran Ar-Rahnu YaPEIM, dan persembahan Hijjaz.

Encik Zambri bersama Hijjaz dan semasa persembahan. Waktu ni hari ujan, dan Hijjaz menjemput anak2 Rumah Budi menyanyi. Tak silap, diorang nyanyi lagu Ibu. Sedih dengar, ikhlas nyanyian diorang. Waktu ni gak la abang2 Hijjaz ni depan mata aku, beteri kamera habis. Sempat la borak2 kosong ngan diorang.

hari pelancaran tu hujan. So, mereka2 ni ditugaskan untuk memayungi tetamu2 yang datang. Ni main2 ni, asal nampak kamera, trus posing. Tengah bawak tetamu pun sempat wat peace..hahaha

haa, bukan senang nak pakai pakaian camni. Ni sempena gimik pelancaran program Sireh Pulang ke Gagang oleh Dato' Menteri. Aku ngan Mrs Vice President, Najwa kene pakai pakaian tradisional. So baju pengantin jela yang jadi pilihan sebab nak cepat. Tapi aku taknak upload gambar aku bedua ngan Najwa, nanti kene fire ngan Najwa. Mula-mula aku pilih Effa jadi pasangan aku, tapi Effa nak balik Perlis lak petang tu. Melepas aku.hehe..


Antara Santunian yang hadir bagi menjayakan program yang best ni. Dr Saha, Fikri, Dr Baihaqi, Azrai, Hidayah, Dr Naimah, Dr Hasma, Dr Wanie, Kak Aisyah, Kak Syam. Sori yang tak sebut nama. ni je gambar yang aku ade.

Kesimpulan dari program ni, aku sangat2 enjoy dan sangat2 best walaupun meletihkan. Dan aku harap sangat2 dapat join lagi ape2 program sebelum aku balik Indonesia. Aku pandai dah sikit2 cakap utara noo.Thanks to all of you. You all memang best.

5 comments

Welcome Home

Alhamdulillah, aku dah hampir seminggu berada di Malaysia, menghabiskan cuti semester 2 yang sebulan ni. Sesampainye aku kat LCCT, aku dapat rasekan yang Malaysia agak panas berbanding Jakarta. Tapi takpe, semangat pulang amat membara. Dan ketika aku mengambil monorail dari KL Central ke Titiwangsa, aku tak jumpe mane die KLCC ngan KL Tower. Puas aku carik. Ingatkan dah roboh, upenye jerebu kat KL agak teruk disamping aku pun dah lupe celah mane menara-menara tu letak.

Sampainye aku kat Jerantut, aku pun letak beg, ambik kunci motor pegi cari goreng pisang ngan goreng cempedak. Memang masyuk...Lame dah tak pekena sume tu

Dan lusanya, aku bertolak ke Kedah untuk join program YaPEIM yang banyak sangat dah aku tinggal sejak duk Indonesia ni. Lagipun, aku dah lame tak jumpe bebudak ni serta akak-akak YaPEIM ku ni. Cerita program tersebut akan aku post sesehari dua lagi. Yang penting, memang aku enjoy ngan program ni. Sangat best.

Ok, InsyaAllah Sabtu ni kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. Selamat berpuasa dan beribadat. Jangan ponteng tau. Bagi member-memberku yang berada di India, Indonesia, Jepun, Mesir, Jordan, US, selamat menjalani ibadah pose di perantauan. Nanti raye aku join korang.

SELAMAT BERPUASA

2 comments

Seribu Kemaafan

Hampir sebulan aku tak dapat update blog aku nih. Ini semua gara-gara masalah internet rumah aku yang menyebabkan router tak dapat digunakan dan hanya laptop Tunku dan Emang (selaku insan paling hampir dengan modem) yang dapat akses internet dan secara rasmi juga bilik Tunku jadi CyberCafe rumah ni...hahaha....Tunku! Makanyaaaa!

Jadi dengan permasalahan connection ni menyebabkan aku tak mampu nak update blog disamping exam minggu lepas yang amat-amat memerlukan lulus semua paper (tapi sangkut gak kat clinical pathology). So keje aku ngadap internet sekali je sehari, tu pun sebeb nak bace paper.

So, aku sangat-sangat meminta maaf sebab tak dapat update ape-ape post (ceh, macam la ade orang bukak blog aku). Tapi mane la tau kan kalau ade yang membace..hehehhe...InsyaAllah aku nak try repair intenet ni sekali lagi hari ni sebelum aku decide untuk menjatuhkan talak kepade company internet ni.

Dan apa yang pasti, insyaAllah aku akan berangkat pulang ke Malaysia sesudah subuh esok dengan hati yang lapangnya (sebab tak payah nak pikir remed). Berangkat jam 6.25 am dan dijangka tiba sekitar jam 10.00 am dan meneruskan misi pulang kampung ke Jerantut. Tak sabo dah ni nak makan. Taknak kantoi pemeriksaan H1N1 kat airport, nanti kene sumbat kat wad. Aku dah serik masuk wad, pastu kat Malaysia kad insuran kesihatan aku tak laku.
So, doa-doakan aku selamat pergi, selamat pulang, selamat sampai, dan dipermudahkan segala urusan.

Tata...Titi...Tutu...Daaa.....

1 comments

Aku Dah Balik

Alhamdulillah, seminggu rasanya aku tak mengahadap harta tersayang aku ni, laptop. Tersangat-sangatlah rindu akan sentuhannya. Tak rela lagi aku nak berpisah.Hahahaha...begitulah kasihnya aku pada laptop aku ni. Baru becerai seminggu tu.

Al-kisahnya, sepanjang seminggu yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital akibat demam panas disamping suspek H1N1. Mulanya Isnin lepas, aku demam yang agak teruk, lalu saje je ke hospital. Sampai dihospital, setelah diperiksa pakar, aku tiada pun gejala-gejala H1N1 melainkan demam. Tapi dek kerana suhu aku mencecah 39.4 C pagi tu, jadi pakar tersebut tanpa segan silu menahan aku di wad. Lalu alang-alang dah kene tahan, aku pun suggest kat pakar agar mensuspek aku dijangkiti H1N1.

Dan alhamdulillah, demam aku tak lama, sekitar 3 hari dah surut. Dan aku berjaya mencatat rekod peribadi suhu tertinggi 39.6 C. Mengikut perancangan, Sabtu aku dah boleh check out wad VIP ni, tapi Puan Trombosit lak buat hal. Time aku nak bebas ni la die men-sikit-kan dirinya. Lalu aku pun terpaksa la melanjutkan lagi sehari percutian aku kat hospital tersebut. Dan alhamdulillah, sekitar jam 5 petang tadi (Ahad), aku berjaya jugak men-check out-kan diri aku dari situ setelah melakukan sedikit mogok terhadap misi-misi yang bertugas. Sori suster, bukan sengaje, terpakse.hehehhe...

Keputusan makmal menunjukkan hasil negative untuk H1N1. Jadi aku bersih dari penyakit tu.

Jadi aku nak berterima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang (yang dapat masuk dan tak dapat masuk kalau ade). Aku tak tau lak korang takleh lawat aku. Name kuarantin kan. So bagi semua, jaga diri, jaga kebersihan, jaga kesihatan. Sekarang musim sakit.

6 comments

Lagi Doktor Dipersalahkan

2 doktor, HUKM disaman RM4.1j

SHAH ALAM 10 Julai - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dua doktornya disaman RM4.1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian seorang jurutera wanita semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian dada.

Semasa pembedahan, mereka mendakwa doktor pakar telah memotong salah satu saluran yang dipercayai berhubungan dengan saluran utama dari jantung ke sel ketumbuhan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman yang kritikal.

Berikutan itu, sekumpulan pakar jantung telah dikejar ke dewan pembedahan untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan selepas didakwa kehilangan empat liter darah.

Pihak plaintif turut mendakwa pembedahan tersebut telah mengambil masa lima jam serta tiada bedah siasat dilakukan oleh HUKM untuk mengenal pasti punca kematian sebenar jurutera itu.

Diambil dari petikan Utusan Malaysia Online, 11 Julai,



Aih, inilah nasib insan bergelar doktor. Aku faham situasi kesedihan yang melanda keluarga Allayarhamah tersebut dan aku tetap berduka cita atas pemergian insan bergelar isteri dan ibu dalam keluarga kamu. Siapa yang tak sedih bila kehilangan insan yang tersayang dalam hidup ini.

Cuma satu perkara yang aku lihat banyak terjadi diakhir-akhir ni. Apabila berlakunya sesuatu yang tidak berjaya atas kerja-kerja doktor, maka saman akan diterbitkan. Maka di dada-dada akhbar pun akan muncul cerita tentang ketidak-professional-nya doktor yang terlibat. Apa yang pasti, segala kerja yang dilakukan si doktor tersebut akan dipersalahkan 100%.

Seperti yang anda ingat beberapa bulan dahulu, kecoh mengenai laporan akhbar mengenai 2 orang doktor dilihat sedang curi tulang di hospital sedangkan di ER amat sibuk. Selepas 2,3 hari kecoh kat paper baru tahu yang 2 "pencuri tulang" tersebut adalah doktor pelatih yang baru je tamat shiftnya yang mula 8.00 pagi semalamnya dan berakhir 5:00 petang hari ini. Doktor pun ade life sendiri, bukan transfomers.

Aku terbukak hati nak menulis perkara ini. Aku penah bace luahan hati seorang doktor mengenai kes curi tulang diatas kat facebook. Aku ingat kes tu yang terakhir, rupanya ade lagi. Kenapa hanya doktor yang dipersalahkan? Terus saman. RM4.1 juta pulak tu. Ringgit Malaysia bukan Rupiah.

Kamu tahu tak betapa kejamnya waktu kerja para doktor kat hospital setiap hari. Kamu ingat mereka macam pekerja office biasa, pukul 5.00 petang boleh punch card dan segala beban tugas habis? Bila-bila masa je boleh kene panggil bertugas. Tak kire la tengah malam ke, pagi ke, hatta baru je siap punch card nak balik. Mereka semua ni merelakan life mereka dibunuh bagi memastikan kesihatan pesakit di tahap terbaik. Kalau ade kejayaan doktor menangani kes-kes biasa, ade masuk paper? Ade dapat pujian melangit dari paper? TIADA, paling baik pun hanya sekadar ucapan terima kasih dari pesakit. Tapi itu sudah mencukupi, hadiah yang terbaik bila melihat pesakit itu sembuh dan sihat seperti biasa.

Anda penah kene tengking dengan doktor? Tak penah kan? Dengan nurse mungkin la penah kene marah sebab tak makan ubat kat wad. Tapi selalu tak pesakit tengking kat doktor? Selalu kan. Doktor telah dididik dengan profesional untuk menangani situasi macam ni. Aku yakin, kalau pesakit tengking pun, doktor pasti diam je. Anda tengking-tengking doktor tu,anda tau tak berape lama die betungkus lumus belajar sampai grad pastu amik specialist lak?

Dalam semua subjek etika perubatan kat sekolah perubatan, takde satu pun point yang dinyatakan untuk membunuh pesakit. Yang ada, cuba sedaya upaya untuh menyembuhkan seterusnya proses rehabilitation. Adakah anda pasti doktor tersebut memotong arteri yang memberi tumor tersebut makanan adalah satu langkah untuk membunuh pesakitnya. TIDAK. Aku pasti itulah antara prosedur yang perlu dilakukan untuk menangani masalah tumor. Dan doktor tersebut sudah diajar semasa 6 tahun kat sekolah perubatan tentang membuat keputusan dalam situasi kecemasan.

Allah itu maha berkuasa. Anda makan la ubat sepower mana pun, kalau Allah kata sembuh, maka sembuh lah. Kalau Allah perintahkan mati, maka matilah. Dalam hal ini, sebenarnya kita perlu teguhkan keimanan kita yang ke-6, qada' dan qadar. Kalau kita percaya pada rukun ke-6 ni, insyaAllah tak terjadi kes saman menyaman macam kat atas. Teringat akan satu kes kematian sekitar tahun 90an dulu dimana seorang wanita mati apabila tercampak dari roller-coster di sebuah taman tema kat Malaysia. Lalu TV3 temuramah suami dia, nak tanye apa tindakkan yang akan dilakukan terhadap taman tema tersebut. Dengan coolnye abang ni cakap,"perkara dah nak terjadi. Bukan salah sape-sape. Saye redha isteri saye pergi" Terpegun aku mendengar betapa cool dan tawaduk nya abang ni.

Buat anda diluar sana, sedarlah akan nasib doktor-doktor ni. Walaupun aku bukan la doktor lagi, tapi apabila aku membaca luahan hati seorang doktor pasal kes-kes macam ni, betul ape diorang cakap. Bukan nak dapat pujian melangit, cukuplah dengan menghargai sedikit titik peluh kami. Bagi yang berkaitan andai membaca, saya amat-amat meminta maaf sekiranya mengguris hati. Bukan nak blame saudara, sekadar nak buka sedikit pemikiran masyarakat kita.

Menjadi doktor amat memerlukan pengorbanan........

8 comments

Babi Melanggar Ukrida?

07:45 am, JUMAAT - Lobi Kampus Kedoktoran Ukrida sesak dan kecoh. Masing-masing berbicara, berbisik mengenai kekecohan situasi kampus yang amat-amat jarang berlaku ini. Masing-masing kelihatan amat berhati-hati dalam berbicara, dan tidak kurang juga sebahagian asyik mengulang kaji pelajaran tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang agak tegang dan panik. Hampir semua kuliah dan ujian dibatalkan. Para lecturer juga tidak kelihatan walau seorang kerana semuanya dipanggil untuk mengadakan rapat (mesyuarat) tergempar. Apa yang berlaku ni?

Hehehe,sesaje je buat lebih-lebih ayat kat atas. Situasi sebenarnya tidaklah setegang seperti yang digambarkan di atas. Cuma kenapa sampai macam ni sekali keadaan kampus? Ade kebakaran ke?

Sebenarnya apa yang berlaku adalah tak lain tak bukan pasal kes yang hangat sekarang-swine flu a.k.a H1N1 a.k.a selsema babi. Semua student Ukrida telah diberi peringatan mengenai penularan wabak ini memandangkan sudah terdapat beberapa kes yang berlaku. Walaupun di Indonesia masih belum seteruk di Malaysia, tetapi pencegahan harus dilakukan bermula sekarang. Maka apabila sesampainya di muka pintu kampus, terlihat semua student termasuk pak guard mengenakan masker. Cuma bebrapa kerat je yang gila kental yang tidak memakai masker termasuk aku. Bukan taknak pakai, ingatkan tak ramai pakai, malas la pakai. Karang kene perli lak.

elakkan melakukan perkara-perkara seperti diatas

Walau bagaimanapun, kes ini masih di peringkat awal. Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kuliah hari ini dan esok ditunda, dan semua student terutama student Malaysia telah diingatkan berkali-kali untuk memakai masker dan cuba menjauhi tempat-tempat tumpuan ramai. Diingatkan juga untuk menggunakan sanitizer apabila menyentuh apa-apa yang awam. Sekiranya mengalami simtom-simtom H1N1, anda diminta ke hospital untuk membuat blood test. Takpe, kad insurans dah dapat kan. Siloam Hospital menanti kedatangan kita. Dan sekiranya disahkan positif, anda diminta melaporkan kepada teman serumah dan juga kepada :

Dr Junaidy Abu Bakar
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia
Jakarta
+62 81 80 88 11111

Diharapkan kita semua dapat melakukan sebarang aktiviti pencegahan terhadap diri kita sendiri, tidak kira di Indonesia mahupun Malaysia. Semoga wabak ini tidak menjadi serius di kampus sebab aku taknak extent kuliah. Aku nak balik bulan 8 ni!

3 comments

Kabinet Setuju PPSMI Dihapuskan

8 JULAI,PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains (PPSMI) di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sumber Berita Harian Online,

Alhamdulillah, perjuangan sebuah pertubuhan bebas baru-baru ni yang mahu kerajaan memansuhkan PPSMI menampakkan hasilnya. Post terbaru saya ni bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, cuma bersuara sebagai generasi yang bakal meneraju negara kelak, yang mempunyai sedikit buah fikiran berdasarkan pengalaman dan akal. Bukan berkata berdasarkan nafsu atau semangat mana-mana kepartian. Bab kata kawanku, Syapik, "aku neutral". Dan saya juga merupakan batch terakhir yang belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu.

Setiap perkara terdapat pro dan kontranya mengikut mengikut pandangan setiap manusia. Allah itu maha bijak mengatur kepelbagaian dalam dunia ciptaanNya. Kalau semua sama je, boring pulak kan.

antara komik-komik yang disiarkan diawal pengenalan PPSMI sedikit masa dahulu

PPSMI bagi hemat saya adalah suatu yang amat bagus dilaksanakan-cuma dengan syarat semua yang mengikutinya adalah muka-muka yang layak untuk meneruskan pembelajaran ke IPT. Nah! inilah yang menjadikan PPSMI kurang relevan dilakukan di negara kita! Kenapa saya berkata demikian. Mungkin sudah banyak alasan yang diperkatakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Hari ni saya nak berbicara secara ilmiah dan logik akalnya~mencuba untuk tidak dipengaruhi oleh sentimen kebudayaan melayu,tokoh-tokoh bahasa bagi melihat secara jujur-sejujurnya realiti demi kebaikkan kita sendiri.

Kebaikkan
Ok, saya akan menulis berdasarkan view diri saya sendiri sebagai pelajar perubatan di luar negara. Pelajar luar negara amat-amatlah beruntung dengan wujudnya PPSMI walaupun kebanyakkan mereka hanya sempat mengikutinya semasa melakukan A-Level, ataupun di matrikulasi (maksimum 2 tahun). Walaupun masa yang diambil amat pendek,sekitar setahun atau dua tetapi ia dilihat sebagai satu yang cukup untuk dijadikan persediaan disamping memperkenalkan vocab. Take note, memperkenalkan vocab ya, masih belum untuk fasa memantapkan. Apabila mereka ini berterbangan diserata dunia, sudah pasti bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris,bukan bahasa Melayu. Nah, disinilah kelebihan itu akan dapat dilihat dan begitu-amat-terlalu dihargai! Segala bahan pembelajaran pasti akan bersangkutan dengan bahasa Inggeris.

Ok, saya belajar subjek perubatan seperti fisiologi, anatomi didalam bahasa Indonesia (Melayu la tu), tetapi kadang-kala bahasa Inggeris memang terpaksa dirujuk bagi memahami sesuatu nota. Tak dapat lari untuk menggunakan istilah Inggeris bagi kami di Indonesia nih. Maka, sering terpacul dari mulut "wah, selamat aku belajar dalam Inggeris dulu. Mudah sket aku nak paham betul-betul proses ni. Bagus gak PPSMI ni." Perkara yang sering didengari bagi kami disini.

Jangan tersenyum! Masih ada "tetapi". Tetapi, adalah perlu diingatkan, mereka-mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,kejuruteraan, bio-tech ke luar negara terdiri dari mereka-mereka yang sudah cerdik pandai. Hampir keseluruhan dari mereka mempunyai tahap bahasa Inggeris yang sudah sedia baik dari bangku sekolah. Kalau tak dapat sekurang-kurangnya band 3 Muet, takkan dapat ke luar negara kan? "TETAPI" yang inilah menjadi satu punca ketidak-relevan-nya PPSMI dilaksanakan~merupakan punca terbesar dan paling mempengaruhi! Maaf untuk dikatakan, tetapi benar, Tidak semua murid di Malaysia cerdik pandai! Statistik keputusan SPM seluruh negara masih belum mencapai 100% lulus bagi semua calon.
antara keratan komik akhbar Skor Berita Harian berkaitan PPSMI

Kelemahan
Murid yang berada di luar bandar,khususnya kampung-kampung, kawasan ulu rata-rata mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang agak lemah. Saya tidak menafikan ada diantara mereka lebih pintar dari yang di bandar, TETAPI lebih banyak yang ke sekolah hanya sebagai cukup syarat seorang budak. Perlu diingat falsafah mendidik bukan setakat untuk mengajar. Sedia maklum subjek matematik dan sains agak susah, dan jika ditukarkan ke bahasa Inggeris, maka bertambah susahlah bagi mereka yang lemah bahasa Inggeris.

Kita sememangnya mahukan generasi masa depan yang bijak pandai. Tetapi perlu diingat, jangan kerana taksub mencipta generasi masa depan yang cemerlang, ramai yang semakin ketinggalan~mewujudkan jurang pendidikan yang amat besar.

Biarkan matematik dan sains diajar didalam bahasa melayu. Bagi yang sudah cerdik pandai, tidak menjadi masalah bagi mereka untuk menyesuaikan diri nanti dengan perubahan bahasa. Lebih-lebih lagi, ketika A-Level dan matrikulasi mereka akan diajar didalam bahasa Inggeris. Aih, takkan orang cerdik boleh jadi masalah bahasa ni kan? Kita mahu semua golongan anak-anak Malaysia mendapat pendidikan, pemahaman yang sempurna dan saksama bagi mereka. Kesian la ke budak-budak kampung. Mereka pun nak berjaya.

Memang diketahui bahawa bahasa Inggeris amat berguna. saya sendiri melihat bagaimana budaya masyarakat Indonesia yang agak lemah berbahasa Inggeris memberi permasalahan yang besar dalam kehidupan apabila berdepan dengan dunia luar. Siaran filem barat di televisyen pun kena alih bahasa. Jadi bagi saya, jalan terbaik, mantapkan pengajaran subjek Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Sudah cukup dengan satu subjek tersebut. Hanya tinggal mahu perkasakan ia lagi.

Semoga apa yang diputuskan oleh kabinet ini memberi satu lembaran baru bagi dunia pendidikan Malaysia~walaupun kurang disenangi Tun Dr Mahathir. Kita perlu kembali kepada falsafah pendidikan-mendidik, bukannya sekadar mengajar.

0 comments

Jom Makan di Asrama

Kalau ingat-ingat zaman muda-muda dulu kalau kat asrama, selain kantin, dewan makan jela yang jadi sumber makanan setiap hari walaupun menu yang sama,tak sedap. Itulah makanan yang mengisi perut kami selama 5 tahun, lame tu kalau dikira-kira,dan kat situ jugak tempat kami beramah mesra dengan akak dewan makan-agar boleh dapat buah extra, takpun dapat ayam 2 ketul ke. Hari ni hari Khamis. Menu makan tengahari hari Khamis merupakan antara yang boleh tahan sedap la antara hari-hari lain. Menunya

Hari Khamis
Kari daging (kadang-kadang pekat,kadang-kadang cair)
Sayur kangkung
Buah Jambu Batu (biji jambu tu kami kikis guna hujung tray besi)
Air Masak

Kari daging asrama boleh tahan sedap. Selalunya, ramai budak-budak puasa sunat Khamis. Jadi time makan tengahari tu, kami pun menghulur tupperware, nak isi lauk kari tu sebab lauk makan malam tak sedap (tauhu kuah air!). Kelebihan baik dengan akak dewan makan (mak cu, kak nor), = boleh dapat reserve lauk tanpa interview yang panjang lebar. Hulur tupperware, cakap untuk 5 orang, dia pun sengih sambil mengisi. Siap dapat extra lagi. Tapi bagi yang kurang familiar ngan akak-akak ni, mesti kene soal siasat dulu, takut diorang tipu. Tu la junior-junior ni, lain kali peramah skit ngan orang sekeliling.

Hari khamis makan memang puas. Kira cukup rasa la kari tu. Dah la bayar singgit je untuk sehari. Nasi penuh satu tray. Makan pagi lagi, lunch, petang, dinner, supper. Tu yang gemuk duduk kat asrama ni. Tapi sekarang, bila dah bergelar x-student, mana nak cari makan murah macam tu. Conform tak dapat. Bagi adik-adik yang bakal makan tengahari jap lagi, selamat menjamu selera. Ucapan ikhlas dari senior anda yang rindukan makanan harian anda..

Dewan Makan Tahap tahun 2006

8 comments

Anatomi : Vaskularisasi Jantung

Letih dah aku ngadap kitab a.k.a. novel anatomi ni. So, aku nak post skit apa yang aku dah belajar ni. Saje-saje je, moga kuat sikit lekat dalam otak aku ni. So, jom kita bace rumusan ini...

Jantung merupakan jaringan otot yang juga memerlukan pendarahan seperti jaringan lain~dipanggil arteri coronari. Arteri coronari berasal dari aorta ascenden, merupakan percabangan kecil setelah valvula semilunaris aorta ascenden. Terdapat 2 percababangan arteri coronari:
  • Arteri Coronari Dextra
  • Arteri Coronari Sinistra
Arteri coronari dextra pula akan mempercabangkan 2 percabangan ;
  • Ramus Interventrikularis Posterior Arteri Coronari Dextra
  • Ramus Marginalis Arteri Coronari Dextra

Ramus Interventrikularis Posterior Arteri Coronaris Dextra
berjalan ke dextra lalu membelok ke posterior dan berjalan ke arah sinistra lalu terus melalui sulcus interventrikularis posterior ke arah inferior menuju ke apex cordis. memperdarahi kedua-dua ventrikel

Ramus Marginalis Arteri Coronaris Dextra
menuju margo dextra seterusnya ke margo acutus lalu ke arah apex-facies posterior ventrikel dextra. ramus ini memperdarahi bahagian depan dan belakang ventrikel dextra dan juga atrium dextra serta vena cava superior (hampir dengan nodus SA)

Arteri coronari sinistra juga akan mempercabangkan 2 cabang :
  • Ramus Interventrikularis Anterior Arteri Coronaris Sinistra
  • Ramus Circumflexa Arteri Coronaris Sinistra

Ramus Interventrikularis Anterior Arteri Coronaris Sinistra
sama seperti ramus interventrikularis posterior a. coronaris dextra, cuma ia dibahagian hadapan. Ia berjalan ke arah incisura apicis cordis melalui sulcus interventrikularis anterior. di apex cordis, ia akan beranastomosis dengan ramus interventrikularis posterior a. coronaris dextra. Memperdarahi kedua-dua ventrikel.

Ramus Circumflexa Arteri Coronaris Sinistra
berjalan ke facies posterior hingga sulcus interventrikularis posterior. memberi pendarahan kepada ventrikel sinistra dan atrium sinistra.


Argggghhh...ni baru 5% dari semua nota Anatomi Cardiovascular yang aku kena bace sambil menghapal ni! Pagi besok exam teori anatomi akan menjelma dan seperti biasa akan disudahi dengan keluhan serta carutan dari semua student. Yang aku post kat atas ni kalau keluar exam pun paling banyak satu soklan je. Aduih, nota Dr Kindangen tak bace lagi. Ya Allah, semoga aku dipermudahkan, dilapangkan hati serta diberkati segala ilmu yang aku belajar selama ni. Bagi teman-teman sekalian, selamat menjawab anatomi esok dengan girangnya. All the best!

6 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...