Recent Posts

Posts RSS

Memori Aidilfitri

Hari raya conform hari yang dinantikan semua. Kalau budak-budak seronok dapat duit raya, yang besar-besar ni seronok dapat berkumpul ramai-ramai di kampung, disamping dapat mengusha sepupu-sepupu yang semakin comel. Sepupu yang umur 2,3 tahun maksud aku, tapi yang baru 20 pun tidak dilepaskan peluang.hehe...

Ada beberapa moment yang rutin tiap tahun berlaku dan aku sangat suka benda-benda ni. Tahun ni tak dapat balik kampung, so aku nak flashback kat sini je lah sebagai mengubat hati yang lara.

PAGI RAYA PERTAMA
Pagi raya selalu pertama selalu di rumah nenek belak mak. Pagi-pagi conform yang kecik-kecik terutama adik aku paling liat bangun. Paling best adalah nenek conform akan buat air teh susu. Teh susu nenek lagi tinggi level dari kedai mamak. Sementara tunggu turn bilik air, kita kunyah-kunyah lemang rendang. Tolak tepi gosok gigi ke tak. Masa ni nenek akan mula buka cerita zaman aku kecik-kecik. Masa kecik aku suka tinggal kat rumah nenek bila cuti sekolah, jadi banyak lah cerita berbading sepupu-sepupu lain. Cerita paling top adalah masa kecik aku ingat ada orang cat pokok-pokok tepi jalan, tapi sebenarnya itu kesan lumpur lepas banjir. Dan aku pernah cakap kuat-kuat dalam keretaa sewa yang aku pening bila naik kereta buruk tapi kalau kereta lawa aku ok. Rindunya sesi perbualan dengan nenek. Nenek selalu suruh aku baring atas riba dia. Atuk dah macam Tok Dalang dalam Upin-Ipin. Dengan cucu dah macam budak-budak dia jadi.

Keluarga belah mak di Kampung Sg Tekam Utara. Missed dalam gambar family maksu yang beraya  kat Johor dan aku. Sebab aku tukang ambil gambar, tripod tak beli lagi masa ni. Gambar raya tahun 2010.

FULL PARKING KELILING RUMAH
Kalau bab parking di rumah Mak Ngah belah ayah. Atuk-nenek belah ayah dah meninggal, so tiap raya kami akan balik rumah Mak Ngah. Mak Ngah aku ni ramai anak so tiap kali raya walau tak semua balik conform akan bersusun kereta sebelah menyebelah parking. Compound rumah ni luas maka jelas lah tiap kali raya banyaknya kereta parking. Pernah aku kira lebih 10 kereta dan mostly adalah proton. Dan kami akan konvoi ramai-ramai beraya ke rumah sedara-sedara yang lain. Maka dengan jumlah kereta sebanyak ini sekali bertandang ke rumah saudara yang jarang-jarang pergi, memang jiran keliling akan ingat ini rombongan meminang. Dan pernah sekali waktu beraya ke rumah sedara ni sampai makan tengah-hari luar rumah sebab dalam rumah tak muat.

Rombongan datang beraya. ini baru yang perempuan, belum lelaki. mana tak sampai makan sampai luar rumah kan

PESTA MERCUN
Yeah, ini memang wajib di rumah Mak Ngah. Selalu malam raya kedua dan disebabkan sepupu-sepupu aku ramai dan mostly dah besar, jadi ramai lah supplier mercun. Dan ada supplier wajib yang akan bawak sekotak mercun yang diambil dari mana itu rahsia. Bila aku tengok yang main bukan budak-budak kecik usia sekolah ni. Yang main yang dah umur nak dekat 30. Yang kecik-kecik dapat bunga api je dan diminta jadi penonton mercun sahaja. Bila mercun meletup, rumah seberang sana pun tak nak kalah, lawan mercun. Dan setakat ni rumah kami tak pernah stop dulu mercun disebabkan stok banyak. Dan tiap tahun lah Pak Cik aku akan lalu depan rumah Mak Ngah suruh budak-budak ni stop dulu main mercun sebab orang masjid nak semayang. Pak Cik aku ni ahli kariah masjid. Rumah pak-pak sedara area-area situ je, kecuali ayah aku yang duduk jauh sikit.

Antara supplier bom di malam raya dalam usaha mengalahkan semua musuh mercun sekitar Kerdau. Tengok kat tangan tu, yang lain duduk mengikut dari belakang tunggu di pass mercun
Yang kecik-kecik main bunya api je. Biar kami yang besar bakar mercun. Nanti biar je yang besar-besar ni masuk Hospital Temerloh. Kitorang takpe masuk hospital, dah tak sekolah
Molek-molek, karang masuk bawah C-Class biru tu, letih aokme kena hambat di Aichik

PESTA BUDAK-BUDAK KECIK
Bila dah ramai-ramai berkumpul, yang paling suka yang kecik-kecik ni. Dia dah jumpa geng-geng dia, semua nak dekat berbelas maka banyak lah permainan yang diorang main. Yang wajib nya berlari keliling rumah, masuk ikut dapur keluar ikut pintu depan. Menjerit lah seorang demi seorang mak yang tengah sibuk kat dapur suruh stop berlari, stop naik turun tangga. Budak-budak ni peduli apa, selagi takde yang menangis jatuh selagi tu lah diorang akan berlari. Sungguh, memang serabut perut tengok. Tapi sebenarnya happening, kecoh tu lah yang membangkitkan suasana raya.

ORANG-ORANG TUA BERKUMPUL
Kalau yang kecik-kecik ada geng, yang tua-tua pun sama ada geng. Port mereka ni bawah rumah. Lepas isya mula seorang demi seorang berkumpul, start berborak. Aku suka dengar cerita-cerita diorang, jadi aku pun menyempel sekali lah, lagipun umur dah atas 20, so dah diterima masuk geng. Abang Zul dan Bang Din, 2 orang penglipur lara yang akan buat semua ketawa lupa dunia. Muka paling kuat ketawa jatuh ke mak aku, yang dipanggil Wan Cu. Sebab tu mak aku suka melepak dengan anak-anak sedara dia ni. Sambil borak minum kopi makan kuih raya. Scene kerusi-kerusi bawah rumah ni memang best!

Inilah port bawah rumah tempat mengeratkan ukhuah sesama keluarga disamping bergelak ketawa

BAKAR LEMANG, KACAU DODOL, BUAT BAHULU
Dulu masa atuk dan nenek kuat lagi diorang akan buat sendiri lemang, dodol, bahulu. Tapi sekarang nenek pun dah tak berapa larat, semua beli. Dodol ngan lemang buat petang puasa last. Atuk aku selalunya hujung-hujung buat lemang mesti jadi emo. Mak aku ketawa je dari jauh, aku kacau-kacau dia pun dia dah tak layan. Sebab panas kot. Bahulu mak su yang buat dekat bawah rumah guna acuan yang bakar pakai serabut kelapa. Satu acuan boleh dapat dalam 5 bahulu, siap masak adik aku makan 2. Dia tak sekolah lagi masa tu, aku pun baru tingkatan 1. Mana nak cukup se balang kalau masak 5 makan 2. Tapi round ke 5 selalunya adik aku dah stop sebab kenyang. Dan dia akan makan yang bentuk ikan sahaja sampai nenek sanggup bungkus bahulu bentuk ikan semua untuk bekal adik aku bawak balik Jerantut. Sayang sungguh nenek ke kami.

Atuk saya di petang puasa last. Sebelum rumah ni renovate, kat belakang tu ada garaj. Kat belakang itulah antara port atuk bakar lemang sampai dia emo-emo

DUIT RAYA
Tipu lah kalau tak seronok dapat duit raya kan. Walau tahun lepas aku 22 tahun tapi still dapat walau tak semua hulur ke aku. Biasanya semakin besar, semakin tinggi belajar, semakin jauh belajar jumlah dalam angpau meningkat. Ayat sedara-sedara buat belanja belajar. Alhamdulillah lah, dapat dalam RM100, RM200 buat tambah-tambah beli buku. Kalau beli buku lah. Dan aku selalu fight dengan adik siapa paling banyak dapat duit. Seperti biasa aku akan kalah sebab adik ni dia tak pakai duit orang bagi, dia simpan. Aku pakai je buat topup, beli-beli jajan, belanja dia juga.

TAHLIL KUBUR
Ni bukan favorite aku melainkan adik aku. Nak tau kenapa? Dapat duit lah jawapan nya. 2 tempat selalu kami pergi di kubur arwah nanyang di Kampung Baduk dan kubur wan di Kampung Kerdau. Tradisi tempat kami sebelum tahlil start, waris-waris yang datang akan sedekah duit. Duit tu nanti ahli kariah tanah perkuburan akan agih-agih waktu tahlil ke budak-budak yang datang. Selalu duit syiling dan RM1. Lumayan lah, seorang boleh dapat dalam RM10. Oh ya, tahun lepas aku still dapat dengan jumlah lebih kurang adik aku. Means muka masih kelihatan muda!

Di kubur arwah wan. Ni Mak Ngah dan Mak Teh

Oh indahnya suasana hari raya dalam keluarga aku. Aku rasa semua keluarga ada cerita sendiri. Walau ini typical situation hari raya tapi aku tetap suka dengan suasana setahun sekali ni. Saya sayang keluarga besar saya.

1 comments

Aidilftri, Persahabatan, Emergency Room dan dot dot dot...

Se hardcore mana pun seseoarang itu, bila bersangkutan keluarga pasti akan cair juga hatinya. Aidilfitri kali ini disambut sederhana tanpa keluarga di sisi namun Allah masih sayang kepada aku kerana menghadirkan keluarga keduaku di bumi Jakarta ini, sahabat seperjuangan di medan coat putih. Di kampung Tg Duren inilah kami bertemu, bergelak ketawa, menghiburkan hati yang pada hakikatnya sangat merindui kampung halaman yang jauh nun di sana.

Suasana tiba-tiba menjadi hening, beramai-ramai termenung jauh taktala takbir aidilfitri berkumandang mungkin sudah menjadi skrip wajib bagi yang berjauhan dengan keluarga. Rasa hiba pasti tidak akan bisa disembunyikan terus-terusan. Tidak mengapa, rindu itu hakikat manusia. Mujur ada mereka, hilaian ketawa tercetus kembali. Borak-borak kosong bersambung, bercerita, bercanda, setelah lama tidak berkumpul ramai-ramai begini. Masuk dunia coass (clinical) membuatkan kami tidak bisa bertemu lagi sebegini. Seorang di Sumatra, seorang di Jawa Tengah, yang itu di Depok yang ini di Jakarta, mana mungkin bisa berkumpul seperti zaman kuliah dahulu.

Bersama sahabat handai di majlis jamuan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
3,4 jam bersembang di atas meja makan tidak terasa. Terlalu banyak cerita mau dikongsi. Sedang bercerita, pulang seoarang lagi sahabat dari Depok. Suasana makin gembira. Selang beberapa minit terdengar bunyi kereta, yang dari pulau Sumatra sudah sampai. Gelak ketawa lebih meriah. Persis suasana di kampung, menanti kepulangan seorang demi seoarang anak di tangga rumah. Cerita versi Depok dan Sumatra masih belum disampaikan. Maka larut malam lah ceritanya selesai.

Acara makan-makan pagi aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia. Alhamdulillah, sungguh ramai yang tidak pulang rupanya. Bertemu teman-teman dari universitas lain, berkongsi cerita dan pengalaman. Yang penting adalah lemang, ketupat, rendang, kuah kacang dan kuih raya Malaysia harus aku rasa walau sedikit. Lumayan, hampir 50 orang batch 2008 berkumpul. Sesi berborak bergelak ketawa dilanjutkan hingga makan siang. Nanti malam dah berpisah semula, jadi berborak lah sampai puas.

Kebetulan sekitar jam 2 ada rakaman live video conference bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang disertai cawangan Jakarta, Beijing, Tokyo, Canberra, dan London. Setelah selesai maka selesai sudah Aidilfitri ku. Harus mengejar waktu, soalnya sebelum jam 6 aku perlu melanjutkan tugas ku di Emergency Room RSUD Koja.

Pada petangnya, sedang bersiap-siap untuk pulang ke Koja, teman-teman yang lain juga turut bersiap. Mereka juga harus pulang, meneruskan tanggungjawap. Melihat seorang demi seorang pulang meninggalkan rumah membuatkan hatiku sayu. Sangat sedikit waktu yang kami punya untuk berkumpul. Mungkin ini lah yang dirasakan nenek dan atuk bila melihat anak cucu seorang demi seorang pulang meninggalkan kampung halaman untuk kembali bekerja. Rumah yang riuh rendah semalamnya kembali sunyi.

Itulah nama persahabatan. Saling memerlukan dan melengkapi. Sama-sama ketawa dan tidak lupa bersama menangis. Alhamdulullah ya Allah, aku dikurniakan sahabat-sahabat yang mewarnai hidupku seharian disini. Ikhlas, tanpa mereka aku tidak mampu untuk mengharungi liku-liku hidup di perantauan. Benar, merekalah keluarga aku disini.

Sungguh tidak ikhlas aku melangkah masuk ke ER pada malam raya. Koja yang bising dengan lori-lori kontena aman damai, sunyi sepi. Tetapi ER nya yang tidak sepi-sepi. Dah macam pasar, tidak pernah seramai ini sebelum-sebelumnya. Kami menjangkakan tidak ada orang kerana semua beraya namun jangkaan kami meleset. Selamat sekitar jam 2 pagi keadaan mula tenang dan tidak ramai yang datang.

Bersama Jawaher di ruang ER di malam lebaran. Mereka berdua memang buat kerja tapi dengan sedikit berpura-pura untuk bergambar
Semoga pengalaman berharga ini dapat membantu kehidupanku mendatang. Memori bersama sahabat-sahabat ini tidak akan bisa dipadamkan dari ingatan. Tahun depan belum tentu bisa beraya beramai-ramai begini lagi. Dan tahun berikutnya semua sudah membawa haluan masing-masing, beraya bersama keluarga, suami/isteri mahupun anak. Buat mama dan ayah di kampung, man minta maaf banyak-banyak, halalkan makan minum man, doakan man berjaya di sini. Bukan tka nak balik kampung, tapi cuti 2 hari dan still ada on call. InsyaAllah tahun depan man cuba balik. Oh ya, raya kali ini aku sekali dengan birthday aku. Ada yang nak bagi hadiah? kek pun jadi lah.hehe...

Salam Aidilfitri buat Semua. Maaf Zahir dan Batin

Batch 2008 Ukrida yang tidak pulang beraya di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...