Kenapa Gatal Setelah di Gigit Nyamuk
Posted by Lokman Hakim at 6/24/2011 08:53:00 PM
Pada malam hari atau sekitar magrib nyamuk mula berleluasa keluar mencari mangsa. Dan seperti biasa apabila kita digigit nyamuk pasti kita akan menampar nyamuk tersebut. Kadang-kadang kena, kadang-kadang tidak. Lalu berapa saat kemudian, mula timbul gatal-gatal di tempat yang digigit tersebut, merah lalu bintat (bengkak). Apakah yang menyebabkan terjadinya gatal-gatal tersebut?
Semasa nyamuk menggigit manusia untuk menghisap darah, air liurnya (saliva) akan dikeluarkan terlebih dahulu. fungsi saliva nyamuk ini adalah sebagai anti-coagulant untuk mengelakkan darah yang hendak dihisap tersebut dari beku. Lalu, saliva ini lah yang akan mencetuskan reaksi alergi tubuh lalu tubuh manusia akan menghasilkan histamin. Histamin ini akan menyebabkan tempat gigitan itu merasa gatal, lalu membengkak sedikit.
Dan seperti biasa kerana gatal, kita akan menggaru bengkak tersebut lalu menyebabkan terjadinya laceration dan berdarah. Dan beberapa fakta menarik mengenai nyamuk;
- nyamuk yang menghisap darah adalah nyamuk betina sahaja.
- nyamuk hanya hidup selama 10 hari
- nyamuk lebih suka menggigit orang yang makan pisang
- nyamuk suka menggigit orang yang pakai baju gelap berbanding baju cerah
Jadi, sekiranya digigit nyamuk, janganlah garu kuat-kuat kelak akan berdarah. Gosok-gosok je dengan kulit jari.
Labels: Pendidikan, Perubatan 7 comments
Rahsia Dara Wanita
Posted by Lokman Hakim at 6/08/2011 10:30:00 AM
Dara atau virgin merupakan satu perkara yang dianggap sebagai simbol maruah bagi wanita. Bagi masyarakat wanita Melayu, nilai dara itu amat tinggi bagi mereka hinggakan hilangnya dara sebelum berkahwin dianggap sebagai satu malapetaka dan besar kemungkinan akan timbulnya konflik didalam rumah tangga ataupun tidak ada yang mahu memperisterikannya.
Hari ini saya ingin membahaskan sedikit persoalan mengenai dara berdasarkan persepsi masyarakat umum secara medic.
APAKAH ITU DARA
Dara ataupun hymen merupakan satu selaput/membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina. Membran tipis ini selalunya mempunyai lubang di tengahnya agar darah haid boleh keluar ataupun dimasuki oleh penis ketika berhubungan seks.
Gambaran secara anatomi selaput dara (hymen) |
APAKAH ITU PECAH DARA
Istilah pecah dara sering digunakan oleh masyarakat umum untuk menggambarkan perdarahan vagina yang berlaku ketika pertama kali wanita melakukan hubungan seks. Seperti gambaran dara di atas, dara itu mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Masukknya penis ke dalam vagina bukan beerti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut untuk memberi laluan kepada penis yang mempunyai diameter lebih besar dari selaput dara tersebut.
SAKITKAH KETIKA PECAH DARA
Rasa takut sakit sering menghantui wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).
Yang menyebabkan rasa sedikit sakit itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan penis buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila penis masuk, sedikit regangan akan berlaku.
DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Ada kemungkinan untuk selaput dara koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal.
APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA
Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.
Trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.
BOLEHKAH SELAPUT DARA DIKEMBALIKAN
Hangat dikatakan sekarang mengenai seorang selebriti di Indonesia melakukan rawatan mengembalikan keperawanan (dara) atau dalam erti kata lain melakukan pembedahan membuat kembali selaput dara tersebut. Sememangnya boleh. Sekiranya koyakkan selaput tersebut masih kecil, hanya dilakukan penjahitan semula. Sekiranya koyak selaput tersebut besar, maka diambil sedikit bahagian dari kulit vagina untuk membuat selaput dara yang baru.
PENTINGKAH DARA BAGI WANITA
Seperti di awal saya mengatakan bahawa wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkan level harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya. Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.
Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun. Jagalah maruah diri kita sebaik-baiknya baik wanita ataupun lelaki. Seks luar nikah bukan sahaja dosa besar di sisi agama malah mendatangkan mudarat kesihatan yang sangat buruk. Janganlah hanya kerana kenikmatan sesaat, kita menderita selamanya. Bersabarlah buat seketika, kelak anda akan tersenyum bahagia.
Wallahu a'lam
p/s: pembahasan secara medic di atas berdasarkan perbincangan bersama specialist obstetric & gynecology, Dr Setiawan Aslim, Sp.OG.
Labels: Pendidikan, Perubatan, Santapan Rohani 209 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)