Recent Posts

Posts RSS

Pusat Sukan Malaysia di Indonesia



Budak lelaki ni tak lepas la kalau dalam diri diorang ni untuk bersukan ataupun lebih mudah ayatnye bermain. Tak kire la time kuliah ke, PBL ke, usrah ke, taklim ke mahupun bermain, pasti mereke ni bermain-main. Adatlah, baru nak jadi dewasa. lagipun kalau serius setiap mase, hilanglah nikmat remaja tu. Betul tak?

Dipendekkan cerite, dek kerana minatnya dengan main, batch 2008 ukrida lelaki ni mengadakan aktiviti wajib setiap minggu iatu Futsal bertempat di Patra. Kalau seminggu tak main memang pelik la. Even 2 hari lagi nak exam pun mesti kene main. Selalunya sewa court futsal 2 jam dan kadang-kadang sampai 3 jam kalau player hari tu ramai ataupun dah lame tak main.

Dapatlah kita lihat bakal-bakal doktor ni beraksi dengan skill tersendiri yang kadang-kadang kalah Berbatov mahupun Cristiano Ronaldo. Dengan kebanyakkan playernye ber-spek mate (membace aje kejenye katekan), bile jatuh terus cari spek masing-masing. Time futsal ni la banyak sangat perkara lawak yang terjadi. Jadi nak tak nak memang terpakse gelak tengok skill setiap player. Cukup menghiburkan.

Tak cukup dengan tu, dek kerana sebelah court futsal Patra ade court tenis, aku ngan muiz tanpa segan silu membeli kelengkapan tenis lak. Almaklumlah, mase tu duit banyak lagi. Maka belilah mereka reket sorang satu, dan jumlah keseluruhannya mencecah Rp 3,500,000. Minat punye pasal. Main pun bukan slalu sebab kelas pack.

Pastu, menjelang tamatnya semester 1, bebudak rumah ni pun membeli pulak satu set permainan baru iatu meje ping-pong (baru je malam tadi). Kosnye lak hampir Rp2,000,000. Aiman yang sponsor.haha..(nanti kitorang bayar ek emang). Bertambahlah kegiatan sukan budak-budak batch 2008 ni. Dan rumah aku dijadikan sebagai Pusat Sukan Negara. Berentaplah kami-kami ini hingga letih. Sementara menunggu turn, ade yang menjadikan reket tenis ni sebagai reket squash. Mainlah diorang kat ruang tamu.

Memang kelihatan bermain ni tak de paedahnya, tapi sememangnya dengan bermain ni dapat la sesangat merapatkan ukhuah sesame kitorang ni, selain lepas tensyen. Mase-mase ni la nak bergurau senda sambil mengutuk sesama sendiri. Ape-ape pun, enjoy sebelum kerja. Nanti dah tak dapat main-main. Majulah Sukan untuk negara.

p/s ; main-main gak, nanti dah bukak semester 2 kene berubah. kate nak berubah semester depan kan...hehe


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...