Recent Posts

Posts RSS

Senioriti, Relevankah ia?

"aok masuk skoloh asrama, habislah aok kene buli ngan senior"

"teruk weh aku kene ngan senior"

"aok jangan pandang abang tu, kalau tak habislah aok"

Begitulah antara dialog-dialog wajib bagi sesape saje yang akan melangkah ke alam asrama. Diantara keghairahan, kegembiraan untuk memulakan satu lagi episod baru untuk belajar berdikari, pasti akan terlintas dikepala akan hal ini-SENIOR!

Umumnya ketika zaman sekolah dulu-dulu definisi senior itu boleh dianggap isomer (same) dengan harimau, saling tak tumpah-digeruni, tak boleh berlanggar bahu, tak boleh ditegur, perlu sami'na wa ato'na, walaupun hanya berbeza umur setahun dua, malah ade jugak yang same umur. Rencah kehidupan 5 tahun di asrama sekolah, 3 tahun akan menjadi junior, selebihnya apa yang diungkapkan di atas kembali semula kepada batang hidung sendiri. Mulalah besar kepala, kretif menjadikan adik-adik junior sebagai medium balas dendam.

Melangkah keluar dari alam sekolah, menghadapi lagi alam hostel (asrama yang naik pangkat skit). Seperti saya yang menyambung pelajaran di matrikulasi, mungkin istilah senior itu kurang wujud kerna semua student sama umur kecuali budak-budak PDT. Tapi mereka-mereka ini pun dah dianggap sebagai kawan biasa. Namun erti senior tidak berhenti disini.

Junior-junior ketika di Smka Tahap yang amat disayangi.hehehe

Setahun saya di matrikulasi, melangkah pula ke alam universiti. Nah disini pasti ada yang lebih tua dari kita, makanya istilah senior kembali menghantui diri. 2 bulan saya di USM tidaklah terlalu menampakkan istilah senior seperti di alam persekolahan dulu. Mungkin kerana alam kampus ini ramai student yang buat hal sendiri, cuma mereka-mereka yang ada jawatankuasa pelajar bagi fakulti dan pusat islam yang sedikit ambil berat tentang junior-junior ni. Disini definisi senior versi sekolah sedikit sebanyak dah berubah.

Melangkahnya saya ke bumi Jakarta, sudah pasti kegerunan akan istilah senior masih ada disekelumit hati ini. Nah, inilah antara maint point yang ingin dikongsikan sepanjang sepanjang 9 tahun belajar di Malaysia dan Indonesia ini.

DIBUMI ASING
Jejak saje kaki di Jakarta, dah menanti abang-abang, kakak-kakak menyambut kehadiran kami. Bukan setakat di airport sahaja, mereka inilah bersusah payah menghantar adik-adik baru ni ke rumah masing-masing. Tak habis disitu, dibawanya adik-adik ke supermarket membeli keperluan harian disamping memperkenalkan kota yang masih asing bagi kami. Dibawa kami jauh di sana membeli basikal walaupun takde upah sebagai ganjaran. Ada apa2 masalah, mesej je, insyaAllah pasti akan dibantu sedaya mungkin. Takde buku rujukan, mari datang umah amik mane yang diperlukan. Soalan past year? Dah di edit, disediakan sebaik mungkin.Sebulan saya di bumi Jakarta, muncul dibenak-"wah, lainnye keadaan kat sini ngan Malaysia"

COMFORT ZONE
Menjadi kelompok minoriti menyebabkan kita sedikit terkeluar dari comfort zone. Disini akan timbul kesedaran yang memerlukan saling tolong menolong antara satu sama lain. Hanyan kawan-kawan menjadi tempat bergantung kerana keluarga jauh di tanah air. Inilah antara faktor kenapa definisi senior itu telah berubah. Mereka sudah mempunyai pengalaman yang lebih lama dibumi asing, maka perlu dicurahkan pada adik-adik yang masih terkontang-kanting ini.

Seperti apa yang berlaku semasa di USM dahulu, student Cina antara minoriti di kampus. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih unite antara satu sama lain-berkongsi nota, membuat pertubuhan untuk kemudahan mereka berbudaya, beribadat,bersosial. Semua ini dapat dilihat bagaimana senior-senior mereka ini bertungkus lumus mengumpul lecture note, soalan past year, di failkan sebaik mungkin untuk adik-adiknya. Banyak kali dilihat mereka berkumpul setelah habis kuliah untuk berbincang kepentingan mereka.

Aktiviti antara Lecturer-junior-senior di Kedah
(Bullet bace doa weh, jangan pandang kamera)

Bila sampai di Jakarta perkara yang sama berlaku. Persis mereka kerana situasi minoriti. Kadang kala minoriti ini ada baiknya!

SAHABAT
Melayan adik-adik seperti sahabat atau kawan sendiri. Tiada boundaries antara senior dan junior dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun beza umur 3,4 tahun. Tidak mengharapkan panggilan abang @ akak diucapkan sebagai kata ganti nama ke brapa entah. Junior dilayan bak adik sendiri di rumah walaupun kadang-kadang adik sendiri pun tak dilayan baik macam ni sekali. Hikmahnya, disini akan timbul dengan sendirinya rasa hormat junior kepada senior~automatic akan rase hormat + segan + respect walaupun kadang-kadang berbahasa kau-aku je dengan senior.

Ini amatlah berbeza semasa di bangku sekolah dahulu. Senior sendiri yang akan cakap untuk menghormati mereka. Tapi bukan hormat yang timbul, tapi menyampah dan rasa takut! Menuruti setiap arahan kerana takut dibuli atau dipukul~langsung tidak menimbulkan suasana harmoni antara mereka yang hanyalah memberi kesan dendam junior itu tadi untuk membalas kepada adik-adik apabila sudah menjadi senior pula. Perkara ini akan di recycle hingga kiamat mungkin! Walaupun begitu, tidak semua yang berlaku sedemikian cuma majoritinya adalah begitu.

Seperti pengalam sahabat saya semasa beliau menuntut di UM dahulu, ada seorang senior yang berjawatan mengatakan dengan bangga dan kereknye ;

"aku nak korang semua hormat kat aku"

Terus terdetik didalam hati sahabat saya ini yang dia takkan respect mamat ni sampai bila-bila. Itulah hasilnya apabaila melakukan sesuatu tanpa hikmahnya.

EGO
"Habislah kredibiliti aku sebagai yang lebih tue.Aku makan garam lagi banyak dari dia."

Pasti ayat-ayat ini akan keluar sekiranya ada sesetengah yang lebih berusia ditegur untuk merendahkan sedikit diri dengan adik-adik. Mungkin saya juga tak terlepas dari perkara yang sama ketika dibangku sekolah dahulu. Namun fitrah alam kematangan mengubah perilaku diri. Semakin menginjak dewasa, pasti manusia ini lebih banyak berfikir. Tinggallah dibelakang sedikit ego seperti kata-kata diatas. Terlalu menjunjung ego ibarat menjunjung nafsu-memakan diri.

POSITIF
Apabila kita menggangap serta melayan junior ini seperti sahabat atau adik sendiri, sudah pasti akan timbul respect antara kedua-dua pihak. Tak perlu suruh, tak perlu mintak, akan datang dengan sendirinya. Hubungan kekeluargaan akan terjalin dengan cukup harmoni, boleh dikatakan sebagai pengganti keluarga taktala di bumi asing. Percaya atau tidak, kesan ini tidak hanya terasa hanya ketika 5 atau 6 atau 7 tahun di luar negara, malah mungkin akan berpanjangan hingga akhir hayat kerana sudah timbulnya rasa kekeluargaan itu.

Sabda Rasulullah yang terkenal;

"Bandingan orang-orang mukmin dalam bercinta-cinta mereka dan berkasih sayang mereka dan bertolong-tolongan mereka seperti bandingan satu badan; apabila sakit satu anggota darinya, tertariklah sekalian anggota (hingga) tiada dapat tidur dan demam"

Bertegur sapa taktala berselisih, bertanya khabar, bergurau senda sesama junior senior~perkara yang tidak asing disini beda ketika dahulu. Nah disini telah wujud semangat perpaduan yang amat-amat dianjurkan Islam. Firan Allah;

"Dan berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan jangan kamu berpisah-pisah"
(al-Imran : 103)

Tidak dinafikan senioriti di zaman sekolah dahulu ada baiknya dalam mengawal disiplin pelajar. Namun sekarang kita mahu melihat kedalam konteks yang lebih luas taktala diri melangkah ke alam yang lebih dewasa yang lebih mencabar.

Ketepikan perkara yang remeh, pandang ke hadapan buat perkara yang lebih penting. Pabila ukhuah islamiah ini telah terbentuk, insyaAllah kita akan sentiasa ada guide daripada terjerumus dalam perkara yang tidak sepatutnya. Bersahabatlah dengan sesiapa sahaja, rendahkan ego masing-masing. Tak rugi apa-apa pun.

Kita sekarang di Jakarta masih belum mencapai tahap yang terbaik, usahalah untuk menjadikan suasana sesama kita lebih harmoni. Sekarang dah indah, kalau lagi harmoni, maka akan lebih indah. Senioriti itu masih relevan jika kena pada caranya. Selamat berjaya semua sahabat-sahabatku...!

2 comments:

L Bro M said...

salam.ziaRAH

anotherblogwriter said...

hohoh....nice article

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...