Recent Posts

Posts RSS

Kenapa Gatal Setelah di Gigit Nyamuk

Pada malam hari atau sekitar magrib nyamuk mula berleluasa keluar mencari mangsa. Dan seperti biasa apabila kita digigit nyamuk pasti kita akan menampar nyamuk tersebut. Kadang-kadang kena, kadang-kadang tidak. Lalu berapa saat kemudian, mula timbul gatal-gatal di tempat yang digigit tersebut, merah lalu bintat (bengkak). Apakah yang menyebabkan terjadinya gatal-gatal tersebut?

Semasa nyamuk menggigit manusia untuk menghisap darah, air liurnya (saliva) akan dikeluarkan terlebih dahulu. fungsi saliva nyamuk ini adalah sebagai anti-coagulant untuk mengelakkan darah yang hendak dihisap tersebut dari beku. Lalu, saliva ini lah yang akan mencetuskan reaksi alergi tubuh lalu tubuh manusia akan menghasilkan histamin. Histamin ini akan menyebabkan tempat gigitan itu merasa gatal, lalu membengkak sedikit.
Dan seperti biasa kerana gatal, kita akan menggaru bengkak tersebut lalu menyebabkan terjadinya laceration dan berdarah. Dan beberapa fakta menarik mengenai nyamuk;
  • nyamuk yang menghisap darah adalah nyamuk betina sahaja.
  • nyamuk hanya hidup selama 10 hari
  • nyamuk lebih suka menggigit orang yang makan pisang
  • nyamuk suka menggigit orang yang pakai baju gelap berbanding baju cerah
Jadi, sekiranya digigit nyamuk, janganlah garu kuat-kuat kelak akan berdarah. Gosok-gosok je dengan kulit jari.

7 comments:

Nadhirah Ahmad said...

ayt last tak tahan tu. cm dad. time sy kna ggt nymuk, ye mrh garu, suh gosok j. time die, takpe plak suh sy tlg garu.ha3

Lokman Hakim said...

tp sbenarnya garu bekas gigitan nyamuk tu mmg ssedap.kan3

Nadhirah Ahmad said...

KEPUASAN!

Lokman Hakim said...

yup memang best garu tempat gatal.tapi nanti lepas luka baru nyesal.tapi peduli ape, sbb best.hee

Anonymous said...

nice entry saudara.. :)

pengetahuan am yg brguna LOLOL

Anonymous said...

Dia nak kita garu pastu senang dia isap darah kita lagi

Amyneo007 said...

"Nyamuk lebih suka orang yang makan pisang"
Serious la??? Hahaha😂😂😂😂😂😂😂

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...