Recent Posts

Posts RSS

Rahsia Dara Wanita

Dara atau virgin merupakan satu perkara yang dianggap sebagai simbol maruah bagi wanita. Bagi masyarakat wanita Melayu, nilai dara itu amat tinggi bagi mereka hinggakan hilangnya dara sebelum berkahwin dianggap sebagai satu malapetaka dan besar kemungkinan akan timbulnya konflik didalam rumah tangga ataupun tidak ada yang mahu memperisterikannya.

Hari ini saya ingin membahaskan sedikit persoalan mengenai dara berdasarkan persepsi masyarakat umum secara medic.

APAKAH ITU DARA
Dara ataupun hymen merupakan satu selaput/membran tipis yang menutupi bahagian di dalam vagina. Membran tipis ini selalunya mempunyai lubang di tengahnya agar darah haid boleh keluar ataupun dimasuki oleh penis ketika berhubungan seks.

Gambaran secara anatomi selaput dara (hymen)

APAKAH ITU PECAH DARA
Istilah pecah dara sering digunakan oleh masyarakat umum untuk menggambarkan perdarahan vagina yang berlaku ketika pertama kali wanita melakukan hubungan seks. Seperti gambaran dara di atas, dara itu mempunyai lubang ditengah-tengahnya. Masukknya penis ke dalam vagina bukan beerti perlu memecahkan membran dara seperti menusuk belon melainkan hanya mengoyakkan sedikit bahagian tersebut untuk memberi laluan kepada penis yang mempunyai diameter lebih besar dari selaput dara tersebut.

SAKITKAH KETIKA PECAH DARA
Rasa takut sakit sering menghantui wanita ketika pertama kali mahu melakukan hubungan seks dengan suami. Sebenarnya pecahnya selaput dara tidak mendatangkan rasa sakit melainkan hanya darah. Ini kerana selaput dara tidak mempunyai saraf melainkan saluran darah sahaja. (rasa sakit hanya timbul pada bahagian tubuh yang mempunyai saraf).

Yang menyebabkan rasa sedikit sakit itu adalah disebabkan regangan bahagian vagina apabila dimasukkan penis buat pertama kali. Seperti yang sedia maklum, bagi wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks, vaginanya tertutup rapat dan hanya muat-muat untuk diameter penis. Maka apabila penis masuk, sedikit regangan akan berlaku.

DARA DAH PECAH TETAPI MASIH BELUM PERNAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS
Ada kemungkinan untuk selaput dara koyak tanpa melakukan hubungan seks. Ini mungkin kerana terjadinya trauma mekanikal terhadap bahagian vagina sehingga ia koyak. Sebagai contoh terjatuh didalam bilik air lalu bahagian vagina terhantuk ke mangkuk tandas ataupun tersadung celah kangkang ketika menaiki basikal.

APAKAH PERBEZAAN PECAH DARA KERANA HUBUNGAN SEKS ATAU TRAUMA
Terdapat perbezaan diantara koyaknya selaput dara disebabkan oleh penetration penis atau trauma (terhentak, tersadung, telanggar dan sebagainya). Penetration penis selalunya akan menyebabkan selaput dara koyak di bahaian bawahnya, sekitar jam 5 hingga jam 7.

Trauma pula akan menyebabkan selaput dara koyak dibahagian atasnya sekitar jam 11 hingga jam 2. Ini kerana posisi selaput dara bahagian atas lebih luar daripada bahagian bawahnya. Senang cerita, sekiranya vagina terhentak di mangkuk tandas, bahagian atas akan terhentak terlebih dahulu sebelum bahagian bawahnya. Sebab itu trauma akan menyebabkan koyak dibahagian atas selaput dara.

BOLEHKAH SELAPUT DARA DIKEMBALIKAN
Hangat dikatakan sekarang mengenai seorang selebriti di Indonesia melakukan rawatan mengembalikan keperawanan (dara) atau dalam erti kata lain melakukan pembedahan membuat kembali selaput dara tersebut. Sememangnya boleh. Sekiranya koyakkan selaput tersebut masih kecil, hanya dilakukan penjahitan semula. Sekiranya koyak selaput tersebut besar, maka diambil sedikit bahagian dari kulit vagina untuk membuat selaput dara yang baru.

PENTINGKAH DARA BAGI WANITA
Seperti di awal saya mengatakan bahawa wanita sangat memandang tinggi nilai dara itu. Ia menunjukkan level harga diri mereka. (bagi yang belum berkahwin sahaja). Namun begitu bukan dara sebagai nilai utama kesucian tersebut. Selaput dara boleh sahaja pecah kerana trauma, ataupun sememangnya dilahirkan tanpanya. Yang penting adalah kesucian keperibadian wanita itu. Wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks melainkan dengan suami yang sah adalah wanita yang baik. Sekiranya tanpa ikatan yang sah telah melakukan hubungan ini, saya tidak merasakan dia datang dari golongan yang baik.

Namun begitu, Allah itu Maha Pengampun. Jagalah maruah diri kita sebaik-baiknya baik wanita ataupun lelaki. Seks luar nikah bukan sahaja dosa besar di sisi agama malah mendatangkan mudarat kesihatan yang sangat buruk. Janganlah hanya kerana kenikmatan sesaat, kita menderita selamanya. Bersabarlah buat seketika, kelak anda akan tersenyum bahagia.

Wallahu a'lam

p/s: pembahasan secara medic di atas berdasarkan perbincangan bersama specialist obstetric & gynecology, Dr Setiawan Aslim, Sp.OG.

209 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 209 of 209   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Salam nak tanya,seseorang perempuan dapat rasa tak bila seseorang laki pancut air mani kedalam vagina perempuan itu?

Anonymous said...

Maaf saya nak tanya...kalau perempuan main tapi laki hanya memasukkan kepala kemaluan dia sahaja tanpa memasukkan keseluruhan batang dia,tpi ada keluar darah cuma tak banyak..adakah itu menandakan dara sudah pecah?kiranya adakah wanita itu sudah dikira tiada dara...harap boleh jawab persoalan ini...tq

Unknown said...

Nak tahu ke

Nurhidayah said...

Assalam sya ada masukkn jari dn dia berdarah adakah sya msih dara please jwb

Anonymous said...

salam , saya pernah terlanjur dgn ex saya, waktu buat dulu dia punya lubang tu ketat sangat saya masukkan jari saya ke dalam sampai la batang saya muat masuk lubang tu tapi sepanjang syaa jolokkan jari, batang saya, takde darah pon yang keluar, sebab dia kat itu la first time dia buat dgn saya. kiranya dara dia dah pecag sebelum ni ataupun saya yang memecah dara dia?

Unknown said...

Saya pun sama, dah berhari2 bukasikit2 je, sakit pedih, nasib baik suami faham

Unknown said...

Salam, Saya nak bertanya. Saya baru berkahwin dlm 1 Minggu. Bila nak bersama Saya Rasa pedih & sakit. Suami Saya kata dara Saya belum pecah lagi. Sekarang ni dah masuk tapi Tak penuh. Tapi Saya masih rasa sakit bila bersama sehingga menyebabkan Saya Rasa mls nak buat & bila buatpun sbb Saya Rasa terpaksa. Klu suami Saya masukkan jari x sakit pulak tapi rasa nikmat sedap tu Saya belum Rasa. Tolonglah Saya adakah Saya Ada masalah lain?

Anonymous said...

Saya tak pernah buat seks. Tapi ada satu malam saya ingin tahu dimana dara tersebut, jadi saya masukkan jari saya untuk kali pertama. Kali pertama tak ada keluar darah, tapi kali kedua pada hari yang berbeza pun tak keluar. Beberapa minggu dag lepas saya masukkan lagi. Tapi ada warna merah tetapi tidak terang. Tetapi tidak mengalir. Adakah saya masih dara atau tidak? Saya risau dan bimbangkan jika saya berkahwin suami saya akan menuduh saya dan tidak dapat menerima saya.

Unknown said...

Sebabtu lah dia kata.... Sebelum kawin.. Jujur dulu supaya suami tak terasa tertipu selepas kawin

«Oldest ‹Older   201 – 209 of 209   Newer› Newest»

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...