Recent Posts

Posts RSS

Aidilftri, Persahabatan, Emergency Room dan dot dot dot...

Se hardcore mana pun seseoarang itu, bila bersangkutan keluarga pasti akan cair juga hatinya. Aidilfitri kali ini disambut sederhana tanpa keluarga di sisi namun Allah masih sayang kepada aku kerana menghadirkan keluarga keduaku di bumi Jakarta ini, sahabat seperjuangan di medan coat putih. Di kampung Tg Duren inilah kami bertemu, bergelak ketawa, menghiburkan hati yang pada hakikatnya sangat merindui kampung halaman yang jauh nun di sana.

Suasana tiba-tiba menjadi hening, beramai-ramai termenung jauh taktala takbir aidilfitri berkumandang mungkin sudah menjadi skrip wajib bagi yang berjauhan dengan keluarga. Rasa hiba pasti tidak akan bisa disembunyikan terus-terusan. Tidak mengapa, rindu itu hakikat manusia. Mujur ada mereka, hilaian ketawa tercetus kembali. Borak-borak kosong bersambung, bercerita, bercanda, setelah lama tidak berkumpul ramai-ramai begini. Masuk dunia coass (clinical) membuatkan kami tidak bisa bertemu lagi sebegini. Seorang di Sumatra, seorang di Jawa Tengah, yang itu di Depok yang ini di Jakarta, mana mungkin bisa berkumpul seperti zaman kuliah dahulu.

Bersama sahabat handai di majlis jamuan Aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
3,4 jam bersembang di atas meja makan tidak terasa. Terlalu banyak cerita mau dikongsi. Sedang bercerita, pulang seoarang lagi sahabat dari Depok. Suasana makin gembira. Selang beberapa minit terdengar bunyi kereta, yang dari pulau Sumatra sudah sampai. Gelak ketawa lebih meriah. Persis suasana di kampung, menanti kepulangan seorang demi seoarang anak di tangga rumah. Cerita versi Depok dan Sumatra masih belum disampaikan. Maka larut malam lah ceritanya selesai.

Acara makan-makan pagi aidilfitri di Kedutaan Besar Malaysia. Alhamdulillah, sungguh ramai yang tidak pulang rupanya. Bertemu teman-teman dari universitas lain, berkongsi cerita dan pengalaman. Yang penting adalah lemang, ketupat, rendang, kuah kacang dan kuih raya Malaysia harus aku rasa walau sedikit. Lumayan, hampir 50 orang batch 2008 berkumpul. Sesi berborak bergelak ketawa dilanjutkan hingga makan siang. Nanti malam dah berpisah semula, jadi berborak lah sampai puas.

Kebetulan sekitar jam 2 ada rakaman live video conference bersama YAB Dato Seri Najib Tun Razak yang disertai cawangan Jakarta, Beijing, Tokyo, Canberra, dan London. Setelah selesai maka selesai sudah Aidilfitri ku. Harus mengejar waktu, soalnya sebelum jam 6 aku perlu melanjutkan tugas ku di Emergency Room RSUD Koja.

Pada petangnya, sedang bersiap-siap untuk pulang ke Koja, teman-teman yang lain juga turut bersiap. Mereka juga harus pulang, meneruskan tanggungjawap. Melihat seorang demi seorang pulang meninggalkan rumah membuatkan hatiku sayu. Sangat sedikit waktu yang kami punya untuk berkumpul. Mungkin ini lah yang dirasakan nenek dan atuk bila melihat anak cucu seorang demi seorang pulang meninggalkan kampung halaman untuk kembali bekerja. Rumah yang riuh rendah semalamnya kembali sunyi.

Itulah nama persahabatan. Saling memerlukan dan melengkapi. Sama-sama ketawa dan tidak lupa bersama menangis. Alhamdulullah ya Allah, aku dikurniakan sahabat-sahabat yang mewarnai hidupku seharian disini. Ikhlas, tanpa mereka aku tidak mampu untuk mengharungi liku-liku hidup di perantauan. Benar, merekalah keluarga aku disini.

Sungguh tidak ikhlas aku melangkah masuk ke ER pada malam raya. Koja yang bising dengan lori-lori kontena aman damai, sunyi sepi. Tetapi ER nya yang tidak sepi-sepi. Dah macam pasar, tidak pernah seramai ini sebelum-sebelumnya. Kami menjangkakan tidak ada orang kerana semua beraya namun jangkaan kami meleset. Selamat sekitar jam 2 pagi keadaan mula tenang dan tidak ramai yang datang.

Bersama Jawaher di ruang ER di malam lebaran. Mereka berdua memang buat kerja tapi dengan sedikit berpura-pura untuk bergambar
Semoga pengalaman berharga ini dapat membantu kehidupanku mendatang. Memori bersama sahabat-sahabat ini tidak akan bisa dipadamkan dari ingatan. Tahun depan belum tentu bisa beraya beramai-ramai begini lagi. Dan tahun berikutnya semua sudah membawa haluan masing-masing, beraya bersama keluarga, suami/isteri mahupun anak. Buat mama dan ayah di kampung, man minta maaf banyak-banyak, halalkan makan minum man, doakan man berjaya di sini. Bukan tka nak balik kampung, tapi cuti 2 hari dan still ada on call. InsyaAllah tahun depan man cuba balik. Oh ya, raya kali ini aku sekali dengan birthday aku. Ada yang nak bagi hadiah? kek pun jadi lah.hehe...

Salam Aidilfitri buat Semua. Maaf Zahir dan Batin

Batch 2008 Ukrida yang tidak pulang beraya di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

2 comments:

Nadhirah Ahmad said...

Sebijik karya endon.,,,

Lokman Hakim said...

amacam, boleh buat novel ayat-ayat cinta tak? haha...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...