Fahamilah Orang Sekeliling Kita
Posted by Lokman Hakim at 10/13/2013 09:18:00 AM
Suatu petang di Maternal & Neonatal Emergency Room datang satu keluarga dengan 2 baby kembar premature yang baru je lahir cuma masalah nya baby tu terlalu kecil; berat badan hanya 1000 gram dan 900 gram + premature. Isterinya bersalin di rumah dengan bantuan bidan, jadi 2 baby ni dibawa oleh ayah dan neneknya. Dan sebenarnya baby ni dah dibawa ke hospital lain sebelumnya tapi tak mampu di rawat sebab hospital tu minta deposit Rp5 juta/hari untuk kos perubatan. Jadi baby ini di refer lah ke hospital tempat saya praktikal.
Baby ni layak sebenarnya untuk dapat layaan perubatan percuma sebab dari keluarga miskin cuma mungkin keluarganya tak tau prosedur untuk memohon. Yang menjadi saya terkesan adalah cerita berikutnya;
Tampak ayah baby ni masih muda sekitar 20-an, orang kampung, dengan raut wajah bukan mat rempit dan wajah gementar baru dapat anak pertama tapi anak terlalu kecil. Jelas ayah baby ni dah putus harapan bila hospital saya praktikal ini pun tak dapat terima anaknya sebab incubator penuh. Nurse pun tanya apa pekerjaan ayah baby ni sebab kalau memang orang susah nak bantu urusan permohonan perawatan percuma.
Dengan suara kecil bergementar ayah baby ni kata saya cuma jualan mainan (menjual mainan kecil-kecilan di tepi jalan macam gambar di bawah ni). Tiba-tiba mengalir air mata ayah baby ni lepas dia bagitau pekerjaan dia. Danggg! Seriously scene saat ini sangat amat sungguh memilukan. Saya sebagai doktor memang harus memisahkan antara empati dan simpati tapi saya manusia biasa yang asal usul saya dari keluarga yang susah sangat terkesan dengan situasi ini. Seorang ayah yang excited nak menimbang putera pertama tapi puteranya sakit dan dia tidak mampu menanggungnya.
Dalam situasi ini kadang ada yang menyalahkan keadaan keluarga yang miskin ni, kenapa tak berusaha lebih untuk dapat duit banyak. Kenapa tak sekolah betul-betul masa muda so boleh kerja yang baik dan ada gaji besar. Itulah kahwin lagi dengan orang susah, kan dah merana hidup. Kadang-kadang memang mudah kita judge bila tak kena batang hidung sendiri. Bukan dia yang minta jadi macam tu. Saya percaya dia pasti dah usaha sehabis mungkin untuk menyara keluarga dia dan rezeki dia hanya sebegitu.
Sesekali cuba kita try rasa berada didalam situasi orang lain, buat kita lebih berfikir panjang. Jangan hanya pandai judge orang. Sebab itu saya sedikit sensitif bila orang menghina orang miskin ni, sebab pandai cakap tapi tak tau apa yang orang lain rasa. Memang orang miskin itu kurang harta tapi boleh jadi dia lebih kaya dengan hati budi; lebih kaya dengan akal fikiran. Kita semua sama, jangan terlalu memandang rendah ke orang takutnya kita itu lebih rendah dari dia.
P/s: akhirnya baby tu terpaksa dibawa semula ke hospital pertama tadi dengan borang-borang prmohonan pelayanan perubatan percuma. Kita hanya mampu bantu apa yang patut sebelum refer ke hospital lain. Terima kasih bang kerana menyedarkan saya erti kehidupan. Semoga anak abang dibantu dan sihat insyaAllah. Rezeki itu di tangan Allah, biarkan apa kata orang. Semoga rezeki kita dimurahkan olehNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment