Recent Posts

Posts RSS

Kisah Indonesia Open yang Best

Sepanjang Kejohanan Indonesia Open (klik gambar untuk dibesarkan)

Inilah pertama kali aku pergi menyaksikan perlawanan badminton Super Series. Asalnya saje je ayat-ayat nak gi tengok. Rupanye, bro Rizal, senior aku memang plan nak pegi gak. So die ajak aku gi skali. Memandangkan hari tu hari sabtu, baru habis kelas, so aku pun on jela. Ditambah lak si Waie pun tengah cari geng nak pegi. Jadi aku pun terus la contact member-member yang lain ajak pegi tengok semi final. Hari tu, sebenarnya, dalam dompet ni ade Rp150,000 je, untuk belanje seminggu ni, dalam bank dah kosong, elaun tak masuk lagi. Tapi dek kerana semangat bekobar-kobar bebudak ni, kitorang lupakan bahawasa sesungguhnya kami ni tersangatlah sengket.

Maka dapatlah dikumpulkan seramai 8 orang budak batch aku yang nak pegi, aku,Emang, Tocet,Sapik,Waie,Balqis,Killa ngan Ati. Maka berangkatlah kami ke Istora Senayan Gelora Bung Karno, stadium badminton tersebut. Malam ni semi final. ade 3 game yang Malaysia main, single lelaki, double lelaki dan perempuan. Malam ni kami duduk kat seat kelas pertama je, sebab tak cukup duit nak beli tiket seat VIP. Walaupun jauh, tapi memang best dan mendebarkan tengok setiap match. Haa, ni baru semi final,belum final lagi...Gelagat penyokong tempatan? Akan diceritakan dibawah.

Dipendekkan cerita, single lelaki dan double wanita layak ke final. Double lelaki kalah.Kami menghitung-hitung nak pegi ke tak final esoknya tu (petang Ahad), sebab masing-masing tak de duit dan assigment yang berlambak. Kecuali si Waie ngan balqis, bersemangat habis nak pegi. Jadi akhirnya kami decide ade yang nak pegi tengok final dan ade yang taknak pegi.

Jadi hari ahad pun tiba. Game akan bermula pukul 1 petang waktu Indonesia. Kami kene gerak awal sebab nak beli tiket, dan nak cop tempat depan. Hari ni kami nak duduk seat VIP, sebab final. Aku pinjam duit Bob, sebab aku nak jugak pegi. Seperti biase, ramai sungguh penyokong Malaysia dimana jumlahnya mencecah 15 orang! dan kesemuanya student Ukrida, Trisakti ngan UI berbekalkan sehelai je bendera Malaysia. Jadi laa... Mereka ni memang muka-muka dah kene mark penyokong sejati. Game yang melibatkan player Malaysia adalah game ke-3, double wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui menentang beregu China sebelum game ke-4, Lee Chong Wei bertemu pemain tuan rumah, Taufik Hidayat

Keratan Senyum Kambing Utusan Malaysia 22 Jun 2009

Bermulalah episod Malaysia di gelanggang Indonesia. Seperti yang sedia maklum, kes Ambalat dan Monohara amat-amat meluas disebarkan media Indonesia, hingga mewujudkan sentimen benci kepada Malaysia. apabila diumumkan sahaja pasukan Malaysia, satu stadium mem"boo" team Malaysia. kami yang sekerat ni hanya mampu tersenyum je, sebab takut gak ape-ape hal terjadi bila ada provokasi. Maka bermulalah pertandingan double tersebut. Setiap pukulan yang diambil oleh team malaysia pasti akan di"boo". bukan stakat player kene boo, kami yang jerit "MALAYSIA BOLEH" ni pun kene boo. buat bodoh jela kami. Ditambah pulak, Malaysia bermain amat cantik sekali. Pujian harus diberikan kepada mereka kerana mampu menyerap tekanan.

Dan yang paling lawak, terdengarlah laungan bergema satu stadium menjerit "MONOHARA". bukannya nak jerit nama player sendiri, jerit nama orang lain. kami pun buat bodo jela. Double wanita akhirnya menang straight set. Pelik gak, camne diorang ni boleh lawan dengan cool je walaupun kene boo.

Beregu Malaysia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hu menerima medal

Saat paling genting, final single lelaki, antara Malaysia vs Indonesia, LC Wei vs Taufik Hidayat. Ini memang perlawanan genting sebab menemukan dua negara yang sedang "berperang" sekarang ni. kami yang 15 orang ni tak mampu nak kalahkan suara ribuan penyokong Indonesia dalam stadium. Apa yang boleh kami buat, tunggu jeritan diorang berhenti, baru kitorang jerit "MALAYSIA BOLEH", "LEE CHONG WEI". penutup jeritan kami, boo dari seluruh pelusuk stadium. Gelak sakan kami. Rase lawak lak. Kami datang hanya nak beri sokongan sambil melepas penat hujung minggu lepas stadi, bukan nak cari gaduh.

Permulaan game agak sengit dan kelihatan penyokong cukup besemangat. Set pertama Malaysia menang. pakcik depan aku yang begitu bersemangat tadi bila kamera tuju kat die, sekarang dah duduk diam-diam je. Kecewa kot. dapat la tengok raut wajahnya yang agak kecewa. Aku gelak kuat-kuat tapi dalam hati la. Game kedua bermula, malaysia kene tinggal 7-1. pakcik tadi dah mula bercahaya muke. Tapi Malaysia kejar semula sampai 7-7, aku tengok pakcik tu dah geleng kepala. banner tulis "GO TAUFIK GO...INDONESIA..." kat seberang sane pun aku dah tak nampak. Kecewa kot...gelak lagi dalam hari.

kami semua semakin bersemangat nak sokong. Kredit harus diberikan kat sume diorang ni. dari pagi tak makan, setia memberi sokongan sampai masing-masing hilang suare dah-termasuk aku! Bila dah smpai point-point terakhir, jeritan "WE WANT MORE" dan "ONE MORE" dilaungkan. Rasyid Sidek menoleh ke belakang, sambil melambai ke arah kami. kami lagi la bersemangat. Ditambah pula hanya kami penyokong Malaysia, conform kamera fokus kat kami kan bila menang. Buleh masuk tv..hahhahaha..

Setelah mengutip point kemenangan

Akhirnya, bila dah sampai point 18 tu, kami ni memang dah bedebar habis. Aku yang gemuk ni pun dapat rasa iktus cordis aku berdegup kat dada ni.Semua taknak duduk dah. berdiri! Laungan "WE WANT MORE", "MALAYSIA BOLEH" lagi kuat dijeritkan. Penyokong Indonesia semakin terdiam. Dan point 21! Malaysia Menang! tak de perasaan lain dah, memang terasa berbaloi sangat-sangat. Penyokong Indonesia terdiam habis. Malaysia boleh menang straight set walaupun diberi tekanan, ejekan dari seluruh pelusuk stadium. Aku tak peduli dah penyokong tempatan. kami berhak untuk meraikan kemenangan kami. Kelihatan beberapa tentera dah duduk di kawasan sekeliling kami, mungkin kerana takut terjadi perkara tak diingini. Tempat lain takde pun tentera.

Lee Chong Wei menerima medal kemenangannya

Apabila Lee Chong Wei dikalungkan medal, sorakkan boo masih kedengaran. kelihatan Lee Chong Wei melambai-lambai ke arah kami yang sekerat ni. Lagi la kuat kami jerit. Kami dah letih sebenarnya. Bro Rizal ajak pegi jumpe Lee Chong Wei kat belakang, tapi pak guard kate die dah balik Melaysia. aih, takkan awal sangat balik kan. So, semalam mase lepas semi final, Lee Chong Wei bagi kat bro Rizal nombor henpon die ngan nombor bilik hotel die kat The Sultan Hotel. So kami pun pergi la ke The Sultan jap, try call nombor bilik dia. Tak diangkat, henfon pun tak diangkat. Semalam die angkat. Pastu terjumpa fisioterapi dia baru masuk lobi hotel. kami borak-borak, rupanya memang Lee Chong Wei terus ke airport. Die kena balik terus sebab selasa ni ade Malaysia Open lak. Melepas kami nak kene suh die belanje macam mase Thomas Cup dulu.

Inilah penyokong Malaysia yang setia menyokong. Gambar kiri semi final, gambar kanan final

Wah pengalaman yang sangat-sangat menarik. sangat best dapat pegi tengok live. Baru terasa feel menang tu. Even habis dalam Rp150,000 untuk tiket sahaj, tapi rasa berbaloi. Banyak pengalaman yang melucukan yang berlaku.
  • Penyokong dari China kat belakang kitorang pandai cakap "bagus" ngan "timakasih". Bila kitorang sokong team China, diorang akan cakap 'bagus-bagus,timakasih". Kitorang kutuk pasukan China pun, tu jugak die cakap.
  • mula-mula ingat orang China tu orang Korea
  • Sarah kene baling kepala ngan botol air mineral dari oranga atas. botol tu lalu betul-betul tepi muka Shahli & Bro Nash
  • tengok muka seposeng semua penyokong tempatan bila kalah.hahaha
  • jumpa Ma Jin, partner Zheng Bo, beregu campuran China kat lobi hotel. Tinggi gile.
  • dapat masuk Astro Supersport, Trans7, tv kat Malaysia (adik aku mesej gitau dia nampak aku kat tv. bebudak umah aku pun kate gitu gak. aku cek semula kat YouTube, memang betul..hehehe)
  • Shahli bengang tak dapat masuk tv. Sape suruh taknak bangun,hahaha..jangan marah Shahli
  • Pagi tadi bangun tido, suara dah takde
  • Dalam dompet tinggal Rp5000 je
Maka amatlah berharga pengalaman ni. 1st time merasa menyokong pasukan sendiri secara live. walaupun tak sempat jumpa Lee Chong Wei, tapi takpe. taun depan ade lagi. Kita pergi ramai-ramai. Cuma moralnya, kalau nak kamera fokus kat kita, pastikan anda bawak bendera. Balik Malaysia ni aku nak borong bendera Malaysia. Thanks all my friends...!

Penyokong-penyokong setia pasukan kebangsaan (klik gambar untuk dibesarkan)

4 comments:

zoe sawyer said...

lokman~~
korg de kt utube..
kt sepn rsnye korg kuar..
hebat ahh~

gumbire gle msia menang!!

zoe sawyer said...

*espn

sala type lakkk

Mohammad Lokman Hakim said...

hahahaha,aku tgk kat supersport.ade la 2 saat.jd la.hahahha

Anonymous said...

sape emang tu? msti encem kn mam..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...