Recent Posts

Posts RSS

My First Anniversary

Wah,dapat gak aku ngelat sket waktu nak wat posting baru nih. Baru tadi habis 2 paper dan menanti 2 paper lagi esok. Takpe, ngelat dalam sesejam. Bak kate ustaz Syed, "orang gile je yang study petang-petang ni."

~Dipagi yang hening setahun yang lalu

28 Jun 2008-Nibong Tebal, Aku dengan rasminya bergelar seorang mahasiswa apabila berjaya mendaftarkan diri ke Universiti Sains Malaysia kampus Kejuruteraan. Hahahaha..ni la yang aku nak cerita. Saje je nak mengimbas balik kenangan, impian lampau. Tetiba terjumpa balik surat tawaran dulu dalam briefcase aku. Ni tetiba terfeeling sesorang nih.



Setahun dah berlalu rupanya. Aku masih ingat satu petang mase form 5, aku pernah meluahkan perasaan aku kat Syed Fadhli. Aku risau sangat-sangat masa tu, SPM dah nak dekat, dan aku takut lepas SPM aku tak dapat mana-mana tawaran untuk buat ijazah. Syed ngan coolnye cakap kat aku, InsyaAllah, jangan risau. Mesti dapatnya. Kerisauan aku tak habis pun time tu. Still berlanjutan sampailah setahun yang lalu.

Alhamdulillah, lepas habis kat Matrikulasi Pahang, aku dapat tawaran ke USM, walaupun bukan di course pilihan aku. Dan sebenarnya, aku agak kecewa sebab aku dapat course Engineering, sebab aku agak lemah dalam fizik. Tapi, takkan nak tunjuk sedih lak. Mak aku pun dah gembira sebab aku dapat ke USM even dia pun ragu dengan course aku tu. Aku pun yakinkan dia yang course Engineering ni bagus, walau aku pun tak la berapa tau sangat sebenarnya.

Tiba-tiba aku flashback,sejak sekolah rendah, aim utama setiap murid adalah melangkah ke menara gading. Aku ingat lagi, banyak gambar-gambar mural kat dinding sekolah, poster-poster yang menaikkan semangat untuk melangkah ke menara gading. Even sekarang ni, bukan susah nak masuk universiti berbanding 20 tahun yang lalu, tapi aku tetap bersyukur atas semua usaha bersungguh-sungguh aku. Apa yang aku berangan-rangan masa sekolah dulu dah tiba.

Melangkah pulangnya mak dan ayah aku lepas pendaftaran, bermulanya kehidupan baru aku. Aku dah bebas, sebagaimana ungkapan senior-senior aku yang mengatakan student life ni sangat-sangat bebas. Ya betul, aku akui. Dulu kalau outing, kena tunggu hujung minggu atau hari cuti. tapi sekarang bila-bila masa je aku boleh outing. Asal ade game bola je, aku akan ke kedai mamak kat depan universiti. Asal boring je, pinjam skuter Raja, pegi makan kat pekan Parit Buntar.

aktiviti-aktiviti yang sempat bersama sepanjang aku disana

Alhamdulillah,sepanjang setengah semester aku berada kat USM, aku mula adapt ngan pembelajaran berasaskan fizik-walaupun masih merangkak. Ribuan terima kasih kat member-member school (nama lain bagi fakulti) aku,yang banyak mengajar dan membantu. Aku terhutang budi kat korang-Bulet,Kama,Yard,Noyan,Madi,Khai dan semua la. Aku baru reti camne nak buat lukisan kejuruteraan. Best tu belajar lukisan kejuruteraan ni. Aku pun sempat jugak merasa masuk dalam bengkel, belajar welding la, arka la. Memang best,sampai tebako glove aku!. Pengalaman yang sangat-sangat-sangat berharga. Dan yang paling berharga, aku mula belajar erti berdikari yang lebih advance dari sebelum ini.

hari pertama (kiri) dan terakhir (kanan) aku di universiti

Dan, seterusnya aku mendapat sesuatu kejutan yang amat-amat-amat aku harapkan. Alhamdulillah, boleh aku katakan, kebanyakkan impian yang aku impikan even nampak impossible, ter-realisasi. Syukur ya Allah! Tu lain kali la aku cerita.

Sedar tak sedar dah setahun berlalu. Itulah petanda akhir zaman, masa terlalu singkat. Yang pasti, cabaran semakin bertambah dan semakin hari, aku semakin rindu dengan kenangan silam. Rindu nak balik sekolah, nak jumpa kawan-kawan matrix, nak pegi USM semula. Kehidupan sekarang sangat memenatkan~berbanding zaman-zaman bebudak dulu. Biasalah, kena adapt dengan susana memasuki alam dewasa. Nanti dah kerja, dah kahwin, takkan baru nak belajar jadi dewasa kan? Malu ke mak mertua. Semoga aku semakin tabah menghadapi cabaran, bijak dalam berfikir dan semakin matang dalam tindakkan.

5 comments:

Nadhirah Ahmad said...

rndu kwn2 mtrik? spesik sket leh??

mu nsb baik dpt bnde mu nk. ak dop gtu skmo pum.. isk3..

pape ak stil syukur

Redz da Tsar said...

Haha... Syukur ye tak? Dapat kat bidang yang ko impikan... Jadi, jangan duk lalai pulak... Aku percaya ko akan berjaya insya Allah....

Norfadzillah bt Mohd Rosli said...

setiap yang terjadi ada hikmah tu... =)

Mohammad Lokman Hakim said...

setiap y berlaku tu betul2 mnjadi pengalaman y sangat berharga dlm diri kite.harga pengalaman tu lagi mahal dari teori y kita duk ngadap setiap hari..pe org putih kate, experience is the best teacher....

nadhirah~ho,aku rindu ke mu..hahaha

riduan~betul2..bkn senang dpt pluang cmni.ko pun duan, aku doakan ko bjaye.nanti kite konker hospital jerantut.hahahaha....

kak efa~hehehe...sangat2 stuju ngan akak.

Yard Maliki said...

Asalam dr lokme!kami akn kenang kn hg.jgn wsow.ak dh bce.thnx lokme!hg mmg baek..nnt2 ada mse dtgla mai USM.blek ak khas tuk hg.hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...