Recent Posts

Posts RSS

Tingkap Baru Bernombor 7

Bini berkulit hitam manis aku ni dah setahun tak wat medical checkout. Ditambah la pulak dengan hanya memakai ubat antimikroba free version. Apela sangat protection yang boleh dia bagi kat bini aku ni. Ibarat orang tua umur 25 tahun demam diberi makan Cortal je la. Pengubatan yang tidak mendatangkan pembaikkan. Sampai je kat dalam perut hancus melebus.

Seminggu yang lalu dia dah buat hal, mengong-mengong sikit. Merengek sane merengek sini. Tapi aku masih bersabar dek kerana aku masih sayang dan cinta sama dia. Semalam betul-betul menaikkan angin kus-kus aku bile dia wat hal. Slow...! Bile menyanyi boleh lak stuck-stuck macam CD lekat. Ingat ko ni ESPN IndoVision ke nak main lekat-lekat. Tensen ooo tengah nak rilek-rilek di petang hari dengar lagu die stuck. spoil betul. Mas kahwin aku bagi dulu mahal ko nak tau, lebih RM2000.00. So aku decide hantar bini aku ni berubat.

Maka masuklah hospital bini aku ni semalam. Mule-mule taknak hanto ke spital, suruh berubat ngan bomoh je sebab poket aku ni dah kempis. Tapi setelah aku call member dokter aku sorang ni, dia memberi jaminan perawatan hanya dijalankan tak sampai sejam. So aku hantar jela kat spital member aku ni je.

Sampai spital Dr Mayu, dia pun usha bini aku. Sekali lagi bini aku ni menyanyi versi stuck-stuck. Die ingat nyanyi lagu Akon ke nak rap-rap. Maka si dokter suggest aku untuk wat pembedahan plastik ke atas bini aku memandangkan menurut dia muka bini aku ni old school. cis...! Aku pun setuju la, bagaikan nota BioEthic Blok 13 Dr Budiman. Aku ingat sejam operation dijalankan mengikut kate-kate dokter ssebelum sign borang operate, upenye hampir 24 jam. Balik umah layan EPL lagi best.

Maka keesokkan harinya (tengahari tadi la), keluar la bini aku dari spital dengan machonye umpame sidang media rafa Benitez selepas kekalahan Liverpool. Maka ni la hasil pembedahan yang dilakukan:


inilah rupa bini ku yang terbaru.macam cun je

So lepas ni boleh la aku melayan bini aku macam biase. Boleh la post posting lagi. cewaah, kalau dia sihat pun macam la aku rajin nak update blog. So aku puas hati setakat hari ni. Bayaran perubatan macam harga biase sebelum negotiate. Aku akan mintok ngan aboh lagi kurang. hahaha...pape pun aku dah bayo down payment 500 tadi (rupiah ye,bukan ringgit) dan dalam usaha membuat permohonan kepada aboh untuk membuat pembayaran ansuran selama setahun. Semoga permohonan diterima. hehehhe...

p/s: bini aku yang dimaksudkan adalah laptop aku. saje je membuat cerita bagi hapenin sket. Sebelum laptop aku teruk baik aku cegah awal-awal. Alang-alang aku tukar windows xp aku ni jadi windows 7. orang kate best...

2 comments

Mercedes GP Petronas Car Launching

Stuttgart-Akhirnya, teka-teki kaler kereta Mercedes GP Petronas terburai jugak setelah majlis pelancaran baru tadi walaupun dah ade dalam internet sebelum-sebelum ni, aku sekadar nak feel yang rasmi. Gandingan kaler Silver Arrow dan hijau Petronas disamping terteranya lambang Petronas Malaysia di sisi bilateral kereta. Pewiiiit......

Ini dia Mecedes GP Petronas MGP W01 official car. Yang kiri tu yang rasmi dan yang kanan ni model yang bertebaran di internet sebelum ni. Takde jual ke hak hot wheels punye ye?

Hahaha, sejak Petronas menaja Mercedes GP ni tetiba ramai yang tertarik semula dengan F1-ditambah pula dengan penglibatan semula juara 7 kali dunie Mikel Semekel. Tambah-tambah lagi dengan wujudnye pulak satu lagi Malaysian-based F1 team, Lotus F1, membuatkan aku menjadi pembaca wajib section F1 kat Eurosportnews. Sebab ini melibatkan nama negare yang aku rindui ni kot yang menjadikan aku ghairah kembali dengan F1.hahaha...

Walaupun aku akui kurang bersetuju dengan peng-sponsor-an jutaan ataupun bilioonan Petronas keatas pasukan German selama 5 tahun ni, tapi sebenarnya ade la sikit dalam hati lebih kurang 30% yang aku bangge. Name Malaysia diseluruh dunia. Bukan 1, tapi 2 team tuuuu...

Lepas ni sape-sape yang tukar reward point kad mesra Petronas mesti ade hadiah t-shirt Mercedes GP Petronas. Huish, lawo tu. Kalau aku dapat mesti aku pakai bawak pusing-pusing Jakarta. Mekel Sumekel beb, bukan Maikel monyet dalam buku Ujang dulu-dulu tu. Aku kene buat la satu kad mesra Petronas pas ni. Tapi dapat ke point kalau isi minyak moto 2 inggit je? Tu je kenderaan hak aku mampu milik.

Ape-ape pun, sedang menunggu pelancaran kereta rasmi Lotus F1 team Febuari ni. Jangan si Incik Toni Penandes letak gambar die kat kete F1 tu sudah. Perlumbaan pertama di Bahrain Mac ni pasti akan membuatkan aku tecatok petang Ahad depan tv menonton perlumbaan dan mungkin setiap perlumbaan aku akan tecegat depan tv umpama setiap match Manchester United. Bukan aku sorang je yang pasti, sume housemate aku pun same.

p/s~emm, ade pro-kontra mende ni.aku pun tak tau la nak cakap ape. sebagai orang biase yang takde suare apa-apa ni, diam jela sekadar men-evaluasi diri jela disamping bangga gak sekaki. hehehe...

1 comments

Hati-Hati di ATM...!

Pagi-pagi selalunye suke bukak Berita Harian Online dengan kompas.com walaupun tau dalam pukul 7 tu takde berite sangat lagi. Sesaje dah jadi habit selain mengecek facebook mane tau ade komen pape kan. Ketagihan facebook amat berbahaye sekali. Dan terbaca satu berita di kompas.com pasal satu kes yang amat berbahaya dan wajib mengambil tahu iatu kasus (kes) skimming kartu (kad) ATM (sebut = aa-tee-em).

Skimming card ATM ni satu operasi rampokkan dimana ada pihak2 tertentu dipercayai pekerja bank itu sendiri meletakkan satu alat skimming di tempat kite cocok kad ATM tu dan letak kamere tersembunyi kat atas skrin ATM. Fungsi skimmer ATM card tu adalah untuk mengkopi maklumat yang tersimpan dalam jalur elektromagnetik kad ATM yang dicocok tersebut dan kamera tersembunyi itu untuk melihat nombor pin yang ditaip penggune.

So, modus operandi mereka adalah dengan mengkopi kad yang telah di-skimm tersebut kemudian mengeluarkan wang didalam akaun menggunakan nombor pin telah yang dirakam kamere tersebut.

Alat skimmer yang dipasang pada tempat cocok kad ATM. Nampak macam normal tapi sebenarnya tak. Tempat cocok ATM normal die rata je atau melengkung kedalam. Yang terbonjol sikit2 hanyelah getah pelapik tempat cocok kad sebagai antigores kad yang pihak bank tak reti-reti nak servis. Kalau dilihat ini macam tempat cocok kad kat public phone dan jika diperhatikan betul2 ia adalah alat external yang ditampal kat situ. Dan macam-macam lagi sebenarnya bentuk skimmer ni, sila google.BEWARE...!

Yang dalam bulat merah tu terdapat kamera tersembunyi

So kes ni berlaku di Indonesia terutama di Bank Mandiri. Bank lain macam CIMBNiaga aku tak berape pasti. kat Malaysia aku rase macam tak boleh buat je sebab kite pakai cip. Tak tau la line itam kat belakang kad Maybank, BSN tu masih berfungsi atau cip tu boleh gak di-skimm Harap-harap selamat la kot. Kalau tak habis la MyKad kite kene skimm gak.

So bagi langkah pencegahan mengikut paper ni kate, pastikan anda;
  • pergi keluarkan duit kat ATM yang ade satpam (pak guide)
  • guna ATM di branch-branch besar seperti kat TA ke, GI ke dan sebagainya
  • simpam duit bawah bantal (hahahaa......)
  • pastikan tempat cocok kad ATM tu ade anti-skimmer (seperti gambo dibawah)
contoh anti-skimmer yang dipasang seperti di ATM BCA dalam Tomang Tol tu

Kamera untuk merakam kita menekan keypad ATM tu diletak dimane-mane sudut yang sesuai bagi membolehkan melihat jari-jemari kita menari gemah-gemalai diatas 6 digit pin kita. Atas skrin ke, tepi skrin ke, kat tempat plamplet ke, tempat iklan ke dan sebagainya. Jadi berhati-hatilah kamu semua terutama bagi yang study atau tinggal di Indonesia ni. Ni minggu elaun baru masuk, takut pape terjadi. Kalau nak keluar duit kat ATM tu tengok-tengok dulu ATM tu mencuriga atau tidak. Dan bagitau teman-teman kita yang tak tahu lagi sebab kes ni tengah hot sekarang kat Indonesia.

"Semoga Allah melindungi, merahmati serta menambahkan takwa dan rezeki hambaNya....amin"

p/s: patutla mase aku keje cashier Caltex dulu2 tokey tak bagi kami terima kad kredit tanpa cip. dia cakap "talak telima lagi maa..lu angkat yang pakai cip aje laa.kalau lu telima,nanti gua potong gaji lu" ~ selamat die lawo.hahahaa....

0 comments

Tiada Penghujungnya...

Dah lame aku tak mengepos posting baru tetiba muncul dgn tajuk jiwang semacam je.haha..sesaje je nak buat gempak konon-kononnye,walaupun tak la gempak.ape sebenarnya tiada penghujungnya itu?

Sebenarnya aku baru je mendapat lecture pasal karsigonesis (proses terbentuknya tumor). Tetiba teringat satu artikel yang pernah dibaca dalam Utusan Mingguan dulu-dulu mase masih berhingus. Time tu suke bace tang kesihatan yang banyak artikel. Bukan sebab nak bace artikel ilmiah tapi sebab bnyk gambar-gambat menarik dalam halaman tu selali dengan intisari rancangan nak tgk movie ape yang akan ditayangkan kat TV3 pukul 3 petang hari Ahad.

Berbalik pada artikel terbaca tu yang berlaitan ngan ilmu baru belajar ni,artikel tersebut menyampaikan mengenai mangsa-mangsa perang Amerika-Vietnam zaman vietcong dulu. Aku suka tengok sebab ade gambar macam ultraman







Uih mane penah tengok gambar-gambar macam ni mase zaman tak kenal internet dulu-dulu. Bile dah besar sikit baru tau ini merupakan generasi-generasi mangsa perang vietnam dahulu.

AGENT ORANGE - itulah ramuan tambahan sperm si ayah yang menjadikan anak-anak special sekali seperti di atas. Zat kimia tersebut disemburkan oleh tentera Amerika pada hutan-hutan Vietnam kononnya nak memusnahkan tanaman yang dijadikan sumber makanan tenteta gerila Vietnam. Kerana tentera vietnam bergerak dalam hutan secara gerila yang menyebabkan kekalahan Amerika

Disemburlah agen oren ini. Sememangnya membunuh tanaman tetapi mengubah ganetik mereka-mereka yang terpapar pada zat tersebut. Maka lahirlah ganerasi-ganerasi sadis ini yang tak alan ada penghujungnya. Forever and ever! Manusia bukan macam durian nak main tukar-tukar genetik jadi manis,besar,biji kecik.








Itulah manusia apabila berfikir kuat melebihi tuhan. Mungkin niat mereka nak bunuh tanaman tapi tak mustahil untuk rosakkan generasiasa depan Vietnam...

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...