Recent Posts

Posts RSS

Hati-Hati di ATM...!

Pagi-pagi selalunye suke bukak Berita Harian Online dengan kompas.com walaupun tau dalam pukul 7 tu takde berite sangat lagi. Sesaje dah jadi habit selain mengecek facebook mane tau ade komen pape kan. Ketagihan facebook amat berbahaye sekali. Dan terbaca satu berita di kompas.com pasal satu kes yang amat berbahaya dan wajib mengambil tahu iatu kasus (kes) skimming kartu (kad) ATM (sebut = aa-tee-em).

Skimming card ATM ni satu operasi rampokkan dimana ada pihak2 tertentu dipercayai pekerja bank itu sendiri meletakkan satu alat skimming di tempat kite cocok kad ATM tu dan letak kamere tersembunyi kat atas skrin ATM. Fungsi skimmer ATM card tu adalah untuk mengkopi maklumat yang tersimpan dalam jalur elektromagnetik kad ATM yang dicocok tersebut dan kamera tersembunyi itu untuk melihat nombor pin yang ditaip penggune.

So, modus operandi mereka adalah dengan mengkopi kad yang telah di-skimm tersebut kemudian mengeluarkan wang didalam akaun menggunakan nombor pin telah yang dirakam kamere tersebut.

Alat skimmer yang dipasang pada tempat cocok kad ATM. Nampak macam normal tapi sebenarnya tak. Tempat cocok ATM normal die rata je atau melengkung kedalam. Yang terbonjol sikit2 hanyelah getah pelapik tempat cocok kad sebagai antigores kad yang pihak bank tak reti-reti nak servis. Kalau dilihat ini macam tempat cocok kad kat public phone dan jika diperhatikan betul2 ia adalah alat external yang ditampal kat situ. Dan macam-macam lagi sebenarnya bentuk skimmer ni, sila google.BEWARE...!

Yang dalam bulat merah tu terdapat kamera tersembunyi

So kes ni berlaku di Indonesia terutama di Bank Mandiri. Bank lain macam CIMBNiaga aku tak berape pasti. kat Malaysia aku rase macam tak boleh buat je sebab kite pakai cip. Tak tau la line itam kat belakang kad Maybank, BSN tu masih berfungsi atau cip tu boleh gak di-skimm Harap-harap selamat la kot. Kalau tak habis la MyKad kite kene skimm gak.

So bagi langkah pencegahan mengikut paper ni kate, pastikan anda;
  • pergi keluarkan duit kat ATM yang ade satpam (pak guide)
  • guna ATM di branch-branch besar seperti kat TA ke, GI ke dan sebagainya
  • simpam duit bawah bantal (hahahaa......)
  • pastikan tempat cocok kad ATM tu ade anti-skimmer (seperti gambo dibawah)
contoh anti-skimmer yang dipasang seperti di ATM BCA dalam Tomang Tol tu

Kamera untuk merakam kita menekan keypad ATM tu diletak dimane-mane sudut yang sesuai bagi membolehkan melihat jari-jemari kita menari gemah-gemalai diatas 6 digit pin kita. Atas skrin ke, tepi skrin ke, kat tempat plamplet ke, tempat iklan ke dan sebagainya. Jadi berhati-hatilah kamu semua terutama bagi yang study atau tinggal di Indonesia ni. Ni minggu elaun baru masuk, takut pape terjadi. Kalau nak keluar duit kat ATM tu tengok-tengok dulu ATM tu mencuriga atau tidak. Dan bagitau teman-teman kita yang tak tahu lagi sebab kes ni tengah hot sekarang kat Indonesia.

"Semoga Allah melindungi, merahmati serta menambahkan takwa dan rezeki hambaNya....amin"

p/s: patutla mase aku keje cashier Caltex dulu2 tokey tak bagi kami terima kad kredit tanpa cip. dia cakap "talak telima lagi maa..lu angkat yang pakai cip aje laa.kalau lu telima,nanti gua potong gaji lu" ~ selamat die lawo.hahahaa....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...