Pengemis,Sedekah Sedekah Sedekah
Posted by Lokman Hakim at 2/17/2010 11:39:00 PM
Sedang aku menanti nasi goreng siap,tiba-tiba terdengar satu sapaan memberi salam. Seorang tua berkerusi roda buatan sendiri memandang sedih sambil tangan dihulur tanda meminta sedikit sedekah. Setelah pak nasi goreng ni memberi Rp1000, berlalulah dia pergi dengan kepayahan bersama kerusi roda buatan sendiri usang tersebut melalui jalan Mandalika yang sempit dan sibuk.
Ni merupakan pemandangan biasa kat sepanjang jalan Mandalika Tanjung Duren. Setiap waktu dari pagi hingga petang kedai sepanjang jalan ni pasti akan dikunjungi peminta sedekah. Macam-macam gaya dilakukan untuk "memaksa" tuan kedai memberi wang, dari "akak berhalkum" menari dangdut dengan speaker box nye sampailah kumpulan persembahan sarkas mini monyet. Modus operandinya sume sama, membuat bising depan kedai orang dan untuk buat diorang blah dari situ adalah wang sedekah. So tokey kedai terpaksa la memberi sedekat supaya pelanggan kedai mereka tak terganggu.
Selalunya perasan menyampah menyelinap dalam hati tengok gelagat diorang ni tapi kadang-kadang timbul kesian tengok keadaan sesetengah mereka. Macam pakcik kat atas tadi tula,nak menitis air mata bila tengok dia bersusah payah menolak kerusi roda dengan keadaan jalan kat kota Jakarta ni. Buatnye kene himpit dengan Angkutan, tak ke bergolek dalam longkang. Dah la longkang sini gaye macam loji pembuangan sisa nuklear.
Bukan kat Jakarta je, kat Malaysia pun sama je cume kat Jerantut macam kurang je. Contohnya kalau kat terminal bas Butterworth budak-budak kecik bukan main ramai meminta sedekah dengan menjual surah Yaasin. Rimas tengok. Tapi menurut member aku, diorang ni bebudak sindiket meminta sedekah. Wallahu alam..
Kalau ada duit berlebihan dalam poket tu hulur-hulur la. Memang simpati cuma yang menjadi persoalannye sehari diorang dapat berape? Bayangkan satu jalan sahaja pasti ada dalam 50 kedai san tiap kedai akan memberi dalam Rp1000. Nak habiskan 50 kedai ni memakan masa lebih kurang 2 jam. 2 jam hasilnya dalam Rp50,000. Start kerja lepas magrib sampai pukul 12, so lebih kurang 3 trip. Anggaran dalam masa 6 jam berjaya mengutip dalam Rp 150,000 (RM 50), sebulan dah dapat dalam RM 1500. Fuh, banyak tu. Aku yang kerja cashier pam minyak 8 jam sehari pun boleh dapat RM 600 je sebulan lepas tolak sokso dan kwsp. Lumayan tu beb, lebih dari double gaji aku tu. Patut la ade orang siasat satu ketika dahulu seorang peminta sedekah kat Malaysia pakai Mercedes. Ambik ko, Mercedes tu. Aku ni mampu pakai basikal je.
Tula, perkara yang menjadikan kita berbolak balik nak bagi sedekah ke tidak. Nak bagi karang takut diorang tipu. Tak bagi karang kesian, sebab memang diorang nampak sangat kesian. Cuma apa yang boleh kita buat, bagi jela sedekah semampu yang boleh. Dalam Quran pun dah cakap pasal sedekah
Firman Allah ;
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين(133)
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ(134)
"Hasten to obtain forgiveness from your Lord and to qualify yourselves for Paradise. Paradise, vast as the heavens and the earth, is prepared for the pious"
"who spend their property for the cause of God in prosperity as well as in adversity and who also harness their anger and forgive the people. God loves the righteous ones."
(al-Imran 3: 133-134)
So, terpulang la paxa mereka sama ada menipu atau bukan. Serah sahaja pada Allah. Semoga sedikit harta yabg kita sedekah ini dapat membantu kita kelak sebagai saham berharga insyaAllah.
P/s: bak kate member aku dari bagi kat pengemis baik masukkan duit dalam tabung masjid. terpulang lah pada anda. Dan kalau ade salah dalam ayat Quran kat atas tolong diperbetulkan. Susah gak nak posting gune talipon ni. Wallahu alam

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment