Recent Posts

Posts RSS

Kisah 3 Pemuda Hitam dengan Jin

Diceritakan pada suatu hari terdamparlah 3 orang pemuda hitam legam di sebuah padang pasir akibat dibuang negeri kerana kehitaman serta kehodohan mereka. Maka berjalanlah 3 sekawan ini mencari hala tuju dan tiba-tiba salah seorang mereka terjumpa sebuah lampu ajaib ala-ala cerita Aladdin.

Tanpa berfikir panjang mereka menggosok-gosok lampu ajaib tersebut seperti yang pernah mereka lihat didalam cerita lalu keluarlah seekor jin hijau. Jin itu tertawa puas kerana berjaya bebas lalu menghadiahkan 1 permintaan setiap seorang sebagai tanda terima kasih membebaskannya. Lalu ketiga-tiga pemuda hitam itu tersenyum memikirkan nasib mereka akan berubah selepas ini.

Tanpa berfikir panjang pemuda pertama meminta dari jin tersebut ingin menjadi seorang berkulit putih. Lalu tanpa sempat mengelipkan mata terus dia menjadi putih seputihnya lebih ala-ala albino. Gembiralah pemuda pertama itu. Kini giliran pemuda kedua. Permintaannya lebih hebat iatu jadikan kulit ia lebih putih dari pemuda perta itu tadi. Maka tidak sampai sesaat kulit pemuda kedua tadi menjadi putih-putih seputihnya siap ada texture metalic lagi agar lebih kelihatan putih.

Kini tinggal permintaan terakhir dari pemuda ketiga. Dia melihat kedua-dua kawannya menari kegembiraan kerana menjadi putih dan dia tak tahu apa lagi yang lebih bagus dari putih melainkan putih itu sahaja. Kerana tidak berpuas hati lalu dia meminta kepada jin tersebut "wahai jin hijau jadikanlah kedua-dua teman aku itu hitam kembali" dan dalam masa tidak sampai sesaat juga mereka menjadi hitam kembali dan jin berlalu pergi.


Dari cerita diatas kita dapat lihat bagaimana bahayanya sifat hasad dengki didalam kehidupan manusia. Hasad dengki sering dilakukan dengan cara menjatuhkan seseorang bukan dengan persaingan yang sihat. 

Kita kembali ke sirah nabawiah, dimana salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, Sa'ad bin Abi Waqqas. Sa'ad bin Abi Waqqas bukanlah seorang sahabat yang ibadahnya terlalu hebat berbanding sahabat lain, ibadahnya biasa-biasa sahaja. Salah satu sifat yang menjadikan dia dijanjikan syurga adalah sifat dengki baik (saya lupa bahasa arab nya). Apabila dia melihat seseorang berjaya, dia akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang tersebut bukan dengan cara menjatuhkan orang itu.

Kita hidup didalam zaman penuh hasad dengki. Janganlah sesekali kita mempunyai hasad dengki terhadap orang lain kerana ia adalah dosa yang sangat besar. Apabila melihat orang lebih baik dari kita belajarlah dari mereka dan berusaha supaya menjadi lebih baik. Jangan sesekali kita menjatuhkan orang lain.

"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tidak hasad serta jauhilah kami dari bahaya hasad"

0 comments

Backpacking ke Pantai Timur


Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan juga untuk backpacking travel cuti semester kali ni. Pada mulanya nak start di Indonesia tetapi faktor kewangan ketika itu sangat-sangat menghalang jadi terpaksalah memulakan perjalanan di Malaysia.

Rancangannya, saya nak bertemu seberapa ramai kawan-kawan saya yang ada disekitar tempat saya berhenti. Perjalanan akan dimulakan dari Jerantut menuju ke Kuala Lumpur untuk bertemu rakan-rakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia di Kuala Lumpur sebelum ke Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai. Di Usim saya boleh berjumpa dengan kawan-kawan saya yang ada di UIA sekali sebab dekat.

Seterusnya saya akan ke Terengganu pula untuk meneruskan misi penting iatu untuk singgah di Universiti Sultan Zainal Abidin sebelum bertemu Mat Pih untuk mengambil kiriman jersey batch untuk dibawa balik ke Jakarta. Setelah misi penting di UniSZA setel, saya akan berangkat ke Kota Bharu untuk bermalam di sana.

Keesokkan harinya saya nak ke Rantau Panjang sebab kali terakhir saya ke situ masa saya darjah 5. Itupun sebab ikut rombongan sekolah rendah. Jadi saya nak jalan-jalan sekali lagi ke sana. Setelah habis pusing Rantau Panjang saya akan ke Tanah Merah untuk ambil train balik ke Pahang.

Misi utama saya ber-backpacking ini selain nak ke UniSZA adalah nak tengok travel saya boleh atau tak menepati dengan masa yang telah dijadualkan serta budget yang telah di peruntukkan. Nak cari pengalaman sikit baru nanti boleh berfikir nak backpacking di Indonesia dan negara lain.

Ok lah, saya dah nak gerak ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan saya selamat pergi selamat pulang. Semoga segala perancangan yang dibuat terlaksana dengan baik insyaAllah. Tunggu saya disana!

p/s: aduhai, backpack kecik yang order minggu lepas tak sampai-sampai lagi. Terpaksa lah pakai backpack 45 liter ni. Tak kisah lah, janji selamat sampai. Nanti saya post apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...