Recent Posts

Posts RSS

Kisah 3 Pemuda Hitam dengan Jin

Diceritakan pada suatu hari terdamparlah 3 orang pemuda hitam legam di sebuah padang pasir akibat dibuang negeri kerana kehitaman serta kehodohan mereka. Maka berjalanlah 3 sekawan ini mencari hala tuju dan tiba-tiba salah seorang mereka terjumpa sebuah lampu ajaib ala-ala cerita Aladdin.

Tanpa berfikir panjang mereka menggosok-gosok lampu ajaib tersebut seperti yang pernah mereka lihat didalam cerita lalu keluarlah seekor jin hijau. Jin itu tertawa puas kerana berjaya bebas lalu menghadiahkan 1 permintaan setiap seorang sebagai tanda terima kasih membebaskannya. Lalu ketiga-tiga pemuda hitam itu tersenyum memikirkan nasib mereka akan berubah selepas ini.

Tanpa berfikir panjang pemuda pertama meminta dari jin tersebut ingin menjadi seorang berkulit putih. Lalu tanpa sempat mengelipkan mata terus dia menjadi putih seputihnya lebih ala-ala albino. Gembiralah pemuda pertama itu. Kini giliran pemuda kedua. Permintaannya lebih hebat iatu jadikan kulit ia lebih putih dari pemuda perta itu tadi. Maka tidak sampai sesaat kulit pemuda kedua tadi menjadi putih-putih seputihnya siap ada texture metalic lagi agar lebih kelihatan putih.

Kini tinggal permintaan terakhir dari pemuda ketiga. Dia melihat kedua-dua kawannya menari kegembiraan kerana menjadi putih dan dia tak tahu apa lagi yang lebih bagus dari putih melainkan putih itu sahaja. Kerana tidak berpuas hati lalu dia meminta kepada jin tersebut "wahai jin hijau jadikanlah kedua-dua teman aku itu hitam kembali" dan dalam masa tidak sampai sesaat juga mereka menjadi hitam kembali dan jin berlalu pergi.


Dari cerita diatas kita dapat lihat bagaimana bahayanya sifat hasad dengki didalam kehidupan manusia. Hasad dengki sering dilakukan dengan cara menjatuhkan seseorang bukan dengan persaingan yang sihat. 

Kita kembali ke sirah nabawiah, dimana salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, Sa'ad bin Abi Waqqas. Sa'ad bin Abi Waqqas bukanlah seorang sahabat yang ibadahnya terlalu hebat berbanding sahabat lain, ibadahnya biasa-biasa sahaja. Salah satu sifat yang menjadikan dia dijanjikan syurga adalah sifat dengki baik (saya lupa bahasa arab nya). Apabila dia melihat seseorang berjaya, dia akan berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang tersebut bukan dengan cara menjatuhkan orang itu.

Kita hidup didalam zaman penuh hasad dengki. Janganlah sesekali kita mempunyai hasad dengki terhadap orang lain kerana ia adalah dosa yang sangat besar. Apabila melihat orang lebih baik dari kita belajarlah dari mereka dan berusaha supaya menjadi lebih baik. Jangan sesekali kita menjatuhkan orang lain.

"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tidak hasad serta jauhilah kami dari bahaya hasad"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...