Recent Posts

Posts RSS

Membeli Baju Raya Anak Yatim Bersama Santun

Ramadhan lepas saya ada ikut satu program yang agak menyentuh hati saya. Saya bersama sahabat-sahabat Santun YaPEIM belah utara diminta untuk teman lebih kurang 100 anak yatim sekitar Kedah untuk membeli pakaian raya. Setiap seorang akan diberi pakaian lengkap dari baju, butang dan sampin. Kami tinggal teman adik-adik ni pilih baju mana yang diorang bekenan.

Walaupun mereka dah datang sebelum ni ke kedai untuk ambil saiz, tapi hari ni lebih kurang nak bagi mereka ni feel beli pakaian raya. Merasa dapat pilih baju melayu baru. pilih warna kegemaran diorang, pilih nak matching dengan samping warna apa. Bagi mereka merasa seperti anak-anak kecil yang lain rasa tiap kali nak raya.



Adik-adik rumah anak yatim sekitar Kedah

Abang-abang dan kakak-kakak Santun membantu adik-adik ni pilih baju yang sesuai
Majlis macam biasa lah, adik-adik sampai ke A'lamoda Sungai Petani (kedai baju raya), briefing sikit-sikit dari pegawai YaPEIM, pilih-pilih baju, test baju, tengok cermin lepas tu dengar sedikit ucapan dari pihak penganjur. Raya kan sinonim dengan 'duit raya', dan Alhamdulillah rezeki adik-adik ni dapat sedikit 'duit raya' dari pihak kedai.

Majlis lagi meriah atas kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang turut sama membantu adik-adik ni pilih baju raya. Baru excited kan dapat jumpa menteri depan-depan. Selalu tengok dalam paper dan tv je. Tak tau la yang lain excited ke tak. Saya memang jarang dapat jumpa orang-orang besar depan mata ni.
Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri sedang memilih baju raya untuk seorang adik anak yatim. Yang baju kuning tu ayahanda KP, Ketua Pengarah YaPEIM
So saya dapat seorang adik yang umur dalam 5-6 tahun. Saya tanya dia nama apa. Saya lupa nama sebenar Haikal atau Daniel tapi dia nak orang panggil dia Adam. Erk..jauh tu dik nama, macam takde kaitan je. Saya tanya umur, dia kata tak tahu. Dia datang dengan seorang budak form 3, tak putus si Adam pegang tangan budak tu. Saya lupa nama budak tu, so kita bagi nama Idris, senang nak cerita. Saya tanya dia, Adam ni adik dia ke. Dia kata bukan, cuma duduk sama-sama kat rumah anak yatim.

Mereka tiada pertalian darah pun tetapi si Idris ni melayan adik Adam macam adik sendiri. Saya rasa adik saya pun saya tak layan macam ni. Adik Adam ni pemalu sikit dan dia susah nak berenggang ngan Idris. Bagus si Idris ni, walau adik Adam asyik nak bekepit dengan dia je, sampai dia nak pilih baju pun susah, tapi dia tak marah pun. Senyum je.
Ini la adik Adam. Idris yang baju unggu belah kanan tu
Bila si Idris tengah pilih-pilih baju, jadi si Adam takde geng. Saya pun ajak Adam pilih baju. Terus Adam pegang tangan saya. Baik sungguh budak ni. Dia suka warna biru tapi warna biru takde saiz. So terpaksa ambil warna maroon.

Dan berlakulah kejadian yang menggelabahkan saya. Adam ni dikategorikan comel la. Sedang saya tolong pakaikan baju dan seluar si Adam, ramai orang keliling kami sekali dengan photographer amik gambar. Adam ni agaknya nervous ramai-ramai tengok dia. Dia ni kan pemalu. Tiba-tiba tangan dia mula gosok-gosok mata. Alamak, macam hujan nak turun je. Dia dah mula tunduk sambil tak berhenti-henti gosok mata. Idris takde pula kat sebelah nak minta tolong. Saya dah start menggelabah. Aku mana pandai pujuk budak menangis woii. Depan orang ramai pulak tu. Selamat ada seorang akak YaPEIM datang menyelamatkan saya, pujuk-pujuk sambil tolong Adam setelkan pakai baju. You save my day la kak!

Beberapa gambar semasa majlis;





*     *     *     *     *

Dalam bergembira-gergelak ketawa masa program ni, terdetik beberapa perkara di dalam hati saya. Melihat adik-adik ni membuatkan hati saya tersentuh. Bersyukurlah dengan apa yang saya ada. Masih ramai diluar sana tak dapat merasa apa yang kita merasa. Ramai dari mereka sudah tidak merasa kasih-sayang dari mak ayah, melalui hari-hari mereka hanya ditemani adik beradik ataupun kawan. Dan adik-adik yang still ada salah seorang dari ibu-bapa, mereka datang dari keluarga yang susah. Tidak dapat merasa nikmat seperti kita, selalu pakai baju baru, berjenama, makan sedap-sedap.

"Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih"
(Surah Ibrahim 14:7)

Dan kita yang bakal bergelar seoarang profesional dalam sikit masa lagi, janganlah sesekali kita lupa pada golongan yang kurang bernasib baik. Gaji kita insyaAllah besar, tak dapat bagi banyak, bagi sedikit pun jadi lah. Kalau orang Indonesia kata, 'berbagi-bagi'. Jangan sesekali lupa, gaji yang kita dapat tiap bulan tu, bukan hak milik kita seorang. Ia juga hak orang-orang lain yang memerlukan.

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sekiranya dia tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan dia mengetahui bahawa jirannya tidur dalam kelaparan"
(Riwayat Al-Dailami)

2 comments:

Nadhirah Ahmad said...

perasan tak yg adam ni suke ltk tgn kt dagu dia? dua2 gmbr mcm tu. dan adam ni mmg comel...

bila kita tgk yg kurang dr kita, baru kita tahu bnda yg kita nampak biasa sblm ni, sbnrnya adlh nikmat yg besar.

Lokman Hakim said...

aah ye.tak perasan ye suka letak tangan kat dagu.pandai gak dia posing.haha...

semoga kita mengambil ikhtibar dlm setiap pkerjaan/pengalaman y kita lalui,insyaAllah =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...