Pentingnya Basic Life Support
Posted by Lokman Hakim at 2/28/2012 03:35:00 PM
Basic Life Support (BLS) adalah satu kaedah atau tindakkan untuk membantu menyelamatkan nyawa seseorang dengan cara Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), dimana secara teorinya adalah kita membantu seseorang yang tidak sedarkan diri akibat berhentinya jantung serta pernafasan dengan cara membantu jantung mengepam darah secara manual serta memberi pernafasan buatan.
Posting saya kali ini bukan untuk bagi lecture tentang cara-cara CPR tetapi nak bahas pentingnya ilmu ini kepada semua individu, tidak dia di bidang kesihatan, pertanian, industri, usahawan dan lain-lain. Terfikir nak tulis sebab lihat banyak kejadian di youtube memperlihatan orang awam buat kurang betul dan ada tindakkan yang membahayakan lagi nyawa pesakit tersebut. Sebab apa, kes sebegini unexpected dan dikategorikan sebagai kecemasan. Dimana-mana sahaja boleh berlaku dan dengan bantuan basic ini dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
Gambaran step by step CPR untuk dewasa serta bayi. Nak tahu lebih betul kena buat seminar dulu |
TEORI
Apabila seseorang pengsan dan jantungnya berhenti, bermakna darah tidak mengalir untuk menghantar oksigen ke otak. Dalam keadaan ini, balance oksigen yang sedia ada didalam darah manusia hanya boleh bertahan selama 6 minit sahaja sebelum habis. Setelah 6 minit, oksigen didalam darah telah habis, maka otak akan mengalami kerosakkan yang irreversible lalu sangat-sangat memungkinkan kematian. (manusia di anggap mati apabila otak berhenti berfungsi).
Tetapi sekiranya didalam waktu 6 minit tersebut, CPR dilakukan, tempoh untuk pesakit survive meningkat hingga 30 minit sebelum bantuan paramedik sampai. Ini kerana tindakkan CPR adalah tindakkan membantu jantung tetap mengepam darah tetapi secara manual ke seluruh tubuh terutama otak serta memberi supply oksigen kedalam paru-paru juga secara manual.
TINDAKKAN ANDA
Jadi sebab itu CPR ini perlu diketahui oleh semua orang. Sekiranya ada yang tidak sedarkan diri, hantar terus ke hospital sangat-sangat tidak digalakkan kerana statistik menunjukkan ramai yang mati didalam perjalanan. 6 minit tersebut sangat berharga. Lakukan CPR on the spot di tempat kejadian, hubungi pihak hospital, tak sampai 10 minit selalunya ambulans akan sampai dan petugas paramedic akan mengambil alih untuk rawatan yang lebih advance. Bantuan sebegini meningkatkan lagi kadar survive orang tersebut.
Maka dengan demikian, saya sangat menyeru agar yang diluar sana baik pelajar sekolah, mahasiswa mahupun pekerja, sila usulkan kepada pihak atasan untuk buat seminar BLS ini. Tidak lama, hanya 2 jam seminar dah memadai, untuk mendapat gambaran serta teknik sebenar bantuan. Bagi pelajar sekolah, minta pihak kaunseling buat seminar ini hujung minggu. Bukan setakat pelajar, cikgu, abang kantin dan makcik cleaner pun boleh ambik bahagian.
Kalau berlaku didepan mata, better ada yang tolong dengan sedikit ilmu walaupun tak berapa perfect, daripada dibiarkan begitu sahaja kan. Sedangkan membuang duri di tengah jalan pun besar pahala, apa ntah lagi membantu menyelamatkan nyawa orang. Selamat mencuba!
p/s: point utama saya adalah, tolong usulkan seminar BLS ini kepada pihak atasan agar di lakukan seminar. dan sangat berharap ia menjadi salah satu slot yang diajarkan kepada pelajar sekolah didalam kelas.
Labels: Pendidikan, Perubatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment