Recent Posts

Posts RSS

Tak Boleh Lempang Malam-Malam

Satu malam hening di asrama Tahap sekitar tahun 2004, bertempat di bilik No.14, 3 orang senior sedang melepak didalam bilik adik-adik form 1. Aku sebagai senior merangkap penjaga bilik 14 membawa 2 makluk bernama Thaqif dan Hazman melepak disini seperti malam-malam biasanya. Penguatkuasaan melarang senior melepak di bilik junior tengah hangat dikuatkuasakan, tapi maklum, jenis tak reti bahasa macam tiga orang ni memang sengaja mengundang nahas.

Sedang 3 makhluk ini rancak berborak didalam bilik yang samar-samar, muncul satu sosok yang dikenali didepan pintu bilik. Tak lain tak bukan Ustaz Hadzri merangkap warden bertugas melilau mencari manusia "degil" yang siap sedia menghayun tangan mahupun selaras buluh rotan ke bontot mangsanya.

"Yang bukan bilik ni sila keluar sekarang!" bentak Ustaz Hadzri

Kami bertiga tak mampu menipu pura-pura tidur mahupun study didalam gelap sebab ustaz memang pandang tepat ke anak mata masing-masing. Bentakkan tadi cuma basa-basi sekadar menambah ketegangan situasi.

Maka berbarislah kami bertiga. Aku sebagai ahli bilik kena menghadap gak sebab aku yang tukang bawak makhluk 2 orang lagi melepak bilik ni.

"Saya dah kata senior jangan lepak bilik junior! Kamu buat apa kat sini?" mata ustaz Hadzri melirik ke Hazman.

"Saya iron baju ustaz, bilik saya takde iron. Ni baru je siap" penuh bersahaja Hazman menjawap sambil menunjuk baju melayu putih sekolah Jumaat.

"Pergi balik kamu sendiri sekarang! Kamu?" sambil memandang Thaqif. Thaqif tak mampu nak bagi alasan sebaik Hazman, hanya mampu menunduk tanda bersalah. Ustaz Hadzri dah siap-siap nak bagi 'hadiah' tapi scene menarik belum habis takat ni. Tanpa tersekat-sekat tetiba makhluk bernama Thaqif ni berata-kata;

"Maaf Ustaz, memang saya dah buat salah tapi saya memang dari kecik tak boleh kena rotan malam-malam. Kalau siang takpe ustaz" 

Memang terkedu aku, macam mana boleh keluar excuse macam tu dari mulut member aku ni. Dan menambah kekeduan aku lagi bila ustaz suruh Thaqif balik bilik dan menerima bulat-bulat alasan Thaqif. Perghhh alasanni  memang tak beberapa boleh nak diterima dek filosopi hidup aku.

"Hah, kamu meh sini. Bawak member lepak bilik form 1 ye" Pangggggg, sedas pelempang hangat tepat ke pipi kiri. Termangu depan bilik, hanya mendengar desingan telinga memenuhi segenap ruangan telinga kiri. Sosok ustaz Hadzri terus hilang berlalu mengikut angin bertiup sambil unggas berterbangan. Dan aku hanya mampu melangkah longlai ke katil mengenang pipi yang tengah suam-suam kuku dilempang.

.  .  .  .  .  .  .  .

Selang beberapa minit kemudian, 2 ekor makhluk tadi datang ke bilik sambil ketawa guling-guling. Satu je kalimat yang mampu aku ucapkan malam tu, 
CIBAI PUNYE MEMBER!

*     *     *     *     *     *

nota: si hazman bukannya datang bilik nak iron baju. Baju yang dia tunjuk ke warden tu baju junior. entah bila lah mamat tu sauk baju tu dari katil junior sambil pura-pura milik sendiri. dah la baju kecik. dan sampai sekarang aku still tunggu si Thaqif bayar hutang rotan dia dari ustaz Hadzri! sebab keesokkan harinya semua berlalu seperti tiada yang berlaku malamnya.

kahkahkah....indahnya kenangan asrama Tahap

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...