Recent Posts

Posts RSS

Bahaya Krim Pemutih Wajah

Di negara kita terlalu banyak promosi jualan krim pemutih kulit/wajah baik di akhbar, jualan langsung di shopping complex mahupun di salon-salon kecantikkan. Kulit orang Malaysia yang kebanyakkan sawo matang dan hitam manis membuatkan bahan kosmetik ini laris dan pelanggan mahukan yang mempunyai efek pemutih yang cepat.

Selalunya promosi mengatakan kulit akan menjadi putih dalam tempoh waktu singkat sehingga 3 hari. Maka banyak persoalan akan timbul. Adakah benar promosi tersebut? Ia, memang benar. Bagaimana boleh jadi begitu cepat kesan memutih? Jawapan nya adalah kandungan "kortikosteroid" di dalam krim itu yang membolehkan kulit wajah menjadi cerah dalam waktu yang singkat.

Adakah "kortikosteroid" ini berbahaya? Kortikosteroid tidak merbahaya malah sering digunakan untuk merawat penyakit-penyakit kulit. Jadi, kortikosteroid didalam produk pemutih kulit itu selamat digunakan? Jawapannya tidak selamat. Kortikosteroid digunakan untuk merawat penyakit kulit tertentu sahaja dan penggunaan jangka panjang akan menimbulkan banyak kesan sampingan. Produk krim pemutih wajah digunakan sehari-harian, malah ada yang 3 kali sehari. Jumlah kortikosteroid didalam produk ini juga tinggi supaya kesan memutihkan wajah menjadi semakin cepat. Keadaan ini dipanggil overdose kortikosteroid.

Penggunaan produk ini sememangnya memberi kesan pemutihan yang cepat namun begitu terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul terutama di wajah. Kalau di tangan mungkin kita tidak terlalu kisah tetapi wajah ni objek paling berharga terutama wanita. Maka saya akan bahaskan apa sahaja kesan sampingan produk pemutih yang paling sering terjadi seperti berikut;
  1. Kulit menjadi semakin tipis. Anda boleh melihat pembuluh darah (urat) berwarna merah atau sedikit biru keungguan dengan mudah dari kulit wajah terutama di sekitar pipi-telinga. Berbanding sebelum ini, pembuluh darah tersebut susah dilihat. 
  2. Tidak tahan kepada terik matahari. Wajah merasakan perit. Ini diakibatkan kulit wajah semakin menipis dan melanin kulit wajah semakin berkurang menyebabkan sinaran UV matahari tidak mampu ditapis.
  3. Timbul misai. Ini antara kesan sampingan yang paling sering, mudah dan ditakuti. Misai yang timbul mungkin tidak seperti lelaki tetapi rambut-rambut halus mula timbul dan mudah dilihat. Selain rambut halus, bahagian atas bibir mula memberi kesan kehijauan seperti bekas misai setelah bercukur. 
Kulit wajah menipis akibat pemakaian kortikosteroid/steroid berpanjangan hingga menampakkan pembuluh darah/urat. Gambar diambil dari MedScape 

Misai yang timbul pada wanita. Walau ditutup dengan foundation atau cream, ia tetap kelihatan. Anda mahu?
Jadi, bagaimana untuk mengelakkan hal di atas? Berhati-hatilah ketika membeli produk memutihkan wajah. Jangan mudah terpedaya dengan promosi produk yang memberi kesan pemutihan cepat. Teliti baik-baik kandungan produk tersebut dan google satu-satu kandungan nya adakah ia kortikosteroid/steroid atau bukan. Beli lah produk kecantikkan yang natural. 

Bagi wanita di luar, berhati-hati lah. Timbul misai itu lah hal yang paling sering terjadi. Anda mahu? Selamat mencantikkan diri dengan selamat!

p/s: Hal ini dibahaskan oleh guru saya, dermatologist di pusat kecantikkan Depok. Dia menasihati wanita-wanita di luar agar berhati-hati. Sebab tu saya perasan ramai perempuan di Jakarta putih melepak, cantik. Tapi bila tengok dekat-dekat, ada bekas misai. hehehe....

18 comments:

Anonymous said...

Salam. Sy ada menggunakan satu produk memutihkan wajah ni. Mmg benar muka sy sudah kelihatan urat dan misai yg dulu tiada tp skg sudah kelihatan. Sy sgt takut bila membaca post ni. Ya Allah. Ada tak jalan penyelesaian utk kulit yg sudah nipis? Sy sgt takut. Mohon bantu. Tq :'(

Anonymous said...

Pada awalnya saya hanya memakai produk ini utk menghilangkan parut jerawat dan masalah jerawat sy yg serious. Alhamdulillah berkesan tp sy tak sangka pula dia ada kesan memutih. Bila sy berhenti pakai produk ni muka sy mula kemerah merahan. Bila sy pakai cream dia kemerahan tu hilang. Sy cuba berhenti pakai tp susah. Harap boleh tlg sy :'(

Anonymous said...

Dan harap ada cara bagaimana mahu mengatasi kulit muka yg sudah nipis. Adakah boleh ditebalkan balik? :'(

Lokman Hakim said...

Menjawap pertanyaan saudari yang guna krim untuk parut jerawat.saya sarankan untuk saudari perlahan-lahan stop menggunakan krim tersebut dan menggantikan dgn kosmetik yang natural.gunakan juga pelembab kulit non-alkohol/rendah alkohol untuk mengurangkan merah kulit tersebut yang diakibatkan kekeringan.kulit y tipis itu biasanya nnt akan develop sendiri perlahan-lahan.semoga membantu.

Anonymous said...

Alhamdulillah boleh develop sendiri kulit yg nipis. Sy ingat kan kesan dia kekal. By the way, misai dgn bulu roma yg tumbuh ni boleh cabut tak? Adakah ia akan bertambah lebat bila cabut?

Lokman Hakim said...

Anonymous- saya lihat misai ni kalau dicukur makin lebat tumbuhnya nnt.jd y selalu sy buat dulu2 adalah gunting sahaja nipis2.insyaAllah berkesan

Anonymous said...

Hahah.. Comel jer awak.. Hahhaha.. Tengok awek indo ek..

Bedak Aura Bidadari said...

sangat mengerikan, lebih baik cari produk yang alami sajalah

lily_lyana70 said...

salam.. saya kini mula risau dengan kulit saya yang terlalu sensitive dengan matahari. bila cuaca sejuk muka saya putih bersih namun bila kena matahari atau cuaca panas muka saya mula jadi merah dan bintik bintik merah mula timbul. ada jalan penyelesaian tak.. minta tolong sangat...

aiai said...

Patut la lps guna 1 produk pemutih ttbe ada misai2 halus. Sebelum tu xde pun. Saya xperasan sgt tapi tunang la yg tegur apesal awak ada misai ni.

Anonymous said...

aiai...boleh share x awak pakai skincare ape?...kot2 same ngan saye...takut gak one day saye juga akan mengalami...

Anonymous said...

Saye pun dah terpakai product cmni. Tapi dah stop. Habis cmne nk buang misai tu? Sye tumbuh halus d bahagian pp dan atas mulut. Ramai yg tegor. Ade cara nak hilangkan tak? Ke ini kekal? ; ((

Unknown said...

salam. sy ada menggunakan satu produk baru. selepas sy menggunakan krim siang muka sy bahagian pipi sebelah kiri bertukar merah seperti terken sinaran matahari. Hari ni masuk hari kedua pipi sy masih merah, apa yg sy patut lakukan untuk hilangkan merah kat pipi sy? mohon bantu saya ��

Unknown said...

Assalamu alaikum wr.wb.saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH LIMPAH atas bantuan MBAH.kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan,dan berkat bantuan MBAH LIMPAH pula yang telah memberikan angka jitu kepada saya 4D SGP.dan alhamdulillah langsung tembus,sekali lagi makasih ya MBAH karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang,berkat angka ghoib hasil ritual MBAH LIMPAH saya sudah bisa buka usaha,yaitu butic pakaian impor dan toko sembako di depan rumah,kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi saudarah2 penggemar togel ingin menang seperti saya silahkan HUBUNGI MBAH LIMPAH di nomor hp: 085-312-407-999 dan ramalan MBAH memang memiliki ramalan ghoib yang dijamin 100% tembus,karna saya sudah membuktikannya selama 4X putaran menang..

Unknown said...

Yes..btol sgt2..cri produk dt sumber natural utk neutralkan asid dlm kulit..wsp sy 0182500849 or follow my ig fiera.mary.k utk menyelesaikan mslh mgsa produk pemutih

Unknown said...

Yes..btol sgt2..cri produk dt sumber natural utk neutralkan asid dlm kulit..wsp sy 0182500849 or follow my ig fiera.mary.k utk menyelesaikan mslh mgsa produk pemutih

Unknown said...

Saya boleh bantu anda kebaikan produk semulajadi pm saya 0145343422

Unknown said...

Bhenti la pakai apa yg adik pakai sekarang. Cuci muka dgn air beras je. Kalau boleh smapai sebulan. Then kalau nak cuba Mary Kay, boleh hubungi akak ye. PM di Norfiza Mk Mahput.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...