Berdirinya Aku di Jakarta (Bahagian 2)
Posted by Lokman Hakim at 2/25/2011 08:13:00 PM
Sambungan dari bahagian 1
Masuknya kami berdua ke bangunan Mara dan tiba-tiba aku nampak toilet dihujung lobi. Aku dari tadi sebenarnya mencari toilet sebab bas tadi sejuk sangat. Toilet kat stesen bas Pekeliling tadi penuh. Selepas menyelesaikan hajat yang tertangguh tadi, aku ke kaunter pendaftaran temuduga. Selepas mengambil kad pelawat, aku diminta ke tingkat 20 lebih untuk sesi temuduga.
Didalam lif, aku dah mula rasa gementar. Ini pertama kali interview ni, boleh tahan takut nya. Selepas sampai di tingkat tersebut semua student ditempatkan didalam bilik mesyuarat untuk tunggu turn interview. Kebetulan ada seorang tu dari Matrik Pahang bernama Nabil, jadi ada lah kawan nak berborak. Borak-borak, kemudian turn aku untuk masuk bilik interview. Satu group interview ada 5 orang.
Masuk je bilik interview, ada 3 orang panel interview sedang duduk melihat kami masuk. Jalan jela dengan muka confident walhal dalam hati Tuhan saja yang tahu. Interview dimulakan dengan memperkenalkan diri dan masing-masing mengeluarkan skill berhujah, dan kami berbahasa Inggeris. Setelah selesai memperkenalkan diri, panel mencelah mengatakan "takpe dik, kita cakap Melayu je, tak payah bahasa omputih". Laaa, asal la tak bagi tau awal-awal tadi. Aku ni bukan pandai cakap omputih, entah apa la yang dimencarut tadi.
Selepas itu kami diberi satu kes untuk dibincangkan iatu kenapa sedikit pelajar yang layak melanjutkan pelajaran didalam bidang perubatan. Masing-masing mengeluarkan hujah, ada yang masuk akal, ada yang macam tak logik, ada yang aktif ada yang tak. Aku buat-buat yakin je berhujah sambil tangan bergerak sana sini, pusing-pusing kerusi konon-konon cool lah. Padahal...
Setelah selesai, panel bertanya adakah kami tahu kemanakah kami akan dihantar dan didalam bidang apakah. Kami semua diam tanda tak tahu dan selepas itu baru lah kami tahu yang kami akan dihantar ke Indonesia didalam bidang perubatan. Patut lah interview tadi didalam bahasa Melayu je.
Setelah selesai, aku turun ke lobi mencari ayah aku. Nampak dia duduk tercongok seorang diri di lobi. Laaa, sian pulak ayah aku tunggu sorang-sorang, lama pula tu. Tadi dah suruh dia pergi jalan-jalan kat Sogo tapi dia kata malas. Takpe lah ayah, jom kita makan. Boleh tahan lapar ni lepas interview. Siap makan nasi ayam di bazar Mara, kami pun pulang ke Jerantut sebelah petangnya. Dan menurut panel itu tadi, keputusan interview akan diberitahu melalui surat, jadi tinggal tunggu dan lihat sama ada diterima atau tidak.
Keesokkan harinya hari-hari aku berjalan seoerti biasa. Apabila borang UPU keluar, aku pun isi juga kalau-kalau interview tadi gagal. Selang beberapa minggu, berita mengenai keputusan peperiksaan matrikulasi akan keluar pada tarikh sekian dan keputusan boleh dilihat menggunakan sms sahaja.
Tepat 12 malam tarikh yang diberitahu itu, aku mengambil handphone dan menaip arahan yang diberikan. Aku menaip dengan penuh debaran, kerana pointer yang akan keluar di skrin handphone ini akan mempengaruhi masa depan aku, dan apakah hasil penat lelah setahun aku belajar di matrikulasi. Butang send ditekan dengan penuh harapan yang menggunung. Nilai ini juga akan menentukan aku berjaya atau tidak didalam interview beberapa minggu yang lalu.
Selang beberapa saat, 'teeet-tet teeet-tet', handphone aku berbunyi dan ada mesej yang masuk. Mak dan ayah aku dah tunggu di tepi menanti mesej itu dibuka. Hati mula berdebar-debar dan jari ini menggeletar untuk menekan butang open. Apabila aku menekan butang open, terpampang mesej berbunyi;
Nilai untuk semseter 2 adalah .............................(bersambung)
Labels: Siri Berdirinya Aku di Jakarta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment