Recent Posts

Posts RSS

Aku yang Kemiskinan Tegar

Aduih, ni masuk hari ke-3 dah aku berulang-alik ke ATM bank Lippo. Itulah rutin harian aku bermula Isnin hingga hari ni, pagi dan petang. Cucuk kad ATM, tengok balance duit dalam bank. Hasilnya frust... Duit elaun tak masuk lagi. Dalam bank tinggal Rp80,000 je, dah tak boleh nak keluar dah.

Asalnya, bukan tak menyimpan, ade simpan sikit-sikit. Tup-tup tiba-tiba kena bayar duit kitas (kartu izin tinggal terbatas) Rp1,400,000. Ditambah lak beli tiket flight balik bulan 8 ni. Kat situ je dah terbang dalam Rp500,000. Maka bermulalah episod kami penduduk serumah yang semakin miskin dari hari ke hari.

Adventure pertama yang kami tempuh bila dalam poket masing-masing dah tinggal kurang dari Rp20,000. Hari selase (semalam), kami ade praktikal kat Hospital Husada. Selalunya pegi naik teksi je. Tapi dah takde duit, nak bayar pakai ape kan. Takkan nak naik basikal lak. Jadi kami cari la al
ternatif lain iatu menaiki Busway (sejenis pengngkutan seperti komuter tapi gune bas). Bergeraklah kami pagi Selasa
tu awal-awal ambik busway. Memang murah,tambang cuma Rp3,500 je cuma leceh la. Tapi nak wat camna. Jadi kami tunggulah turn kami nak naik didalam kesesakkan manusia yang naik gak.

Sampailah turn aku, maka naiklah aku bas tersebut buat pertaama kali dalam hidup. Nak dijadikan cerita, belum sempat aku berpaut pada pemegang bas, bas bergerak dengan pantasnya. Aku nak jatuh kedepan,tangan aku ni secara refleks memegang tangan seorang amoi depan aku ni. Masalah bukan aku pegang berpaut pada dia, aku pegi cubit tangan dia. Hahahaa...tak leh bla tul. Pastu aku terus mintak maaf, dan amoi tu agak cuak tengok aku, lalu bergerak menjauhi aku.Sesampainya di perhentian, kami perlu menaiki kenderaan lain ke hospital. Terpaksa la kami naik sejenis pengangkutan pelik yang kami panggil tin buruk (sejenis kenderaan beroda 3,macam bajai, tapi boleh muat 7 orang). Naik la kami dengan tanpa kerelaan.

Maka,balik pun kami naik busway,berjalan dalam kepanasan sambil haus, lapar, letih, kepale beserabut. Ku sangka hari ni, dah masuk elaun, rupanya tak jugak. Nampaknye memang aku terpaksa tukar duit Ringgit aku sikit untuk survive minggu ni. Harap-harap masuk la elaun cepat sikit. Sian kat kitorang. Meggi pun dah habis. Tapi takde duit tu boleh gak main futsal.

Takpe la, bukan selalu merasa susah. Time ni la nak merasa. Bila lagi kan. Belajar la bekorban, susah-susah dahulu.

6 comments:

Nadhirah Ahmad said...

ak mls nk kesian k mu. bia mu ssh ket. bru la versatile

Lokman Hakim said...

mu tgk, susohnye aku smpai tercubit-cubit amoi.slmt xkene hempuk ngan amoi tu.hahhaha

emang said...

imam gersang

Lokman Hakim said...

hahhaha emang,xsengaje kot..bak kate tocet, cube mengurangkan luas permukaan tangan aku mase nak berpaut. tu jadi cubit tu...hahahhaa

ika said...

kite sameeee... tggl 80k lam akaun.
sok nk g husada. xmo naek busway. wua. :(

makkkkk... T_T

rasydan said...

gery pasta, coklatnya, gak abis-abis!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...