Recent Posts

Posts RSS

Tingkap Baru Bernombor 7

Bini berkulit hitam manis aku ni dah setahun tak wat medical checkout. Ditambah la pulak dengan hanya memakai ubat antimikroba free version. Apela sangat protection yang boleh dia bagi kat bini aku ni. Ibarat orang tua umur 25 tahun demam diberi makan Cortal je la. Pengubatan yang tidak mendatangkan pembaikkan. Sampai je kat dalam perut hancus melebus.

Seminggu yang lalu dia dah buat hal, mengong-mengong sikit. Merengek sane merengek sini. Tapi aku masih bersabar dek kerana aku masih sayang dan cinta sama dia. Semalam betul-betul menaikkan angin kus-kus aku bile dia wat hal. Slow...! Bile menyanyi boleh lak stuck-stuck macam CD lekat. Ingat ko ni ESPN IndoVision ke nak main lekat-lekat. Tensen ooo tengah nak rilek-rilek di petang hari dengar lagu die stuck. spoil betul. Mas kahwin aku bagi dulu mahal ko nak tau, lebih RM2000.00. So aku decide hantar bini aku ni berubat.

Maka masuklah hospital bini aku ni semalam. Mule-mule taknak hanto ke spital, suruh berubat ngan bomoh je sebab poket aku ni dah kempis. Tapi setelah aku call member dokter aku sorang ni, dia memberi jaminan perawatan hanya dijalankan tak sampai sejam. So aku hantar jela kat spital member aku ni je.

Sampai spital Dr Mayu, dia pun usha bini aku. Sekali lagi bini aku ni menyanyi versi stuck-stuck. Die ingat nyanyi lagu Akon ke nak rap-rap. Maka si dokter suggest aku untuk wat pembedahan plastik ke atas bini aku memandangkan menurut dia muka bini aku ni old school. cis...! Aku pun setuju la, bagaikan nota BioEthic Blok 13 Dr Budiman. Aku ingat sejam operation dijalankan mengikut kate-kate dokter ssebelum sign borang operate, upenye hampir 24 jam. Balik umah layan EPL lagi best.

Maka keesokkan harinya (tengahari tadi la), keluar la bini aku dari spital dengan machonye umpame sidang media rafa Benitez selepas kekalahan Liverpool. Maka ni la hasil pembedahan yang dilakukan:


inilah rupa bini ku yang terbaru.macam cun je

So lepas ni boleh la aku melayan bini aku macam biase. Boleh la post posting lagi. cewaah, kalau dia sihat pun macam la aku rajin nak update blog. So aku puas hati setakat hari ni. Bayaran perubatan macam harga biase sebelum negotiate. Aku akan mintok ngan aboh lagi kurang. hahaha...pape pun aku dah bayo down payment 500 tadi (rupiah ye,bukan ringgit) dan dalam usaha membuat permohonan kepada aboh untuk membuat pembayaran ansuran selama setahun. Semoga permohonan diterima. hehehhe...

p/s: bini aku yang dimaksudkan adalah laptop aku. saje je membuat cerita bagi hapenin sket. Sebelum laptop aku teruk baik aku cegah awal-awal. Alang-alang aku tukar windows xp aku ni jadi windows 7. orang kate best...

2 comments:

F I E Z A I N A said...

win 7 rulez..

Nadhirah Ahmad said...

ak plak ad laki. tapi ak bermadu dgn mak ak. kdg2 tepaksa berebut. ish3

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...