Bolehkah Terkencing Ketika Ejakulasi
Posted by Lokman Hakim at 4/27/2011 12:37:00 AM
Sekadar berkongsi ilmu dan menjawap satu soala yang pernah diajukan kepada saya satu ketika dahulu. Nampak macam main-main tetapi saya nak jelaskan juga di posting ini.
Soalan:
Kalau aku sedang bersama (berhubungan seks) dengan isteri aku nanti, boleh ke tiba-tiba aku terkeluar air kencing bukan air mani?
Jawapan:
Tidak boleh. Kerana ketika melakukan hubungan seks dan anda ingin ejakulasi, kelenjar prostat akan berkontaksi lalu menutup uretra (saluran kencing) bagi memberi laluan semen dicampurkan ke dalam sperma yang akan diejakulasi itu.
Posisi kelenjar prostat dan bladder |
Ketika air mani di muntahkan, air kencing akan tetap tertahan didalam bladder walaupun ia berkeadaan penuh.
Jadi, tidak akan ada masalah terkeluar air kencing ketika ejakulasi melainkan terdapat masalah anatomi atau masalah lain saluran urogenital anda. Boleh lah anda bersama dengan isteri anda dengan rasa aman damai tanpa kekhuatiran.
Jadi, tidak akan ada masalah terkeluar air kencing ketika ejakulasi melainkan terdapat masalah anatomi atau masalah lain saluran urogenital anda. Boleh lah anda bersama dengan isteri anda dengan rasa aman damai tanpa kekhuatiran.
Labels: Perubatan 2 comments
BigMac vs Whopper vs Burger Ramly
Posted by Lokman Hakim at 4/24/2011 03:08:00 AM
Satu dunia dah kenal dengan burger yang dinayatakan pada tajuk posting ini. BigMac di McDonalds, Whopper di Burger King dan Burger Ramly di....di.... di pasar malam, tepi jalan, stesen bas dan di Malaysia sahaja.
Setiap burger ada keistimewaan tersendiri. Tapi bagi saya, Burger Ramly yang dijual di tepi jalan ini lagi sedap dari BigMac dan Whopper. Burger Ramly ni sebenarnya bukanlah milik syarikat daging burger Ramly semata-mata melainkan banyak penjual burger yang menggunakan bungkusan bercop Ramly tersebut, dan ada juga peniaga yang menggunakan polystyrene sebagai pembungkus. Tetapi nama Burger Ramly sudah sinonim sebagai nama burger RM2.00 di pasar malam atau tepi jalan di Malaysia.
Apakah instimewanya burger Ramly ini. Pertama ialah murah! Burger daging atau ayam RM2.00, benjo RM1.50. Dibandingkan BigMac dan Whopper hampir RM8.00 untuk burger sahaja tidak termasuk set lengkap.
Kedua, mudah dibeli bagi yang duduk di Malaysia lah. Cari lah di mana-mana pun mesti jumpa. Depan Giant, dekat stesen bas, pasar malam, depan 7 Eleven, malah depan rumah orang pun ada. Kedai A tutup pergi kedai B. Kedai B ramai orang pergi kedai C. Banyak pilihan. Tetapi kalau McD dan Burger King? Satu daerah sebuah sahaja, beratur panjang lah kamu. Burger King? Lagi lah susah nak jumpa. Jerantut sendiri tiada McD.
Ketiga, anda dapat lihat secara live pembuatannya. Abang-abang, akak-akak burger kan masak kat gerai dia tu depan kita. Jadi boleh tau la macam mana dia buat, bersih atau tidak. Kalau McD atau Burger King, memang kedai air-cond tapi boleh tengok ke macam mana dia goreng daging burger tu.haaa...
Ke empat yang memang tak boleh lawan adalah kelazatannya. Burger Ramly yang sebetul-betulnya sedap adalah roti burger yang turut di masak dengan sedikit marjerin, daging burger diisi sedikit lada sulah digoreng garing selepas itu dicelup dengan telur, bawang timun kobis segar ditambah sos Life dan sedikit mayonis. Wallah, a perfect burger! BicMac? Whopper? Roti pun tak masak, daging lembik, sos tak terasa, cheese setambun. Masak macam tak ikhlas je. Makan sekali lepas tu tak teringin nak tambah.
Pendek kata burger Ramly ataupun burger tepi jalan di Malaysia adalah raja burger. Murah, sedap, senang dibeli. BigMac, Whopper harap je international dan komersial tapi masih tak boleh celen burger-burger tepi jalan. Secara tak langsung membantu perniagaan bumiputera. Ye ke?
p/s: Saya manusia berselera tempatan. Andai diberi pilihan antara apam balik atau pizza saya pasti pilih apam balik. Tapi pizza saya sebat jugak.
Labels: Umum 3 comments
Beban Seorang Doktor
Posted by Lokman Hakim at 4/23/2011 01:55:00 PM
Budaya Kerja Doktor Tidak menyihatkan
Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup. Bahkan bekerja di hampir setiap hari tanpa cuti minggu merupakan norma biasa. Di tambah lagi jika bekerja di hospital besar dan mempunyai ramai pesakit.
Ini tidak termasuk 'assessment' atau ujian amali yang perlu ditempuhi bagi menilai tahap penguasaan sesuatu bidang. Mereka terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama kembali belajar dan megulangkaji.
Ini tidak termasuk 'assessment' atau ujian amali yang perlu ditempuhi bagi menilai tahap penguasaan sesuatu bidang. Mereka terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama kembali belajar dan megulangkaji.
Doktor Latihan Siswazah Kena Kerja 40 Jam Berterusan
Mungkin ada yang tidak tahu, sebagai seorang ‘houseman’, harus melengkapkan empat bulan ‘rotation’ di dalam satu jabatan. Untuk tempoh itu, hanya lapan hari cuti diberikan.
Ketika mereka wajib bekerja setiap hari. Sabtu dan Ahad biasanya hanya perlu datang pada waktu pagi dan petang untuk melakukan rondaan jika tidak ‘on-call’. Hingga kini tiada saluran khusus untuk ‘houseman’ mengadu masalah.
‘Houseman’ takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu.
Ketika mereka wajib bekerja setiap hari. Sabtu dan Ahad biasanya hanya perlu datang pada waktu pagi dan petang untuk melakukan rondaan jika tidak ‘on-call’. Hingga kini tiada saluran khusus untuk ‘houseman’ mengadu masalah.
‘Houseman’ takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu.
Meremang bulu roma apabila terbaca petikan berita dari 2 sumber di atas. Adakah benar situasi yang digambarkan ini? Mengikut reaksi senior-senior di Facebook, sememangnya inilah situasi yang bakal dihadapi bakal doktor latihan siswazah (Houseman, HO) di Malaysia malah ada yang lebih parah.
Saya menulis atas kapasiti sebagai pelajar perubatan yang masih didalam pre-clinical dan belum ada pengalaman dalam clinical mahupun HO. Dan posting saya kali ini bukan untuk menilai situasi abang-kakak HO di tanah air tetapi ingin mengupas kehidupan mereka yang mahu menjadi tenaga perubatan ini. Dan ia juga untuk rujukan adik-adik yang sekarang sedang didalam dilema mahu further study didalam jurusan apa di universiti kelak.
* * * * *
Hampir 3 tahun di kuliah perubatan, satu ungkapan yang boleh saya gambarkan mengenai jurusan ini "tidak terlalu susah tetapi terlalu banyak". Jujur saya katakan didalam jurusan ini cukup anda menghafal serta memahami penyakit-penyakit yang ada di muka bumi ini. Tidak ada pengiraan yang kompleks seperti engineering, tidak ada assignment bertimbun seperti jurusan lain, tidak ada tutorial setiap minggu, dan tidak ada subjek kokurikulum yang wajib diambil.
Namun begitu, penyakit yang dipelajari bukanlah sekadar apakah penyakit itu, apakah ubatnya tetapi keseluruhan penyakit bermula bagaimana penyakit itu hinggap di badan, apakah sebabnya, hinggalah penyakit itu tiada kembali dari badan. Dan untuk satu organ bukanlah hanya 1 atau 2 penyakit tetapi berpuluh penyakit dan ia perlu dihafal dalam waktu sebulan sahaja. Dan tubuh manusia bukanlah terdiri dari 1 organ sahaja. Pernah satu ketika untuk satu ujian saya perlu menghafal lebih dari 20 penyakit!
Sememangnya tidak semua hafalan tersebut diguna pakai ketika klinikal dan HO tetapi untuk melepasi ke stage klinikal semuanya itu harus didalam kepala. Dan mungkin akan diuji juga ketika klinikal.
Mungkin kita lihat kehidupan pelajar perubatan ni enjoy, kalau cuti boleh melancong sana-sini. Tapi hakikatnya tak semua macam tu. Biasiswa cukup-cukup makan, dan lepaslah untuk berbelanja sikit-sikit dan kalau nak digunakan untuk melancong itu akan berfikir 2,3 kali. Nak dekat exam, tengok muka masing-masing dah maca zombie sebab bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. Nak kata tidak study awal, saya pernah cuba study awal tapi tetap bertungkus lumus di saat akhir. Mungkin juga kerana saya ni jenis lambat tangkap apa yang saya baca.
Habis seksa di pre-klinikal, sambung lagi dalam setahun lebih klinikal di hospital. Menurut cerita senior-senior saya, klinikal di sini lebih kurang seperti HO di Malaysia dan untuk penyakit-penyakit yang common biasanya dirawat sendiri oleh pelajar. Baru-baru ini saya bertemu senior saya yang dah hampir 2 tahun klinikal di sini dan sangat jelas perubahan tubuh dia. Saya tanya kenapa kurus sangat ni. Jawapan dia, sibuk sangat dan letih.
Tamat latihan klinikal dan selesai anda mengangkat sumpah Hippocrates (Hippocratic Oath), anda bergelar HO dan perlu menamatkannya selama 2 tahun di hospital tanah air. Situasi HO saya tidak tahu tetapi berdasarkan petikan 2 akhbar di atas anda faham-faham lah.
* * * * *
Untuk bergelar dokter anda perlu menghabiskan kira-kira minimum 8 tahun setelah SPM dan situasinya adalah seperti di atas. Sentiasa sibuk dan letih. Tapi ini semua bergantung kepada individu. Bagi mereka yang tahan dan ok dengan situasi ini mungkin tidak menjadi masalah. Dan bagi saya sendiri saya masih ok cuma kadang-kadang sahaja stress. Cuma saya ingin menggambarkan bagaimana situasi anda sebagai pelajar perubatan. Sebelum mendaftar di jurusan ini memang nampak cool jurusan ini tetapi setelah anda bergelumang dengannya, maka baru anda tahu ia cool atau tidak.
Menyesal? Saya tidak menyesal sebab saya dah lebih dari separuh perjalanan. No turning back. Saya taknak bayar duit scholar 100% sebab alasan letih semata-mata. Saya selalu cerita ke mak saya, seandainya hidup saya ada CCTV, saya nak mak saya tengok 24 jam hidup saya selama seminggu. Pasti dia akan menangis kesian ke saya.
Mungkin dengan tekanan hidup ini sedikit mematangkan diri kita. Stress itu baik untuk diri cuma jangan berlebihan. Bagi adik-adik yang bercita-cita nak jadi doktor tu, fikir masak-masak dahulu. Sediakan fizikal dan mental terlebih dahulu. Mungkin untuk 5 tahun akan datang keadaan HO tidak seteruk sekarang kerana jumlah doktor lepasan ijazah dah ramai. Tapi mungkin juga masih sama seperti sekarang. Semoga kebajikan para HO di Malaysia diambil berat pihak berwajib. Jangan salahkan mereka sekiranya ada yang lari dari keluar negara kerana tidak tahan. Saya bukanlah Superman melainkan Lokman.
p/s: Mak, stress tau belajar. sebab tu saya nak kahwin awal.haha....tapi mak saya conform tak baca blog saya ni. Takpe la. Tapi kalau saya dah berkeluarga ketika HO yang berkeadaan sedemikian, tidak kesiankah anak isteri saya? Sanggupkah mereka?
Labels: Kehidupanku di perantauan, Motivasi, Perubatan 3 comments
Berlalunya 3 Tahun Zaman Matrikulasi
Posted by Lokman Hakim at 4/18/2011 11:09:00 PM
Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Bagi yang study kat matrikulasi batch 2007/2008, 3 tahun yang lalu iatu 18 April 2008, hari Jumaat merupakan hari terakhir kita di matrix di mana hari tu paper last untuk peperiksaan semester 2.
Walaupun hanya setahun di matrix, still banyak kenangan yang ada terkumpul. Walaupun kawan-kawan yang kita kenal hanya tertumpu pada classmate, roomate, lecturemate tapi still ramai dan Facebook sangat-sangat membantu menghubungkan kembali kita semua.
rumah kami selama setahun |
Kelas 1H07 dimalam jamuan perpisahan kelas waktu study week |
Kenangan banyak sangat kalau nak tulis. Buat booth biologi, booth kimia, kena halau dari kelas oleh sir Musab, kena panggil dengan cik Adam sebab memekak kat asrama, peperangan mercun antara A1 dan A2 atas arahan ustaz Ghazali, kena hambat dengan Ustaz Ghazali sebab bersorak macam dalam stadium kat cafe waktu tengok Manchester United vs Chelsea, kena tanya soalan maut time jamuan kelas, kisah Ustaz Hasrol. Lenguh tangan kalau kalau nak tulis satu-satu cerita.
Mungkin kisah-kisah ini tak penting bagi orang lain tetapi bagi mereka-mereka yang terlibat didalamnya, ini merupakan satu sejarah bermakna tersendiri. Semoga semua berjaya didalam haluan dan bidang masing-masing!
p/s: mana Mak Lang ni? hehehe...
Labels: Memori Silam 6 comments
Kenapa Malas
Posted by Lokman Hakim at 4/16/2011 10:12:00 PM
Argghhhhh tidak...kenapa lah kemalasan menguasai diri ini. Macam-macam benda dah plan tadi tertangguh sebab malas. Antaranya adalah update blog. Dulu bukan main rajin tapi ni dah dekat sebulan tak update satu apa pun. Bermula dengan sambungan Siri Berdirinya aku di Jakarta sampailah laporan Backpacking ke Pantai Timur sebulan lalu.
Dan ni dah seminggu blok Hematology & Oncology, tapi satu habuk pun aku tak baca lagi. Selalu suruh orang baca buku tapi diri sendiri ni malas. Aish... Tapi sebab saya lambat lagi exam dan orang tu dah study week. Minggu depan mula lah aku gelabah, orang dah suruh study awal taknak. Nanti padan muka sendiri.haha... Takpe, esok kita mulakan semangat yang baru! InsyaAllah
Terima kasih kepada Nadhirah sebab suruh saya update blog.hehe...
Labels: Umum 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)