Berlalunya 3 Tahun Zaman Matrikulasi
Posted by Lokman Hakim at 4/18/2011 11:09:00 PM
Sedar tak sedar, cepat sungguh masa berlalu. Bagi yang study kat matrikulasi batch 2007/2008, 3 tahun yang lalu iatu 18 April 2008, hari Jumaat merupakan hari terakhir kita di matrix di mana hari tu paper last untuk peperiksaan semester 2.
Walaupun hanya setahun di matrix, still banyak kenangan yang ada terkumpul. Walaupun kawan-kawan yang kita kenal hanya tertumpu pada classmate, roomate, lecturemate tapi still ramai dan Facebook sangat-sangat membantu menghubungkan kembali kita semua.
rumah kami selama setahun |
Kelas 1H07 dimalam jamuan perpisahan kelas waktu study week |
Kenangan banyak sangat kalau nak tulis. Buat booth biologi, booth kimia, kena halau dari kelas oleh sir Musab, kena panggil dengan cik Adam sebab memekak kat asrama, peperangan mercun antara A1 dan A2 atas arahan ustaz Ghazali, kena hambat dengan Ustaz Ghazali sebab bersorak macam dalam stadium kat cafe waktu tengok Manchester United vs Chelsea, kena tanya soalan maut time jamuan kelas, kisah Ustaz Hasrol. Lenguh tangan kalau kalau nak tulis satu-satu cerita.
Mungkin kisah-kisah ini tak penting bagi orang lain tetapi bagi mereka-mereka yang terlibat didalamnya, ini merupakan satu sejarah bermakna tersendiri. Semoga semua berjaya didalam haluan dan bidang masing-masing!
p/s: mana Mak Lang ni? hehehe...
Labels: Memori Silam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
tembam nye die..(bab ngate org nmbor satu. he3)
tembam? sape, sape, sape? yang pkai baju+tudung merah tu op.bukan yang tshirt merah tu.haha...
e eh. org plop
salam
lor..matrix pahang gak kew.
batch sama la ni 2007/2008
eh...tu iqwan syahid ke dlm pic yang last tu
aah, saya matrix pahang 2007/2008.yup, tu iqwan syahid budak temerloh.classmate time matrix ke?
owh..yea ke.
bkn classmate matrix..
tak tahu pun dia matrix pahang gak. kenal pun sbb selalu bergerak kerja dgn dia kat kampus.
Post a Comment