Recent Posts

Posts RSS

Beban Seorang Doktor

Budaya Kerja Doktor Tidak menyihatkan
Mereka bekerja selama 34 jam tanpa mempunyai rehat yang cukup. Bahkan bekerja di hampir setiap hari tanpa cuti minggu merupakan norma biasa. Di tambah lagi jika bekerja di hospital besar dan mempunyai ramai pesakit.

Ini tidak termasuk 'assessment' atau ujian amali yang perlu ditempuhi bagi menilai tahap penguasaan sesuatu bidang. Mereka terpaksa bekerja dan dalam masa yang sama kembali belajar dan megulangkaji.

Doktor Latihan Siswazah Kena Kerja 40 Jam Berterusan
Mungkin ada yang tidak tahu, sebagai seorang ‘houseman’, harus melengkapkan empat bulan ‘rotation’ di dalam satu jabatan. Untuk tempoh itu, hanya lapan hari cuti diberikan.

Ketika mereka wajib bekerja setiap hari. Sabtu dan Ahad biasanya hanya perlu datang pada waktu pagi dan petang untuk melakukan rondaan jika tidak ‘on-call’. Hingga kini tiada saluran khusus untuk ‘houseman’ mengadu masalah.

‘Houseman’ takut untuk mengadu kerana bimbang akan dipanjangkan tempoh latihan dalam jabatan, dilabel sebagai doktor bermasalah dan ‘lembik’, ‘mengada-ngada’ dan sering dinasihatkan untuk bersyukur dan dibandingkan dengan doktor zaman dulu. 


Meremang bulu roma apabila terbaca petikan berita dari 2 sumber di atas. Adakah benar situasi yang digambarkan ini? Mengikut reaksi senior-senior di Facebook, sememangnya inilah situasi yang bakal dihadapi bakal doktor latihan siswazah (Houseman, HO) di Malaysia malah ada yang lebih parah.

Saya menulis atas kapasiti sebagai pelajar perubatan yang masih didalam pre-clinical dan belum ada pengalaman dalam clinical mahupun HO. Dan posting saya kali ini bukan untuk menilai situasi abang-kakak HO di tanah air tetapi ingin mengupas kehidupan mereka yang mahu menjadi tenaga perubatan ini. Dan ia juga untuk rujukan adik-adik yang sekarang sedang didalam dilema mahu further study didalam jurusan apa di universiti kelak.

*  *  *  *  *

Hampir 3 tahun di kuliah perubatan, satu ungkapan yang boleh saya gambarkan mengenai jurusan ini "tidak terlalu susah tetapi terlalu banyak". Jujur saya katakan didalam jurusan ini cukup anda menghafal serta memahami penyakit-penyakit yang ada di muka bumi ini. Tidak ada pengiraan yang kompleks seperti engineering, tidak ada assignment bertimbun seperti jurusan lain, tidak ada tutorial setiap minggu, dan tidak ada subjek kokurikulum yang wajib diambil. 

Namun begitu, penyakit yang dipelajari bukanlah sekadar apakah penyakit itu, apakah ubatnya tetapi keseluruhan penyakit bermula bagaimana penyakit itu hinggap di badan, apakah sebabnya, hinggalah penyakit itu tiada kembali dari badan. Dan untuk satu organ bukanlah hanya 1 atau 2 penyakit tetapi berpuluh penyakit dan ia perlu dihafal dalam waktu sebulan sahaja. Dan tubuh manusia bukanlah terdiri dari 1 organ sahaja. Pernah satu ketika untuk satu ujian saya perlu menghafal lebih dari 20 penyakit!

Sememangnya tidak semua hafalan tersebut diguna pakai ketika klinikal dan HO tetapi untuk melepasi ke stage klinikal semuanya itu harus didalam kepala. Dan mungkin akan diuji juga ketika klinikal.

Mungkin kita lihat kehidupan pelajar perubatan ni enjoy, kalau cuti boleh melancong sana-sini. Tapi hakikatnya tak semua macam tu. Biasiswa cukup-cukup makan, dan lepaslah untuk berbelanja sikit-sikit dan kalau nak digunakan untuk melancong itu akan berfikir 2,3 kali. Nak dekat exam, tengok muka masing-masing dah maca zombie sebab bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. Nak kata tidak study awal, saya pernah cuba study awal tapi tetap bertungkus lumus di saat akhir. Mungkin juga kerana saya ni jenis lambat tangkap apa yang saya baca. 

Habis seksa di pre-klinikal, sambung lagi dalam setahun lebih klinikal di hospital. Menurut cerita senior-senior saya, klinikal di sini lebih kurang seperti HO di Malaysia dan untuk penyakit-penyakit yang common biasanya dirawat sendiri oleh pelajar. Baru-baru ini saya bertemu senior saya yang dah hampir 2 tahun klinikal di sini dan sangat jelas perubahan tubuh dia. Saya tanya kenapa kurus sangat ni. Jawapan dia, sibuk sangat dan letih.

Tamat latihan klinikal dan selesai anda mengangkat sumpah Hippocrates (Hippocratic Oath), anda bergelar HO dan perlu menamatkannya selama 2 tahun di hospital tanah air. Situasi HO saya tidak tahu tetapi berdasarkan petikan 2 akhbar di atas anda faham-faham lah.

*   *   *   *   *

Untuk bergelar dokter anda perlu menghabiskan kira-kira minimum 8 tahun setelah SPM dan situasinya adalah seperti di atas. Sentiasa sibuk dan letih. Tapi ini semua bergantung kepada individu. Bagi mereka yang tahan dan ok dengan situasi ini mungkin tidak menjadi masalah. Dan bagi saya sendiri saya masih ok cuma kadang-kadang sahaja stress. Cuma saya ingin menggambarkan bagaimana situasi anda sebagai pelajar perubatan. Sebelum mendaftar di jurusan ini memang nampak cool jurusan ini tetapi setelah anda bergelumang dengannya, maka baru anda tahu ia cool atau tidak.

Menyesal? Saya tidak menyesal sebab saya dah lebih dari separuh perjalanan. No turning back. Saya taknak bayar duit scholar 100% sebab alasan letih semata-mata. Saya selalu cerita ke mak saya, seandainya hidup saya ada CCTV, saya nak mak saya tengok 24 jam hidup saya selama seminggu. Pasti dia akan menangis kesian ke saya.

Mungkin dengan tekanan hidup ini sedikit mematangkan diri kita. Stress itu baik untuk diri cuma jangan berlebihan. Bagi adik-adik yang bercita-cita nak jadi doktor tu, fikir masak-masak dahulu. Sediakan fizikal dan mental terlebih dahulu. Mungkin untuk 5 tahun akan datang keadaan HO tidak seteruk sekarang kerana jumlah doktor lepasan ijazah dah ramai. Tapi mungkin juga masih sama seperti sekarang. Semoga kebajikan para HO di Malaysia diambil berat pihak berwajib. Jangan salahkan mereka sekiranya ada yang lari dari keluar negara kerana tidak tahan. Saya bukanlah Superman melainkan Lokman.

p/s: Mak, stress tau belajar. sebab tu saya nak kahwin awal.haha....tapi mak saya conform tak baca blog saya ni. Takpe la. Tapi kalau saya dah berkeluarga ketika HO yang berkeadaan sedemikian, tidak kesiankah anak isteri saya? Sanggupkah mereka?

3 comments:

Unknown said...

Hahah..lokman rupanya..and entry dah lama..awak dh nak habis clinical dah pun kan?sikit lg HO..semangat!

Lokman Hakim said...

hahaha....my bro.ni entry zaman belum coass.kadang lawak gak gaya penulisan sendiri.insyaAllah tinggal 5 stase lagi.kalau xde masalah hujung taun ni selesai.takut!

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...