Recent Posts

Posts RSS

Parody Terbaik!

Buka-buka facebook, ternampak beberapa orang member post satu klip video parody lagu Friday Rebecca Black. Friday ditukar menjadi Call Day, iatu hari on call untuk doktor. Senang cerita tengok jela video klip dibawah. Lagi best dari Friday Rebecca Black


Terbaik kan. Ni satu lagi diorang buat, amik lagu Hard knock Live oleh Jay Z.


Sinis tetapi kenyataan

0 comments

Dingin Subuh di Bulan Mac

Masih segar didalam ingatan aroma titisan hujan di suatu pagi itu. Guruh silih berganti membangunkan aku dari lena. Jam menunjukkan pukul 4.10 pagi beerti azan subuh belum berkumandang. Aku melihat dua sahabatku masih enak dibuai mimpi di atas tikar bersama rakaman video ceramah ustaz Hasrizal. Ceramah inilah yang membuatkan salah seorang dari kami tergelak ketika sedang tidur. Bagaimana boleh jadi begitu? Isi ceramah masuk sekali didalam mimpi mungkin.

Aku gagahi diri menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Dingin air yang jatuh ke rambutku dibiarkan kerana aku perlu mengejar penerbangan di awal pagi untuk meneruskan misi mustahak aku hari ini. Setelah selesai, aku mengejut dua sahabat aku dari tidur. Dan tiba-tiba hujan turun dengan mencurah-curah lebatnya. Ah, bagaimana mungkin untuk aku sampai ke lapangan terbang dengan keadaan langit begini. Lalu sahabat aku cuba menghubungi kenalan untuk meminta bantuan kereta namun gagal kerana temannya itu berada di luar kawasan. Teksi dihubungi namun gagal. Ku kira khidmat teksi disini seperti di Jakarta tetapi aku salah perhitungan. Mereka tidak beroperasi 24 jam.

Lebat hujan mula mereda tetapi masih didalam kondisi lebat. Kedua sahabatku menawarkan untuk menghantarku ke bandar untuk mencari apa-apa pengangkutan ke lapangan terbang. Lalu berbekalkan baju hujan setiap seorang, kami meredah hujan ke perhentian bas. Harapan menggunung seperti hancur bekecai apabila sampai ke perhentian bas. Langsung tiada pengangkutan awam yang bisa ditumpangi di situ. Kosong! Peluh dingin mula membasahi dahiku. Bagaimana mungkin aku mengejar pesawat dalam keadaan waktu tinggal kira-kira satu jam sahaja untuk check-in. Hujan pula tiada tanda mahu berhenti!

Memang aku mati akal serta putus asa pada mulanya. Namun aku cuba untuk bertenang memikirkan penyelesaian. Alhamdulillah, sahabatku berkata mahu menghantarku dengan motosikal nya. Tetapi bukankan di luar sana masih hujan? Sahabatku berkata hujan cumalah air bukannya api. Ayuh kita meredah hujan, bukan selalu dapat menempuh cabaran sebegini. Aku tergamam. Itulah hebatnya ikatan persahabatan.

Waktu untuk check-in tinggal kira-kira 45minit. Aku menyingsing jeans ku lalu mengemaskan balutan baju hujan dan meluncuri dingin pagi di atas deruan enjin motosikal Honda didalam hujan. Hujan tidaklah terlalu lebat tetapi cukup untuk memedihkan mata apabila titisannya mengenai mata. Lebih-lebih lagi apabila bas Rapid KL yang yang baru mahu memulakan operasi melintasi kami. Maka bersemburanlah air ke kiri kanan sesuka hatinya. Kami mengejar waktu. Nilai ke Sepang perlu ditempuhi kira-kira 30 minit sahaja.

Alhamdulillah, dalam 20 minit kami berjaya sampai ke balai berlepas lapangan terbang. Dan sahabatku berkata ini adalah rekod beliau sampai ke destinasi tersebut dalam waktu sesingkat 20 minit. Dan baru dia sedar yang dia tertinggal dompetnya di rumah. Lalu ku menghulur sedikit wang kertas untuk dia mengisi minyak andai terhabis didalam perjalanan pulang. Hakikatnya nilai wang tersebut tidak sama dengan pengorbanan dia. Dan nilai wang itu juga tidak sebanding dengan pengalaman yang kami tempuhi pada pagi tersebut.

Suasana pagi Mac itu di lapangan terbang
Pelukkan perpisahan mengakhiri perbualan kami. Aku berlari ke kaunter check-in dengan keadaan sandal dan bag pack ku basah, dan jeans ku tersingsing hingga bawah lutut. Ah, pedulikan mereka. Aku sedang bertarung dengan waktu dan mereka pasti mengerti yang aku ini sedang travel. Setelah selesai di kaunter check-in aku bergegas ke tempat menunggu. Tidak sempat aku duduk, gate penerbangan ku dibuka. Didalam hati aku melafaz rasa tersangat syukur kerana sampai tepat pada waktunya didalam keadaan aku tidak boleh melepaskan penerbangan ini.

Hujan telah berhenti. Berjalannya aku dari gate menuju ke pesawat, aroma dingin pagi bercampur hangat jalan akibat hujan menusuk hidungku meninggalkan satu aroma yang khas, yang akan mengingatkan aku gambaran sekeliling pada pagi itu. Setiap aroma dari luar pesawat hingga ke dalam pesawat membawa seribu memori yang masih kuat didalam ingatanku.

Pemandangan Putrajaya dari pesawat
Selamat tinggal Kuala Lumpur, aku perlu menempuh satu lagi perjalanan serta pertemuan bermakna apabila mendaratnya pesawat ini ke destinasinya. Aku berjaya tempuhi cabaran pada pagi ini, dan aku berhak untuk bergembira apabila mendarat nanti. Hanya menanti terpampangnya papan tanda "Selamat Datang ke Terengganu" penuh debaran!

*     *     *     *     *

Dua sahabataku yang diceritakan adalah sahabat Tahap, Imran dan Shahir. Aku menumpang tidur di kampus Imran di USIM, Nilai sambil menziarahi mereka. Si Shahir pula dari UIA Gombak tetapi bilik Imran dah seperti bilik keduanya. Dan yang membawa aku ke airport pada pagi tersebut adalah Shahir dan sebenarnya si Shahir ni ada kelas pukul 9 pagi nanti. Dan aku pada pagi 3 Mac tersebut sedang mengejar penerbangan Air Asia pukul 7 pagi ke Kuala Terengganu untuk menziarahi seseorang.hehe...sebab tu nak tak nak kena sampai juga ke airport pagi tu.

Sesungguhnya segala yang berlaku pada hari tersebut dari pagi sampailah ke malamnya masih segar dalam ingatan. Pelbagai episod dilalui; cemas, genting, putus harapan, gembira, sedih, excited, bersyukur. Hanya memori bisa mengungkap segala-galanya. Terima kasih semua.

2 comments

Telemovie Hari Guru

Setiap 16 Mei, guru-guru di Malaysia akan menyambut sambutan Hari Guru. Walaupun tiada cuti diperuntukkan pada hari tersebut tetapi seringnya pada hari tersebut tiada sesi pembelajaran dan digantikan dengan acara sambutan hari tersebut.

Di sebalik sambutan hari guru ini, terdapat satu kenangan yang saya rasa tidak akan luput terutama pada pelajar lelaki tingkatan 5 SMKA TAHAP tahun 2006 dan mungkin juga sebahagian guru yang terlibat pada hari itu. Semuanya berlaku 5 tahun yang lalu.

Siapa ingat cerita Namun Ku Punya Hati, kisah cikgu Samad dengan Majid? Yang sekolah TAHAP mesti ingat. Kalau tak ingat cuba tengok sikit sedutan filem tersebut;


So, jom kita flashback sikit kisah kita ni.

Alkisahnya, di sekolah kami setiap kali sambutan hari guru setiap batch akan diminta menyediakan satu persembahan pentas. Terpulang persembahan apa bergantung kepada kreativiti masing-masing. Pada tahun-tahun sebelumnya, batch kami membuat persebahan pentomin namun memandangkan itu tahun terakhir kami di sekolah kami memikirkan untuk membuat satu kelainan yang tidak pernah lagi dibuat mana-mana batch.

Idea persembahan ini timbul ketika kami menghadiri kem di UiTM Jengka. Kawan saya Thaqif mencadangkan untuk membuat filem pendek lalu kami pun merangka lah jalan cerita yang dirasakan sesuai. Saya pun pergi jumpa cikgu Nawawi di bilik server nak tahu tajuk lagu tersebut. Lalu bermulalah siri penggambaran.

Filem pendek ini melibatkan semua pelajar lelaki form 5 waktu tu dan dibantu abang Zainol. Abang Zainol ni x-tahap juga tapi sedang menjadi guru ganti sementara di sekolah. Jadi dengan bantuan beliau bolehlah kami menggunakan laptop, camcorder, van, motor dan bilik dia sebagai markas. Penggambaran mengambil masa hanya sekitar 3 hari dan dilakukan sekitar kawasan sekolah. Dan salah satu kejadian warden pelik kami mengusung tilam asrama ke kawasan sekolah, Beliau nak tengok apa yang berlaku tetapi dihalang kami. Kami kata rahsia ustaz, nanti ustaz tahu. selamat petang tu ustaz Hadzri sporting lalu dia tersenyum lalu beredar.

Filem ini mengkisahkan seorang pelajar yang bermasalah mempunyai konflik di sekolahnya. Dia dibenci oleh kawan-kawan termasuk cikgunya. Tetapi.....tetapi apa? Kalau nak tahu, jom tengok cerita ni dulu. Ada 7 part saya pecahkan. Jom tengok kawan-kawan.








Cerita ni tidaklah bagus atau berkualiti mana. Tetapi sekurang-kurangnya ia berjaya menyentuh hati cikgu-cikgu, pelajar-pelajar semasa tayangan tersebut. Mungkin masih ada cikgu yang ingat dengan cerita ini. Dan kami yang terlibat didalam pembikinan pasti tidak akan melupakan ia.

Sekali lagi saya siarkan cerita ini sempena hari guru. Terima kasih kepada semua guru-guru di dunia yang mendidik anak bangsa yang bakal mencorak masa depan negara. Tanpa guru tiada doktor, tanpa guru tiada arkitek tanpa guru tiada jurutera. Semoga ukhuah kita sesama pelajar dan guru sentiasa terjalin, InsyaAllah.

SELAMAT HARI GURU

P/s: Teringat dengan anak cikgu Shuha. Dia taknak tengok VCD Power Rangers tapi nak tengok cerita ni je sampai kena sorok CD cerita ni. Lepas tu cerita kita ni siap ditayangkan kat satu sekolah kat Temerloh lagi. Nak tengok part saya berlakon kat last-last. Saya pengarah tapi nak juga masuk dalam cerita, Tak aci la.haha...

2 comments

Paksa Solat


Seseungguhnya melaksanakan solat itu amat ringan bagi mereka yang beriman tetapi boleh jadi amat berat bagi individu yang sebaliknya. Bagi individu yang merasakan solat itu amat berat, masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang sebenar.

Pada permulaan paksakan diri untuk solat. Biar tidak ikhlas, biar tidak rela tetapi tetap menunaikan solat. Kerana apa, kerana keikhlasan itu lambat laun akan timbul jua didalam diri kita setelah melakukan sesuatu yang rutin. Pekara yang kita paksa melakukan dengan rutin kelak akan menjadi sebahagian dari jadual hidup kita. Sebagai contoh makan nasi. Bagi kita orang Melayu, sehari tidak makan nasi membuatkan perut kita lapar walaupun dah makan burger atau pizza. Kerana apa, kerana nasi adalah makanan rutin kita sejak kecil.

Begitu juga dengan solat, paksakan diri untuk merutinkan ia. Kelak sebulan dua, akan timbul rasa tidak selesa dalam diri sendiri sekiranya tidak menunaikannya. Secara automatik juga rasa ikhlas itu akan timbul. Tidak mengapa memaksa anak untuk solat. Kerana mereka adalah aset ibu bapa setelah pulannya kedua orang tua mereka ke alam barzakh.

Sabda Rasulullah S.A.W;
"Apabila matinya anak Adam, maka putuslah segala amalan kecuali tiga iatu; anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan, dan sedekah jariah yang ditinggalkan"

Wallahu a'lam

P/s; sesiapa yang mahu mengambil gambar-gambar berisi nasihat daripada blog ini dipersilakan. Saya tidak letak watermark di gambar-gambar tersebut. Kalau ada pun, nak crop, silakan. Sampaikan dariku walau satu ayat.

1 comments

Maher Zain Berlakon Sinetron?

Seperti yang kita tahu, minggu lepas Maher Zain telah mengunjungi Indonesia selama seminggu. Seperti yang diceritakan didalam post sebelum ini, Maher Zain turut terlibat berlakon didalam satu episod sinetron bertajuk "Pesantren dan Rock & Roll" yang membawa watak sebagai Maher Zain sendiri.

Episod ini ditayang malam Rabu semalam di channel SCTV. Berikut lakonan Maher Zain;









P/s: siapakah wanita berbaju dan bertudung oren yang jadi audience di part 2? Macam pernah tengok.

0 comments

Maher Zain di Jakarta

Alhamdulillah, minggu lepas Maher Zain telah sampai buat pertama kalinya ke Jakarta. Maher Zain datang ke Indonesia mestilah untuk membuat persembahan disamping melancarkan albumnya di sini. Apa yang menariknya di sini, Maher Zain turut diundang untuk berlakon didalam sinetron yang bertajuk "Pesantren and Rock & Roll". 

Apa yang menarik saya disini nak menulis mengenai kedatangan Maher Zain adalah kolobrasi Maher Zain dengan vokalis kumpulan Padi, Fadly didalam lagu Insyaallah. Mantap suara Fadly menyanyikan lagu Insyaalah versi bahasa Indonesia.

Berikut persembahan pertama Maher Zain dengan Fadly Padi;

Cuma yang spoil disini adalah bagaimana MC konsert Inbox meng-interview Maher Zain. Berdasarkan komen-komen di YouTube, ramai yang marah dan malu dengan cara MC berbual dengan Maher Zain. Fadly pun saya rasa malu dan segan sampai keluar dari mulut Maher Zain perkataan "masyaallah". Biarkan lah perkara itu, anda bisa menilai sendiri. Saya bukan nak komen mengenai hal tersebut.

Cuma yang nak di highlightkan adalah suara Fadly sangat mantap dalam lagu ini. Patut lah Maher Zain pilih dia. Maybe di Malaysia tiada penyanyi suara best macam Fadly kot sampai Maher Zain nyanyi versi Bahasa Malaysia sendiri. 

Seterusnya malam tadi sekali lagi Maher Zain berduet dengan Fadly di konsert Simfoni Cinta yang disiarkan live di MNC TV. Cuma saya rasa untuk konsert malam tadi suara mereka kurang menyengat kalau nak dibandingkan dengan konsert Inbox pertama tersebut, Mungkin kerana arrangement musik tak berapa masuk kot. Tidak mengapa, layan je lagu Insyaallah ni;


Pokoknya best lah. Siapa nak belanja saya pergi konsert Maher Zain sila angkat tangan! Ada konsert besar-besaran ke kat Jakarta? Rasa macam takde.

Lirik Insyaallah part Bahasa Indonesia;

Ketika kau tak sanggup melangkah,
Hilang arah dalam kesendirian
Tiada mentari bagai malam yang kelam,
Tiada tempat untuk berlabuh.

Bertahan terus bertahan,
Allah selalu di sisimu

Insyaallah (3x)
Ada jalan.......

*   *   *   *   *
Oh ya Allah,
Tuntun langkahku di jalanMu,
Hanya Engkaulah pelitaku,
Tuntun aku dijalanmMu selamanya.

Insyaallah, (3x)
Ada jalan

3 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...