Paksa Solat
Posted by Lokman Hakim at 5/12/2011 06:34:00 PM
Seseungguhnya melaksanakan solat itu amat ringan bagi mereka yang beriman tetapi boleh jadi amat berat bagi individu yang sebaliknya. Bagi individu yang merasakan solat itu amat berat, masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang sebenar.
Pada permulaan paksakan diri untuk solat. Biar tidak ikhlas, biar tidak rela tetapi tetap menunaikan solat. Kerana apa, kerana keikhlasan itu lambat laun akan timbul jua didalam diri kita setelah melakukan sesuatu yang rutin. Pekara yang kita paksa melakukan dengan rutin kelak akan menjadi sebahagian dari jadual hidup kita. Sebagai contoh makan nasi. Bagi kita orang Melayu, sehari tidak makan nasi membuatkan perut kita lapar walaupun dah makan burger atau pizza. Kerana apa, kerana nasi adalah makanan rutin kita sejak kecil.
Begitu juga dengan solat, paksakan diri untuk merutinkan ia. Kelak sebulan dua, akan timbul rasa tidak selesa dalam diri sendiri sekiranya tidak menunaikannya. Secara automatik juga rasa ikhlas itu akan timbul. Tidak mengapa memaksa anak untuk solat. Kerana mereka adalah aset ibu bapa setelah pulannya kedua orang tua mereka ke alam barzakh.
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Apabila matinya anak Adam, maka putuslah segala amalan kecuali tiga iatu; anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan, dan sedekah jariah yang ditinggalkan"
Wallahu a'lam
P/s; sesiapa yang mahu mengambil gambar-gambar berisi nasihat daripada blog ini dipersilakan. Saya tidak letak watermark di gambar-gambar tersebut. Kalau ada pun, nak crop, silakan. Sampaikan dariku walau satu ayat.
Labels: Motivasi, Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Alhamdulillah...terima kasih atas peringatan cukup bermakna ini. Terima kasih juga kerana sudi menginfaqkan gambar tuan yang begitu menginsafkan. Mohon untuk gunakan gambar ini di entry terbaru sy tuan. Terima kasih.
Post a Comment