Maher Zain di Jakarta
Posted by Lokman Hakim at 5/03/2011 05:50:00 PM
Alhamdulillah, minggu lepas Maher Zain telah sampai buat pertama kalinya ke Jakarta. Maher Zain datang ke Indonesia mestilah untuk membuat persembahan disamping melancarkan albumnya di sini. Apa yang menariknya di sini, Maher Zain turut diundang untuk berlakon didalam sinetron yang bertajuk "Pesantren and Rock & Roll".
Apa yang menarik saya disini nak menulis mengenai kedatangan Maher Zain adalah kolobrasi Maher Zain dengan vokalis kumpulan Padi, Fadly didalam lagu Insyaallah. Mantap suara Fadly menyanyikan lagu Insyaalah versi bahasa Indonesia.
Berikut persembahan pertama Maher Zain dengan Fadly Padi;
Cuma yang spoil disini adalah bagaimana MC konsert Inbox meng-interview Maher Zain. Berdasarkan komen-komen di YouTube, ramai yang marah dan malu dengan cara MC berbual dengan Maher Zain. Fadly pun saya rasa malu dan segan sampai keluar dari mulut Maher Zain perkataan "masyaallah". Biarkan lah perkara itu, anda bisa menilai sendiri. Saya bukan nak komen mengenai hal tersebut.
Cuma yang nak di highlightkan adalah suara Fadly sangat mantap dalam lagu ini. Patut lah Maher Zain pilih dia. Maybe di Malaysia tiada penyanyi suara best macam Fadly kot sampai Maher Zain nyanyi versi Bahasa Malaysia sendiri.
Seterusnya malam tadi sekali lagi Maher Zain berduet dengan Fadly di konsert Simfoni Cinta yang disiarkan live di MNC TV. Cuma saya rasa untuk konsert malam tadi suara mereka kurang menyengat kalau nak dibandingkan dengan konsert Inbox pertama tersebut, Mungkin kerana arrangement musik tak berapa masuk kot. Tidak mengapa, layan je lagu Insyaallah ni;
Pokoknya best lah. Siapa nak belanja saya pergi konsert Maher Zain sila angkat tangan! Ada konsert besar-besaran ke kat Jakarta? Rasa macam takde.
Lirik Insyaallah part Bahasa Indonesia;
Ketika kau tak sanggup melangkah,
Hilang arah dalam kesendirian
Tiada mentari bagai malam yang kelam,
Tiada tempat untuk berlabuh.
Bertahan terus bertahan,
Allah selalu di sisimu
Insyaallah (3x)
Ada jalan.......
* * * * *
Oh ya Allah,
Tuntun langkahku di jalanMu,
Hanya Engkaulah pelitaku,
Tuntun aku dijalanmMu selamanya.
Insyaallah, (3x)
Ada jalan
Labels: Kehidupanku di perantauan, Taman Bunga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sedih tgk MC tu. kalau jumpa tepi jalan, langsung tak tahu dia MC (no offence)
tu lah.mybe dia tak kenal maher zain kot.tapi sepatutnya sblm tu buat lah research sikit.artis antarabangsa, bukan pemenang pertandingan karaoke belia 4B. sedang jadi mc ceramah kat masjid pun orang buat research dulu.
takpe lah, tiap manusia tu ada kesilapan tersendiri.semoga kita belajar dari kesilapan ini.
im commenting on the appearance, act
Post a Comment