Recent Posts

Posts RSS

Mau Hilangkan Rasa Pedas?

Alhamdulillah, minggu cuti raya dah habis berlalu dan memberi makna episod belajar-belajar-dan belajar menjelma kembali. Dan alhamdulillah gak cuti ni aku berjaya mendapatkan benda idaman aku.

Back to our business, sedikit tips bagi mereka yang mengalami masalah kepedasan akibat tergigit lada ataupun makan sambal ataupun memang jenis tak tahan pedas. Terutamanya bagi mereka-mereka yang berlidah Kelantan yang memang agak tidak tahan dengan makanan pedas berbanding dengan mereka yang berlidah Jawa ni. Sebabkan di Kelantan kebanyakkan makanan dimasak dengan rasa manis memonopoli berbanding masakkan Jawa yang sememangnya disulami dengan cabai.

Ok, so bagi yang merasa teramat pedas setelah makan, pasti akan melekat pedas di lidah walaupun dah bergelen minum air. Jadi cara tercepat nak menghilangkannya adalah ;
  • ambik secubit dua atau secukup rase gula
  • kepat-kepat (kemang) gule tadi sehingga hilang pedas
  • kalau pedas lagi, kepat lagi gula sampai hilang
Ni sedikit sebanyak petua yang diambil dari orang-orang tua. Rase-rasenye mujarab sebab aku selalu buat dan menjadi la. Selamat mencuba...

nota kaki : lidah orang merokok juga kebal pada pedas. secara saintifiknya tak sempat nak cari.

6 comments

eBay & PayPal

Seminggu cuti Raya memang membosankan lalu mengakibatkan aku duduk menghadap laptop 25 jam sehari. Dan antara perkara paling aku suka buat ngan internet selain berfacebooking adalah mengunjungi web lelong.com.my dan eBay.

Sebenarnya aku dah lama nak cari 2 benda utama ni iatu kamera DSLR ngan iPhone. Kalau nak cari kat kedai memanglah mudah tapi memaksa aku mengumpul duit selama setahun. Jadi aku suka ke web ni nak cari yang seken dan murah. Besela, namenye student, mana ada duit banyak sangat nak beli mende-mende ni semua. Ni semua sebab nak memenuhi hobi dan kesukaaan aku.

Ok, main point die, aku start hari ni dah nak serious mencuba membeli di eBay. Tapi aku tak tahu sama ada selamat atau tak membeli di eBay dan membuat bayaran mengunnakan PayPal. Jadi mungkin ada yang membaca posting ni yang ada pengalaman menggunakan khidmat 2 benda ni (eBay & PayPal), harap dapat memberi nasihat dan juga apa-apa tips kalau nak membeli. Al-maklumlah, malu bertanya sesat jalan. Aku amat mengharapkan bantuan deme sekalian.

Terime kasih...!

2 comments

Salam Aidilfitri yang Syahdu

Hari ini aku lengkap berbaju melayu, bersila mengikuti alunan takbir membesarkan Allah, sungguh syahdu iramanya, persis Syawal yang ku lalui dahulu. Fikiranku melayang sambil merenungi anyaman-anyaman indah di sejadah usang ini. Terkadang mulutku mengukir senyuman tapi tidak terlepas riak kesunyian diwajahku. Seringnya dahulu aku bersama keluarga bersama bertakbir tapi kali ini aku sekali lagi keseorangan di bumi asing. Masih di perantauan kerana mengejar segulung ijazah demi menggapai impianku sejak kecil. Sedih? Ya, sudah pasti ku merasainya! Tetapi inilah harga yang perlu ku bayar demi angan-angan dan cita-cita ku. 3-4 tahun dahulu aku sering mengimpikan suasana seperti ini sepersis di kaca televisyen dan kini aku sudah merasainya. Keindahan yang terselit kedukaan. Tidak mengapa, kedukaan yang sementara berbanding kebahagian dan kejayaan yang bakal menanti. Biarlah kedukaan ini menguasai diri untuk seminit dua, supaya diri ini lebih tabah dan menjadi memori berharga.

Cewah, bersastera la pulak aku hari Raye ni. Sesaje je, dah takde mende nak buat, so pe salahnya aku wat posting baru kan? Hari ni aku beraya kat Kedutaan Besar Malaysia, kedutaan yang paling hot sekali kat kota Jakarta. Aktiviti dimulakan ngan solat sunat Aidilfitri, dengar khutbah dan seterusnya memenuhkan perut yang dah bekeroncongan ni. Lapo weh, pagi tadi sempat buat teh tarik je. Makan je kuih-kuih raya buat alas perut. Dah la kuih Almond London ni tak de kacang kat dalam die. Tak gune punye kedai. Hahahaa...

Bekalan kuih raya dan ketupat mini dibawa khas dari Malaysia sebagai pengubat rindu dan akan dihabiskan dengan sekelip mata

Hari ni pihak kedutaan menjamu Mi Gogeng KL, ketupat, lemang, rendang ayam, kuih popia, puding, air sirap dan teh tarik. Sekadar merasa sedikit lemang sebab taun lepas tak sempat nak merasa. Suasana di kedutaan pun tidak la terlalu meriah mungkin sebab kebanyakkan student-student baru yang aku tak kenal. Yang senior-senior ni kebanyakkan balik Malaysia, maka menambahkan lagi keboringan aku di pagi Raya kali ni.

Sekitar suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H di Kedutaan Besar Malaysia

Lepas siap makan-makan, sesi bergambar kenang-kenangan. Lepas tu borak-borak kejap, dalam kul 10 am kitorang decide nak balik umah sebab tak tau ape nak buat dah kat kedutaan. Sampai kat rumah melepak jela depan tv sampai tertido. Bak kate Fahamy, alang-alang beli baju melayu ni, jangan tanggal. Pakai sampai pagi besok.

Benda paling menarik kat Kedutaan Malaysia iatu pagar kawad duri. Ni mesti prepare untuk demo yang selalu orang buat kat depan kedutaan akhir-akhir ni. Dah namanye kedutaan paling hot kan.

So insyaAllah esok malam akan diadakan sikit jamuan untuk student Malaysia Ukrida yang tak balik. Rumah aku dan Jawahir kene sediakan nasi impit. Entah bile nak start buat. Esok la, hari ni nak rilek-rilek dulu. Sampainya aku di rumah maka menandakan berakhir la hari raya pertama aku ni hari ni bersama dengan perut yang lapar.....

Dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali aku. Andai ada salah dan silap, harap dimaafkan kekhilafan manusia yang hina dan kerdil ini.Semoga kita dapat menghayati bulan kemenangan ini dan dipertemukan lagi Syawal seterusnya.

Buat mak dan ayah di kampung, jangan sedih-sedih. InsyaAllah tahun depan kita beraya sekali. Man mintak maaf banyak, halalkan makan minum Man. Terima kasih kerana mendidik anakmu ini dengan begitu baik hingga dia berjaya menggapai impiannya.

0 comments

Malam Lebaran di Indonesia

Malam 1 syawal telah menjelma menandakan esok dah boleh makan sarapan. Dan aku masih lagi di bumi Indonesia, tidak berkesempatan menyambut Lebaran di tanah air. Tak mengapa!

Kat Malaysia seringnya malam ni kita semua akan berkumpul bersama keluarga membuat persiapan terakhir untuk esok disamping menanti sanak saudara yang masih belum tiba. Taktala ini juga la seluruh keluarga berkumpul setelah hampir setahun tak bersua. Macam-macam cerita keluar bile dah berkumpul. Sangat-sangat happening. Mase muda dulu-dulu, aku suke duduk kat pak-pak sedare aku time diorang borak sebab ape yang diorang borak memang best dan klakar. Macam-macam cerita keluar dari hal politik sampai la cerita-cerita yang sensored. Si ibu-ibu pula sibuk kat dapur nak cari Tupperware nak simpan kuih raye la, nak masak untuk esok la sambil mulut turut sama memeriahkan suasana. Budak-budak ape lagi bile dah bejumpe sepupu-sepupu diorang. habis satu rumah diorang tawaf, berlari, main kejar2. Selagi takde yang menangis, meraung, takkan berhenti la diorang main.

Itulah kemeriahan Aidilfitri di kampung. Dah 2 tahun aku tak merasa semua tu. Kadang-kadang rindu gak. Tak jauh beza suasana sambutan Hari Raya Malaysia ngan Indonesia. Yang bezanya kawan-kawan aku ni la jadi family nak berkumpul. Dan posting kali ni aku nak ceritakan pasal kemeriahan malam raya kat Indonesia

Kat sini malam 1 syawal diorang panggil Malam Takbiran. Kalau di jalan-jalan sekitar Jakarta akan kelihatan anak-anak muda duduk atas lori, bas, angkutan (sejenis pengangkutan awam~van), berarak sambil mengibar bendera, bertakbir, bergendang meraikan hari kemenangan setelah sebulan bertarung dengan nafsu. Bagi yang baru di Jakarta, agak takut melihatnya sebab macam ganas tapi diorang baik, tak kacau orang. Diorang sekadar bergembira dengan style lain sikit. Riuh rendah jalanraya. Diorang dah tak peduli keselamatan dah. Janji gembira. Aku sempat tengok tadi sorang budak bediri diatas van yang bergerak laju sambil mengibarkan bendera. Fear Factor tu.

anak-anak muda berpesta sambil bertakbir diatas lori, van, angkutan

Dan paling best adalah cara diorang takbir raya. Takbir kita kat Malaysia syahdu, mendayu-dayu tapi kat Jakarta, takbir diorang akan disertakan dengan background music yang berentak amat-amat moden. Diserta sekali orang bermain gendang kat sebelah speaker tu. Sekali dengar macam lagu rap. Sungguh! Sangat unik! atau pelik.. Dan takbir dari masjid akan berterusan hingga esok pagi, bergema disegenap ceruk kota Jakarta.

Itulah keadaan kota Jakarta yang berpenduduk separuh penduduk Malaysia. Mula pagi esok jalan raya akan mula lengang dan mungkin aku akan ke Kedubes (Kedutaan Besar Malaysia) semayang raya kat sana. Sangat rindu suasana Aidilfitri dikampung, tapi kerana ilmu dan tak nak susahkan orang tua aku, biar la aku raya kar sini. Sehari je pun. Masa ni la kita nak lihat budaya tempat orang yang tiada kat tempat kita. Janji kita gembira.

Hari ni gak aku dah merasmikan kaki aku kat Carrefour Centre Park. Pergh, mantap mall ni. Sekadar membeli barang-barang dapur buat bekal makan selama 3 hari memandangkan semua kedai makan tutup. Angan-angan nak buat rendang esok, tapi malas pulak. Rebus jela ketupat segera Adabi khas dari Malaysia cicah ngan serunding ngan kari ayam sama teh tarik. Nak ade feel raya skit.

Bagi teman-teman semua tak kira dimana saja anda berada, selamat menyambut lebaran.

1 comments

Selamat Pulang Semua

Esok dah Jumaat. kalau ikut kalender, Ahad raya, maka tinggal la lagi 2 hari puase. Kejap je dah sebulan kite puase. Esok pun semua sekolah kat Malaysia dah mula cuti.

Dan macam biasa, mulanya cuti sekolah petanda bagi mulanya aktiviti pulang ke kampung. Esok petang kita dapat lihat lebuhraya akan mula sesak disebabkan nak balik raya. Kebetulan pekerje kerajaan cuti Sabtu, dapat lak cuti peristiwa hari Isnin. Maka beraya sakan la mereka di kampung.

Dan semua student2 universiti, kolej pun turut sama memeriahkan stesen-stesen bas mahupun keretapi dan sedikit sebanyak airport untuk pulang ke kampung. ada yang dah cuti seminggu lalu, dan ade gak yang baru nak cuti esok. Takpe la, janji cuti kan.

Dalam sibuk bergembira merancang pulang beraya, masih ramai insan yang tidak dapat bercuti, tepaksa bekerja hari raya pertama. Abang-abang polis, askar, budak pam minyak, juru tol.Nak buat camne, redha jela ye. Dan tidak dilupakan teman2 student oversea macam Amerika, UK, Mesir, Jordan, India, Australia, New Zealand, Jepun, Indonesia yang juga melepas sekali lagi nak balik beraye, raya jela kat perantauan. Bukan selalu, nanti tak merasa dah. Takpe, raye sehari je. Taun depan kita balik!

Paling penting, bagi mereka yang akan memulakan perjalanan pulang esok petang, atau malamnya, rancanglah perjalanan sebaiknya. Jangan lupa servis kereta dulu, kemas barang awal-awal, cek tangki air kereta. Yang bawak moto jangan lupa tuka minyak hitam, bawak spare pam ngan tiub, jangan merempit. Biar kita lambat sampai, asalkan selamat. Jangan tak sampai terus sudah.

Semoga perjalanan anda semua selamat dan lancar. Berdoalah kepada Allah moga dipermudahkan segala urusan. Manfaatkan Aidil Fitri ini untuk berkumpul bersama seluruh keluarga. SELAMAT PULANG SEMUA!

ps: kepada semua bebudak rumah aku, jangan lupe bawak balik kuih raye ke aku. Lemang ke, rendang ke. Sian ke kitorang ni

2 comments

Malam Bina Iman & Takwa 09


InsyaAllah, pada 16 September 2009 ini Biro Agama dan Pembangunan (API) UMSA akan mengadakan Malam Bina Iman & Takwa (MABIT) di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan. Tentatif program adalah seperti yang tertera di poster di atas.

Sehubungan dengan itu, semua muslimin dijemput hadir bagi memeriahkan lagi malam-malam terakhir ramadhan kita ini. Mohon dibawa sekali kelengkapan untuk tidur seperti alas, selimut, dan sebagainya.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.halaqahjakarta.blogspot.com

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...