Malam Lebaran di Indonesia
Posted by Lokman Hakim at 9/19/2009 10:26:00 PM
Malam 1 syawal telah menjelma menandakan esok dah boleh makan sarapan. Dan aku masih lagi di bumi Indonesia, tidak berkesempatan menyambut Lebaran di tanah air. Tak mengapa!
Kat Malaysia seringnya malam ni kita semua akan berkumpul bersama keluarga membuat persiapan terakhir untuk esok disamping menanti sanak saudara yang masih belum tiba. Taktala ini juga la seluruh keluarga berkumpul setelah hampir setahun tak bersua. Macam-macam cerita keluar bile dah berkumpul. Sangat-sangat happening. Mase muda dulu-dulu, aku suke duduk kat pak-pak sedare aku time diorang borak sebab ape yang diorang borak memang best dan klakar. Macam-macam cerita keluar dari hal politik sampai la cerita-cerita yang sensored. Si ibu-ibu pula sibuk kat dapur nak cari Tupperware nak simpan kuih raye la, nak masak untuk esok la sambil mulut turut sama memeriahkan suasana. Budak-budak ape lagi bile dah bejumpe sepupu-sepupu diorang. habis satu rumah diorang tawaf, berlari, main kejar2. Selagi takde yang menangis, meraung, takkan berhenti la diorang main.
Itulah kemeriahan Aidilfitri di kampung. Dah 2 tahun aku tak merasa semua tu. Kadang-kadang rindu gak. Tak jauh beza suasana sambutan Hari Raya Malaysia ngan Indonesia. Yang bezanya kawan-kawan aku ni la jadi family nak berkumpul. Dan posting kali ni aku nak ceritakan pasal kemeriahan malam raya kat Indonesia
Kat sini malam 1 syawal diorang panggil Malam Takbiran. Kalau di jalan-jalan sekitar Jakarta akan kelihatan anak-anak muda duduk atas lori, bas, angkutan (sejenis pengangkutan awam~van), berarak sambil mengibar bendera, bertakbir, bergendang meraikan hari kemenangan setelah sebulan bertarung dengan nafsu. Bagi yang baru di Jakarta, agak takut melihatnya sebab macam ganas tapi diorang baik, tak kacau orang. Diorang sekadar bergembira dengan style lain sikit. Riuh rendah jalanraya. Diorang dah tak peduli keselamatan dah. Janji gembira. Aku sempat tengok tadi sorang budak bediri diatas van yang bergerak laju sambil mengibarkan bendera. Fear Factor tu.
anak-anak muda berpesta sambil bertakbir diatas lori, van, angkutan
Dan paling best adalah cara diorang takbir raya. Takbir kita kat Malaysia syahdu, mendayu-dayu tapi kat Jakarta, takbir diorang akan disertakan dengan background music yang berentak amat-amat moden. Diserta sekali orang bermain gendang kat sebelah speaker tu. Sekali dengar macam lagu rap. Sungguh! Sangat unik! atau pelik.. Dan takbir dari masjid akan berterusan hingga esok pagi, bergema disegenap ceruk kota Jakarta.
Itulah keadaan kota Jakarta yang berpenduduk separuh penduduk Malaysia. Mula pagi esok jalan raya akan mula lengang dan mungkin aku akan ke Kedubes (Kedutaan Besar Malaysia) semayang raya kat sana. Sangat rindu suasana Aidilfitri dikampung, tapi kerana ilmu dan tak nak susahkan orang tua aku, biar la aku raya kar sini. Sehari je pun. Masa ni la kita nak lihat budaya tempat orang yang tiada kat tempat kita. Janji kita gembira.
Hari ni gak aku dah merasmikan kaki aku kat Carrefour Centre Park. Pergh, mantap mall ni. Sekadar membeli barang-barang dapur buat bekal makan selama 3 hari memandangkan semua kedai makan tutup. Angan-angan nak buat rendang esok, tapi malas pulak. Rebus jela ketupat segera Adabi khas dari Malaysia cicah ngan serunding ngan kari ayam sama teh tarik. Nak ade feel raya skit.
Bagi teman-teman semua tak kira dimana saja anda berada, selamat menyambut lebaran.
Labels: Kehidupanku di perantauan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Great reading your blog
Post a Comment