Salam Aidilfitri yang Syahdu
Posted by Lokman Hakim at 9/20/2009 02:14:00 PM
Hari ini aku lengkap berbaju melayu, bersila mengikuti alunan takbir membesarkan Allah, sungguh syahdu iramanya, persis Syawal yang ku lalui dahulu. Fikiranku melayang sambil merenungi anyaman-anyaman indah di sejadah usang ini. Terkadang mulutku mengukir senyuman tapi tidak terlepas riak kesunyian diwajahku. Seringnya dahulu aku bersama keluarga bersama bertakbir tapi kali ini aku sekali lagi keseorangan di bumi asing. Masih di perantauan kerana mengejar segulung ijazah demi menggapai impianku sejak kecil. Sedih? Ya, sudah pasti ku merasainya! Tetapi inilah harga yang perlu ku bayar demi angan-angan dan cita-cita ku. 3-4 tahun dahulu aku sering mengimpikan suasana seperti ini sepersis di kaca televisyen dan kini aku sudah merasainya. Keindahan yang terselit kedukaan. Tidak mengapa, kedukaan yang sementara berbanding kebahagian dan kejayaan yang bakal menanti. Biarlah kedukaan ini menguasai diri untuk seminit dua, supaya diri ini lebih tabah dan menjadi memori berharga.
Cewah, bersastera la pulak aku hari Raye ni. Sesaje je, dah takde mende nak buat, so pe salahnya aku wat posting baru kan? Hari ni aku beraya kat Kedutaan Besar Malaysia, kedutaan yang paling hot sekali kat kota Jakarta. Aktiviti dimulakan ngan solat sunat Aidilfitri, dengar khutbah dan seterusnya memenuhkan perut yang dah bekeroncongan ni. Lapo weh, pagi tadi sempat buat teh tarik je. Makan je kuih-kuih raya buat alas perut. Dah la kuih Almond London ni tak de kacang kat dalam die. Tak gune punye kedai. Hahahaa...
Bekalan kuih raya dan ketupat mini dibawa khas dari Malaysia sebagai pengubat rindu dan akan dihabiskan dengan sekelip mata
Hari ni pihak kedutaan menjamu Mi Gogeng KL, ketupat, lemang, rendang ayam, kuih popia, puding, air sirap dan teh tarik. Sekadar merasa sedikit lemang sebab taun lepas tak sempat nak merasa. Suasana di kedutaan pun tidak la terlalu meriah mungkin sebab kebanyakkan student-student baru yang aku tak kenal. Yang senior-senior ni kebanyakkan balik Malaysia, maka menambahkan lagi keboringan aku di pagi Raya kali ni.
Sekitar suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri 1430H di Kedutaan Besar Malaysia
Lepas siap makan-makan, sesi bergambar kenang-kenangan. Lepas tu borak-borak kejap, dalam kul 10 am kitorang decide nak balik umah sebab tak tau ape nak buat dah kat kedutaan. Sampai kat rumah melepak jela depan tv sampai tertido. Bak kate Fahamy, alang-alang beli baju melayu ni, jangan tanggal. Pakai sampai pagi besok.
Benda paling menarik kat Kedutaan Malaysia iatu pagar kawad duri. Ni mesti prepare untuk demo yang selalu orang buat kat depan kedutaan akhir-akhir ni. Dah namanye kedutaan paling hot kan.
So insyaAllah esok malam akan diadakan sikit jamuan untuk student Malaysia Ukrida yang tak balik. Rumah aku dan Jawahir kene sediakan nasi impit. Entah bile nak start buat. Esok la, hari ni nak rilek-rilek dulu. Sampainya aku di rumah maka menandakan berakhir la hari raya pertama aku ni hari ni bersama dengan perut yang lapar.....
Dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali aku. Andai ada salah dan silap, harap dimaafkan kekhilafan manusia yang hina dan kerdil ini.Semoga kita dapat menghayati bulan kemenangan ini dan dipertemukan lagi Syawal seterusnya.
Buat mak dan ayah di kampung, jangan sedih-sedih. InsyaAllah tahun depan kita beraya sekali. Man mintak maaf banyak, halalkan makan minum Man. Terima kasih kerana mendidik anakmu ini dengan begitu baik hingga dia berjaya menggapai impiannya.
Labels: Kehidupanku di perantauan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment