Gempa Bumi,Misi Menyelamat & Masalah?
Posted by Lokman Hakim at 10/04/2009 08:29:00 PM
Minggu lalu Sumatera Barat dikejutkan dengan satu gempa yang amat dahsyat. Gempa berukuran sekitar 7.6 skala Ritcher ini telah menyebabkan hampir seluruh infrastruktur di kota Padang tersembam menyembah bumi dan hari kedua melaporkan 1,100 yang ditemui mati dan hingga 74 jam kejadian masih 3000 mangsa tidak ditemui dan dikhuatiri mati.
Dan yang lebih membuka mata rakyat Malaysia adalah kerana tersapat sebuah universiti terlibat dimana ramai student Malaysia disitu. Alhamdulillah, menurut pihak kedutaan semua teman-teman di universiti Andalas selamat. Kecoh, itulah yang boleh digambarkan. Ibu-bapa student ni la yang paling risau, bukan stakat student di area Sumatera tapi Jakarta turut mendapat tempiasnya. Lepas je keluar berita kat Buletin Utama tv3, semua talifon mendapat call dari kampung menanyakaan keadaan kami disini. Alhamdulillah, kota Jakarta tidak terlibat didalam tragedi ini.
Keadaan kat Padang amat membimbangkan, elektrik terputus, coverage talifon terputus dan mereka terpaksa bergelap memandangkan hari hampir malam. Aku sangat-sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana respon dari pihak kerajaan amat pantas. Dengan segera pihak kerajaan dengan bantuan TUDM menghantar misi membawa pulang semua rakyat Malaysia yang ada kat sane yang lebih kurang 350 orang. 4 trip pesawat TUDM memunggah budak-budak ni balik Malaysia, dah serupa naik tongkang dah dalam pesawat tu. Takpe deme, ni la pengalaman berharga deme. Bebudak lain mane dapat rase balik Malaysia free naik Hercules.
Oleh kerana semangat persahabatan, Malaysia menghantar pelbagai agensi penyelamat bagi membantu pihak Indonesia melakukan misi menyelamat dek kerana mangsa perlu diselamatkan secepat mungkin. antara yang pergi ke sana;
- Mercy Malaysia
- Pasukan Perubatan Tentera Malaysia
- Smart
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Bank Muamalat Malaysia (sukarelawan berupa pakar bedah, doktor umum & jururawat)
Dan di dada akhbar Malaysia semalam memaparkan informasi membuka talian untuk mana-mana pakar perubatan dan doktor yang mahu menjadi sukarelawan untuk dihantar ke sana. Dicatat di akhbar Berita Harian menyatakan pihak sukarelawan membawa sendiri alatan pembedahan yang bernilai puluhan ribu ringgit ke sana dan memohon bantuan kewangan kira-kira RM 3 juta bagi meneruskan misi disana. Dan hari ini satu lagi pasukan perubatan ATM dihantar ke Padang dimana jumlah pasukan dari ATM sahaja mencecah 70 orang disana!
Tidak kurang juga sesetengah dari ibu-bapa student Universitas Andalas yang mahukan anak mereka tidak pulang ke Malaysia bagi membantu mangsa gempa memandangkan mereka ini merupakan pelajar perubatan bisa membantu sedikit sebanyak.
Nah, ini lah hebatnya semangat persahabatan antara 2 buah negara. Tidak sampai 24 jam bencana berlaku, serta merta bantuan diterbangkan. Tetapi sedikit mendukacitakan dengan beberapa insiden sentimen yang masih berlaku. Tidak sampai 48 jam bencana, muncul sekali lagi di televisyen (aku tengok kat Buletin Utama 5 Oktober, berita utama) mengenai usaha kumpulan BENDERA yang mahu melakukan sweeping. Tiap hari aku bace la gak paper online local nak tahu perkembangan terkini bencana tapi langsung tiada berita di dada akhbar tempatan mengenai bantuan yang diberi Malaysia melainkan berita bantuan dari Jepun, Jerman dan Australia. Takpe la yang tu tak la kisah sangat tapi yang paling mendukacitakan terdapat laporan bahawa pesawat TUDM yang membawa bantuan di Padang dibaling batu oleh penduduk tempatan. Namun pihak ATM kita masih lagi bersikap profesional dan memberi jawapan " mereka sedang dalam kesusahan, kita tidak mahu menambah kesusahan mereka."
Seharusnya, lupakan sebentar sentimen ini memandangkan ramai saudara kita sedang dilanda kesusahan di sana. Aku tak nak komen panjang kes ni. Pandai-pandai la anda fikir....!
Dan Jabatan Geologi tempatan meramalkan akan berlaku lagi gempa yang lebih dahsyat di Padang dalam lingkungan 10 tahun ini dimana dijangka sekitar 8.3 skala Ritcher dan menurut pakar ia berpuluh kali ganda lebih hebat dari ini. Ya Allah, aku memohon dariMu selamatkan kami disini dari segala apa yang tidak dikehendaki.....
Harapan dari kami agar kita terus komitmen dalam membantu sahabat-sahabat kita tidak kira siapa mereka dan apa yang terjadi. Orang berbudi kita berbahasa. Tidak mendatangkan kerugian jika kita berbudi. Dan seluruh dunia melihat apa yang berlaku dan mereka boleh berfikir kebenaran dan rasionalnya. Tahniah negaraku.
p/s : ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa bencana gempa bumi yang melanda Padang dan juga Tasik Malaya. Tiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya buat ingatan kita semua. al-Fatihah
Labels: Kehidupanku di perantauan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
assalamualaikum..
sedihkan bila tengok saudara2 kita yg jadi mangsa gempa bumi tu. bukan sedikit yang terkorban. banyak kerosakan dan kerugian yang perlu ditanggung.
tapi lagi sedih bila mengenangkan dalam situasi darurat macam ni ada lagi pihak yang masih mementingkan diri sendiri sampaikan isu msia-indonesia terheret sekali dalam bencana ni.xnak terima bantuan dari mesia atas sebab bantuan itu bersumberkan dari dana judi. what the??
bantuan dari negara lain tu cmne plak? sepatutnya dlm situasi darurat cmni dorg pentingkan kperluan asas org2 yg memerlukan utk mengurangkan penderitaan.ni x. ego je memanjang.
bencana alam bukan Allah saje2 turunkan. pasti ade sesuatu yg Dia nak tunjuk agar kita manusia memuhasabah diri dan menginsafkan diri balik. tapi bila jadi pkra cmni bkn nk mengeratkan silaturahim, makin menjadi2 niat nak berseteru tu.haish
nasib baik pihak ATM tu profesional dan berjiwa besar..sampai bila lah umat islam kita nak bersatu balik..
sory, termembebel di sini..=P
erm, isu sweeping kt jakarta ade lagi x? dgr2 cite esok 8hb ade g bnda tu jd kt sini.tataula betul ke x..
p/s:moga kite selamat kat sini..
nice comment from cactus biru
Saye sangat2 setuju dengan anda.sepatutnya kondisi mcm ni blh membuatkan hbgn silaturahim m’sia-indonesia lebih baik, tapi sebaliknya yang terjadi.
Tapi saye tidak menyalahkan seluruh warga Indonesia atas kes yang berlaku ni. Seperti yang dikatakan Dubes Indonesia di Malaysia, ianya dilakukan hanya oleh segelintir sahaja dan tidak mencerminkan keseluruhan warga indonesia. itu pekara yang benar. Pihak pemerintah juga tidak boleh dipersalahkan kerna mereka turut menangani permasalahn ni dengan baik sebagai contoh smase kes sweeping 1st dlu. Syabas buat pemerintah Indonesia kerana kerjasama yang amat baik dengan kerajaan Malaysia, even pekara tersebut tak dihebohkan oleh media disini.
Yang nampak jelas terlalu bias adalah pihak media mereka. Mereka terlalu mengapi-apikan sehingga rakyat yang golongan bawahan dan sesetengah golongan pertengahan terlalu taksub dan fanatic menerima perkara tersebut bulat-bulat. Cuba kite lihat teman2 local di kampus, mereka sangat baik,mesra dengan kita sebab apa, sebab merka datang dari golongan yang educated.sebab tu bagi saye kite tak boleh nak blame semua.
Seperti kes gempa di Tasik Malaya beberape bulan lepas, siapa kumpulan bantuan pertama yang sampai kat sane? konvoi 9 buah avanza dari pihak kedutaan Malaysia serta sekitar 30 student medic dari bandung ngan Jakarta datang beri bantuan perubatan,keperluan asas, bawak makanan. It shows how we concern about them, our own neighbor.sampaikan walikota Tasik Malaya pun tekejut dgn ke'concern'an kite.
Please, in this situation don’t make it more miserable. I know, all the people in Padang welcoming our helps.
Kite tak boleh nak buat apa, sekadar berdoa agar selamat dan esok 8 oktober semua kene berjaga2 la, takut gak. tapi dalam utusan malaysia kate insyaAllah tak de pape. Buat kat Bandung pun, anda berhati2 lah.kampus kite ni jadi tumpuan kerana almost malaysian are here.la tahzan, innalallaha ma ana..
Semoga Allah membuka hati2 kita agar semua perkara buruk seperti ini berakhir dengan aman serta penuh hikmah.
Tak suka nak berbicara tentang hal hubugan panas Malaysia dan Indonesia. Sebab pastinya, orang kita duk menyalahkan orang dia, orang dia menyalahkan orang kita. Sama2 tak nak salahkan diri sendiri.
Orang Indonesia baik je.
Lagi2 dari Lampung.
Kesimpulan, jangan kutuk-kutuk. Manalah tahu. Anda akar beristeri, ipar duai, berbesan dll dengan orang Indonesia! =)
P/s: Aku ingat nak buat demo dengan memorendum pasal pusat judi dan arak tu la. Malu aku kat diorang. Diorang tegur kita dengan ikhlas. Kesian kalau kita tak terima.
(ni aku cakap je, tak buatpun. teruk2)
Post a Comment