Recent Posts

Posts RSS

Cerita Final Bola Sepak Sea Game, Indonesia (Episod 1)

Lepas Malaysia kalahkan Myanmar kat semi final, dah berangan nak ke stadium tengok final. Tup-tup Indonesia menang lawan Vietnam menyebabkan aku berfikir 2,3 kali nak pergi ke tak. Nak selamat kena beli tiket mahal tp duit tak berapa nak ada. Alhamdulillah pagi final tu tengok fb Rizal ada offer limited ticket untuk sesiapa yang berani sarung jersey Harimau Malaya di Stadium Gelora Bung Karno. Tanpa berfikir panjang aku sms Rizal nak cop 4 tempat untuk aku ngan member-member lain.

Pukul 4.00 pm, semua diminta berkumpul di meeting point kontigen Malaysia di Hotel Sultan, Senayan. Briefing keselamatan serta perjalanan pertandingan diberikan oleh Chef de Mission Malaysia, Datuk Naim Mohd. Turut sama Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia, Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin. Tapi tiket VVIP yang ada cuma 50 dan kami di situ lebih kurang 65 orang. Jadi beberapa orang volunteer tarik diri atas faktor keselamatan dan ada sebahagian pergi ke Kedutaan Malaysia tengok bola kat skrin besar.

Datuk Naim Mohd dan Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin semasa briefing kumpulan penyokong serta penyerahan tiket.
Kontigen penyokong Malaysia terdiri dari Telekom Malaysia, student, dan orang persendirian dari Malaysia

Aku sebenarnya tak dapat tiket VVIP sebab tak dapat undi. Tapi di offer 5 tiket VIP, so aku hentam je la. Janji dapat masuk stadium cuma untuk sarung jersey Harimau Malaya kat seat VIP ni tak berapa disarankan. Takpe lah, untung-untung aku boleh menyelip masuk VVIP nanti.

Dah nak dekat pukul 5, kami diarahkan untuk segera naik bas sebab player Malaysia dah nak gerak ke stadium. 2 bas disediakan, satu untuk player dan satu untuk penyokong. Kami keluar lambat sikit je dari meeting room, kalau tak boleh berjalan naik bas dengan player. Dan sebenarnya bas penyokong hanya untuk pemegang tiket VVIP, jadi kami tiket VIP ni kena pergi sendiri. Tapi pujuk-pujuk Datuk Naim nak tumpang bas sampai stadium dan akhirnya dapatlah naik. Takut oo nak jalan sendiri dari hotel ke stadium tengah-tengah lautan penyokong Garuda Muda.

Keluar dari hotel tak ramai sangat penyokong Indonesia yang menunggu, wartawan je ramai. Tak macam waktu AFF Suzuki Cup tahun lepas. Tapi still polis kawal player termasuk kami lah.hehe...
Didalam bas kedua menuju ke stadium. Didepan bas pasukan Harimau Malaya Muda
Okeh jadi akan bermula part yang menarik.

Jarak hotel ke stadium tak jauh dalam 1 km je. Mula masuk kawasan Gelora Bung Karno, kiri kanan jalan dah penuh dengan penyokong Indonesia yang nak pergi stadium. Diorang dah cam itu bas Malaysia sebab bas depan bawa player. Sah-sah la diorang kenal muka player. Dan bas kami semua pakai baju kuning, baju belang harimau tu. Masa kat cini still tak kecoh sangat sampailah ke perkarangan stadium.

Di perkarangan stadium, lautan manusia berbaju merah duk tunggu kedatangan player Malaysia. Tengok gambar lah senang nak tau macam mana keadaan ramainya. Polis yang escort bas kami tak mampu nak minta penyokong bagi laluan. Bayangkan lah, kami stuck kat sini, perkarangan stadium hampir 1 jam. Bas kami stuck sampai 12 malam pun tak kisah, yang kesiannye ke bas player kat depan.

Lautan supporters Indonesia di perkarangan stadium belah barat menanti ketibaan pasukan Malaysia
Belah timur pulak. Amacam, ramai tak yang menanti kat luar stadium.
itu bas player Malaysia, tengah stuck didalam lautan manusia. Langsir bas pun dah ditutup semua
Bas player dikerumun supporters. Tapi abang polis tetap menjaga kami
Tengok kereta polis kat sebelah bas remuk dipijak supporters. Rupanya bas kami yang lambat tutup langsir. Bas player dah tutup awal-awal. Malas nak melayan la tu.
Malaysia, I Love go to Hell? Ini epic failed ke atau memang nak ke neraka sungguh. Takpe lah, kami semua mengidamkan syurga.
Jam dah menunjukkan 6.15 pm, bas still stuck dikepung penyokong Indonesia. Match start pukul 7.30 woi, kesian kat player tu. Kami dah risau player tak sempat nak warming up. Then duduk dalam bas seat 2-3 ni letih ooo sebab sempit kat kaki. Time stuck dikepung macam-macam benda la terjadi. Benda biasa cermin kena ketuk dengan bendera, bas kena baling dengan entah benda, body bas dibuat drum, maki hamun, mencarut. Kitorang pun pelik, tak letih ke. Kami yang duduk gelak-gelak dalam bas ber-ekon tengok gelagat diorang pun letih inikan yang kat luar sana sanggup bersesak-sesak semata nak maki kami.

Dalam bas, brother-brother supporter dari TM Malaysia memang gila-gila. Ada seorang brother Indian ni, semua orang kat luar nak ketuk cermin belah dia je. Dia pun dah cuak, apa hal dia je yang kena ketuk. Dia bukan Gurusamy mahupun S.Kunalan. Dia hanya supporter.

Orang nombor 2 Kedutaan Malaysia Tuan Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin steady dalam bas. Senyum je. Orang-orang di luar tak kenal dia ni siapa kot sebab rilek je maki hamun.
Lama kelamaan suasana makin tegang. Bas yang tadi bergerak sikit-sikit dah tak bergerak. Cermin bas makin kuat diketuk. Kami yang tadi gelak-gelak dah timbul rasa cuak. Ketua kontigen minta semua jauhkan muka dari cermin takut ada cermin pecah. Langsir bas ditutup biar orang kat luar boring tengok langsir je. Alhamdulillah keadaan ok sikit. Maybe sebab diorang duk provok tapi tiada layanan buat diorang boring kot. Bas dah boleh gerak sikit-sikit then masuk ke stadium.

Eh masuk stadium? Bukan ke kena drop kami kat section VVIP? Atas faktor keselamatan, bas kami terpaksa join bas player masuk dalam stadium. First time beb masuk dalam stadium gini. Gambar menceritakan selebihnya.

View dalam stadium melalui dalam bas. Perasan kan tugu piala yang dalam GBK tu
Forza Indonesia. Perasan kan stand yang ada banner ni


So akhirnya kami di drop didalam stadium tanpa perlu melalui pemeriksaan tiket. Rezeki aku, tadi pegang tiket VIP boleh join geng-geng VVIP. Tiket pun still cantik tak disentuh lagi. Bunyi boo satu stadium dah kedengaran bila kami berjalan atas trek stadium menuju ke VVIP stand. Fulamak, gini rupanya rasa kena boo. Tapi macam best je. 90,000 orang tu bersatu padu boo kami. Boo jela weh, kitaorang suka. Tapi kali ni jela.haha...

Tengah jalan atas trek melintas satu botol air penuh kat depan mata. Botol penuh air tu! Andai kata mendarat atas kepala mau berlubang woi. Apa lagi jalan laju-laju la, Karang terbang kerusi naya kitaorang. Nak tengok bola kat stadium, tak nak atas katil hospital. Akhirnya sampailah kami 60 orang ke VVIP stand.

Yang kiri itu bukanlah skuad Malaysia U23 mahupun senior kerana melihat jersey pun tau beli kat Rantau Panjang. Yang kanan pun bukanlah atlet Malaysia.
Yang kiri sekali tu pun ternyata bukan skuad Malaysia. Sebab dah bertahun skuad tak pakai jersey ni. Ni kat depan bench Indonesia
Cis, gambar aku takde dekat atas trek mahupun tepi padang. Ni lah touching bila jadi tukang amik gambar. haha..Laopran seterusnya akan menyusul.

bersambung......

4 comments:

Sinichi Edogawa said...

perghh... penyokong indon... cam taik jerk..

Nadhirah Ahmad said...

Nice experience. Tp sy srankn buat pos biar hbis trus. U tau x bnyk pos u yg tgndla. Ha3

k.lili said...

dasat....dasat...bile nk keluar part 2?x sabo nk bace...huhu

Lokman Hakim said...

Sinichi~tak semua macam tu.ramai je yang baik. tapi adatlah bila ramai2+yang kurang pendidikan berkumpul, naik sheikh la.

Nadhirah~alhamdulillah, semangat nak update ni. insyaAllah tak tertangguh dam macam dlu.hehe..btw mmg pengalaman y sangat beharga.

K.lili~dah keluar.jgn lupa baca.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...