Recent Posts

Posts RSS

Cerita Final Bola Sepak Sea Game, Indonesia (Episod 2)


Sambungan dari episod 1....

Maka berjayalah kami semua sampai di VVIP stand dan seperti ramalan aku yang pegang tiket VIP dapat duduk kat VVIP. Bersyukur gila-gila sebab masa kat hotel tadi aku dah frust habis. Frust beb semangat dari pagi nak pergi last-last tak dapat masuk. Tapi selamat aku tergerak hati nak ambil je tiket VIP, sebab plan asal kalau tak dapat tiket aku ingat nak balik tengok kat rumah je. Boleh tengok sambil pakai kain pelekat terlentang depan tv.

So mula-mula kami ditempatkan kat belah tepi sekali belah kanan. Tapi desebabkan terlalu dekat dengan stand VIP yang semua merah, kami dipindahkan ke bahagian tengah stand VVIP. Betul-betul kat sebelah laluan menteri ke padang. Tengok kiri-kanan, polis ada keliling, abang bodyguard 5,6 orang besar Malek Noor, maka di assume selamat. Maka tanpa segan silu kami keluarkan senjata!

Senjata kami bendera, banner, kompang je. Bukan molotov coctail atau AK-47. Aku mulanya dalam bas tanggal semula jersey Malaysia sebab kena duduk asing-asing dengan diorang ni. Tapi dah duduk kat cini, sarung semula. Baru aku dapat rasakan betapa bangganya dapat pakai jersey Harimau Malaya. Aku rasa kalau aku pakai jersey ni di Old Trafford sekalipun, rasa bangga ni tak sampai makam yang aku rasa di Gelora Bung Karno!

View supporters dari VVIP stand. Ada nampak warna kuning tak selain mamat yang berdiri depan kamera?
View luas sikit. Amacam, banyak kan suppoters Indonesia. Merah je semua. Sedangkan area belakang gol pun penuh apatah lagi stand yang kat sebelah padang.
Dan bermula lah episod debaran, teruja, sambil tahan kencing, tahan lapar. Rasa cuak dalam bas tadi dah hilang. Bukan hilang tapi lupa sebenarnya sebab dah excited tambahan tengok security terjamin.

Jumlah kami dalam 60 lebih je. Ikut paper local, diperkirakan dalam stadium hampir 90,000 tidak termasuk yang diluar yang tak dapat masuk. Kat luar stadium pun dikatakan sesak. 6 skrin besar dipasang, so aku assume mau puluh ribu juga lah kat luar.

Inilah sahaja penyokong Malaysia, 3 baris tempat duduk. Tak tahu lah kalau ada penyokong Malaysia lain yang bertebaran di stand biasa. Tapi aku yakin tidak ada yang pakai baju Malaysia. Nak bunuh diri apa.
Menteri Pemuda dan Olah Raga Indonesia bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Bila kamera hala ke supporters Malaysia, akan keluar kat skrin besar. Masa ni lah gemuruh kedengaran supporters local boo sambil bunyi hon tu. Bergema beb, tapi macam biasa lah, bila nampak muka masuk skrin tak ingat dah caci maki orang ramai. Janji berebut supaya muka dapat di rakam kamera. Dan Alhamdulillah sebab stand VVIP ni orang pasal sikit so takde lah diorang maki hamun teruk-teruk sangat.

Start player Malaysia masuk padang warming up genuruh stadium bunyi boo dan hon. Tema chanting utama untuk Malaysia adalah "Maling". Pendek kata Malaysia substitute ke, control ball ke, sepak ke, ambil corner ke, boo dan "maling" jela yang dengar. Tak perlu cerita yang ni, sebab semua dah tahu. Orang kat sini panggil rahsia umum.

Player masuk padang dan lagu Negaraku dimainakan pertama. Walau 90,000 orang tak pandai nak berdiri ataupun senyap time lagu dimainkan, kami tak peduli. Dalam riuh jeritan "maling" serta boo, kami tetap semangat menyanyi Negaraku. Kami tahu suara 60 orang ini pasti tenggelam dalam jerit pekik mereka, tapi ia tidak sesekali melunturkan semangat kami. Hampir menitis air mata bukan kerana sedih tetapi bangga. Bangga dapat menyanyi dengan selamat di Gelora Bung Karno.

Gambar diambil ketika lagu kebangsaan Indonesia dimainkan. Kami tak hafal tapi kami berdiri menghormatinya. Walau mereka tidak melakukan hal yang sama kepada kita, tidak beerti kita juga perlu membalasnya. Lagu serta simbol negara perlu diberi kehormatan. Dan bukti kami telah melakukannya. Waktu lagu Negaraku, tak ambil gambar sebab tengah khusyuk nanyi.
Harga VVIP stand ni Rp 1 juta (lebih kurang RM350), so mostly orang yang duduk kat sini bukanlah yang tak pasal. Jenis faham bahasa juga lah. Tapi dalam ramai-ramai ni aku dapat detect 3 yang duduk maki-hamun supporters Malaysia. Pakcik berbaju Manchester United, abang ber-bangle emas tebal dengan mbak cantik sebelah Farid. Muka macam artis dah tapi perangai....Dalam ramai-ramai 3 orang ni je yang banyak mulut sikit. diorang start tak puas hati dengan kami bila Asra jaringkan gol penyamaan. Dah nampak pressure kat diorang masa ni sebab midfield Malaysia control ball cukup baik, slow kan rentak game.

3 orang ni duk sound-sound kami, tak bagi bersorak, suruh duduk senyap. Aah, kami beli tiket mahal-mahal takkan nak duduk senyap. Ceh, padahal tiket free di sponsor Telekom Malaysia. Abaikan pakcik-pakcik ni kami terus mengibarkan Jalur Gemilang, menjerit memberi sokongan. Lagipun security banyak kat sekitar, jadi tak lah takut sangat. 

Indonesia score dulu membuatkan aku dah fikir macam-macam. Tak sampai 5 minit tu dah gol. Gane la next 85 minit. Tapi bila Asra score, tak tahu la nak cerita macam mana budak-budak ni menjerit. Gol penyamaan di final, lawan tuan rumah, rival utama, di Gelora Bung Karno pula tu, maka faktor-faktor ni bila di blend bersama menyebabkan kepuasan yang mutlak. Jeritan bak orang gila adalah eskpresi paling tepat untuk menyalurkan kepuasan. 5 minit lepas tu mula terfikir takut time celebrate tadi terakam di kamera, keluar tv, nampak di bakal mak mertua aku terpekik terlolong macam tu. Mau tercalar rekod disiplin aku. Tapi aku rasa tak nampak kot.

Nazmi, 17 tahun antara prospek terbaik skuad kebangsaan. Sanggup tangguh ambil SPM untuk mewakili negara. Dan dia telah membuktikan kehebatannya mengemudi bahagian tengah.

Paling kami cuak time Indonesia gol offside. Kat skrin dah tukar score 2 dah, satu stadium dah celebrate nak rak, bola pun aku nampak dalam goal. Mana ada replay beb aku nak tengok apa benda yang berlaku. Dah la belah gol tu tak berapa nampak sebab terhalang di bench. Damn la, jangan la gol, kalah la macam ni. Tapi lepas tu Apex sepak free kick. Ohooo offside. Lega beb. Makcik belakang aku yang excited melompat duduk balik. Boleh pulak aku pergi kutuk dia kata rilek makcik, tak gol pun. Lepas tu Malaysia pulak gol offside, dan makcik tu balas semula kat aku. Padan muka aku.

Kebetulan yang duduk sekali ngan kami 3 player Malaysia yang injured Izzaq Faris, Syahrul Azwari dengan Wan Zaharulnizam. Time rehat semua ambil peluang bergambar dengan diorang. Bukan senang nak jumpa depan-depan ambil gambar. Tadi dah jumpa Safee Sali. Untung malam ni.

Izzaq Faris, Wan Zaharulnizam, dengan Syahrul Azwar
Safee Sali pun ada. Dia datang dekat kami waktu sebelum game start. Bagus betul, dia salam dengan semua supporters Malaysia. Tiap kali nak bergambar pun dia tetap senyum nampak gigi. Dan gambar aku dengan Safee Sali blur.
Maka lepas tamat 120 minit permainan, penalti. Jantung masing-masing dah nak pecah. Aku tak tahu macam mana perasaan player dua-dua team. Team Indonesia dapat sokongan padu penyokong. Beban atas bahu mereka sangat tinggi sebab mereka perlu menang ke atas Malaysia, lagi-lagi depan penyokong sendiri. Skuad Malaysia time ambil penalti semua pakat jering "maling". Tapi ini yang kami penyokong Malaysia dan juga orang-orang Indonesia respect, skuad Malaysia sangat tenang berbanding Indonesia, macam takde pressure langsung. Ibarat main petang-petang kat padang sekolah. Dan di atas kertas, skuad Malaysia memang ada kelebihan dalam penentuan penalti. 

Dan akhirnya Baddrol Bakhtiar berjaya menyempurnakan tendangan lalu memberi kemenangan pada kita. Yes! Menang beb, mana pakcik yang duk bising-bising tadi. Rasa nk salam peluk-peluk dengan dia. Besorak macam nak rak la, apa lagi kan. 60 orang bersorak di hadapan 90,000 lawan. Bayangkan kepuasan disitu. Tapi abang ber-bangle emas sound kami, kata jangan nak gembira sangat. Jap lagi ada yang kena pukul. Badan besar muka genster habis beb. Dah la aku duduk dekat dengan dia. Slow-slow aku lari ke tengah sikit. Memang la ada security tapi sekali dia tumbuk muka, mau patah gigi beb. Aku tak sanggup pakai gigi palsu umur 22.

Final score, 5-4
Lepas wisel ditiup, time ni juga botol air, plastik air, botol kicap dilempar ke arah kami. Stand VVIP ni jauh tu dar kawasan tingkat atas penonton. Kuat sungguh diorang baling semata-mata untuk kami. Dan penyokong-penyokong Indonesia yang ada area kami mula angkat tangan ke arah atas minta jangan baling apa-apa. Eh, botol kicap? Sampai sekarang saya duk fikir untuk apa bawa kicap dalam stadium. Macam nak ber picnic je. Lepas keadaan tenang, seorang penyokong Indonesia muka ala-ala arab datang kat saya bersalaman dan minta maaf atas kejadian baling botol tadi. Saya kata takpe, bukan salah salah kamu. Adat lah baling-baling. Saya tahu dia malu dengan tindakkan kampungan sebahagian penyokong. Lihat, tidak semua penyokong Indonesia yang bersikap kampung. Masih ramai yang ada semangat kesukanan dan persahabat. Saya bangga dengan beliau. Bukan salah dia tapi datang minta maaf kepada kami. Sikap inilah yang kita mahu. Yang benar dan baik harus diceritakan, tidak disembunyikan. Syabas bro!

Mangsa dibaling plastik air (jersey biru) yang basah kuyup sedang ditenangkan serta diberi sedikit motivasi. Ceh takde lah, mangsa sedang borak sebenarnya
Supporters Indonesia mula berangsur mengosongkan stadium. Tak sampai suku yang tinggal. Nak menjerit time ni tak best dah la. Lepas upacara pengalungan medal, upacara menaikkan bendera kebangsaan pemenang diiringi lagu kebangsaan. Saat yang ditunggu, seperti maruah sedang dijulang melihat Jalur Gemilang dinaikkan di tiang paling tinggi diapit bendera Indonesia dan Myanmar. Sekali lagi nyanyian Negaraku dialunkan dengan penuh emosi. 22 tahun hidup, aku tak pernah feeling menyanyi Negaraku macam malam ni.

Aku dah nampak kelibat lebih kurang 10 orang pakai bip bertulis ''doping team" kat area tunnel. Mula ingat memang standard procedure tapi bila balik baru tahu yang Ong Kim Swee marah gila. Kat atas padang tak berapa nampak sebab diaorang kena keliling di wartawan.

Sebelum player Malaysia masuk bilik persalinan, diorang lalu depan kami, salam dengan kami. Yela, bukan ramai sangat. Kebetulan laluan tu pun depan tempat duduk kami. Apex still atas padang di interview. Bila dia nak balik ke bilik persalinan, semua chanting "apex-apex-apex". So Apex pun datang la kat kami salam dengan semua. Bagus la si apex, tak lupa kat kami.hehe...

Majlis penyampaian pingat kepada pemenang
Skuad Malaysia bersama pingat emas mereka. Malaysia Boleh!
Apex bersalaman dengan penyokong sebab dia dah kena tinggal sorang-sorang. Yang lain semua dah masuk bilik persalinan. Takpo pek, kemah molek demo main male ni.
Bila semua player dah masuk bilik persalinan, semua supporters Malaysia diminta turun ke bawah stadium untuk di kuarantinkan sementara sebelum dibawa balik ke hotel. Polis dah keliling kami dan ada seorang ni yang tunggu kat pagar tangga maki hamun kami. Lantak korang la, janji kami menang, semua selamat tanpa cedera. Lepas kira semua cukup, kami dibawa ikut jalan bawah stadium untuk ke bas yang dah parking kat tempat drop player. 

Dalam perjalanan ke pintu keluar, coach Malaysia Ong Kim Swee dengan assistant-assistant coach dah tunggu kami kat atas tangga. Dia salam dan ucap terima kasih kepada kami semua. Untung hari ni, ramai boleh salam. 

Sebelum pihak polis yang escort bersiap sedia kami diminta tunggu dalam 20 minit. Referee malam tu diberi laluan first untuk masuk van dan dihantar pulang diiringi polis. Kemudian giliran kami. Masuk didalam bas, semua diarah tutup langsir dan yang berpakaian Malaysia diminta duduk tengah untuk menggelakkan nampak di orang kat luar. Lampu dalam bas ditutup lalu bas bergerak lancar ke hotel dibantu iringan kenderaan polis. Aku tak tahu ramai ke tak menanti di luar sebab langsir memang tidak dibenarkan dibuka. Nak selak pun kena marah.

Polis Indonesia bersiap sedia memberi perlindungan kepada supporters Malaysia yang sedang di evakuasi ke bawah stadium
Pihak polis mengawal walau kat dalam lorong bawak stadium. Thanks polis atas kerjasama anda demi menjamin keselamatan kami.
Coach Malaysia, Ong Kim Swee menanti kami untuk mengucapkan terima kasih. Bagus lah OKS, walau dah menang emas, still tak lupa pada kami.
Pengadil malam tersebut sedang menanti kenderaan siap dinaiki. Tak perasan mula-mula ada Safee Sali kat belakang tu. Sampai rumah view gambar ikut komputer baru nampak dia tersengeh kat belakang bersama pengurusnya.
Di pintu keluar menanti pihak polis serta bas sedang bersiap-sedia untuk membawa kami keluar dari Gelora Bung Karno menuju hotel
Alhamdulillah, akhirnya tak sampai 20 minit bas sampai dengan selamatnya ke hotel. Dimaklumkan skuad Malaysia di kuarantin dahulu di stadium lebih kurang 2 jam sebelum balik sebentar ke hotel menaiki baracudda. Sebelum bersurai, kami berkumpul sebentar di lobi hotel untuk mendengar ucapan Pak Wakil dan Chef de mission. Lepas tu jumpa sekali lagi Safee Sali. Sian Safee Sali muka nampak letih duk melayan orang nak amik gambar dengan dia. Dan sempat jumpa defender Indonesia Diego tengah bergambar dengan peminat. Nak ambil gambar dengan dia tapi dia sibuk nak di interview, so malas lah.

Pertahanan Indonesia, Diego
Setelah tukar baju, maka pulang lah kami dari hotel menuju kediaman masing-masing.

Bersambung....

1 comments:

Anonymous said...

Jgn bmbng. Mak mrtua kau xminat bola. Haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...