1433 Hijrah
Posted by Lokman Hakim at 11/26/2011 06:37:00 PM
Alhamdulillah, mengikut kalendar Islam kita telah masuk ke tahun baru, 1433 Hijrah. Tahun Hijrah dimulakan oleh Saidina Umar al-Khattab beerti ketika zaman nabi masih lagi tiada pengiraan tahun ini. Dan mengikut sirah juga penghijrahan nabi tidak berlaku pada bulan Muharram, namun ianya dinamakan Hijrah bersempena satu peristiwa penghijrahan umat Islam bersama Rasulullah yang telah membuka lembaran baru kepada dunia Islam.
Seperti biasa beberapa amalan yang dilakaukan sempena datangnya tahun baru adalah membaca doa akhir tahun serta doa awal tahun. Apa yang ingin saya ingatkan disini adalah, jangan lah sekadar membaca teks arab tersebut tanpa memahami apakah erti disebalik kalimat tersebut. Memang benar pastinya kita akan memperoleh pahala dengan membaca doa tersebut walaupun tidak memahaminya. Namun begitu alangkah bagusnya ibarat bonus sekiranya kita benar-benar memahami apa yang dilafazkan, sekaligus menghayati apakah erti sebenarnya, agar mudah masuk menusuk jiwa, dengan harapan ia bisa mengubah kita ke arah apa yang diucapkan.
Klik untuk memperbesarkan teks |
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu dan semoga Allah juga menjauhkan kita dari godaan serta hasutan syaitan laknatullah. Marilah kita berusaha menjadikan lembar kehidupan tahun ini lebih indah dan berkah dari sebelum-sebelumnya serta dipermudahkan segala perancangan yang telah kita fikirkan. InsyaAllah.
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”
Labels: Santapan Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
semoga kahwin tahun depan
Post a Comment